Saya dah masuk kerja hari
nie.....sepatutnya semalam tapi disebabkan tayar kereta belah kiri
dibahagian depan dah rosak teruk maka tunggulah hari isnin...workshop bukak
maka terbanglah kat RM400 tukar tayar 2 biji dengan rim sekali......adik
lelaki saya garu kepala tengok tayar kereta saya....ganas no yong bawak kete
sampai rim tayar kemek. Petang isnin baru bertolak balik ke KL dan pagi nie
gi kerja. Sunyi sepi je jalan raya....sampai kat ofis rasanya kereta saya
sorang je yg masuk ke bangunan 20 tingkat tu.....tekan lif naik ketingkat 17
untuk punch card. Tengok boss sorang kat sofa tengah baca suratkhabar dan
dah tentunya tentang berita sensasi waktu ini. berbual dengan boss
kejap....dah tentunya pasai jutawan susilawati (Ya Allah.....ampunkanlah
dosa mereka dan tempatkanlah mereka ditempat orang yang
beriman....amin).
Masuk pantri kejap....masak
air dan buat milo. bukak plastik bahulu dan cicah dengan milo panas. tu
sarapan saya pagi nie. Letak balang2 kuih raya atas meja kat pantri untuk
dijamu kepada rakan-rakan sekerja yang bekerja hari nie. Kat ofis pagi nie
hanya ada rakan sekerja berbangsa cina dan india sahaja depa pulak kat tgkt
16.....waaaaaaa sunyinya... Kat tingkat 15 yang luas nie hanya saya sorang
je....pasang radio kuat2.
Sorrylah...ingatkan naklah
masuk sikit cerita-cerita berkenaan dengan raya tapi kamera tertinggal kat
kampung so tak de gambar...tak best cerita tanpa gambarkan. Mak saya dengan
adik ke 2 dan anak2nya tengah bergumbira kat kedah nun....makkkkk.....nak
ikutttt.
Raya bagi saya tak adalah
apa-apa istimewa sangat kecuali hanya satu hari yang mana semua adik2 saya
dan anak2 saudara dan mak berkumpul. Rumah saya yg kat Pahang nie..... yang
sebelum nie sunyi sepi jadi riuh rendah dengan jeritan suara anak2 saudara.
Saya dengan sukarela ambil tugas jadi tukang hidang dan menyambut tetamu kat
rumah dan tolak tawaran adik2 untuk berjalan raya kerumah jiran dan rakan2
sbb seperti biasa soalan cepumas akan ditanya kepada saya. daripada dok
rewind jawapan yang sama setiap tahun maka tahun nie saya dok kat umah
ajelah layan budak2 datang beraya....senang cerita....budak2 tu tak reti nak
tanya soalan 'kenapa tak kahwin lagi'. mak ajak balik kedah tapi saya tolak
dengan berbagai alasan...tayar kereta rosak....cuti tak apply pun sbb mak
tak cakap awal....mak tak ajak pun....tapi yang sebenarnya malas nak reka
jawapan yg hendak diberikan kepada saudara mara kat kampung tu....jenuh
pikir...dua tiga malam berfikirpun belum tentu dapat jawapan yg memuaskan
hati mereka.....
Pengalaman raya....budak2
sekarang nie demand betulkan....oleh kerana ada 6 biji kereta parking kat
depan rumah maka mereka expect banyaklah duit raya boleh dapatkan....bila
saya hulur sampul duit raya...depan2 saya mereka terus bukak sampul dan bila
tengok ada RM1 dalam tu....direct je mereka saund kat saya ' seringgit
jeeeeee....kedekut betul'. Sabar ajelah....adik oiiii....akak habis kat
RM1000 untuk duit raya saja adik oiiiii. bonus tak de tahun nie dik oiiiii.
kena jimat cermat....lagipun bila dapat duit raya banyak2 nanti engkau orang
beli mercun lepas tu tala kat umah akak sampai kucing kat umah akak nie dah
meracau sbb terkejuzzz dengan bunyi bising mercun engkau orang.
Datang beraya bukan nak makan
makanan yang dihidangkan....bila kita ajak duduk kat meja makan
hidangan....mereka buat muka boring....mencebik mulut...anak sapalah yang
tak tau adap nie....boring dengan kerenah mereka saya terus bagi duit raya
dan bila dapat duit mereka terus keluar.....tahun depan nak tunggu depan
pintu ajelah pastu bagi duit raya je...tak payah buat kuih muih
bebagai.....buat penat je.