Sabtu, 6hb Februari 2010 saya join kelas membuat talam
dengan Chef Asma dengan bayaran RM180 yang bertempat di putra perdana,
puchong. First time nak drive ke tempat nie....mujur ada Mr Garmin yang
menunjuk arah......turn right, turn left in 300m (wp tersesat sikit sbb tak
dengar cakap, garmin suruh terus tapi saya turn left sbb tengok signboard
puchong perdana, keliru dengan putra perdana) memang mudah betul ada GPS nie
kalau tak berpusing saya nak cari kawasan perumahan nie.
Saya sampai ke tempat belajar dalam jam 10.05 pagi, mujur
kelas belum mula lagi dan kami tunggu 2 orang peserta lagi yang belum sampai.
Bila kesemua 6 orang dah sampai chef mulakan kelas. Chef dah sediakan sarapan
dan minuman....so kami bersarapan dulu sebelum mula. Sehingga jam 1 tgh, kami
dah sediakan 9 jenis talam. Kami berhenti rehat sebentar untuk makan tengahari
dan sembahyang. Sambung balik dan buat lagi 4 jenis talam. Wp agak memenatkan
bagi saya sbb dah lama dah tak berada didapur dari pagi sampai jam 5 petang
tapi ia pengalaman yang amat-amat berbaloi. inilah serba sedikit gambar yang
boleh dimut turun dalam blog ini.
Gores macam nie....supaya lapisan bawah dan atas melekat.
chef menunjukkan cara yang betul untuk mengores dengan garpu.
chef menunjukkan cara 'membuang' lebihan air diatas
permukaan talam. Kata chef guna tisu masakan jangan guna tisu toilet hehehe.
Chef menunjukkan cara menuang bancuhan atas seri muka
sebelum kami semua membuat bancuhan dan menuangkan atas pulut. Pulut yang
bercampur warna merah tu disediakan oleh saya dan kawan sekumpulan. Serimuka
delima yang kami buat tak jadi cantik pada hari nie sbb kami terbuat keras
sikit bahagian atasnya.
Sebahagian dari para peserta. Satu kelas 6 orang so
senang Chef nak berikan perhatian dan tunjuk ajar. Satu kumpulan 2 orang dan
setiap kumpulan dapat membuat sendiri 4 jenis talam berlainan. Banyak tip-tip
yang chef berikan.......pertama kali saya tengok begitu banyak jenis talam
dapat dibuat dengan sedikit kreativiti.
Chef Asma mengajar cara memotong dan mengeluarkan talam
dari loyang. best betul tengok sbb semua talam-talam keluar cantik dari
loyang. resepi chef memang bagus betul....tak lembik dan tak keras sangat.
Ini adalah Talam Jagung. Saya paling suka talam nie.
Sedap
ini adalah Talam Puding Marble Kacang Merah.
Ini pula adalah Talam Puding Marble
Inilah Talam sekodeng...ooopsss sorry...sebut betul2
SEKOTENG......TALAM SEKOTENG....cantikkan bila dah dipotong. Yang berwarna
pink kat bawah tu....itulah talam sekoteng.
Chef ajar cara menyusun kuih talam.....ini hanya
sebahagian dari 13 jenis yang telah dibuat dalam kelas.
Ini lagi. cantikkan.......
Sebanyak 13 jenis kuih talam yang dibawa balik, mujur ada
kawan tinggal berdekatan so bolehlah berkongsi rezeki. Chef Asma nie memang
pemurah dengan ilmu.....so amat-amat berbaloilah kelas tu. Saya cuma rasa
talam2 tu semasa di rumah kawan makan dengan anak2nya. Sesampai di rumah
akibat terlalu letih, lepas mandi dan sembahyang saya terus tidur. Semua
kuih talam tu saya simpan dalam peti. yang saya sempat rasa adalah talam
roti paun....paling sedap.