Inilah muffin yang saya
buat untuk dimasukkan kedalam gift box. Chocolate chip muffin resepi dari
Nigella yang telah kongsi oleh Junjs11 kat myresepi. Dari awal pagi hari
khamis lepas sehinggalah jam 3 petang barulah siap beratus-ratus muffin tapi
dalam tempoh tu sempat jugaklah pergi Tesco untuk beli buah-buahan untuk
hantaran kat Tesco.
Muffin nie sedap dan kaya
dengan rasa coklat dan coklat chip. Kalau nak meniaga kenalah adjust resepi
nie.....tak untung nanti tapi kalau nak makan.....memang puas hatilah kalau
buat. Saya guna muffin cup yang jenis nie supaya senang nak buat
banyak-banyak.
Sebahagian dari
beratus-ratus muffin yang saya susun diatas tikar. Nampak cantik
kan......tapi sebelum muffin nie jadi elok macam nie....ada jugak
masalah....tak terus jadi elok. Cuba tengok
nie
Ini adalah batch pertama
bancuhan muffin saya. Untuk satu tray nie muat 35 biji muffin sekali masuk
kedalam oven...boleh muat 2 tray tapi saya lambat nak masuk bancuhan dalam
cup so hanya sempat siapkan satu tray bagi setiap
masa.
Inilah hasil
'kejadian'nya batch pertama bancuhan muffin saya. lepas je masak 35 biji
nie saya dok termenung fikir sebab mengapa begitu huduhnya 'kejadian'
muffin nie. Tinggi sebelah....muffin tidak sekata...nampak tak menarik wp
lembut dan tidak begitu moist. Masuk tray yang kedua.....hasilnya masih
sama. lepas lama berfikir....saya adjust suhu oven...mula-mula saya
letakkan ia pada 190 c lepas tu untuk tray ketiga saya turunkan suhu pada
160C......lepas dah adjust suhu barulah muffin saya jadi elok seperti yang
diatas tu.

Kalau buat dalam cawan
muffin yang bersaiz sederhana seperti ini, boleh dapat banyak biji untuk
sekali bancuhan. Muffin saya nie sedap sebab coklat chip banyak dan saya
guna susu kotak....saya tak adjust langsung resepi sebab memang niat saya
supaya tetamu-tetamu saya dapat makan muffin yang sedap. Kalau tempah dah
tentu tak akan dapat muffin coklat chip yang 'mewah' dan 'kaya' dengan rasa
coklat. Coklat chip bukannya murah...1 kg hampir
RM10.
Ini muffin yang telah di
packing. Mujur kawan-kawan pejabat saya datang ke rumah untuk tolong saya
bungkuskan muffin nie.
Dah puas tengok muffin
tu....jom tengok resepinya pulak.
Chocolate Chip
Muffin
photo & publish by
resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
250gm tepung
2
sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar
serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu
segar
90ml minyak (saya gantikan dengan
margerin cair)
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:-
1. Ayak tepung, baking
powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas. Campurkan
gula kedalam tepung.
2. Pecahkan telur kedalam
bekas lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur putih dan kunig
telur
3. Masukkan susu cair kedalam
tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan senduk kayu. Masukkan
telur, minyak dan esen vanilla. Gaul rata.
4. Panaskan oven dengan
kepanasan 160-170 c selama 10 minit terlebih dahulu.
5. Masukkan bancuhan kedalam
cawan muffin 3/4 penuh.
6. Taburkan sedikit coklat
chip diatasnya sebagai hiasan. Tak letak pun tak apa sebab coklat chip dalam
adunan dah terlalu banyak.
7. Bakar selama 20 minit
(untuk cup besar seperti gambar diatas sekali). Bakar selama 16 minit untuk
cawan muffin yang bersaiz sederhana.
Nota:-
- Jika anda lihat muffin anda
naik tidak sekata, gemuk/tinggi/mengembang sebelah....itu disebabkan oven
anda terlalu panas. kurangkan suhu oven.
- Untuk mengetahui berapa
minit muffin anda perlu dimasak, cucuk muffin dengan pencucuk kek/lidi pada
16 minit pertama, jika tiada bancuhan melekat kat lidi maka dah boleh
angkat.....jika melekat teruskan kepada 20 minit. Tujuannya adalah supaya
muffin anda moist. Jika terlebih tempoh bakar dalam oven atau suhu terlalu
panas....tekstur muffin akan jadi kering dan tidak moist.
- Masukkan bancuhan muffin
dalam jug plastik untuk memudahkan ia dimasukkan kedalam cawan
muffin.
- Untuk bancuhan yang banyak,
saya gandakan resepi diatas dengan 4 kali. Sekali bancuhan dibuat saya guna
1 kg tepung dan 1 kotak susu. Saya gaul dengan mixer.
2 comments:
assalammualaikum bdaria....bagus idea awak guna jug tu tuk isi adunan...kalau guna cup besar cam ni memang sesuai sgt....saya selalu pakai scoop ice cream je....awak letak choc chip kat muffin tu ye? choc chip ni biasa dia cair ke kalau kita letak dlm cc? saya selalu buat dia cam seketul je..keras cam asal jugak...memang macam tu ke?
Walaikumusalam Quinnie, sebenarnya paling bagus guna scoop ice cream tapi kalau kita nak buat beratus-ratus biji muffin rasanya kita akan cari jalan macam mana nak cepat. Mula2 sy guna scoop ice cream tu tapi rasa lambat, saya tukar pada plastik 3 segi tu, ok jugak cepat tapi plastik tinggal 3 helai saja kemudian ubah bubuh dalam jug plastik tapi kena hati2 lah. Coklat chip memang seketul2 macam tu dia tak cair sangat.
Post a Comment