Hari nie selesailah satu
kerja dalam senarai tugas2 yang perlu dibuat ketika hendak masuk rumah baru.
Semua lampu2 dan kipas saya beli di kedai Houses lightings, puchong. Ini
adalah kedai lampu yang paling murah yang saya temui setakat ini. Ada satu
kedai lagi iaitu Top Ten lighting dekat tesco puchong....harga disini mahal
sedikit dari Houses lightings, beza dalam RM6-10 bagi setiap satu item.
Contohnya bulb save energy (15w), kat Houses harga dalam RM7 satu tapi kat
Top Ten berharga dalam RM10.50 satu....tempat lain seperti dikedai lampu kat
Kota damansara yg saya kunjungi, harga satu bulb dalam RM14. So banyak
penjimatan jika kita hendak beli dalam kuantiti yang banyak jika ke kedai
houses lightings ini.
Inilah satu kelebihan jika kita memiliki internet......saya perolehi maklumat nie dari internet. Terima kasih kepada penulis blog yang bercerita berkenaan pengalaman mereka dalam proses perpindahan kerumah baru. Banyak info yang mereka kongsi. Beberapa kedai disenaraikan dan saya kunjungi satu persatu sambil membandingkan harga kemudian last sekali sampai kekedai Houses of lightings nie. Bila tengok harganya lebih murah dari kedai2 lain yg saya pergi maka kat sinilah destinasi terakhir saya untuk membeli lampu dan kipas.
Oleh kerana saya tak buat plaster siling maka saya terpaksalah pilih lampu yang macam nie untuk cover. Simple tapi agak menarik. Saya beli 7 lampu nie untuk dipasang diruang tamu, laluan ke bilik dan bilik utama. Satu lampu nie berharga RM59 (saya tukar bulb ke 38w so harganya menjadi RM59, harga asal dalam RM35). Tak ingat harga asal sbb dalam bil dia tulis sekali dengan harga lampu dan bulb. Saya tukar bulb kepada bulb yang jenis save energy so sbb tu harga bulb lain.
Lampu hiasan/lampu tiang nie dibeli dengan harga RM49.
Lampu dinding yang saya letakkan mengadap pintu masuk. Harganya dalam lingkungan RM49. Kat Top Ten ia berharga RM59.
Ini lampu diruang utama. lampu yang paling mahal sedikit dari lampu2 yang lain. Ia berharga RM170 termasuk 5 bulb yang saya tukar ke bulb save energy yang berharga RM12 setiap satu.
Kipas angin jenama KDK 4 blades. Kat rumah baru saya nie ada 5 poin kipas angin yang disediakan oleh pemaju. Mula2 ingat nak pasang satu je tapi bila congak2 balik, baiklah sekali gus saja pasang so saya pergi semula kekedai Houses of lightings untuk tambah lagi 4 kipas. Satu kipas nie berharga RM229 (kat Top ten ia berharga RM239). Kos keseluruhan untuk semua lampu dan kipas adalah RM2000.
Selain kipas dan lampu2 yang saya tunjukkan, saya juga beli lampu simple untuk dipasang dalam toilet dan ampaian. Harga satu lampu adalah RM5. Jika kita beli lampu disini kita dapat beli cermin besar yg berharga RM35 satu yang saya letakkan dalam toilet. So jika anda berminat nak beli lampu atau kipas silalah kesini:-
Houses Lightings Sdn Bhd
No 33 & 35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama
47100 Puchong
Psstt kat sinikan ada satu kopitiam yang jual lempeng kelapa....my fren said best sangat kalau dapat lepak kat sini sambil minum kopi bersama lempeng kelapa. Kedai kopitiam nie bersebelahan dengan Houses lightings.
Oh ye kedai nie juga ada rekemenkan seorang kontraktor untuk pasang lampu dan kipas. Caj yang dikenakan kepada saya ialah RM8 untuk lampu dan RM15 untuk kipas. Keseluruhan kos pemasangan adalah RM194 untuk 14 lampu, 5 kipas dan 2 cermin. Kalau anda rasa caj ini murah anda boleh hubungi kontraktor ini iaitu Ah Hwa 019-361 2345.
2 comments:
Salam Bdaria,
Ketika saya baru pindah ke Puchong 10 tahun dulu, kedai yg paling murah memang Di Top Ten.Tak tau pulak kini ada kedai yg lebih murah.
Kopitiam yg u sebut itu mungkin Ipoh Station. Memang sedap lempeng kelapanya cicah dgn kuah kari.
Kat situ ramai yg mkn tghari dgn set Tempoyak Ikan Patin atau set Asam pedas ikan patin.Cubalah sekali...
Actually, sy tahu semua nie dari forum. Mrk buat perbandingan harga dan mrk said houses murah sikit dari top ten beza dlm rm6-10 dan mmg betul bila sy gi sendiri & bandingkan harga. Ttg kopitiam tu, my fren yg ckp sy tak singgah pun hari tu. My fren said itu tmpt dia dok lepak dgn hubby dia. Lain kali nak gi cuba gak.
Post a Comment