Thursday, May 3, 2012

Clay Flower Classes, part 2

Semalam masuk bengkel clay flower untuk hari kedua. Kali nie pengajar ajar buat kelopak-kelopak bunga orkid putih. Selama 2 jam duduk buat kelopak bunga nie sahaja....dari proses mencanai clay sehinggalah terap ikut bentuk kelopak dan kemudian bentuk2 kelopak yang diterap ikut acuan di tekan atas sejenis alat untuk dapatkan bentuk garisan kelopak orkid. Kerja remeh dan perlu ketelitian....tapi saya suka sebab dah lama tidak buat kerja-kerja macam nie. Masa saya kecil mak saya selalu kata yang tangan saya nie berseni...saya suka gubahan bunga, buat bunga. Kalau ada jenis bunga terbaru yang dibuat oleh jiran-jiran....mak saya akan bawak saya ke rumah jiran tu untuk tengok lepas tu bila balik rumah saya dah boleh tiru. Bakat saya....saya tidak perasaan bakat saya nie sebab saya tidak pernah ambik berat....dan saya tidak pernah pupuk bakat nie.....ia terperap sekian lama....tiba-tiba sahaja baru-baru nie tergerak hati nak mencuba buat kerja kraf semula.

Kali kedua masuk kelas....saya dah mula jumpa kawan. Chinese lady dalam kelas semuanya friendly....seronok berbual dengan mereka. Seorang rakan sekelas datang berbual dengan saya....dia kata dia ambil tempoh 2 minggu untuk siapkan sepasu bunga Phalaenopsis (orkid putih). Bila dia tengok hasil kerja saya...dia kata "u buat kemas sangat......bukan macam orang baru masuk kelas". Saya sengeh ajelah....wahhhhh kemas ke kerja saya nie....tengok macam nak terkoyak je kelopak bunga tu. Bila dah siapkan kelopak....rasa tak sabar nak tunggu pengajar ajar cara nak cantum dan color bunga.









Inilah hasil kerja saya untuk tempoh 2 hari....masih belum nampak bunga lagi sebab baru buat kelopak sahaja. Clay atau tanah liat yang kami guna untuk buat bunga nie bukan tanah liat yang macam budak-budak main tu. Ia macam sejenis getah....bila kelopak bunga kat atas tu dah kering....ia akan jadi keras dan liat. Patutlah clay yang digunakan ini berharga mahal.

Seperti biasa selepas sahaja nampak saya mengemas untuk balik sebab dah 7.30 malam....nak pergi surau maka pengajar datang letak bil. Ok kali nie RM50 untuk 2 tools yang digunakan.

Kos saya setakat ini   RM405 + RM50 = RM455

Kos diatas adalah kos kelas, kos tools dan kos material. Bila nampak bil datang....hati saya selalu berdebar....kali nie barapalah pulak caj yang kena....kenapalah tools dan acuan kat sini mahal sangat.

0 comments: