Part kedua dalam libur di
                                            Bandung adalah shopping. Sebelum bertolak ke Bandung, duit rupiah yang
                                            dibawa adalah dalam Rp4juta (RM1,488) dengan kadar tukaran Rp1000=RM0.372.
                                            Tapi duit RM tetap ada dalam dompet…manalah tahukan untuk kecemasan.
                                          
                                          
                                            
                                        
                                         Hari pertama kami
                                            menaiki angkutan kota (Rp3,000 seorang) menuju ke Pasar Baru dari pasar Dago
                                            iaitu lebih kurang 5 minit dari homestay kami. Pelancongan kami ke Bandung
                                            lebih kepada “adventure travelling” sbb kami tidak mengunakan
                                            khidmat agen pelancongan. Sesampai di Pasar Baru yang baru sahaja hendak di
                                            buka dalam jam 9 pagi (pagi disini terasa amat panjang, waktu subuh lebih
                                            kurang jam 5 pagi dan selepas mandi dan sembahyang, sarapan….kami
                                            masih menpunyai masa terluang yang panjang sbb semua kedai beroperasi jam 9
                                            pagi). Barangan yang patut anda beli disini adalah kain telekung sembahyang,
                                            kain sulaman, busana
Hari pertama kami
                                            menaiki angkutan kota (Rp3,000 seorang) menuju ke Pasar Baru dari pasar Dago
                                            iaitu lebih kurang 5 minit dari homestay kami. Pelancongan kami ke Bandung
                                            lebih kepada “adventure travelling” sbb kami tidak mengunakan
                                            khidmat agen pelancongan. Sesampai di Pasar Baru yang baru sahaja hendak di
                                            buka dalam jam 9 pagi (pagi disini terasa amat panjang, waktu subuh lebih
                                            kurang jam 5 pagi dan selepas mandi dan sembahyang, sarapan….kami
                                            masih menpunyai masa terluang yang panjang sbb semua kedai beroperasi jam 9
                                            pagi). Barangan yang patut anda beli disini adalah kain telekung sembahyang,
                                            kain sulaman, busana  muslim. Ada
                                            beratus-ratus lot-lot kedai menunggu anda disetiap tingkat sehinggalah
                                            ketingkat 6. Pada awal ketibaan disini saya merasakan tiada apa yang menarik
                                            tetapi hanya rasa serabut dengan penjaja jalanan yang sentiasa mengelingi
                                            kita. Tapi bila kita betul-betul explore setiap lot kedai disetiap tingkat,
                                            banyak benda-benda menarik yang boleh kita temui selain kain telekung dan
                                            baju-baju kebaya sulam. Disini urusniaga berakhir jam 6 petang. So
                                            seharianpun anda belum tentu akan habis melawat lot kedai disetiap tingkat.
muslim. Ada
                                            beratus-ratus lot-lot kedai menunggu anda disetiap tingkat sehinggalah
                                            ketingkat 6. Pada awal ketibaan disini saya merasakan tiada apa yang menarik
                                            tetapi hanya rasa serabut dengan penjaja jalanan yang sentiasa mengelingi
                                            kita. Tapi bila kita betul-betul explore setiap lot kedai disetiap tingkat,
                                            banyak benda-benda menarik yang boleh kita temui selain kain telekung dan
                                            baju-baju kebaya sulam. Disini urusniaga berakhir jam 6 petang. So
                                            seharianpun anda belum tentu akan habis melawat lot kedai disetiap tingkat.
                                            
                                            
Kami menaiki angkutan kota
                                            untuk pulang ke homestay. Menaiki angkutan memberikan satu pengalaman
                                            menarik sepanjang perjalanan kami. Anda akan dapat melihat dengan jelas
                                            bagaimana seniman-seniman jalanan memetik gitar dan menyanyi di tangga
                                            angkutan bila jalan macet (kalah artis AF bila dengar mereka menyanyi yang
                                            kadang2 menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri). Ketika ini anda harus
                                            pastikan anda menyediakan banyak note Rp1.000 @RM0.372 dalam dompet untuk
                                            disedekahkan sedikit sbb mereka semua hanya hendak mencari sesuap nasi.
                                            Peminta-peminta sedekah dan penjual jalanan juga banyak tetapi jika anda
                                            tidak mahu memberi mereka tidak marah. Anda dapat melihat ragam pemandu
                                            disini…kalau diberi peluang saya tidak akan memandu disini. Tapi yang
                                            pasti anda tidak akan mendengar perkataan sumpah seranah yang keluar dari
                                            mulut mereka ….mereka tidak marah. Bunyi hon adalah perkara biasa
                                            disini….cuba buat kat Malaysia, silap2 haribulan anda akan ditunjuk
                                            penumbuk. Habis satu hari kami di Pasar Baru, itupun masih belum habis
                                            bershopping lagi.
                                          
                                        
                                        
                                        
                                        
                                        
                                        
                                        Hari Kedua
                                            
                                            
                                            
 Waktu pagi dan
                                            tengahhari kami habiskan di Tangkupan Perahu dan Kampung Baru, kami meminta
                                            supir membawa kami ke Factory Outlet (FO)yang menjual tas tangan. Kami
                                            dibawa ke satu FO (tak ingat nama) harga barang mahal tapi boleh tawar,
                                            tiada yang menarik maka kami ke Rumah Tas di No 30 Jalan Lembong, disini wp
                                            harga tas adalah tetap (tidak boleh tawar) tapi harganya adalah logik
                                            berbanding FO lain. Harga sekitar Rp260.00 sehingga Rp1.5 juta mengikut
                                            jenama dan kualiti Gred. Kami rekemenkan anda untuk terus beli tas tangan di
                                            sini kerana harganya boleh tahan juga wp di Pasar Baru anda boleh tawar lagi
                                            dengan harga yang lebih murah
Waktu pagi dan
                                            tengahhari kami habiskan di Tangkupan Perahu dan Kampung Baru, kami meminta
                                            supir membawa kami ke Factory Outlet (FO)yang menjual tas tangan. Kami
                                            dibawa ke satu FO (tak ingat nama) harga barang mahal tapi boleh tawar,
                                            tiada yang menarik maka kami ke Rumah Tas di No 30 Jalan Lembong, disini wp
                                            harga tas adalah tetap (tidak boleh tawar) tapi harganya adalah logik
                                            berbanding FO lain. Harga sekitar Rp260.00 sehingga Rp1.5 juta mengikut
                                            jenama dan kualiti Gred. Kami rekemenkan anda untuk terus beli tas tangan di
                                            sini kerana harganya boleh tahan juga wp di Pasar Baru anda boleh tawar lagi
                                            dengan harga yang lebih murah  sedikit, itupun
                                            untuk orang yang mempunyai kemahiran tawar menawar yang hebat kalau anda
                                            tiada skill nie….beli kat sini saja sudahlah bukan banyak beza sangat.
                                            Kami dah semak harga dengan FO lain ternyata di Rumah Tas lebih murah
                                            brbanding dengan FO lain. Ada satu bag jenama Chloe di Rumah Tas harganya
                                            Rp260.000 tapi di FO lain, bag yang sama bentuk,design dan warna cuma
                                            logonya telah ditukar kepada jenama lebih terkenal telah dijual dengan harga
                                            Rp1.000.000, agak2 berapa yang anda boleh tawar untuk kurangkan harganya.
                                            Oleh itu memang nasib kita jika boleh dapat harga yang betul-betul berbaloi.
                                            Setakat nak beli satu atau dua, beli disini cukuplah....my officemate kata
                                            ada lagi satu tempat (tak ingat apa namanya) iaiatu kira-kira 2 jam
                                            perjalanan dari Bandung, barangan kulitnya lebih murah 1/2 harga dari FO di
                                            Bandung.
sedikit, itupun
                                            untuk orang yang mempunyai kemahiran tawar menawar yang hebat kalau anda
                                            tiada skill nie….beli kat sini saja sudahlah bukan banyak beza sangat.
                                            Kami dah semak harga dengan FO lain ternyata di Rumah Tas lebih murah
                                            brbanding dengan FO lain. Ada satu bag jenama Chloe di Rumah Tas harganya
                                            Rp260.000 tapi di FO lain, bag yang sama bentuk,design dan warna cuma
                                            logonya telah ditukar kepada jenama lebih terkenal telah dijual dengan harga
                                            Rp1.000.000, agak2 berapa yang anda boleh tawar untuk kurangkan harganya.
                                            Oleh itu memang nasib kita jika boleh dapat harga yang betul-betul berbaloi.
                                            Setakat nak beli satu atau dua, beli disini cukuplah....my officemate kata
                                            ada lagi satu tempat (tak ingat apa namanya) iaiatu kira-kira 2 jam
                                            perjalanan dari Bandung, barangan kulitnya lebih murah 1/2 harga dari FO di
                                            Bandung. 
                                          
                                        
                                        
                                        
                                        Habis bershopping di Rumah
                                            Tas, supir membawa kami ke butik anak kecil di jalan cimandiri untuk membeli
                                            pakaian kanak-kanak. Harga disini lebih mahal berbanding dengan FO Grande.
                                            Saya membeli 3 pasang pakaian new born baby dengan harga Rp100.000(RM37.20)
                                            tetapi di Grande pakaian yang sama (3 pasang) hanya berharga Rp70.000
                                            (RM26). Selepas habis bershopping di Anak kecil kami dibawa oleh supir ke
                                            Toko Tiga untuk memilih jean, saya sempat sambar 2 helai Levi's.
                                        
                                          
                                        
                                        
                                        
                                        Hari Ketiga
                                        
                                        
                                          
                                          
Hari ini kami menaiki angkutan kota menuju
                                            ke Jalan Dago dengan bayaran sebanyak Rp2500 (RM0.75). Sebenarnya jika kami
                                            hendak berjalan kaki dari pasar Dago pun boleh tapi oleh kerana disini
                                            pavement tepi jalannya tidak diurus baik oleh kerajaan tempatan sehingga
                                            ianya rosak dan slippery akibat berlumut. Apa yang kami perhatikan kemudahan
                                            asas amatlah minimum, jejantas untuk melintas jalannya begitu nyeri bila
                                            tengok.
                                        
                                        
                                          
                                          
Kami turun di GMC iaitu money changer yang
                                            terletak di sebelah Kartika Sari (Jika hendak berhenti sebut sahaja "kiri"
                                            sbb dalam angkutan tiada loceng dan jika anda sebut'stop' atau 'berhenti'
                                            supir buat tak tau ajelah). Jika ingin menukar wang di GMC kena datang awal
                                            iaitu dalam jam 8 pagi kerana kat sini ramai orang dan kena menunggu agak
                                            lama sebelum tiba turn tukar wang. Kadar tukaran pada hari ini adalah Rp
                                            1000 = RM0.366. Kadar yang lebih rendah dari kadar tukaran di Malaysia. Oleh
                                            itu jika anda hendak ke Bandung, tukar sedikit dulu di M'sia dan tukar
                                            selebihnya di GMC....hanya di GMC sahaja tau sbb kat tempat lain tak dapat
                                            kadar nie.
                                        
                                        
                                            
                                          
                                          
                                        

                                          
                                        
                                          
                                        
                                        
                                        
                                          
                                        
                                          
                                        
                                          
                                          
                                        
                                        
                                        
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                        Gambar diatas adalah
                                            sebahagian dari FO yang terdapat disekitar jalan Dago. Satu FO anda akan
                                            ambil masa 1 jam so untuk menghabiskan lawatan kesemua FO di Jalan Dago nie
                                            akan memakan masa seharian. Setiap FO adalah berdekatan antara satu sama
                                            lain dan jika anda membawa anak atau suami, usah bimbang sbb ada tempat
                                            menunggu didepan FO untuk mereka habiskan masa.
                                            
                                          
Selepas selesai sahaja menukar wang, kami
                                            memulakan projek ' mengeledah' FO yang begitu banyak disekitar jalan Dago
                                            ini. 
                                          
                                            
                                          
                                        
 Jika anda ke FO Jalan Dago, jangan lupa singgah di Grande. Baju kanak-kanak
                                          perempuan amat cantik disini. Anda boleh mendapatkan gaun-gaun cantik jenama
                                          Burberry disini dengan harga sekitar Rp100.000.
                                        Jika anda ke FO Jalan Dago, jangan lupa singgah di Grande. Baju kanak-kanak
                                          perempuan amat cantik disini. Anda boleh mendapatkan gaun-gaun cantik jenama
                                          Burberry disini dengan harga sekitar Rp100.000. 
                                        
                                          
 
                                        Disini juga baju kanak-kanak
                                            amat murah berbanding dengan Anak Kecil atau FO lain. Banyak pilihan untuk
                                            pakaian kanak-kanak lelaki. Anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan jenama
                                            Guess dan jenama terkenal yang lain (sorrylah belum ada anak so tak tau
                                            sangat pasai baju budak2 lelaki nie.....tapi yang pasti saya memang borong
                                            sakan untuk anak2 saudara perempuan saya di Grande)
                                            
                                            
                                            
                                          
                                         
                                        
                                        
                                        
                                        Apa yang pasti sepanjang 4 hari
                                            di sini, 2 kali ke Pasar Baru, 2 kali ke FO di Jalan Dago sbb bila balik ada
                                            saja yang masih nak dibeli. Kami tidak pergi ke tempat lain seperti Rumah
                                            Mode atau Heritage kerana di Jalan Dago dan Pasar baru sahaja dah tak larat
                                            nak 'jelajah'. Oh ye kat sini teksi agak mahal ye....mereka tidak guna
                                            meter, anda hanya akan bernasib baik kalau dapat tahan teksi 'bluebird' tapi
                                            agak jarang nampak. Tambang minima adalah Rp20.000. Pengangkutan angkutan
                                            kota menguasai 90% dari pengangkutan awam disini....merekalah yang
                                            sebenarnya menyebabkan bandar Bandung sesak teruk sbb mereka akan berhenti
                                            dan ambil penumpang sesuka hati. 
                                        
                                        Mungkin anda tidak akan percaya
                                            jika saya beritahu inilah kos saya selama 4 hari 5 malam di bandung (tidak
                                            termasuk kos yang habis untuk shopping) :
                                        
                                          - 
                                            Tambang Airasia + bus ke
                                                LCCT pergi dan balik =RM154 seorang 
- 
                                            van dan makan di
                                                Tangkuban Perahu dan Kg Daun= RM 66 seorang 
- 
                                            Penginapan (Homestay)
                                                =RM112 (4 hari 5 malam-nie portion utk seorang) 
- 
                                            Pengangkutan (angkutan
                                                kota) =RM 8 seorang 
- 
                                            Van ke airport =RM8
                                                (portion utk seorang) 
- 
                                            Jumlah keseluruhan
                                                RM348 
                                        
                                        Walaubagaimanapun dengan kadar
                                            tukaran matawang kita yang semakin tinggi berbanding matawang rupiah
                                            kemungkinan harga di bandung tidak akan menjadi murah pada masa akan datang
                                            so harga diatas adalah berdasarkan kadar tukaran yang saya buat pada tarikh
                                            semasa. My friends pernah cerita bahawa ketika beliau ke Bandung dulu,
                                            beliau dapat membeli telekung yg cantik dengan harga RM20 sahaja....puaslah
                                            saya cari telekung RM20 yang cantik tapi hampa sbb yang berharga murah
                                            berkualiti rendah so masa tu baru terfikir bahawa semasa dia datang 8 tahun
                                            yg lepas kadar tukaran wang kita dalam sekitar Rp1000=RM0.220. Dah tentulah
                                            murah....
                                        Oh ye saya ada beli telekung
                                            kain kapas jepun sulam penuh RM75 sepasang tapi kat KL dijual dengan harga
                                            RM250 sepasang so kalau beshopping tu belilah yang berkualiti sbb harganya
                                            tidaklah semahal KL, kalau yang kualiti murah kat KL pun banyak.