Tuesday, August 24, 2010

Pulut udang @ pulut panggang

Saya buat pulut udang atau pulut panggang nie pada hari ahad dan dibekukan. petang semalam keluarkan pulut panggang nie dan kemudian panaskan kuali dan panggang dalam kuali saja. Senang cerita.....orang duduk kat apartment nie susah nak buat bara api untuk panggang. Wp panggang guna bara api lebih sedap tapi untuk makan sendiri2 nie panggang atas kuali pun cukuplah. Teringat pulut panggang mak.
Pulut panggang/Pulut udang
photo n recipe by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:

3oogm beras pulut yang telah direndam selama 4 jam
200ml santan kelapa (saya guna 100ml santan kotak + 100ml air)
1/4 tsp garam
daun pisang secukupnya-dibersihkan dan dilayur


Cara-caranya
  1. Kukus beras pulut sehingga masak
  2. Santan dicampurkan dengan garam dan dimasukkan kedalam bekas
  3. Masukkan pulut yang telah dikukus panas-panas kedalam bekas santan dan gaulkan dengan santan sehingga sebati dan ketepikan.
Inti

Bahan-bahannya:

1 tbsp minyak
4 bawang merah

3 ulas bawang putih
50gm udang kering @ 100gm udang hidup-dipotong
1/2 biji kelapa parut
6-8 biji cili kering
1 batang serai
1/2 tsp jintan manis
1 tsp garam
2 tsp gula pasir
sedikit air untuk blend

Cara membuat inti
  1. Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, jintan sehingga halus.
  2. Gaulkan bahan yang diblend dengan kelapa parut. Masukkan garam, gula dan udang. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan masukkan kelapa. Goreng sehingga masak dan kering air.
  4. Angkat dan sejukkan.
Kalau ada daun cekur boleh masukkan jika mahu.

CARA MEMBUNGKUS PULUT PANGGANG
  1. Daun pisang dilap dengan kain dan dilayur diatas api perlahan. Kerat daun kelapa sebesar 1 1/2 tapak tangan (agak-agaklah ye....cukup untuk bungkus pulut).
  2. Letakkan 2 sudu pulut atas daun pisang dan ratakan. Masukkan inti secukupnya.
  3. Guna daun pisang dan bentukkan pulut memanjang seperti gambar dibawah
  4. Balut pulut dengan kemas. Pastikan pulut tidak lembik......pulut panggang yang cantik adalah yang padat.
  5. Staplekan dikedua-dua hujung pulut
  6. Gunting lebihan daun pisang
  7. Sapukan sedikit minyak pada pulut panggang dan letakkan diatas kuali leper.
  8. Sentiasa balik-balik supaya ia tidak hangus dan masak sama rata

4 comments:

Yat Maria said...

salam..

kita pun sama susah nak wat panggang kat bara api nih...kuih ni antara kegemaran Yat..ambil resepi dulu ya...timakacih :)

Hany Gallery said...

Salam. Ingat masa kecik2, Mak saya buat pulut panggang utk jualan.
Saya suka makan pulut yg dibakar hangit, crunchy...

bdaria said...

Hany, sy pun suka mkn pulut udang yg hangit sikit. Mak sy pun meniaga pulut udang. Wp buat ikut resepi mak tp rasa masih belum dpt mcm yg mak sy buat.

bdaria said...

Yat, silalah.