Dari minggu
lepas lagi saya mengidam nak makan pengat pisang. Hari khamis saya pergi
Tesco, bintang supermarket, Giant untuk cari pisang nangka/pisang abu atau
pisang yang seangkatan denganya yg boleh dibuat pengat pisang. kalau boleh
naklah masak sendiri supaya sesuai dengan selera...kalau beli asyik ada yang
tak kena sahaja. Pisang yang saya cari tak ada....so lebih baik beli saja
pengat yang dah siap. pengat yang paling sedap adalah kat pasar ramadhan ss5
@ kat Tabung Haji. Hari jumaat, my fren minta hantar ke LRT Taman
Bahagia....so terlepas peluang nak gi SS5.
Hari sabtu saya buat kelas coklat dan my fren stay kat rumah saya sehingga petang. Takan nak tinggal dia n pergi pasar malam kat Stadium FAM. Hari Ahad terlewat bangun tidur selepas sahur...sedar2 jam dah 10 pagi...maka melepas nak pergi pasar tani stadium shah alam. Petang ahad...gi bazar ramadhan kelana jaya tapi gagal beli sbb kena beratur panjang.
Hari nie nekad nak buat jugak pengat pisang.....so lepas kerja tadi singgah kat pasar malam SS8. Kat situ ada gerai menjual semua sayuran kampung. Saya pilih sesikat pisang nangka ada lebih kurang 6 biji....cukuplah untuk sekali buat pengat. Saya letak dalam bakul dan bawa pisang tu untuk timbang. Sebelah saya ada beberapa orang lagi pembeli. Tokey gerai tu ambil pisang saya timbang dan kata RM2.30. Saya hulur RM5.....dia cari plastik dan hendak masukkan pisang saya....tiba-tiba, tokey tu marah2 kat seorang perempuan tua (bkn bangsa kita) yang cuba nak curi pisang emas dia. Bising mulut tokey tu marahkan perempuan tu. Saya dan pembeli yang lain pun pakat tengoklah drama sebabak tu. Dalam hati 'ada juga manusia jenis nie.....ambil pisang sesikat, lepas bayar dia masukkan sesikat lagi dalam plastik tu'. Tokey tu pulangkan duit baki saya dan bagi plastik oren...saya pun ambil duit baki dan plastik tu sambil mata dok tengok lagi perempuan tu....timbul pulak rasa kasihan.
Lepas tu saya pergi ke gerai nasi ambeng....kiranya hari nie saya nak makan nasi ambeng...macam sedap je sbb dah ramai orang beratur wp tuan kedai belum lagi bukak barangan jualan. Bayar saja harga nasi ambeng saya balik kerumah. lepas mandi dan sembahyang....saya pun terus kedapur nak buat pengat pisang. Cewah....hari nie saya makanlah pengat pisang yang diidamkan....bukak plastik....
"
"
"
"
"
ya Allah.....pisang nangka saya telah bertukar menjadi keledek....rupanya tokey tu tertukar pisang saya dengan keledek pembeli disebelah saya.
Sedihnya.....rasa nak menangis sbb hari nie saya kempunan lagi nak makan pengat pisang. Bila tengok jam dah 6.30 petang....takan nak gi semula pasar malam tu untuk cari pisang...moga-moga esok reseki saya dengan pengat pisang adalah.

0 comments:
Post a Comment