Thursday, April 29, 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak


Dimakan bersama ikan sepat perkasam. Fuhhhhh memang best. Ikan patin goreng untuk Aisyah, anak saudara saya yg berusia 2 tahun. Badan kecil tapi kuat makan. Sayur tengah goreng tak sempat nak snap.
Ikan dibersihkan dan dibubuh asam limau supaya hilang hanyir. kemudian basuh bersih

Ini entry untuk siaran tertunda. Tension beberapa hari lepas sbb line internet slow mcm kura2. Nak upload gambar kadang2 sampai 1 jam.


Ini adalah masakan yang saya buat ketika balik Pahang tempohhari. Saya bertolak pagi dari KL so jam 10.30 dah sampai kat Temerloh. Singgah sebentar beli ikan patin sangkar yang masih hidup dengan harga RM14 sekilo. Ambil 2 ekor, RM24. Adik perempuan saya buat masak tempoyak sedap tapi bila sampai umah dia belum balik lagi sbb kena mengajar kelas ganti. So sayalah yang kena masak sbb jam 1.30, adik perempuan saya dan anak2 nya akan pulang. Anak saudara saya Nabilah(7 tahun) minat sungguh makan ikan patin masak tempoyak. Satu lagi kegemaran dia adalah ikan goreng dengan budu. Tak ada lauk lain tak apa...asalkan ada budu.

Ini adalah resepi saya (maaf buat orang pahang jika ia lain dari resepi sebenar orang pahang dalam masak tempoyak nie).

Ikan patin masak tempoyak

Bahan-bahannya:-

2 ekor ikan patin sederhana besar (jgn beli yg besar sgt sbb isi dia tebal, kalau dapat yg bersaiz kecil lagi bagus)
3 senduk tempoyak
5-6 biji cili padi (saya masuk sikit sbb ada budak kecil makan sama)
1 inci kunyit hidup
Segenggam daun kesum
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara-caranya:-
  1. Bersihkan bersih ikan patin dan kemudian perapkan sebentar dengan air limau nipis supaya bau hanyir hilang.
  2. Tumbuk cili padi, kunyit, masukkan garam sedikit dan tumbuk lumat. Masukkan tempoyak dan kacau rata.
  3. Masukkan dalam periuk dan masukkan sedikit air terlebih dahulu. Kacau rata.

  4. Masukkan ikan dan tambah air sehingga melepasi paras ikan. Jangan banyak sangat air tu.

  5. Masak dengan api perlahan. Renehkan sehingga ikan masak dan kuah agak pekat.
  6. Tambah daun kesum untuk menambah kewangiannya.
  7. Hidangkan

Saya makan dengan ikan sepat pekasam yang dibuat oleh emak saya. Dia tinggalkan di rumah Pahang satu bekas. Saya terlupa nak cilok sikit. Rumah diPahang didiami oleh 2 adik saya dengan 3 orang anak saudara saya. Mak saya kat Terengganu.

Tag dan Award

Azian telah tag saya. Thank Azian dan inilah jawapan saya bagi semua soalan2 yg diajukan. Ada soalan yang saya tidak boleh jawap penuh 5 sbb dah tak ada jawapan. So harap ok lah.

# COPY AWARD INI LAKSANA DAPAT GRAMMY AWARD.
# SIAPA PEMBERI AWARD- Terima kasih buat Azian
# TAJUK POST MESTI ADA 5-KHAMSAH
# JAWAB 10 SOALAN DGN 5 JAWAPAN SETIAP SATU.



1. 5 NAMA PANGGILAN UNTUK ANDA.
  • Yong(mak dan adik-adik saya panggil)
  • Zainab(sy kembar, bila kembar saya meninggal my family tukar nama saya kpd zainab. Family sy tukar ke nama asal saya bila saya mula bersekolah dan mula menyoal mereka "kenapa cikgu panggil saya dengan nama lain. Kenapa ayah tulis nama lain kat buku" )
  • BBH (nama saya semasa tugasan rasmi)
  • Mak long (anak-anak saudara saya panggil)
  • Bdaria/daria (my short name yg saya guna semasa remaja dan universiti ketika saya sign kertas kuliah atau nota, sekarang bloglah)

2. 5 TARIKH KERAMAT

  • 26 mei – tarikh lahir saya
  • 01/03/2004- tarikh mendaftar diri bertugas ditempat sekarang
  • 09/09/09-my boyfren kahwin dgn orang lain hehehe tetap berada diingatan ku.
  • 31/03/2001-hilang hak dalam syarikat sendiri
  • cukuplah tu….semua hari adalah keramat sbb saya masih bernafas….syukur kepada Allah

3. 5 AKTIVITI SEMALAM

  • Dari 7.30 pagi hingga 5 petang-kerja, kerja, kerja dan terus kerja
  • Pegawai HQ datang buat lawatan penambahbaikkan
  • Kena attend interview time rehat sbb Dato dan Datin tu tak tepati masa. Janji jam 10 pagi tapi sampai jam 1 tengahari. So take lunch kat meja kerja saja mujur bawak bekal.
  • Masuk kelas Body Balance dan 30 minit atas treadmill. Singgah Ikea beli pasu bunga dan pokok....habis duit.
  • Bukak internet, publish post yg tertunda sbb celcom buat hal. Take award dari blog azian.

4. 5 PERKARA MENGGEMBIRAKAN

  • Dapat anak saudara baru Amira pada 21/02/2010
  • Emak saya masih sihat
  • Masih mempunyai pekerjaan dan kehidupan yg sederhana wp tidak mewah
  • Masih mempunyai kesihatan yg baik
  • Masih hidup dibumi yg aman damai dan masih mampu beribadat dengan tenang


5. 5 FAVORITE MOVIE

  • Six sense – kehebatan pengarah mensuspen penonton
  • Gone baby gone – manusia selalu merasakan yg mereka sentiasa betul wp kadang2 memudaratkan orang lain. Kadang kala ia betul pada pandangan kita tapi tidak betul pada pandangan orang lain.
  • CSI-wp ia mcm jigsawpuzzle sbb sentiasa ada solution sedangkan reality sebenar bukan begitu tapi org yg paling hebat adalah org yg cipta “jigsawpuzzle’ kan.
  • Desperate housewives-mereka sentiasa mempunyai jawapan/alasan bagi setiap tindakan wp ia salah.
  • Semua movie yg saya tidak dapat teka ending dengan cepat sbb boringkan bila tengok movie tapi dah boleh agak lepas nie dia buat apa.


6. 5 HOBBIES

  • Ikut kelas memasak wp jarang masak
  • Sudah tentu memasak dan try resepi baru.
  • Window shopping
  • Gym
  • Membaca


6. 5 FAVORITE PERSON

  • My mom
  • Orang yang ikhlas berkawan,tidak akan khianati kawan sendiri dan tidak ambil kesempatan.
  • My bodystep instructor- saya sangup pergi kelas wp hujan lebat sbb tak nak miss kelas dia.

8. 5 FAVORITE PLACE FOR HOLIDAY

  • Semua tempat yg indah dan tenang
  • Alam semula jadi
  • Di tempat yang ada my mom and my family
  • Tempat shopping macam Bandung

9. 5 REASON TO ANSWER THE QUESTIONS.

  • Apa salahnya sporting dan penuhi permintaan kawan.
  • Selagi boleh jawap saya jawap
  • Sebab ada masa lapang malam nie
  • Suka-suka
  • Seronok jugak berkongsi info

10. 5 TEMAN UNTUK DI TAG.

  • Nanti saya semak siapa lagi rakan blogger yang belum kena tag. Kesian pulak kalau tag blogger yg dah kena tag....letih dia memerah otak nak menjawap soalan.

Tuesday, April 27, 2010

Mocha Chocolate Chip Banana Muffin



Saya buat muffin nie untuk dibawa balik kekampung. Buah tangan untuk anak saudara saya. Si kecil Aisyah suka sangat dengan banana cake.

Resepi nie saya ambil dari allrecipes.com oleh Shelley Ross. Semua orang yang mencuba resepi nie beri 5 bintang. Saya adjust sikit dari resepi asal sbb resepi dari barat selalunya terlalu manis. Saya juga bagi 5 bintang sbb memang sedap....harum semerbak dapur saya dengan bau coffee dan selepas keluarkan dari oven kecil saya tu, saya boleh habiskan 3 biji so itu bermakna memang resepi nie bestlah.

Mocha Chocolate Chip Banana Muffins

Bahan-bahannya:-

1 cawan margerin/butter(125gm)
1 cawan brown sugar (resepi asal guna 1 1/4 cawan gula putih)
1 biji telur
3 biji pisang (saya guna 4 biji pisang montel)
1 tbsp kopi segera yang dilarutkan dengan 1 tbsp air panas
2 1/4 cawan tepung (250gm)
1/4 tsp garam
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1 cawan chocolate chip(sy hy guna 70gm sbb itu saja yg tinggal, lebih sedap kalau bubuh banyak)

Cara-caranya:-
  1. Panaskan oven 350 degrees F (175 degrees C)
  2. Blend/putar butter, gula, telur,pisang (saya lenyek terlebih dahulu), coffee sehingga sebati
  3. Tambah tepung, garam, baking soda, baking powder dan putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan chocolate chip dan kacau dengan senduk kayu.
  5. Masukkan adunan dalam cup muffin (dalam 15-18 cawan)
  6. Bakar selama 25 minit

Thursday, April 22, 2010

Cucur Badak




Cucur badak nie saya buat untuk sarapan pagi semalam. Sejak akhir2 nie suka pulak beli keledek setiap kali singgah pasar malam. Kali nie saya beli keledek berwarna oren. Keledek nie paling sedap buat kuih tapi ia agar serap air sikit so akan lembik dan melekat di tangan jika bubuh tepung sikit. Ini resepi yang biasa emak saya buat.

Cucur Badak

Bahan-bahannya:-

Bahan Inti

1/2 biji kelapa parut
5-6 biji lada kering - dipotong dan direndam dengan air panas terlebih dahulu *
1/2 tsp jintan manis*
1/4 tsp ketumbar*
2 batang serai-dihiris halus*
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
20gm udang kering-dibasuh terlebih dahulu
2 tbsp gula
sedikit garam
sedikit minyak masak
1/2 cwn @ lebih air

Cara-cara membuat inti:-
  1. Blender bahan yang bertanda * sehingga lumat.
  2. Masukkan udang kering dan putar sekali sahaja
  3. Masukkan dalam bekas. masukkan kelapa parut dalam bahan yang diblender tadi kacau rata. Masukkan gula dan garam.
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Bila minyak sdah panas, masukkan kelapa tadi. Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan sehingga kering. Kacau dan pastikan ia masak sehingga kering
  5. Angkat dan sejukkan

Bahan Doh keledek

2 biji keledek ( saya beli seberat 700gm)
150gm - 200gm tepung (lebih kurang 20-30% berat keledek)
50gm tepung ubi
sedikit garam
1 sudu minyak dimasukkan dalam piring


Cara-caranya:-


  1. Kupas dan potong kecil keledek. Rebus keledek sehingga empuk. Masukkan garam dalam air rebusan. Sentiasa jaga jangan sampai ia terlalu empuk sbb keledek oren agak serap air dan lembik.
  2. Angkat dan toskan sehingga air kering dan biarkan sejuk sebentar
  3. Masukkan dalam bekas dan tumbuk hancur
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis atau sehingga adunan boleh dibentuk. Jika adunan masih melekit ditangan wp tepung sudah habis, jangan risau.
  5. Basuh tangan dan keringkan. Sapu minyak di tangan dan bulat2kan adunan kepada bebola doh kecil yang seberat 40gm (ikut suka anda)
  6. Leperkan doh dan masukkan inti dan tutup rapat.
  7. Bulat-bulatkan dan kemudian leperkan sedikit. Sapu minyak ditangan jika doh melekat.
  8. leserkan minyak atas dulang dan letak cucur anda
  9. Goreng sehingga keperangan.

Saturday, April 17, 2010

Kuih Keria dan Cek Mek Molek





Ini catatan petang sabtu. Celcom berukband buat hal semalam....sudah 2 hari 'no service'.
-----------------------------------------------------


Hujan begitu lebat diluar. Dalam keadaan hujan begini sedap kalau dapat mengunyah sesuatu. Memandangkan saya hanya mengambil beberapa keping roti sekembali dari gym tadi saya nak buat sesuatu yang telah lama saya teringin nak makan. Saya tak suka beli kuih keria kat luar sbb penjual guna banyak tepung dan letak ibu roti atau air. Lagipun kuih-kuih yang dijual diluar sekarang terlalu kecil.


Saya guna seketul ubi keledek kuning yang dibeli pada isnin lepas. Oleh kerana ia mengunakan adunan yang sama maka saya buat kuih keria dan cek mek molek. Resepinya adalah seperti berikut:-


Kuih Keria

Bahan doh:-

400gm ubi keledek ( seketul keledek tu seberat 400gm)
50gm tepung gandum
sedikit garam

Bahan untuk sira kuih keria:-

2 sudu makan gula
1/3 cawan air

Cara-caranya:-
  1. Kupas kulit ubi keledek dan potong kepada beberapa ketul kecil dan rebus. Masukkan air separas ubi keledek dan masukkan sedikit garam. Rebus sehingga empuk.
  2. Angkat dan toskan sebentar

  3. Masukkan kedalam bekas dan lenyek sehingga hancur.
  4. Biarkan sejuk sebentar

  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan keledek tidak melekat ditangan. kalau sudah tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk....sukatan tepung tu kalau tak habis pun tak apa.




  6. Bulat-bulatkan doh seberat 40gm. Leserkan sedikit minyak atas dulang dan letakkan bebola doh ini diatas nya.

  7. Leperkan dan buat lubang ditengahnya seperti donat. letakkan minyak sikit di jari kita supaya ia tidak melekat.
  8. Goreng sehingga kekuningan

Cara untuk sira gula

  1. Guna kuali bersih dan masukkan gula dan air.
  2. Masak sehingga likat. guna api sederhana.
  3. Untuk yang pertama kali menyira gula, untuk pastikan gula betul2 likat. Guna hujung sudip, sentuh dengan hujung jari telunjuk sedikit dan jika ia melekit-lekit dan likat...tutup api

  4. Masukkan kuih keria yang telah digoreng.

  5. Kacau sentiasa sehingga naik bunga gula. Pastikan ia tidak melekat antara satu sama lain.

Kuih Cek Mek Molek


Guna doh yang sama, leperkan dan masukkan sedikit gula. Tutup rapat supaya ia tidak terbuka ketika mengoreng dan keluar air gula. jangan goreng bersama-sama dengan kuih keria sebab jika kuih cek mek molek terbuka dan air gula keluar akan mencomotkan kuih keria.

Jemput2 pisang oat


Lebihan pisang masa buat pulut dakap berbaki beberapa biji telah menunjukkan bahawa ia perlu dibuang kedalam bakul sampah jika saya tidak buat sesuatu. Sepulang dari gym, jam telah menunjukkan pukul 8.30mlm. Kerana sayangkan pisang tu, saya lenyek pisang dan perapkan sebentar. Sesudah mandi dan sembahyang, saya masukkan sedikit tepung beras, garam dan oat kedalam adunan pisang yang telah dilenyek. Dalam campak2 semua bahan2 tu....jemput2 pisang nie jadi ranggup dan sedap pulak. Resepi jemput2 pisang oat saya dah pernah masukkan sebelum ini.

Friday, April 16, 2010

Mihun Goreng Merah

Mihun goreng nie saya buat semalam tapi disebabkan masalah server lembab nak download 1 gambar dekat 30 minit maka saya tunda entry nie. Resepi saya nie simple saja. Saya masukkan bahan2 yang ada dalam peti ais saja...so anda boleh tambah bahan lain jika anda suka.

Mihun Goreng Merah

Bahan-bahan

1/2 bungkus mihun - direndam
300gm udang
1 paket fish cake
3 batang sawi-dipotong (asingkan batang dan daun sawi)
3 ulas bawang putih - dihiris untuk ditumis
2 ulas bawang merah - dihiris untuk ditumis
5-7 biji cili kering - diblender
2 biji tomato - diblender
1/3 cawan sos cili
1/2 sudu makan gula
1/2 kiub ayam (optional)
Jika anda tidak guna kiub ayam, tumbuk hancur 1 sudu udang kering
sedikit garam
Air secukupnya

Cara-caranya
  1. Rendam cili dengan air panas dan kemudian blender cili kering masukkan sedikit minyak bersama supaya mudah hancur.
  2. Goreng fish cake dan potong kecil.
  3. Tumis bawang yang telah dihiris sehingga naik bau kemudian masukkan cili yang telah diblender. Masak sehingga naik minyak. Biar lada betul2 masak.
  4. Masukkan tomato + air dalam blender dan blender lumat. Apabila lada sudah masak, masukkan tomato, sos cili, kiub ayam/udang kering, gula dan garam. Masak sebentar.
  5. Masukkan batang sawi, biarkan sehingga lembut. masukkan udang
  6. masukkan pula mihun yang telah direndam dan kacau sebati.
  7. Akhir sekali masukkan pula daun sawi dan kacau sebati dengan semua bahan.
  8. Bila masak, angkat dan hiaskan dengan telur goreng yang dihiris halus.
Saya buat mihun nie untuk bekalan sarapan pagi dan juga untuk dijamu kepada kawan2 sepejabat. Oleh itu saya tumis semua bahan2 sos pada waktu malam. Mihun saya rendam semalaman sebab itu saya tidak masukkan sukatan air sebab ia terpulang kepada lama tempoh anda merendam mihun.

Setiap hari saya bangun jam 5.45 pagi so saya sempat mengoreng mihun sebab semua bahan telah siap sedia. Saya tak sempat nak hias mihun nie dengan hirisan telur goreng dan hirisan halus daun sup.Jam 6.45 saya dah bertolak ke pejabat.

Thursday, April 15, 2010

Flossy signature, Bread Story


Selepas sebulan 'berehat' dari melakukan excersice berat sbb masalah lutut dan doktor minta rehat 3 bulan, hari nie saya ingkar nasihat doktor apabila masuk kelas Body Pump dan kemudian kelas Body Combat. Wp sekali sekala lutut terasa pedih dan berdenjut tapi saya rasa masih boleh bertahan. Boring sebenarnya asyik buat latihan treadmill saja sampai sebulan. Setelah 2 jam mengeluarkan peluh dan bakar lemak....saya rosakkan dengan ini....hahaha flossy signature di Bread story. Pada hari bekerja dari isnin hingga jumaat, Bread story akan buat diskaun 30% bermula sekitar jam 8.15/8.30 malam so....... inilah godaannya. Hari minggu saya tak tahu pulak ada ke tidak diskaun nie sbb tak pernah sampai malam kat Ikano pada malam hujung minggu.


Flossy signature di Bread Story memang paling best....kalau ikutkan hati nak ambil 2/3 ketul sekali tapi memikirkan tebal lemak bertampal kat badan nie so ambil satu ajelah. Saya beli flossy signature, BBQ polo dan raisin loaf yang berharga RM12 kesemuanya dan lepas diskaun 30%, harga yg dibayar adalah RM8.40. Raisin loaf dan BBQ polo bekal sarapan utk esok.


Saya banyak masuk kelas baking roti. Resepi roti banyak dalam fail saya tapi jarang dapat cuba sbb oven saya masih kat siniiii....see masih berbalut lagi.
Saya beli masa warehouse sales....bilik saya dah jadi stor ada cooker hood, hob, singki dan segala macam peralatan dapur. pantang ada warehouse sales saya akan beli sedikit demi sedikit....rumah saya dijangka siap pada Dec 09 sekarang dah April 10 tapi masih belum siap lagi. Nampaknya tak ada peluang lagilah saya nak cuba buat roti guna kaedah water roux yg tengah hangat sekarang.

Tuesday, April 13, 2010

Pulut Dakap/Pulut Pisang

Masa saya bawak tepung bungkus ke pejabat tempohhari, my ofismate Chan sangkakan saya bawak pulut dakap. Chan yg merupakan orang Alor Setar menceritakan kesedapan pulut dakap yang dibuat oleh emaknya. Apabila mendengar Chan bercerita mengingatkan saya kepada pulut dakap yang dibuat oleh mak. Agak sukar untuk menemukan pulut dakap terutama dikawasan KL nie. Kami juga adalah orang utara yang berhijrah ke Pahang, so pulut dakap bukan asing lagi dalam keluarga kami.



Sebenarnya mak saya juga amat jarang buat pulut dakap untuk meniaga. Dia hanya buat pulut dakap nie bila anak kesayangannya iaitu adik bongsu saya meminta beliau buat. Oleh kerana daun pisang masih berbaki lagi saya cuba mencari resepi pulut dakap di internet. Tak banyak resepi pulut dakap ditemui. Saya cuba resepi pulut dakap di Myresepi. Inilah hasilnya.....sebenarnya agak mengecewakan. Saya kurang berpuashati dengan pulut dakap ini. Mungkin salah saya.... salah teknik membuatnya bukan salah resepi ini. Apa-apapun saya akan cuba sekali lagi selepas ini. Mungkin kena balik terengganu dan berguru balik dengan mak. Apabila sudah dapat resepi & teknik yang betul sehingga dapat menghasilkan pulut dakap yg memuaskan hati dengan rasa sebenar pulut dakap, saya akan paparkan dalam blog ini untuk dikongsi bersama.
Jika anda biasa makan pulut dakap, anda tahu ini bukanlah tekstur pulut dakap yg sebenarnya. Frust jugak bila ia tidak begitu menjadi.

Sunday, April 11, 2010

Asam Pedas Ikan Siakap




Saya telah membeli seekor ikan siakap beberapa hari lepas. Cadangnya nak buat stim, dah beli bahan2 pun tapi last minute boleh ubah plan. Akibatnya asam pedas melaka yang saya buat betul2 kekurangan bahan. Saya suka resepi asam pedas melaka yang disumbangkan oleh Junjs11 dalam MyResipi. Biarpun asam pedas yang saya buat kekurangan bahan tapi ia tetap sedap. memang dari dulu kalau nak buat asam pedas melaka saya akan guna resepi nie. Ini resepi yang paling sedap yang pernah saya cuba.


Tengok betapa kosongnya asam pedas yang saya buat. Tak pe yg penting sedap.

Saya ada kawan dari Melaka iaitu Zarina. Setiap kali dia balik melaka pada setiap hujung minggu dia akan bawakan asam pedas ikan yang dibuat oleh mak dia khas untuk kami kawan2 serumahnya. Asam pedas yang paling sedap yang pernah saya makan. Bila zarina dipindahkan ke Muar, saya bukan sahaja kehilangan rakan baik tapi juga asam pedas mak Zarina. Bila saya cuba asam pedas resepi Junjs11, saya bagaikan dapat rasa semula asam pedas mak Zarina wp saya buat belum 100% dapat menandingi kesedapan asam pedas buatan orang Melaka.
Kalau anda berminat dengan resepi asam pedas ini anda boleh dapatkannya di sini http://www.myresipi.com/top/detail/1329.

Friday, April 9, 2010

Cermin hiasan

Sejak lokasi ofis dah berhampiran dengan gym, hampir setiap hari saya akan singgah diFitness First The Curve selepas balik kerja. Kalau parking kat the Curve kena bayar RM2, kalau parking kat Ikea/ikano kena bayar RM1 untuk 3 jam pertama. So daripada membazir bayar duit parking setiap hari maka saya akan parking kat Ikea dan bila balik gym saya akan singgah di Ikea dan beli satu item supaya parking free.


Inilah item yang saya kumpul beli 2 bulan yang lepas. Tiap2 hari saya akan ambil satu. Satu keping dalam RM4 lebih. Pada satu hari masa saya tengah pilih cermin hiasan nie, ada seorang wanita tengah pilih cermin ini jugak. Di tangan dia ada lebih kurang 4 keping dan dia tengah pilih yang ke 5 barangkali. Sedang si isteri leka memilih tiba2 si suami menghampiri wanita tersebut. Apabila dilihat si isteri memegang 4 keping cermin ini dia terus menjerkah isterinya "apa ke bangang awak nie......cermin kecik macam tu bukan boleh suluh muka. cermin dia kecil. batang hidung awak pun tak nampak". Oleh kerana jerkahan suaminya agak kuat, si isteri termalu dengan saya dan 2 orang wanita cina yang ada berhampiran. Dia letak semua 4 keping cermin ini dan terus berlalu. Kasihan wanita tersebut.
Kepada si suami wanita tersebut yang sebenarnya amat tidak bertimbangrasa dan bercitarasa....inilah gunanya cermin kecil tersebut. Untuk dijadikan hiasan dinding......... isteri anda hanya ingin mencantikkan rumah anda. Anda telah jatuhkan maruahnya hanya kerana barang yang berharga RM4 ini.
Cantikkan....saya letakkan di dinding belakang bilik pejabat saya. Hiasan ini amat cantik diletakkan diruang dinding apartment yang mempunyai konsep komtemporari.



Selepas habis kumpul cermin hiasan itu, saya beli pula tuala lap pinggan mangkuk Ikea(kainnya tebal) yg dijual dengan harga 65 sen pada 2 minggu lepas. Sehari saya ambil 5 helai so saya sudah ada buah tangan untuk dibawa apabila melawat adik2 saya. Sekarang saya membeli hanger ikea (4 keping) berharga RM3. Semua ini adalah keperluan untuk rumah baru saya yang dijangka akan siap dalam bulan Jun ini.

Wednesday, April 7, 2010

Tepung Bungkus





Masa singgah kat Pasar Malam SS8 Kelana Jaya, seperti biasa saya akan pergi ke gerai sayur-sayur kampung untuk beli betik. Geram betul tengok sayur2 kampung yang segar2 dijual kat gerai tu. Niat asal hanya nak beli betik saja terus tambah satu item lagi bila tengok daun pisang yang nampak macam baru dipotong. Saya beli seikat daun pisang. Balik rumah baru decide nak buat apa.

Tepung bungkus memang kuih kegemaran saya. Emak saya hanya buat kuih nie masa meniaga kat pasar ramadhan saja. Saya cuba mengunakan resepi lapisan bawah kuih talam keladi untuk buat tepung bungkus. Yes.....ternyata resepi nie sangat sedap....i love it. sama macam tepung bungkus yang mak saya buat. Terasa lemak masin tepung bungkus dan manis inti kelapa. Inilah resepi tepung bungkus yang saya buat. Anda boleh bahagikan 1/2 adunan jika terlalu banyak.

TEPUNG BUNGKUS
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)

1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A
  1. Potong gula merah menjadi ketulan kecil
  2. Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
  3. masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
  4. ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  5. Tutup api dan sejukkan inti anda
  6. Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.
Langkah 2
Bahan B

200gm tepung pulut
150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B
  1. Masukkan tepung pulut dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
  3. Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
  4. Buat sampai habis dan ketepikan.
Langkah 3
Bahan C

2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.

Langkah 4
Bahan D

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air

Cara-cara memasak bahan D
  1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
  2. Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.
CARA-CARA MEMBUNGKUS
  • Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
  • Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
  • Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
  • Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
  • Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.

  • Panaskan periuk kukus dan kukuslah selama 25 minit.

  • Biarkan sejuk terlebih dahulu.

Yang ini saya hanya letakkan inti terus atas adunan tepung sebab bebola inti dah habis.

  • Hidangkan


Sunday, April 4, 2010

Kuih Tiram/Lidah buaya

Alang-alang dah keluarkan mesin pasta/noodle machine semalam maka saya buatlah kuih tiram pada hari nie. Dah lama tak makan kuih nie. Masa saya remaja, bila musim cuti sekolah saya terima banyak tempahan kuih tiram nie dari orang yang hendak buat kenduri kahwin. Inilah caranya saya nak cari duit saku lebih. Satu kuali besar berada didepan saya, satu kerusi dan 2 batang ranting. Saya akan duduk didepan kuali tersebut dan goreng kuih nie sampai bertin2 ikut tempahan. Masa tu tak terasa pulak panas dapur tersebut tapi sekarang nak siapkan doh yang sikit nie pun dah berpeluh sakan.





Inilah resepi yang saya buat. Sebenarnya bahan kuih nie simple saja cuma 'teknik' yang penting. Saya pernah bancuh tepung dengan sedikit garam dan air saja tanpa bubuh bahan tambahan lain, ia tetap menjadi. Jika anda lihat orang buat jadi cantik..itu sebab mereka dah mahir dan selalu buat. Anda pun boleh kalau selalu mencuba...jangan kecewa kalau percubaan pertama kurang menjadi.


KUIH TIRAM
recipe and photo by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-

3 cawan tepung gandum
150ml air (+/_) (nak bagi lemak lagi, guna santan dalam kotak)

sedikit garam

sebiji telur

Gula pasir yang dimesin halus secukupnya

1/2 cawan tepung beras@ tepung jagung (saya guna tepung beras)

3/4 cawan minyak masak


Cara-caranya:-

  • Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur dan sedikit garam.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Jangan terlalu lembik (seperti doh karipap). Jangan terlalu ikut sangat kuantiti air diatas sbb ia boleh kurang/ lebih bergantung pada jenama tepung yang anda guna.
  • Rehatkan sebentar.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil.
  • Guna mesin pasta. Mula guna no 8. Leperkan doh memanjang dan masukkan kedalam mesin. Tukar kepada no 6 dan kemudian kepada no 4 dan akhir sekali no 3. Biar sehingga ia menjadi sekeping doh panjang yang nipis.
  • Sapu sedikit minyak di belakang talam atau meja kerja anda. letakkan doh.
  • Bancuh tepung jagung/beras dengan minyak dalam bekas kecil. kacau rata
  • Guna sudu dan renjis bancuhan tepung jagung/beras dengan rata. Guna hujung jari, ratakan bancuhan atas doh.
  • Gulung dan potong kecil sebesar jari manis/ jari kelingking (kalau anda kurus, jari telunjuklah)


  • Tekan dengan ibu jari untuk leperkan dan ambil pengelek, gelek memanjang. Jangan tekan terlalu kuat.

  • Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak. Guna api sederhana.

  • Apabila telah panas, masukkan satu keping doh dalam kuali dan guna 2 btg chopstik/2 ranting pokok bunga raya yang telah dibuang kulit dan dipotong rata bawahnya @ senduk yg bukan jenis besi, ketuk doh tersebut secara perlahan2. Jangan kuat. Ini supaya lipatan kuih tiram terbuka. Teknik ini adalah penting untuk anda dapatkan kuih tiram yang terbuka cantik. Lepas tu barulah masukkan doh yg lain. Ulang proses.
  • Angkat dan toskan dengan tisu masakan.
  • Blender gula pasir sehingga halus dan tabur atas kuih satu persatu.
  • Minyak Masak

    Oleh kerana dalam 2 hari nie saya banyak guna minyak masak so saya nak berkongsi sedikit cerita berkaitan dengan minyak masak.

    Dalam satu tugasan, pasukan kami telah 'melawat' sebuah kilang yang terletak dikawasan pendalaman di klang (di sebuah kawasan kampung). Kilang ini mengeluarkan minyak masak kelapa sawit yang dalam plastik. Ketika sedang menjalankan tugasan, saya terpandang botol2 minyak masak (kosong) yang tertera jenama2 terkenal seperti knife, seri murni dll. Saya tanya pada rakan sekerja " kenapa kilang nie keluarkan minyak masak jenama knife...bukankah ia dikeluarkan oleh Lam Soon". " u sedar tak kita berada di sebuah kilang yang mengeluarkan minyak masak palsu" jwp rakan sekerja tersebut.
    Kilang tersebut mempunyai jualan tahunan mencecah 20-25 juta setahun. Pelanggan2 dia adalah semua kedai2 kecil diluar bandar dan dibandar. Produk tiruan tersebut tidak dapat menembusi pasaraya besar so selamatlah orang yang membelibelah di Tesco/Parkson/Metrojaya.
    Bagaimana hendak mengenali minyak masak tiruan.....saya rasa sukar sekali sbb bentuk botol, sticker semuanya sama kecuali jika anda peka dengan warna jernih minyak masak. Ketika berada dikilang tersebut sempatlah saya memerhati pekerja bangla tengah packing minyak masak dalam botol2 jenama terkenal. Dari segi kualiti, kebersihan dan teknologi mesin memang kilang nie memang teruk(standard kilang belakang rumah tanpa kelulusan pihak berkuasa).
    Ada satu lagi penemuan yang kami temui ketika menjalankan tugas. Anda biasa tak makan asam dalam plastik bungkusan warna hitam yang dijual dengan harga 50 sen (sekarang dah 60 sen). Saya tak ingat nama produk tu. Pasukan kami ke sebuah kilang yang mana pemiliknya adalah cina. ketika hendak pulang, salah seorang rakan sekerja menjenguk ke dalam kilang. Ada pekerja (perempuan tua berbangsa cina) tengah menimbang asam dan memasukkan kedalam plastik bungkusan tersebut tanpa sarung tangan...mengangkang dihadapan besen besar(mengandungi asam) yang dah nampak kehitaman dengan beberapa ekor anjing sedang berkeliaran disekelilingnya. Keadaan lantai kilang yang berdebu dan begitu berabuk. Sejak itu saya sudah tak beli lagi asam tersebut.

    Saturday, April 3, 2010

    Karipap

    Hari ini ketika saya mengemas kabinet dapur, baru terperasan beberapa biji kentang sudah nampak kecut. Dalam peti ais pun ada sepotong dada ayam yang sudah seminggu lebih. So saya buat karipap supaya barang2 ini tidak terbuang. beginilah keadaannya kalau masak seminggu sekali. Kalau anda perasan saya jarang masukkan entri berkaitan dengan lauk pauk atau nasi sebab saya tidak pernah masak nasi.....saya beli beras sepaket kecil sahaja untuk dibuat bubur nasi dan gas kat rumah nie boleh tahan 6 bulan. Kalau ada entry dimasukkan dalam blog nie bermakna hari itulah saja dapur saya berasap.

    Resepi karipap ranggup bukan lagi satu rahsia sebab banyak blogger begitu ikhlas berkongsi resepi yang betul. Saya respect blogger2 ini yang mencuba dan berkongsi serta memberi komen bagi memperbaiki lagi sesuatu resepi.

    KARIPAP
    (dalam lingkungan 20 biji)
    photo and recipe by resepidaria.blogspot.com

    Bahan Pastri/Kulit

    300gm tepung gandum
    50gm butter (saya guna 30gm sahaja)
    1/4 cwn @ 50gm minyak masak
    120-130ml air
    sedikit garam

    Bahan-bahan untuk inti


    Bahan A

    1 sudu makan cili kisar
    1/2 inci halia
    beberapa helai daun kari
    3 ulas bawang putih
    2 ulas bawang merah
    1/2 paket serbuk kari ayam/daging (paket kecil) + 100ml air+ cili kisar = cairkan
    sedikit minyak untuk menumis

    Bahan B

    300gm kentang/5-6 biji - dipotong dadu (anda boleh gantikan dengan keledek)

    150gm isi ayam (dada ayam) - dipotong dadu
    sebatang karot - dipotong dadu (optional-kalau tak nak bubuh lebihkan kentang 1 biji lagi)
    1 tangkai daun sup
    garam
    gula
    bahan perasa jika anda suka

    Cara-caranya membuat inti kentang:-
    1. Tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan bawang merah dan bancuhan serbuk kari + cili. Masukkan kentang, ayam dan karot. Masukkan air melepasi paras kentang dan biarkan sehingga kentang lembut. Masukkan air lagi jika filling sudah pekat tetapi kentang belum empuk lagi.
    2. Akhir sekali masukkan garam, gula dan daun sup.
    3. Biarkan sejuk sebentar.

    Cara-cara untuk membuat pastri/kulit

    1. Masukkan tepung gandum dalam bekas. Masukkan sedikit garam dan butter, ramas dengan tepung sehingga rata menjadi seperti serbuk roti.
    2. Masukkan 1/4 cawan minyak dalam periuk kecil dan panaskan minyak
    3. Tuangkan minyak panas kedalam tepung.
    4. Ambil senduk kayu dan gaul rata minyak dengan tepung
    5. Apabila agak2 sudah boleh pegang, ramas dengan tangan pula. ramas sehingga peroi atau seperti serbuk. (ini rahsia mak saya)
    6. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga jadi doh.
    7. Ada orang mengunakan air ais (terpulang pada anda). Saya hanya akan guna air ais kalau hendak buat karipap pusing sbb nak bagi lapisan karipap ranggup. Untuk karipap biasa, saya guna air biasa saja.

    Cara-cara untuk membuat karipap

    1. Guna mesin pasta untuk mendapatkan kulit pastri yang cantik.
    2. kulit karipap akan ranggup dan sedap jika ketebalannya betul. Emak saya sangat jaga berkaitan dengan ketebalan ini. Dia akan marah kalau orang buat kerja cincai.
    3. Ambil segengam doh dan buat memanjang dan leperkan sedikit supaya boleh masuk dalam mesin pasta.

    1. Guna no 8 (yang paling besar) dan biarkan pastri sedikit tebal dan kemudian ubah ke no 4 untukkan pastri yang sederhana nipis. Tidak tebal dan tidak nipis sangat. Potong seperti dibawah supaya senang diletakkan atas acuan karipap. Buat sampai habis


    2. Letakkan pastri atas acuan karipap dan masukkan inti kentang. kelim acuan karipap mudah terbuka dan tidak kemas. Anda harus kelim semula dengan tangan, jika tidak pandai kelim dengan cantik anda boleh picit2 saja bahagian tepinya supaya ia tidak terbuka semasa mengoreng. Buat sampai habis.


    3. Ini 'kepakaran saya'. Buat kelim dibahagian tepi karipap. Saya boleh buat dengan cepat. Pengalaman 18 tahun kan.




    4. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak (agak2lah ye). Guna api yang sederhana. Jangan sesekali guna api yang kuat.
    5. Masukkan secubit baki pastri kedalam minyak. Jika ada buih2 disekitarnya dan ia naik keatas maka anda sudah boleh masukkan karipap kedalam minyak. Sentiasa balik-balik karipap anda.
    6. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

    Dalam membuat pastri karipap ada yang menggunakan shortening/crisco/marjerin/butter/minyak. Wp apapun bahan-bahannya jika teknik membuatnya tidak betul ia tetap tidak akan menjadi. Dalam kegairahan untuk mendapatkan karipap yang ranggup ada yang sanggup memasukkan minyak yang banyak. Ada satu resepi(dalam myresepi) mengunakan 3 senduk minyak untuk 2 cawan tepung sehingga tidak perlu guna air, memang akan betul2 ranggup. Anda sanggup buat hanya untuk dapatkan karipap ranggup. Jangan rosakkan keluarga anda dengan penggunaan lemak2 yang banyak begini.

    Resepi Emak

    Seorang kawan yang mengenali saya telah melawat blog ini beberapa hari lalu. Dia tanya saya mengapa saya tidak masukkan resepi dari emak saya. Kenapa saya rajin memasuki kelas masakan untuk belajar kuih-muih sedangkan saya membesar dengan menolong emak membuat kuih-muih untuk jualan setiap hari.
    Emak saya mula buat kuih untuk jualan sejak saya berusia 10 tahun. Selepas kematian ayah ketika umur saya 12 tahun, emak memikul tanggungjawap membesarkan kami 6 beradik dengan berjualan ditepi jalan pada setiap pagi untuk mencari rezeki. Saya sebagai anak sulung memang membantu dia. Dia tidur pada jam 12 malam dan bangun jam 4 pagi setiap hari selama lebih 18 tahun. Selepas kami semua mampu berdikari dan bekerja, dia berhenti membuat kuih-muih. Kini sudah lebih 5 tahun dia berhenti dan tinggal bersama adik saya di Terengganu.
    Ketika diusia remaja, saya memang tidak beri perhatian ketika dia membuat bancuhan kuih-muih. kalau saya bertanya tentang resepi, dia cakap " belajar pandai2, jadi pegawai....jangan ikut jejak mak". Ada satu masa ketika dia melawat jiran kami yg sakit, dia tidak sempat hendak pulang awal so dia call dan minta saya buat bancuhan tepung karipap dan kuih-muih yang lain. Dia beritahu apa yang patut saya buat tapi hari lusanya pelanggan tetap beliau mengadu rasa karipap tu lain dari biasa. sejak tu saya tidak pernah buat apa-apa bancuhan kuih lagi. Emak akan buat semua bancuhan kuih-muih dan letakkan ditepi. Apabila saya siap buat semua kerja sekolah, saya akan turun kedapur dan buat semua kuih-muih itu tadi.
    Sekarang saya sudah tidak dapat merasa lagi kuih-muih buatan tangan emak. Emak pulak apabila saya balik bercuti....akan 'mendera' saya dengan menyuruh saya memasak. Dia kata nanti saya lupa cara nak pegang senduk sbb masak setahun sekali. Sekarang amat susah hendak meminta beliau membuat kuih kegemaran kami. Apabila saya tanya resepi kuih, seperti orang tua-tua lain dia bagitau bahan-bahan resepi pakai agak-agak....mana ada sukat2 pakai timbang atau cawan.
    Oleh kerana saya dibesarkan oleh emak yang membuat kuih-muih maka saya amat cerewet pasal kuih-muih ini. Saya agak sukar membeli kuih-muih terutama di pasar ramadhan. Sejak kebelakangan ini saya minat semula dalam memasak dan mula rasa terkilan sebab tidak menyimpan semua resepi emak.
    Saya masuk kelas masakan sbb saya mahukan resepi lengkap dengan sukatan dan yang paling penting adalah belajar TEKNIK chef membuat sesuatu masakan. Teknik masakan amat penting...anda tidak boleh dapat dengan hanya membaca resepi sahaja sbb ada sesetengah teknik tidak boleh digambarkan dengan perkataan. Setiap orang ada rahsia mereka sendiri......sebab itulah jika kita mencuba resepi yang sama tetapi tidak menjadi seperti tuan empunya resepi sbb mereka tidak boleh menerangkan teknik2 dengan terperinci sbb susah untuk ditulis kecuali anda lihat dia buat.