Friday, June 11, 2010

Roti Kismis Yogurt

Roti kismis yogurt nie saya ambil dari majalah sedap bil 24. Saya memang suka makan roti kismis bila nampak gambar roti nie, nampak macam sedap aje. Sanggup tarik oven Fagor keluar hanya semata-mata nak baking. Oleh kerana masih tidak biasa lagi membaking guna oven nie maka saya bake roti sedikit garing. So apa ulasan saya tentang roti nie....emmmmm memang sedap. Kombinasi yogurt dengan kismis memang menghasilkan rasa yang tersendiri. Harum roti selepas dibakar telah menyebabkan saya boleh menghabiskan 2 ketul pada malam nie. Habis diet. Saya buat roti nie untuk sarapan esok sbb pagi2 nak pergi klinik. Lutut saya sakit semula.


Inilah resepi yang saya ambil dari majalah sedap bil 24 untuk kita kongsi bersama. Cubalah memang tak rugi.

ROTI KISMIS YOGURT
Sumber: Majalah Sedap bil 24

Bahan-bahannya(anggaran 17 ketul)

300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)
100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
20gm susu tepung
75gm gula pasir
8gm yis segera
1 biji telur, pukul ringan
50gm yogurt
150ml air sejuk
75gm marjerin
1 sudu teh garam
50gm kismis, potong dua, celur dan toskan

bahan sapuan:
2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)

Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.
  2. Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit.
  3. Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata
  4. Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.
  5. Canai adunan memanjang dan gulung-mcm nak buat kuih gulung tu. Kemaskan bahagian akhir gulungan tu supaya ia tak terkeluar bila mengembang.
  6. Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.
  7. Sapukan susu sejat.
  8. Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.

Nampakkan ada bentuk gulungan, saya kemaskan bahagian bawah dia supaya bila kembang dia bulat cantik.


Pesanan
  • Suhu ketuhar haruslah bergantung kepada jenis ketuhar yg anda guna. Tidak perlu 190C sbb jika oven saya, ia cepat perang wp baru 8 minit didalam oven.
  • Jangan guna tepung roti semua sbb adunan ini agak lembik, sy guna tepung roti kesemuanya terpaksa tambah 1 tbsp tepung lagi supaya ia boleh diuli. Bancuhan mengikut resepi nie agak lembik so anda tambahlah tepung sedikit supaya ia boleh diuli dan tidak melekat ditangan.
  • Sapukan sedikit marjerin diatas cawan kertas supaya ia tidak melekat.
  • Supaya adunan tidak kering ketika direhatkan, tutup dengan plastik
  • Perah kismis sehingga kering sebelum dicampurkan kedalam adunan supaya adunan tidak terlalu lembik. Saya letakkan kismis diatas tisu masakan terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam adunan.

0 comments: