Sebenarnya ini entry tertunggak....baru
perasaan bila tengok gambar dalam folder. Saya buat kuih kasui nie pada hari
sabtu lepas.....makan separuh (asyik ulang dari pagi sampai malam) pastu
masukkan baki dalam peti kononnya nak makan hari ahad tapi terlupa so petang
semalam terpaksa buang baki kuih nie. So kepada anda yang hanya buat untuk
makan seorang atau dua....buatlah separuh daripada bahan kat bawah.
Resepi kuih kasui nie saya ambik kat rumah Mat
Gebu tapi saya ada adjust sikit sebab saya nak rasa perbezaan. Kuih kasui
yang paling sedap saya pernah makan adalah kat sebuah kedai nyonya stall di
Mine Wonderland dalam tahun 2001 kalau tak silap saya. Masa tu orang belanja
so dengan 'malu-malu kucing' saya hanya ambik seketul sahaja kuih
kasui....lepas makan seketul tu dan terasa kesedapannya....nak ambik seketul
lagi malu. Rasa kuih kasui dia berlainan dengan kuih kasui yang biasa saya
makan malah wangi kuih dia pun lain sikit Sekarang dah tak jenguk Mine lagi
so saya tak tahulah samaada kedai nyonya tu ada lagi atau tidak.
Saya suka kuih kasui nie sebab teksturnya tidaklah terasa tepung gandum sangat dan kenyal serta lembut. Sukatan gula dah cantik....tak begitu manis sangat.
Kuih Kasui @ Kaswi
Resepi asal dari sini
Bahan-bahannya:-
Bahan A
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun padan
sedikit kicap pekat
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (yang nie saya
tambah)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu teh kapur makan (bancuhkan dengan
sedikit air untuk dapatkan paste pekat)
kelapa parut putih
sedikit garam
Cara-caranya:-
-
Masukkan semua bahan A kecuali kicap kedalam periuk dan masak sehingga gula larut. Angkat dan tapi untuk buang bendaasing dalam gula merah. Masukkan sedikit kicap pekat dan biarkan sejuk
-
Alas loyang 4 segi berukuran 10 x 10 x 3 inci dengan plastik dan ketepikan. Saya guna loyang 11 x 11 sebab tu kuih kasui saya nampak nipis.
-
Masukkan semua tepung dalam bekas dan kemudian masukkan bancuhan gula tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan mengunakan whisk. Masukkan air kapur dan kacau rata
-
Tapiskan bancuhan dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap. Kacau sentiasa mengunakan sudip kayu.
-
Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit sehingga masak
-
Bila kuih sudah sejuk baru potong dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
-
Hidangkan.
1 comments:
salam kak daria.. kuih kaswi mmg sedap yg kenyal2. buat sendiri mmg puas hati sbb tun suka yg kurang manis, pastu mkn ngan kelapa dgn banyaknya. hihi
Post a Comment