
Tempe bukanlah satu
hidangan yang wajib ada dalam keluarga kami (kami org utara). Saya mula
kenal tempe apabila keluar dari kampung saya dan belajar di universiti.
Disitu saya belajar makan tempe tapi tidaklah menarik hati saya sangat.
Saya hanya akan makan kalau my friend cakap "sambal tempe kat kedai nie yg
paling best", barulah saya ambil sikit. Kalau saya tak dengar orang puji
maka saya tak akan ambil sebagai side dish dalam nasi campur saya.

Hari nie saya masak sambal
tempe. Semua nie disebabkan hidangan sambal tempe yang dimasak oleh isteri
Pak Tiar untuk dimakan bersama nasi uduk(nasi lemak) masa kat Bandung
dahulu. First time saya betul2 enjoy makan tempe yang dimasak sambal ini.
Jika anda lihat dalam gambar diatas, tempenya dipotong betul2 halus,
kentang juga dipotong halus dan digoreng garing. Sambal tempe nie dicampur
dengan kacang tanah dan kerangupan tempenya tidak terjejas sedikitpun wp
selepas diletakkan lada. Fuhhhhh teringat sungguh keenakannya.

Ok ini my first experiment
untuk masak sambal tempe. Hirisan tempe nie tidak dapat sehalus isteri Pak
Tiar dan setelah geledah 'grobok' saya baru sedar yg saya tak ada
kentang.....dan tak ada kacang. So jadilah sambal tempe dengan ikan bilis
sahaja. Anda nampak saja ia merah tapi sebenarnya tak adalah pedas sangat.
Chili kering yang saya 'tersalah beli' adalah jenis yg berkilat dan
licin....yg amat2 pedas. So takan nak buang, guna jugaklah. Inilah resepi
saya buat....mungkin tidak sehebat resepi anda yang biasa masak sambal
tempe. Kalau anda sudi berkongsi resepi sambal tempe yg enak spt dibuat
oleh isteri pak tiar saya amat alu-alukan. Jemput saya ke blog anda jika
anda ada resepi ini.
Sambal
Tempe
Bahan-bahannya
Sepeket tempe-dihiris
halus
Segengam ikan bilis
5-6 biji cili kering
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 sudu makan asam
jawa-dimasukkan sedikit air dan ambil jusnya
1 1/2 sudu makan
gula
sedikit garam
Cara-caranya:-
-
Tempe yang dihiris halus, dimasukkan sedikit garam dan ditabur sedikit tepung. Gaul rata.
-
Panaskan minyak dan goreng garing. angkat
-
Kemudian goreng garing ikan bilis. angkat
-
Blender cili kering dan bawang.
-
Guna sedikit minyak untuk tumis lada yg telah diblender. Masukkan air asam jawa dan gula.
-
perlahankan api dan biar ia masak sehingga naik minyak.
-
Tambah sedikit garam. Apabila lada sudah betul2 kering dan masak, masukkan tempe dan ikan bilis. Kacau rata sebentar dan tutup api.
0 comments:
Post a Comment