Inilah hasilnya.....walaupun ia
tak sesedap yang minah tu buat tapi rupaparasnya dah sikit-sikit nak sama
walaupun bibir kuih tu tak menjadi sangat, ada kekurangan dari segi rasa dan
kelembutan kuih......itu yang kena saya cari.
Inilah resepi yang saya dah cuba untuk kuih nie. Kuih lama yang sangat sedap. Oh ye sukatan kuih nie guna mangkuk ye, biasalah bila dapat resepi dari orang lama....dah tentu macam nie sukatannya. Anda boleh guna apa-apa jenis mangkuk yang ada kat rumah tu.....kalau nak buat sikit boleh guna mangkuk kecil.....kalau nak buat banyak boleh guna mangkuk yang besar sikit....so tak ada ketetapan nak guna mangkuk jenis apa pun asalkan semua sukatan bahan harus guna mangkuk yang sama.
Cucur Jawa/cucuq tuang
photo and publish by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula merah
1 mangkuk air (saya tambah lagi 1/4 cawan air)
sedikit garam
Cara-cara membuatnya:-
1. Masak gula merah dan air sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan sejuk sedikit.
2. Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati. Tambah air jika terasa bancuhan pekat. Kacau dengan whisk tangan dan pukul sedikit sehingga ia nampak berbuih buih sikit.
3. Perapkan selama minima 4 jam atau yang paling bagus, bancuh malam dan buat pagi esoknya.
4. Panaskan kuali (jangan guna
kuali leper, ia harus kuali yang melengkung) dengan api sederhana sehingga
betul-betul panas, tuangkan sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga bahagian
sudah masak baru di terbalikkan. Guna minyak sebanyak 3/4 cawan sahaja. Bila
minyak berkurangan, tambah sikit lagi.
Nota:-
- Kuih nie tak berapa manis sangat sebab saya guna 100% gula merah tapi anda boleh guna 1/2 mangkuk gula merah dan 1/2 mangkuk gula putih. Terpulang kepada anda. Mak saya kata kalau guna gula putih, kuih nie akan jadi lebih rangup.
- Jenis tepung beras yang digunakan mempengaruhi kelembutan kuih ini. Saya guna tepung beras cap 3 gajah sebab tu kuih nie kurang lembut sikit. Jenis tepung beras juga mempengaruhi jumlah air yang digunakan....so saya tambah lagi 1/4 cawan air sebab saya guna tepung beras cap 3 gajah.
5 comments:
sy tak pernah makan luih ni yg warna perang mcm ni. selalu kat kelantan jual yg warna putih je. pastu bibirnya garing2 warna perang...kami gelar kuih topi...sbb bentuknya mcm topi...
Salam Nuwairani,
Nie kuih belah utara. Lain tempat lain caranya. Itu untungnya duduk kat M'sia, ada pelbagai dan macam-macam.Kat kg saya dia panggil topi mexico.
salam bdaria.
kami orang banjar ada gak kuih yg macam ni. tp mak saya kata, zmn sekarang tepung x mcm dulu, so mak tambah nasi yg dah di blend. dlm dua sudu, so kuihnya lembut. n mmg letak gula putih yg menjadikan dia garing.
My other half orang Jawa selangor tapi xpernah makan pulak cucur ni. Kuih ni macam denderam gak ke? Masa nak masukkan bancuhan dalam minyak, tuang terus ke atau mcm rempeyek tu kena rendam senduk dalam minyak?
salam perkenalan.Semasa @m'sia saya xpernah makan kuih ni tapi since kami pindah ke brunei early this year mmg menjadi favorite saya kuih ni.Dorg panggil penderam....Mmg tiap2 pagi ada je jual(selalu beli kat kantin sekolah anak).sedap kuih ni sebab dia ranggup kat tepi,lgpun dorg buat xmanis sangat.klau ada keizinan nak try buat la guna resepi k.daria ni.blh ye?nanti k.daria jemput le melawat blog sempoi saya rezwati.blogspot.com
Post a Comment