Sudah lama tidak
mengukus, oleh kerana masa mengemas peti ais tadi ada sebungkus cendol
yang telah lebih sebulan dibeli maka saya buat Talam Cendol pada malam
ini. Esok boleh bawa ke pejabat. Trick, untuk elakkan diri dari makan
banyak sbb tu saya buat malam ahad supaya boleh bawak ke pejabat on
monday.
TALAM CENDOL
Sumber: Kelas talam chef asma
Publish by: Resepidaria.blogspot.com
Lapisan
bawah
Bahan A
200gm tepung beras*- 250ml santan pekat*
- 450ml air*
- 1 tbsp tepung jagung*
- 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
- 1 tsp garam
Bahan B
200gm cendol @ 1 paket kecil
Cara-caranya:-
- Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
- Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
- Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
- Kukus selama 25 minit
- Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-
Bahan A
- 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
- 50gm gula castor
- 500ml air
Bahan B
- 150gm tepung gandum
- 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
- 250ml santan pekat
- 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
- Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
- Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
- Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
- Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
- Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
0 comments:
Post a Comment