Tuesday, October 25, 2011

Talam Ubi Kayu

Talam ubi kayu nie saya buat semalam selepas kawan sepejabat tolong belikan 3 ketul ubi kayu kat Pasar Borong Selangor. Dapat ubi kuning.....wahhhhhh ubi nie walaupun agak mahal sikit harganya berbanding dengan harga ubi kayu yang putih tapi bila buat kuih ubi nie yang paling sedap. balik rumah semalam, terus kupas kulit ubi.....ubi dah masuk angin bukan ubi yang baru tapi tak apalah kalau dah teringin sangat nak makan Talam Ubi Kayu.

Saya kupas 2 ketul yang besar, sagat 1 1/2 biji pun dah dapat 700gm so bakinya simpan nanti boleh buat kuih lain pulak. Masukkan dalam tapis dan biarkan air ubi turun sedikit. Dalam jam 8 malam barulah saya mula mengukus kuih talam nie. Pagi tadi terlewat bangun....so saya angkut sekali loyang bawak ke ofis. Happynya bila kuih talam nie menjadi dengan elok dan sedappppppp sangat (bukan puji diri sendiri tapi puji resepi nie). Bahagian bawahnya walaupun kelihatan lembik tapi tidaklah lembik sangat sebenarnya.....just nice sebab saya suka bahagian ubi tu lembik macam tu. memang puas hatilah dengan resepi nie. Saya tak dapat ambik gambar dengan cantik sebab tangkap gambar kat pantri sahaja.....malu pulak nak beria-ia sangat sedangkan rakan sekeja ada kat meja makan.

    Saya memang betul-betul puas hati dengan resepi nie.....bahagian atasnya masin secukupnya dan bahagian bawah pulak manis yang sedang sahaja....tidak terlalu manis sangat. Kombinasi manis dan masin nie memang menjadikan Talam Ubi nie sedap sangat. Dah banyak kali saya puji sedap nie.....makna nya betul-betul sedaplah tu. baik pergi cari ubi kayu sekarang dan cuba pulak resepi nie. Jom tengok resepi.....





    TALAM UBI KAYU
    Sumber: Kelas Talam 2 (Chef Asma)

    LAPISAN BAWAH
    Bahan-bahannya:-
    • 700gm ubi kayu (parut dan timbang)
    • 100ml santan pekat
    • 300ml air
    • 250gm gula castor
    • sedikit pewarna kuning
       
    Cara-caranya:-

    1.  Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata
    2.  Masak semua bahan-bahan sehinga pekat
    3. Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit
    LAPISAN ATAS:-
    Bahan-bahannya:

    • 100gm tepung beras
    • 50gm tepung ubi
    • 50gm tepung gandum
    • 2 tsp garam
    • 200ml santan pekat
    • 800ml air
       
         Cara-caranya:-
    1. Bancuh semua bahan-bahan diatas
    2. Tapis kedalam periuk, masak sehingga naik wap
    3.  Tuang keatas lapisan bawah
    4.  Kukus selama 30 minit.
Nota:-

Saya tak buat tambahan apa-apa pada resepi diatas cuma santan yang saya gunakan adalah santan segar. Jika guna santan kotak, sebanyak 300ml perlu digunakan. Saya beli sebiji kelapa parut dan kemudian blender untuk dijadikan santan sebanyak 1400ml. Satu biji kelapa parut baru RM2, kira lebih menjimatkan jika kita guna kelapa parut sendiri lagipun talam ubi kayu paling sedap kalau guna santan segar.

Ada seorang pembaca blog ini bertanya kepada saya....tak melekat ke kalau guna plastik untuk lapik kuih talam. Tak melekat....dan ia sangat mudah nak dikeluarkan dari loyang. Hanya tarik sahaja plastik tu keluar tapi kenalah sengetkan dulu loyang tu. Macammana nak buat?......ilmu tu kena perolehi sendiri dari kelas atau percubaan anda sendiri. Kat mana nak beli plastik tu?.....saya beli kat Chef Asma so saya tak pasti kat mana lagi ada jual. 


    Talam Ubi Kayu yang telah dipotong terlebih dahulu kemudian baru dikeluarkan dari loyang. 

6 comments:

Chik Mimi said...

Glamour sat lepas rcp ayam goreng keluar heheheh jangan mare,Ya Allah petang2 ni duk terguda ja kuih2 kat sini ,ubi frozen ade tu nak buat hujan2 ni eh nnti berangin la pulak,mmg fav.saya

Kak Am said...

salam dharia, bab menalam daria mmg terror w/pun sesekali buat. akak nengok pun terliur jap, dahlah tu mmg cantik aje kejadiannya..! thaniah..!

Kak Am said...

mmg nmpk sdap & cantik

Anonymous said...

hi cik bdaria, saya memang suka makan kuih yg diperbuat drpd ubi kayu, tapi problem sebab setiap kali beli ubi kayu selalu kena tipu, ada apa2 petua utk beli ubi kayu?

Thks,
Chan

Anonymous said...

sedapnyaa dah lama tungu respi talam ubi ni..kalau wat bingka ubi pon bole guna respi ni kot kan..cuma tak letak lapisan atas tu jek..satu lg dlm resepi takde gula pon..mmg tak guna gula yer?TQ

Lily

bdaria said...

Salam Lily,
talam ubikayu kan manis kat lapisan bawah dan masin utk lapisan atas. Gula hanya kat lapisan bawah sahajalah. tentang bingka ubikayu tu resepi dia lain sikit dari bahan lapisan bawah. Ada bahan lain yang tak ada kat situ.