Minggu nie sepatutnya adik perempuan saya
datang semula ke HUKM untuk buat kimoterapi yang kedua. Dia patut tiba
semalam lagi sebab rawatan dijadualkan pada 16hb, sehingga pagi tadi dia
senyap sahaja maka sayapun telefonlah dia. Mula-mula tak angkat. Beberapa
kali cuba call, masih tak angkat jugak. Akhirnya selepas jam 12 barulah dia
call saya balik.
Dia beritahu kesan kimoterapi yang pertama
dulu teruk. Hari pertama dan kedua selepas kimoterapi....masih ok dan dia
masih boleh drive balik pahang. Sampai sahaja kat rumah kampung (cuti
sekolah so semua balik kampung), dia mula sakit. Dia mula lembik, badannya
seperti terbakar katanya seperti berada dalam bara api....dia kepanasan
teruk. Kulitnya mula kelihatan hitam (dia putih), mulut dan lidah mula
pecah-pecah sehingga menyukarkan dia untuk minum dan makan. Selepas
seminggu.....rambutnya bergumpal-gumpal gugur dan sekarang dia telah botak.
Lebih seminggu dia hanya terbaring kesakitan. Akibat dari pengalaman pertama
tu.....dia mula serik untuk meneruskan rawatan kimoterapi dan dia sekarang
mula berubat secara tradisional.
Saya tidak mampu nak nasihat apa-apa sebab dia
kelihatan tekad. Adik saya nie adalah seorang ustazah yang amat petah
bercakap (dia juga adalah penceramah bebas) dan dia seorang yang degil
(personaliti Choleric). Bila bercakap dengan dia....anda hanya mampu berkata
ohhhhhhhhh, hhhhmmmm sebab dia tak bagi peluang untuk anda
bercakap. Rasanya sepanjang sejam saya dok berbual dengan dia tadi.....saya
hanya kata 'ohhhhhhhhhh'. Bila dia dah buat keputusan, tiada sesiapa boleh
ubah keputusannya. Bila dengan keputusan dia tu....saya hanya termenung dan
saya teringat cerita kawan saya. Ketika dia menguruskan satu kes, dia
berurusan dengan seorang wanita cina nie. Wanita nie bercerita berkenaan
dengan abangnya yang mengidap kanser dan apabila teruk dia tidak mahu
menyiksa tubuhnya lagi maka dia mengunakan alternatif semulajadi iaitu
dengan meminum jus daun dari sejenis tumbuhan. Wanita itu sangat baik hati,
dia telah menberikan kawan saya pokok tersebut untuk ditanam. Saya dah minta
pada kawan saya tadi....so mungkin minggu depan dia bawak dan nanti saya
tunjukkan gambar dan bentuk daun pokok tersebut. kalau anda tanya nama pokok
tu saya tak tahu nak cakap sebab tak kenal nama tumbuhan terutama yang
pelik-pelik (yang tak pelik pun tak kenal sangat).
Selepas dia mengadu pasai sakitnya kemudian
dia mengadu pulak pasal masalah tadika dia. Bukan senang nak mengurus
tadika, bila dengar cerita adik saya....saya geleng kepala....mujurlah saya
bukan manusia yang jenis suka berurusan orang ramai. Dengar pun dah serabut.
Dia kata selepas kerani dia melarikan duit kutipan yuran tadika yang
berjumlah RM12 ribu pada akhir tahun 2010 maka dia amat berhati-hati
nak ambik orang luar bekerja. Dia ingat lebih senang kalau berurusan dengan
ahli keluarga sendiri. Dia ambik anak mak cik saya untuk tolong dia uruskan
hal-hal pentadbiran. Dia ajar budak tu jaga akaun, berurusan dengan pembekal
barangan runcit dapur, collect yuran, buat payment gaji pekerja dan bank
collection. Bila dia tengok sepupu kami tu boleh diharap maka dia lepaskan
semua urusan tersebut kepada sepupu kami tu. Adik saya pula masa tu serabut
dengan masalah seorang guru tadika yang dilatihnya selama 5 tahun dan
dilantik sebagai timbalan guru besar buat hal. Guru nie adalah seorang OKU,
adik saya latih dan hantar dia berkrusus sehingga mendapat sijil mengajar
dan menguruskan tadika. Pada awal tahun lepas, perangai guru tersebut mula
berubah....dia mula menghasut guru tadika lain supaya letak jawatan dan mula
memburuk-burukkan adik saya. paling dahsyat, guru tersebut telah berjumpa
setiap ibu bapa dan menghasut mereka supaya menghantar anak-anak mereka ke
tadika yang akan dia buka dalam tahun 2012. Adik saya tidak mengetahui
kegiatan guru nie sehinggalah seorang ibubapa pelajar menelefon dan
memaklumkan hal ini. Adik saya telah mengambil helaian risalah tadika baru
yang dibuka serta risalah memburukkan tadika adik yang diedarkan kepada
ibubapa dan buat lapuran polis serta memberhentikan dia 24 jam sebab
membahayakan tadika tetapi tindakan adik saya nie telah diadukan kepada
pejabat buruh dan adik saya dikenakan saman RM4 ribu ringgit. Adik saya amat
tertekan sebab pendaftaran pelajar tahun 2012 jatuh mendadak ditambah pulak
dengan masalah suaminya yang tengah miang nak kahwin baru dan dia pula mula
sakit.
Kali nie dia lagilah tertekan sebab bila tiba
nak siapkan akaun tadika (30 jun adalah hari terakhir untuk hantar
penyata pendapatan LHDN untuk individu yang menjalankan perniagaan)
sebab sepupu kami yang "boleh diharapkan" itu rupanya telah menyembunyikan
dan merosakkan resit-resit pembelian barangan dapur dan perbelanjaan tadika.
Adik saya terkejut bila tengok resit-resit hilang dan tanpa resit tersebut
keuntungan tadika menjadi terlalu tinggi dan tidak lojik langsung.
Peruntukan untuk perbelanjaan dapur tadika adalah RM10 ribu sebulan tetapi
resit yang ada hanyalah dalam RM4 ribu sahaja. Adik saya menangis bercerita
dengan saya tadi. Dia kata dia rasa sangat-sangat letih. Oh ye sepupu kami
tu dah melarikan diri 2 bulan yang lepas, selepas merosakkan Toyota Hiace
adik saya. sehingga adik saya terpaksa menghabiskan RM1 ribu lima ratus
untuk membaiki toyota baru tu.
Selepas sepupu kami tu melarikan diri dari
tadika, dia balik ke kampungnya dan kemudian mengadulah kat mak cik kami.
Mak cik kami nie pulak dengar cakap anak. Dia call semua adik beradik
dan saudara mara dari yang bau-bau durian sehinggalah yang bau
bacang kat Changloon, kedah nunnnnnn (banyak lak duit dia beli top up
menelefon tu....kalau tak asyik buat miscall suruh orang call dia
balik) dan bagitau betapa jahatnya keluarga kami nie mendera anak
dia, sampaikan saya yang tak dak kena mengena dengan cerita
niepun pun kena jugak wahhhhhhhhhh!!!!!!!!.........apa salah
aku.
Saya cakap pada adik saya "pedulikan
mereka.....mereka ada apa yang nak berlagak sangat dengan kita. nanti bila
susah atau sakit, mereka akan call kita jugak sebab kita banyak
duit". Memang perkataan saya kasar tapi that reality. Saya memang tak
close dengan mak cik saya nie sebab mulut dia nie 'jahat' sikit, saya jarang
jejakkan kaki saya kerumahnya (saya nie baran sikit, bila dia nak cerita
buruk orang saya cepat-cepat cakap 'jangan cerita hal orang boleh tak',
pastu tu dia mengadu kat mak yang saya nie kurang ajar dengan dia so lebih
baik jangan pi).....saya hanya datang kerumahnya kalau sepupu saya yang
kecil sekali call "yong, ayah sakit. sekarang kat hospital selayang".
Barulah saya pergi kesana dan uruskan bapak saudara saya tu apa yang patut
(biasanya duitlah....apa lagi) dan kemudian saya balik kota damansara. Mak
cik saya orang susah, suaminya hanyalah driver lori yang terpaksa pencen
awal sebab strok. Hidup hanya makan duit pencen RM1 ribu sebulan. Anak-anak
pulak tak belajar pandai hanya setakat tingkatan 3 sahaja yang paling tinggi
pun. Dah besar-besarpun masih duduk makan tidur kat rumah sempit emak dan
ayah. Kalau tak kerana mak saya yang selalu call "yong....pergi tengok Pak
Ndak atau Mak ndak, dia mengadu sakit.....cuba gi hantar kat hospital, gi
cari ubat dan macam-macam lagi". Sebab mak.....itu adalah adik mak saya maka
saya pedulikan mereka biarpun tiada perkataan terima kasih atau atleast
"jangan buruk-burukkan saya".....letihlah nak layan orang macam nie. Cakap
je........ nanti esok lusa bila adik sepupu saya call 'yong mak sakit, yong
ayah sakit' saya tak teragak-agak capai kunci secepat kilat untuk pergi ke
ulu yam. Nak buat macam mana buruk-buruk pun dia tetap adik mak saya.
Macammanalah adik saya nak sembuh kalau macam
nie. Tentang suami dia......emmmm dengar cerita dah balik dari Indonesia,
sampai kat rumah mereka dia terus masuk bilik study (bilik rasmi dia
sekarang) kemudian keluar tak balik-balik rumah. Saya tak berani nak tanya
adik saya.
Kadang-kadang (cuti lepas) bila saya
duduk berdua-dua dengan mak sambil berehat-rehat kat pangkin bawah pokok
ciku....mak saya akan kata "hang bertuah tak kahwin....kepala otak tak
serabut, hati senang....". Ohhhh oooo mak nie. Saya cuma jawap
'Betulllllll!!!!! bila tengok keadaan yah....yong rasa bertuah tapi bila mak
dah tak dak nanti.....yong tinggal sorang-sorang kat dunia nie....tak dak
sapa nak jaga yong bila sakit masa tu yong tak bertuah". Dia jawap "hang
banyak duit.....simpan banyak-banyak pastu cari rumah orang tua yang
elok-elok". Aduhhhh haiiiiii positif gila pemikiran mak atau sebab mak
kecewa tengok kehidupan adik saya.
2 comments:
nasihatkan adik akak ke MAKNA... teruskan rawatan kimo tu... kat sana ramai org akan bantu dia... jgn berhenti rawatan pasal sakit... kimo mmg sakit... tapi insyaAllah untuk jangka panjang sangat baik... bukan marah dia pergi ke rawatan altenatif tapi kebiasaanya rawatan tsbt tak menyembuhkan sekadar melegakan utk sementara shj...
org keliling saya ramai yg dah hadapi kanser... majoriti yg ambil rawatan doktor semakin pulih... tapi ada juga yg ambil rawatan alternatif dah semakin parah... :(
pasal keluarga saya tak tahu nak kata apa... biasa la org mmg mudah lupa bila jadi senang sikit...
Salam Eja,
Macam yang saya tulis kat entry tu, kalau dia jenis yang dengar cakap senang cerita. Nie kalau dia kata hitam maka hitamlah...kalau putih maka putihlah. Kalau budak kecil kita boleh tarik tangan tapi nie dah tua.Tak ada sapa boleh ubah cakap dia hatta mak saya sekalipun. Buat masa nie saya biarkan dulu supaya dia tenang.
Post a Comment