Wednesday, January 30, 2013

Tulisan terakhir

Kepada semua para pembaca yang sering berkunjung ke blog nie....saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa buat sementara waktu ini saya akan berhenti menulis.

Saya sudah tidak mempunyai masakan atau resepi yang ingin dipaparkan dan dikongsi bersama kerana saya sudah hilang mood memasak. Sedangkan itulah tujuan utama blog ini dibuat.

Cerita tentang keluarga dan masalah saya telah menjadi isu sensitif kerana ada pembaca blog ini yang  berjaya meneka siapa adik ipar saya. Saya dah agak sebab tulisan saya telah sampai ke telinga bekas adik ipar dan dia juga telah membuang gambar perkahwinan baru beliau dari facebook. Ada pembaca blog ini adalah kenalan serta mungkin pernah mendengar ceramah atau kuliah dari beliau....ya betul...ustaz itulah bekas adik ipar saya. TERKEJUT!!!!!!!.......watak manusia nie jangan dinilai pada pakaian dia....tak semestinya berserban dan berjubah meleret.....mempunyai hati yang mulia atau peribadi yang bersih dan putih seputih jubah beliau. jangan cepat menilai orang....dan jangan cepat juga menghukum orang.

Blog ini saya sudah jadikan ia sebagai tempat luahan hati saya....kesakitan, penderitaan dan kebahagian yang kongsikan disini. Terima kasih kepada blog ini....saya banyak mengenali rakan-rakan dialam maya....ada diantaranya menjadi rakan dan kami sering berhubung melalui email. Terima kasih untuk anda semua atas sokongan buat saya. banyak cerita-cerita dan pengalaman saya ingin kongsikan bersama anda....banyak draf-draf tulisan tersimpan dan saya tidak boleh publishkan sebab sekarang adalah waktu-waktu kritikal......entri saya yang lepas bertajuk "drama baru bermula"....dan drama tersebut sedang berlangsung dan penuh dengan konflik sehingga melibatkan pihak polis...ugut mengugut....kejar mengejar....emak saya dalam ketakutan dan tertekan. Saya tidak mahu tulisan saya menjadi penderitaan emak bertambah teruk....cukuplah dengan apa yang terjadi setakat ini kepada beliau.

Emak saya wanita yang berusia 60 tahun....menjadi janda diusia 36 tahun dengan anak 6 orang yang masih kecil. Dia wanita yang buta huruf dan tidak pernah kesekolah tetapi dia mempunyai semangat yang kuat untuk besarkan semua anak-anak dia hingga ke tahap pelajaran yang tinggi. Dia menjual kuih muih setiap pagi dan potong kelapa sawit diladang untuk besarkan anak-anak dia. kepada ustaz celaka tu....selama anda menjadi menantu wanita tua nie....pernah atau tidak walau sekalipun beliau memarahi anda...memaki anda. Tahukan anda wahai ustaz celaka....selama anda melakukan 'ketidakadilan' terhadap anak beliau.....tidak pernah sekalipun beliau burukkan anda.....tidak pernah sekalipun dia minta anaknya bercerai dengan anda malah beliau lah yang halang perceraian tersebut. Anda tidak pernah hormat kepada beliau sepanjang anda jadi menantu beliau. Anda buat beliau macam orang gaji....beliau hidangkan makanan atas meja untuk anda tetapi anda tidak tengok muka  atau ucap terima kasihpun kepada beliau. Dalam kuliah dan ceramah anda beritahu kepada orang "emak mertua nie kita kena hormat seperti emak sendiri" tetapi anda ustaz celaka telah perli emak mertua sendiri dalam khutbah hari raya sehingga orang tua ini menangis dan kecik hati.

Anda halau emak mertua anda dari rumah anak dia sendiri....halau dengan cara yang tidak elok....kemudian anda kunci pintu rumah dan gate dengan memasang pad lock sehingga orang tua tu tidak boleh masuk ambik barang-barang beliau. Jangan lupa wahai sicelaka.....orang tua itulah yang jaga bekas bini anda yang sakit selama berbulan-bulan dan jaga anak-anak anda. Dimana anda selama ini?. Bila orang tua tu terpaksa pecah masuk untuk ambik pakaian beliau dan pakaian sekolah cucu-cucu beliau....anda lapur pada polis dan minta polis tangkap emak mertua anda (anda ingat polis tak de kerja lain ke....). Anda kejar beliau macam anjing....anda cuba rempuh kereta beliau sepanjang jalan keluar dari Dunggun....tidakkah anda terfikir wahai celaka bahawa anak-anak anda ada dalam MPV tersebut....mereka sampai menjerit ketakutan dan sampai muntah sebab kereta terhoyong-hayang. Anda layak digelar ustaz ke??????.

Ini tulisan terakhir saya. Apabila drama ini sudah tamat dan kes mahkamah telah selesai....saya akan kembali menulis....insyaallah.

28 comments:

Mama Mirza said...

Semoga Allah permudahkan segalanya.. sedih saya membacanya.. hanya doa saya dapat titpkan.. Ya Allah.. Kau permudahkanlah.. semoga ya hak tetap menjadi hak.. berikan kekuatan dan kesabaran... Amin ya rabbal alamin..

It's Me RC... said...
This comment has been removed by the author.
It's Me RC... said...

Sungguh kurang di ajar ustaz itu ye bdaria

X takut kah umat x kenang budi ini akan balasan dari Allah?????

Sungguh x layak lgsung umat ini jd ustaz jika diri sndiri hidup talam dua muka(rasa nya lebih dri 2 muka klu dh camni perangai nye..cisss!!)

Pada ustaz tu;
Bertaubat lah anda sbelum hukuman dari Allah menjengah kehidupan anda.

ejaMaria said...

ya... sama seperti Mama Mirza... semoga dipermudahkan segalanya untuk keluarga anda... Amin.

T_T

Anonymous said...

saya harap ustaz itu di ambil tindakan polis dan mahkamah dgn sewajarnya.

we respect your privacy for now. it is impt your family is safe. we hope to read your blog in future with some good news and hope all is settled.

sally

dari dapur nasya said...

Semoga ALLAH permudahkan segalanya...dan saya sentiasa menanti nukilan dari Daria.......

Anonymous said...

bdaria,
sya sokong tindakan anda, ttp sya berharap setelah semuanya tenang, kembalilah ke blog ini & teruskan dgn cerita2 anda. im so looking foward for yr new entry always. cerita2 anda selalunya menyentuh perasaan, penuh dgn pengajaran & berinformasi. membaca blog anda kadang membuat sya lebih mengerti & memahami sifat manusia & kehidupan ini.
Rgds,
Chan

ZarinAziz said...

Salam Bdaria..semoga semua urusan keluarga bdaria akan dipermudahkan Allah..

Harap bdaria akan terus menulis blog lg bila semua dah selesai..

Huda Ahsin said...

Semoga Allah menjaga keselamatan Mak dan anak-anak saudara Bdaria. Semoga semuanya berakhir dengan selamat...

Semoga Allah menggagalkan segala rancangan jahat manusia kejam tu dan semoga dia mendapat pembalasan yang setimpal...

Semoga kekal tabah...

Amie said...

Harap dapat bertenang dalam apa jua keadaan ye... sama-samalah kita berdoa agar semua urusan berjalan lancar.

Anis Ismail said...

Salam Bdaria,
He is a true evil indeed.
Insyallah doa orang2 teraniaya akan dimakbulkan Allah SWT.

ina77 said...

Hidup satu perjuangan... Tabahkan hati mu.

bdaria said...

Salam semua.

terima kasih. Terpaksa berhenti menulis sbb skrg kes sdg dibawa ke mahkamah. Byk duit kena keluar utk byr 2 peguam. Doakan kami berjaya....atleast utk menyedarkan lelaki tak guna tu. Masalah nie sebenarnya boleh settle tanpa naik ke mahkamah klu dia sanggup mendengar pdpt org lain dan sanggup berbincang. Bila sudah terlalu ego dan angkuh....inilah natijahnya.

Nur68 said...

Assalamualaikum.

Semoga Allah permudahkan segala urusan Bdaria sekeluarga. Tabahkan hati dan kuatkan semangat.

zurida said...

Salam sis. Semoga Allah melindungi keluarga sis dari kekejaman insan tersebut. Moga Allah memberi kesedaran kepada orang tu. Harap sis sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.

Anonymous said...

pertama skali, bg saya tulisan2 cik dlm blog ini byk memberi inspirasi dan membuka mata saya pd perkara2 yg kita fikir x pernah terjadi dlm kehidupan seharian. saya mengharapkan serta mendoakan cik sekeluarga sentiasa dlm keadaan tenang. semoga cik masih bersemangat utk terus berblog...

Anonymous said...

salam bdaria...memang betullah kata pepatah - jgn disangka air yg tenang takde buaya... ini betul2 buaya tembaga yg keluar...biar dia dapat balasannya nanti - will miss your celoteh..sentiasa looking forward of your story..jgn menyepi lama sangat ya....

Anonymous said...

salam Bdaria,
kakak doakan Bdaria dn keluaga sntiasa dirahmati Allah.Banyak2 bersabar ini semua ujian dr Allah.
kha

Nor Azura Mohamed said...

Sy diakan semoga allah permudahkan segalanya..insyaallah

Nor Azura Mohamed said...

Sy doa semoga allah mudahkan segalanya..insyallah .

Anonymous said...

salam cik bdaria,

berat dugaan hidup yg bdaria sekeluarga alami, namun...di harap bdaria serta keluarga dapat menghadapi dgn tabah dan sabar. mudah-mudahan kebahagian akan muncul dan menyinari bdaria sekeluarga. Kdg kala keindahan disebalik keperitan itu amat bermakna, buat bdaria sekeluarga bermunajat dan bertawakallah kpd Allah...moga bdaria dilindugi dan dirahmati Allah....

[email protected] said...

kak, semoga dipermudahkan urusan...

zana fahmi said...

Hati saya pula yg sakit bila baca tulisan ni seolah2 saya la mak mertua yg ustaz tu tak hormat. Takpe Bdaria, Allah ada. Kat dunia ni dia terselamat, dia boleh tipu dgn berpura2 menjadi alim sedangkan....di akhirat nanti baru dia tau balasannya. Kdg kala balasan Allah kat dunia pun dah nmpk. Insyaallah.

Anonymous said...

Salam Bdaria,

Semoga Allah permudahkan segalanya. Harap Bdaria kembali menulis apabila semuanya telah tenang. Amin

-Ijip-

Noor Yusoff said...

As salam Bdaria...saya mengerti perasaan awak dan berdoa semuga segala urusan di permudahan. Semuga insan yang tidak berguna tu tahu langit tak selalu cerah . Harap kita dapat bertemu lagi di alam maya...insyallah.

Anonymous said...

salam.....sy baru je kt sini. ..
sabar n doa byk2. ..lg pun doa seorg ibu x kira ibu kandung@ mertua ttp makbul......x pe bks adik ipar..satu masa akan terbls jg sgl perbuatannya. .x di dunia di akhirat kelak......inshaaAllah anak2 yatim sentiasa dlm pemelihara NYA. .....berjuang lah demi mrk n ibu ......slg kita dijln NYA. ....inshaaAllah akan sampai nusrah DrNYA. ......

atikah said...

Salam...daria ...Tabahkan hati Allah sentiasa bersamamu...

amy jurimi said...

Salam,, first time baca blog awak, perhh mmg intersting coz peihal peribadi awak publishkan.. tp banyak memberikan pengajaran. terus saya suka blog awak... btul2 ape yg awak ckp kdg2 org yg beragama berlagak alim ni lagi jahat sejahatnye mcm syaitan.. spertimana yg saya terkena..ape pun sbr ye.. dan selalu beroda pd Allah mintk dipermudahkan dan dijauhkan dari pekara2 xbaik mcm ni.. Amin..
Semoga Awk dalam Lindungan Allah AMIN..........