Entry ini telah
diciplak oleh http://resepi.tipsone.com/ @
resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau
dan katakan anda benci dengan perbuatan
menciplak.
====================
====================
Balik dari ofis
semalam saya pergi kekedai kat bawah apartmen untuk beli kelapa tapi kelapa
pulak habis. Niat dihati nak buat pulut dengan inti pedas kelapa sbb udang
kering yg dibeli di sandakan tu ada sekilo. Oleh kerana kelapa tak ada, saya
tukar plan dan rancang nak buat Talam keladi berlauk. Siap dah kukus keladi
tapi bila nak bancuh adunan...tepung gandum pulak tinggal sedikit
saja. Kena tukar rancangan lagi maka
terhasillah talam lapis keladi nie.
Saya nak jawap pertanyaan ijip berkenaan adakah cucur kembong tu adalah kayu keramat. Nak tulis dalam chatbox, terhad sangat. Saya buat talam lapis keladi nie guna resepi talam lapis caribbean. ia dinamakan sbg talam lapis caribbean sbb guna pisang, kalau masukkan jagung ia dipanggil talam sri kedah, kalau letak nangka di panggil talam puspita so saya letak keladi maka saya pangil talam nie talam lapis keladi. Bahannya sama saja.
Saya nak jawap pertanyaan ijip berkenaan adakah cucur kembong tu adalah kayu keramat. Nak tulis dalam chatbox, terhad sangat. Saya buat talam lapis keladi nie guna resepi talam lapis caribbean. ia dinamakan sbg talam lapis caribbean sbb guna pisang, kalau masukkan jagung ia dipanggil talam sri kedah, kalau letak nangka di panggil talam puspita so saya letak keladi maka saya pangil talam nie talam lapis keladi. Bahannya sama saja.
Begitu juga
dengan cucur kembung, bahan sama cuma bezanya atas bancuhan. Bancuhan kayu
keramat seperti doh, ia dicanai dan dipotong lepas tu digoreng. Cucur
kembong bancuhannya cair dan digoreng bulat2. Satu lagi kuih yg guna resepi
yg sama, ia dibancuh menjadi doh dan dicanai nipis, dipotong serong dan
digoreng kemudian dihiris tepi dan dimasukkan kuah kacang tanah (sorry tak
ingat nama kuih). Pernah makan tak?.....nanti saya buat dan publishkan di
blog nie. Samaada cucur kembong tu adalah kayu keramat....ya tapi kalau
orang utara untuk doh yang dicanai dan dipotong kami panggil pak
tongko.


Oklah inilah resepi talam lapis keladi jika anda
berminat hendak buat. Cuma diminta jasa baik anda jika hendak copy n paste tu,
buat link dengan blog saya nie.

TALAM LAPIS KELADI
Diubahsuai dari resepi talam chef asma
Photo and publish by resepidaria.blogspot.com
LAPISAN BAWAH
160gm tepung beras
100gm gula castor (sy guna 80gm gula pasir)
1/2 tsp garam
300ml santan pekat
500ml santan pekat (kurangkan 50ml jika guna tepung beras cap gajah)
250 gm keladi, potong kiub dan kukus
Cara-caranya;-
- Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali
keladi dan gula. Tapiskan kedalam periuk dan baru masukkan gula. Masak
sehingga naik wap. Angkat dan masukkan keladi. gaul rata.
- Tuangkan kedalam loyang 10 x 10 x 3 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik. Jika anda tidak mengunakan plastik, sapu sedikit minyak dan masukkan dulang kedalam periuk kukus sebentar dan kemudian keluarkan.
- Kukus selama 30 minit, apabila masak cakar sedikit dengan garfu.
LAPISAN TENGAH
50gm tepung gandum
120gm gula castor (saya guna 100gm gula pasir)
1/2 tsp garam
3 biji telur(saya guna 2 biji saja)
300ml air
100ml santan pekat
sedikit pewarna pink (saya guna sirap rose-anda boleh guna yam paste jika lapisan bawah dibuat putih)
Cara-caranya:-
- Satukan semua bahan-bahan, kacau rata dan tapis kedalam periuk. Masak sehingga naik wap.
- Tuangkan keatas lapisan bawah.
- Kukus selama 25 minit. Apabila masak cakar dengan garpu.
50gm tepung kastard
150gm gula halus (saya guna 100gm gula pasir)
1/4 tsp garam
2 biji telur
100ml santan
300ml air
(tidak perlu pewarna)
Cara-caranya:-
- Ikut cara seperti lapisan tengah
- Kukus selama 25 minit.
- Jika mengunakan pengukus elektrik, sentiasa buka penutup setiap 5 minit dan lap penutup kukus supaya permukaan talam tidak mengelembung.
- Jika guna pengukus biasa, balut tudung penutup kukus dengan kain. angkat tudung penutup setiap 5 minit juga untuk menghasilkan permukaan talam yang cantik.
Acuan tray 10"x10 x 3
Jika anda mencuba dan ia tidak menjadi seperti
sepatutnya, ini adalah kerana anda kurang mahir 'masak sehingga naik wap' so
jangan putus asa cuba lagi. Belajar dari kesilapan. sukatan bahan nie dah
ok, memang akan menjadi dan ia lembut dan sedap.
3 comments:
Terima kasih Daria kerana jawab soalan saya.
Sorry sebab byk tanya kerana saya org Ganu dan bila ternampak resepi yg dah lama tak makan+ memang susah nak cari kat KL tu yg teruja tu. Saya baru nak belajar masak dan selalu mencari resepi di internet. Saya terjumpa blog ni masa 'blog hopping' dan amat tertarik dengan resepi2 yg ada. Mintak izin utk ambik resepi ya.. Saya takde blog so tak leh nak buat link hehe.
Saya ada lagi satu soalan harap Daria blh tlg jawabkan. Saya nak try buat asam gumpal, resepinya menggunakan sagu mata ikan. Saya tgk kat Jusco/Carrefour yg ada sagu kecil dgn sagu besar. Mata ikan ni yg mana satu yer?
Lagi satu saya nak cari resepi 'buah bom'. saya tak tau org lain panggil apa tapi kuih tu menggunakan tepung beras dan intinya sambal ikan. Bulat2 mcm bola (kecik jer) dan digoreng. Tupun kalau daria tau ler.
Terima kasih byk2 ya...
-Ijip-
Ijip, tak pe saya pun faham itu soalan. Sy bukan selalu masak pun hy setahun dua nie je minat balik. sy tak tahu resepi asam gumpal n kuih bom inti ikan tapi klu ijip masuk blog chef hanieliza, rsanya ada resepi yg ijip cari.Rasanya tu masakan tganu. Sy nie lebih on utara side sbb mak sy org utara.
Salam Bdaria. Along dah cuba resepi ni, memang menjadi dan sedap sangat. Kekawan & famili semua suka. Terima-kasih ya. Ni kita kasi sepiring....hehe.
Post a Comment