Memasak memberi satu keseronokan kepada saya terutama bila mencuba sesuatu yang
baru. Saya mula belajar memasak semasa mak dalam pantang, salah satu resepi yang
paling mudah dibuat ketika itu adalah sambal telur....tumis lada dan kemudian
pecahkan telur...saya tak pasti sedap ke tidak tapi adik2 saya terpaksa makan
setiap hari selama seminggu dan inilah lauknya bila mereka pulang
sekolah...jangan salahkan saya sbb masa tu saya baru berusia 10 tahun. Kemudian
memasak menjadi rutin harian kerana itulah sumber rezeki kami selepas kematian
mengejut arwah ayah.
Terima kasih pada mak kerana membuatkan saya cekap di
dapur.....kemudian aktiviti memasak mula berkurangan selepas saya memasuki
universiti, saya hanya memasak bila balik cuti semester. Kemudian aktiviti
memasak semakin berkurangan bila saya mula bekerja dan tinggal
sendirian...jauh dari keluarga. Sekarang saya hanya memasak bila hujung minggu
sahaja, itupun menu ringkas sahaja tiada yang menarik sangat.....setakat makan
seorang buat apa susah-susah...cukup jika ia boleh mengenyangkan.
Inilah menu setiap hujung minggu saya. Sarapan saya
adalah minuman Herbalife ini. Mudah....tak ambil masa yang lama untuk
menyediakannya. Masukkan susu + air panas + 2 sudu herbalife kemudian masukkan
dalam blender. Ini adalah sarapan saya sebelum ke gym.
Ini pula yang saya sediakan apabila balik dari gym. Saya
jarang ambil makanan luar bila hari minggu. Cukuplah ketika hari kerja saya
makan makanan yang dimasak dikedai. biarlah hari minggu saya makan makanan
yang saya masak sendiri. biarpun ketika pulang dari gym...jam sudah
menunjukkan pukul 2 dan perut pula benar2 lapar tapi hidangan simple tetap
saya sediakan. Saya rasa puas bila masak sendiri makanan saya. Bila pulang
kekampung, saya akan masak resepi terbaru yang saya belajar untuk anak2
saudara saya....untuk family saya...saya rasa puas.
Saya buat blog ini dan memasukkan resepi yang telah saya cuba
biarpun tidak sehebat resepi diblog orang lain. Saya banyak masuk kelas
memasak sejak dari tahun 2005 lagi dan semua resepi tersebut saya simpan dalam
fail. Bila saya buka fail, saya dapati kertas resepi tersebut telah bertukar
warna......saya risau satu hari nanti ia akan hilang begitu saja maka saya
masukkan sedikit yang mana saya sempat taip dalam blog ini.
Saya amat kesal apabila saya dapati ada penulis blog masakan
telah 'copy and paste' entry blog masakan orang lain bulat2. Gambar masakan
pun dicopy masuk dalam blog mereka....mereka tidak cuba langsung hanya 'copy
and paste' ...asalkan ada N3 sudah cukup. Ia adalah perbuatan yang tidak
bertanggungjawap dan tidak beretika langsung. Paling tidakpun nyatakanlah dari
mana resepi dan gambar itu diambil. Berilah sedikit kredit kepada tuan punya
resepi atau tuan punya blog yang mana anda telah 'copy and paste'.