Inilah gambar thai basil krapao. Ia merupakan bahan penting dalam masakan pad krapao, tetapi jika kita di Malaysia nie bolehlah mengantikan daun thai basil dengan dengan daun basil biasa (Sweet Basil). Saya tak pasti samaada kat malaysia nie ada daun thai basil krapao nie, dari penerangan dalam internet daun nie hanya ditemui di Thailand sahaja. Daun inilah yang menyedapkan masakan daging/ayam atau apa sahaja. Tanpa daun basil maka masakan tersebut bukanlah pad krapao @ pakapau (sebutan melayu). Daun basil ini yang menyebabkan masakan itu sangat-sangat sedap, baunya wangi....memang bestlah.
Balik dari gym tadi
saya singgah Cold Storage, bila tengok kat rak sayuran tu ada daun sweet
basil....teringin terus nak cuba buat nasi goreng pad krapao. Nasi goreng
nie sedappppp......harum daun basil tu memang mengancam ditambah pula dengan
adanya daun coriander. Saya paling suka makan nasi goreng pad krapao
nie(bukan sebab saya masak sedap tapi memang resepi nie sedap), rasa macam
nak tambah je nasi goreng (sy makan 1/2 cawan sahaja) tapi bila ingat kalori
dah mencecah 500 terus tak jadi tambah.
Inilah resepinya
untuk anda cuba. Buat rakan yang bertanyakan resepi nasi pakapau, cuba dulu
resepi nasi goreng pakapau/pad krapao nie, nanti hujung minggu saya buat
pula nasi pakapau/pad krapao sebab daun sweet basil masih banyak.
Thai
Chicken Fried Rice With Basil/Kao Pad Krapao/Nasi goreng pad
krapao
Source from http://www.food.com/, recipe by Sue lau
publish and photo by
resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
-
2 tbsp minyak masak/minyak sayur
-
3 biji bawang putih-dihiris nipis
-
1 tbsp cili padi/cili burung yang berwarna merah-dihiris nipis
-
250gm dada ayam tanpa tulang dipotong kecil
-
2 cawan nasi yang telah dimasak dan disejukkan
-
1 tbsp gula (saya bubuh 1/2 tbsp sahaja)
-
1 tbsp sos ikan/fish souce (saya gantikan dengan 1 tbsp sos tiram)
-
1 tbsp soy souce
-
2 tbsp bawang merah yang dihiris nipis
-
1/3 cawan daun thai basil/pad krapao (saya guna sweet basil)-dihiris
-
1 tbsp cilanto/coriander/daun ketumbar-dihiris nipis
Cara membuatnya:-
- Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Apabila minyak sudah panas, tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Kemudian masukkan cili padi yang dihiris, bawang merah dan dada ayam. kacau sehingga ayam berubah warna dan separuh masak
- Masukkan sos ikan, soy souce, gula dan sedikit air. Biarkan seketika.
- Masukkan nasi dan kacau rata.
- masukkan pula daun basil dan daun ketumbar gaul sebati.
- Angkat dan hidangkan bersama dengan telur goreng separuh masak.
Note:-
-
Saya akan lebihkan daun basil jika buat sekali lagi.
-
Jika anda jenis yang suka pedas, boleh lebihkan cili yang dihiris nipis tu.
-
Telur goreng harus lah yang separuh masak iaitu bahagian kuning telur tidak keras. Untuk dapatkan telur goreng yang begini, minyak perlu betul2 panas. kemudian pecahkan telur dan goreng. letakkan telur atas tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.
Nasi goreng diatas adalah untuk 3 orang makan/ 3 hidangan. Dalam satu hidangan jumlah kalori dan nutrisi yang lain adalah:-
Kalori 534
Saturated fat 2.2g
Cholestrol 65.7g
Sodium
1273.5mg
Gula 6.8g
Kadar sodium agak
tinggi dalam hidangan nasi goreng nie, keperluan badan kita hanyalah setakat
2300mg sehari so janganlah makan banyak sangat nasi goreng nie ye wp anda
tak diet tapi jaga pengambilan sodium(garam).
0 comments:
Post a Comment