Ini salah satu biskut yang sempat saya buat pada
hari ahad lepas tapi baru semalam menyalut coklat. Ketika menyalut coklat
jam dah 11 malam so sebab tu anda nampak pantulan cahaya lampu kat coklat
tu. Saya buat biskut banyak jenis tapi sebenarnya dalam kuantiti yang
sedikit....cukup dapat sebalang sahaja bagi satu jenis. Yang penting saya
nak testing resepi-resepi biskut yang terdapat dalam buku tu. Atleast saya
tak beli dan simpan tanpa mencuba. Setakat nie biskut yang paling sedap dan
yang paling saya suka makan adalah biskut Alamanda Bar Cookies, resepi
disini.
Tekstur biskut nie gebu,
tidak ranggup macam tekstur almond london. Kurang manis sebab gula hanya
20gm sahaja dimasukkan, harapkan manis dari coklat. Saya tak pasti samada
sukatan gula ini salah atau memang biskut nie tidak manis. Yang pasti kalau
anda nak cuba....sila tambah gula menjadi sebanyak 80-100gm.
Sumber: Buku Festive
Cookies
Photo & Publish by
resepidaria.com
Bahan-bahannya(70
keping):-
Bahan A
150gm mentega
40gm majerin
20gm crisco/shortening
20gm gula kaster (Tambah gula
sehingga menjadi 80gm-100gm)
1 kuning telur
1 sudu teh cappucino
emulco
Bahan B
180gm tepung gandum
secubit serbuk penaik
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
1 sudu besar susu
tepung
30gm milo
50gm coklat rice
20gm kacang hazel-panggang
& kisar
Hiasan:-
Kacang hazel (70
biji)-panggang & buang kulit, cawan kertas, coklat masakan hitam dan
putih(saya letakkan pewarna hijau)
Cara-caranya:-
1. Kacau bahan-bahan A
sehingga ringgan dan kembang
2. Masukkan bahan-bahan B dan
kacau sehingga menjadi doh lembut
3. Ambil sebiji kacang hazel
yang telah dipanggang dan salut dengan 1 camca teh doh. Buat berbentu
bulat
4. Susun biskut diatas loyang
pembakar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20minit diketuhar yang telah
dipanaskan sehingga kekuningan.
5. Biarkan biskut sejuk.
Apabila sejuk, celup biskut kedalam 'dark chocolate' dan masukkan kedalam
cawan kertas berwarna hitam. Hiasi dengan coklat putih
Nota:-
-Masak coklat dengan
menggunakan kaedah 'double boiling'.
0 comments:
Post a Comment