Sunday, March 27, 2011

Butter cake resepi 1


Butter cake, my favorite. Saya suka kek cara lama hanya butter, telur dan tepung. Tanpa campuran yang lain. Saya tak guna butter sebab tak ada.....saya guna majerin Daisy. Ada sedikit majerin dalam bekas....ingatkan cukuplah untuk sebji kek tapi bila timbang hanya tinggal 180gm saja lagi. So resepi yang selalu saya buat tak boleh gunalah.....resepi tu guna sukatan cawan dan seketul butter yang seberat 250gm. Saya teringat resepi butter cake dalam simpanan yg saya ambil dari satu laman web barat. Saya tulis dalam diari tanpa tulis nama laman web tersebut so tak dapatlah saya masukkan rujukannya. Butter cake nie memang gebu sangat tapi bagi saya......saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena pada rasanya wp teksturnya amat gebu. Mungkin sebab pertama kali buat guna majerin atau sebab sukatan butter hanya 150gm menyebabkan ia kurang lemak....entahlah apa yang tak kena.


Butter Cake


Bahan-bahannya:-



  • 225gm tepung naik sendiri

  • 75gm tepung gandum

  • 180gm gula castor

  • 150gm butter- dalam suhu bilik

  • 155ml susu-pastikan ia pada suhu bilik

  • 3 biji telur-pada suhu bilik

  • sedikit esen vanilla

Cara-caranya:-



  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180 c selama 10 minit

  2. Timbang kedua-dua tepung dan ayak. ketepikan

  3. Masukkan butter dan gula dalam bekas dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga kembang

  4. Masukkan telur sebiji demi sebijik sehingga habis

  5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung berselang seli dengan susu. Buat sehingga habis.

  6. Masukkan esen vanilla, kacau sebati.

  7. Leserkan bekas kek dengan sedikit butter dan tuangkan bancuhan kedalamnya.

  8. Tekan-tekan permukaan kek dengan mengunakan belakang sudu.

  9. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 c (terpulang kepada oven anda, saya guna 150 c sahaja)

  10. Bila sudah masak, biarkan kek sebentar dalam oven selama 5 minit sebelum dibuka pintu oven.

  11. Angkat dan anda boleh ayak gula aising diatasnya sebagai hiasan.


Lempeng dengan kari ayam

Ini sarapan saya pagi tadi. Simple dan mudah. Cuma bancuhkan tepung, telur, garam dan air. 2 keping dah cukup mengenyangkan. Saya makan bersama-sama dengan baki kari ayam pencen.


Orang lain rehat hari Ahad tapi saya kena duty pulak sebelah petang. Bila balik tadi dari Putrajaya.....dah jam 6.35petang, matahari petang terik sungguh. Saya tak boleh memandu bila matahari tepat memancar kearah mata saya.....so saya terlepas simpang ke Puchong dan lepas entah kemana. Mujur ada GPS tapi saya pusing jauh nak u-turn balik dan bayar tol sampai RM9 sebelum sampai ke PJ.


Bila sampai kat umah dah jam 7.30 malam. lepas sembahyang terus gi dapur goreng nasi. lapar sungguh perut sebab hanya makan 2 keping lempeng aje sebagai alas perut seharian. Nasi goreng simple tak yah resepilah, semua orang tahu buat. Saya suka nasi goreng yang simple hanya telur, bawang merah, sayur, cili padi dipotong halus dan garam. Hidangan yang paling mudah dibuat tak sampai 10 minit.

Kari Ayam Pencen


Alhamdulillah akhirnya dapur saya berasap jugak. Dah lama sungguh tak memasak. Hampir sebulan berada di asrama dan kemudian bila balik minggu lepas....kena pulak bertugas luar pejabat 3 hari berturut-turut. Bila balik rumah badan betul2 penat, hanya nampak bantal sahaja. Selepas plumber datang betulkan paip singki dan tolong saya pasang gas dapur maka malam semalam bolehlah saya memasak.


Ayam pencen nie saya beli minggu lepas kononnya nak masak nasi dagang dengan kari ayam. Dah hampir sebulan beras nasi dagang yg saya pesan kat kawan masa dia balik Kelantan duduk kat dalam kabinet tu tak terusik. Minggu nie pun tak boleh buat nasi dagang lagi sbb minggu nie pun saya kena duty luar lagi dan tak masuk ofis. Kalau buat takan nak makan sorang kan.


Nie urgent post sbb dalam jam 1.30 nanti saya kena bertolak ke Putrajaya. Kari ayam pencen nie saya masak semalam. Sebenarnya saya suka sangat ayam pencen.....sedapnya bila buat sup. kali nie saya buat kari tapi kari nie tanpa santan sebab santan segar yg saya beli minggu lepas dah basi wp simpan dalam peti. Walaupun tanpa santan tapi not bad jugak kari nie.....saya siap ratah je ayam tu.


Seorang kawan pernah beri petua kepada saya....jika nak masak asam pencen, kukus dulu supaya ia lembut dan sedap dimakan. So saya kukuslah dahulu ayam tu dalam 40 minit.



Akhirnya saya dah boleh masak tanpa risau bau gas lagi. Rupanya saya pasang gas tak begitu kuat....hampeh betul buat malu kat plumber tu aje. Saya minta dia tolong pasangkan gas kat dapur tu sebab dapur Fagor nie lain sikit.





Inilah kari ayam pencen tanpa santan yang saya masak. Resepi simple ajelah.....sama macam anda buat jugak.

Kari ayam pencen


Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam pencen (kukus dahulu)
  • 4 sudu besar rempah kari (dalam 1 1/2 bungkus)
  • 10 ulas bawang kecil - dimayang halus
  • 8 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 inci lengkus
  • 2 sudu besar cili kisar (saya guna cili boh)
  • 1 cawan santan pekat
  • air secukupnya
  • 1/2 cawan minyak masak
  • garam secukupnya

Cara-caranya:-

  1. Kukus ayam pencen selama 40 minit atau sehingga empuk. Angkat.
  2. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
  3. Bancuh serbuk kari dengan 3/4 cawan air dan masukkan cili giling/cili boh. Tumis serbuk kari dan cili sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam pencen, lengkuas dan 2 cawan air. Masak sehingga ayam betul-betul empuk.
  5. Masukkan santan dan tambah air lagi jika perlu. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam.
  6. Anda boleh tambah kentang atau tomato jika suka.


Thursday, March 24, 2011

If this should happen

If this should happen, beware.


All Maybank Account Holders / Semua Pemegang Akaun Maybank


Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be carefulwhen withdrawing money through ATM machine,


Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bilamembuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.


1. For the first time when you enter the right pin number, a message'invalid pin number' pops up.


1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin.


2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.


2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah',sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin


3. If you call this number, you will lose all your money.


3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.


NOTE: If you encounter the above matter, please DO NOT call the number.One of my friends just lost RM70000 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did notwithdraw any money.


Peringatan: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidakmembuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidakmembuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan.
==================
Normally saya tak suka forwardkan email yg saya terima berkaitan dengan perkara2 yang tidak pasti sebab saya tak suka turut terlibat dalam penyebaran fitnah dan email2 berantai. This email sebenarnya datang bersama dengan nama pegawai bank tersebut tapi saya delete nama dia dalam paparan nie. Jika email ini palsu maka nama pemberitahu berkenaan perkara ini tidak terjejas.


Saya paparkan email ini adalah kerana salah seorang rakan sekerja saya pernah terkena. Penjenayah yang terlibat dalam penipuan ini sangat2 bijak dan terancang. My friend kehilangan RM18 ribu duit dalam akaun beliau. Laporan polis memang dah buat tapi sehingga sekarang my friend tak dengar apa-apa berita. Sedih bila hal ini berlaku sebab duit tersebut adalah hasil simpanan sedikit demi sedikit dari gaji setiap bulan.

Monday, March 21, 2011

Kembali bersiaran

Wahhhh....lamanya saya tak mengemas blog nie. Lepas je pindah rumah, terus kena masuk kursus undang-undang. Duduk kat asrama sbb jauh kalau nak berulang alik...ditambah dengan tol berbelas2 ringgit pergi balik sehari....that why saya pilih untuk stay kat asrama.


Balik rumah hanya hujung minggu sahaja so progress kitchen kabinet pun slow sbb hanya hujung minggu saja kontraktor boleh buat kerja. Bab kitchen kabinet nie memang serabut kepala sbb kontraktor tu tak bagitau perkara penting. Masa nak pasang granite, kontraktor minta nak bukak semula paip air yang sudah dipasang oleh plumber.....bila dah bukak tak reti nak pasang balik. Wakil unity Design bagitau 'u patut jangan pasang paip lagi sebelum kami pasang granite', saya jawap balik "apa u ingat saya nie tiap2 hari buat kitchen kabinet ke?, U yang sepatutnya uruskan hal-hal nie dan bagitau saya". Akibatnya paip singki tak boleh guna. Saya call plumber melayu yang saya promote dalam entry sebelum nie mintak dia datang ke rumah untuk betulkan semula paip singki. Masa nie lah saya rasa menyesal promote plumber nie....dia janji hari ahad nak datang baiki.....that days adalah hari pertunangan adik lelaki saya kat Gombak. Lepas kami sekeluarga pergi hantar rombongan ke Gombak dan bila tamat sahaja majlis saya pun bergegas balik ke rumah sbb dah janji dengan plumber nie. Tunggu punya tunggu tak muncul2....rasa berasap je sbb kita punyalah bergegas dari Gombak ke kota Damasara. Dah lah tak datang.....hantar mesej bagitau pun tidak....nak mintak maaf jauh sekalilah.



Keesokkannya...awal2 subuh drive pergi semula ke tempat kursus. Bila time rehat saya cuba call plumber nie....minta dia datang jugak sabtu depan (19hb Mac) sbb berlaku leaking so basah papan kitchen kabinet bawah singki. Tanpa mintak maaf sbb tak datang pada Ahad....dia berjanji nak datang pada hari sabtu. Sampailah hari sabtu, saya call dia untuk confirm...pukul berapa nak datang. Dia kata jam 2 dia datang rumah. Ok saya tunggu lagi......sampai tertidur kat sofa...sedar2 dah jam 5 petang. Kena tipu lagi....jangankan nak mintak maaf....call saya pun dia tak angkat. Saya memang menyesal puji kontraktor nie dalam entry terdahulu. Baru nampak attitute sebenar....baru je berangan nak buat TV cabinet bila dapat bonus dengan kontraktor nie. Macammana orang kita nak maju dalam bisnes kalau perangai macam nie. Sakit betul hati sbb saya tak boleh masak lagi.....saya dah gian sangat nak masak nie.






Ini satu hal lagi.....beli dapur masa warehouse sale.....kontraktor kitchen kabinet dah pasang dapur dan hood tapi dia tak pasanglah penyambung gas (takan itupun dia nak pasang kan....confiden boleh pasang sendiri). Semalam hari Ahad saya pergilah kekedai runcit tak jauh dari apartment beli gas dan wayar penyambung gas. Sampai kat umah...cubalah pasang sendiri tapi dapur tak mahu menyala....bau gas semerbak macam sambungan tu tak dipasang dengan betul. Aduhhhh susah juga ye kalau tak ada orang lelaki nak tolong. Sebab risau meletup dapur saya terus cabut balik penyambung gas dan tak pasang. Melepaslah rancangan nak buat nasi dagang.










Inilah singki yang tak boleh nak digunakan lagi. Oleh kerana letih menunggu sepetang....saya cubalah pasang balik penyambung paip nie dan penyambung singki....mujur2 bolehlah guna sementara waktu sebelum 'pakar' datang pasang. Oklah....hasil kerja tangan tak berapa mahir saya.....bolehlah guna nak basuh pinggan 2/3 biji tapi lepas tu kena tutup hose paip semula sbb leaking. Dalam kabinet tu saya letakkan beberapa besen untuk tampung air yang leaking. Nampaknya saya kena cari plumber lain.....tadi saya call plumber melayu tu sekali lagi tapi dia kata 'sorrylah akak saya sibuklah sekarang nie, nanti kalau ada masa saya datanglah umah akak'. Jawapnya tak datanglah tu.....masa nak promote service dia dulu ' akak jangan bimbang kalau berlaku leaking call je saya....saya akan datang'. Hampeh punya plumber.



Oh ye....selepas mengunakan khidmat Unity Design dalam mereka bentuk kitchen kabinet saya nie. Komen saya, jika anda boleh mencari kontraktor yang direct dari kilang lebih bagus. Unity design hanyalah orang tengah sahaja.....pembuatan badan kitchen kabinet adalah dari kilang lain dan granite juga dari sumber yang lain. Jika saya bagitau anda berapa kos kitchen kabinet untuk ruang dapur yang sekecik itu anda tentu terkejut sebab terlalu MAHAL. Saya memang benar2 menyesal buat pilihan ini. Dari segi workmanship memang saya puji....kemas.



Susah buat kerja tanpa pertolongan orang lelaki.....wp adik lelaki saya hanya berada kat Gombak tapi entahlah mengapa saya tak pernah call dia mintak tolong. Daripada dulu lagi saya memang suka handle everything seorang diri......saya tak suka susahkan orang. Alasan yang my 1st ex-bf bagi masa dia nak kahwin dengan orang lain slps 3 tahun berkawan dengan saya adalah " u terlalu independent...i nak cari isteri yang bergantung kepada i lagipun kedudukan u tinggi sangat". Selepas bercinta 3 tahun baru dia bagi alasan tu. Susah rupanya kalau jadi perempuan yang terlalu independent sangat nie.





Saturday, March 5, 2011

bayar cukai

Topik nie lari sikit dari topik pindah rumah atau topik masak-masak. Saya cuma nak kongsi sedikit cerita dengan anda berkenaan dengan CUKAI. Saya call adik perempuan ke 4 saya tadi untuk tanya tentang persiapan kahwin dia bulan 6 nie. Dalam dok cerita-cerita tu dia pun mengadulah kat saya tentang hal dia kat pejabat semalam. Dia nie kerani admin so dia ceritalah pasai staff2 kat ofis dia yang 'mengamuk' sakan bila pihak admin buat potongan PCB dan daftarkan fail cukai mereka. Staff kat ofis adik saya nie kesemuanya adalah profesional dan berpendidikan universiti. Adik saya ceritakan semua maki hamun mereka....yang paling menyentuh hati saya adalah kata-kata macam nie

"aku laknat pegawai income tax.....tak halal ambik duit aku"

"income tax nie perampas duit rakyat"

"orang income tax nie semua makan duit haram......aku tak halal dunia akhirat.....minta anak-anak mereka benak2 belaka"


Itu hanya sebahagian dari kata-kata mereka yang saya paparkan tapi yang pasti mereka sumpah seranah orang income tax dengan teruk sekali hanya kerana PCB RM50 dipotong setiap bulan dari gaji mereka setiap bulan.

Bukan sahaja orang luar tapi adik saya yg ke 2 juga mempunyai pandangan yang pelik bila sebut CUKAI. Baru-baru nie dia call saya dan kemudian membebel pasai duit kat akaun bank dia banyak so dia nak pindahkan ke akaun bank2 lain. Saya tanya kenapa pulak nak buat macam tu. Dia kata "nanti aku kena cukai......orang income tax bukan boleh tengok kalau duit kat bank banyak sikit tentu depa nak tax aku". Saya kata kat dia "mana hang dapat cerita yang duit kat bank kena cukai.....hanya laba dan keuntungan perniagaan saja yg kena cukai bukan duit hang dalam bank tu(dia ada business)". Dia kata kat saya "hang mana tau.......kawan aku dah kena sebab tu aku risau.....aku tak mau bayar cukai.....aku tak ingin sesen pun duit aku bayar cukai". Saya pun apa lagi panaslah hati so saya kata "oooooo masa anak hang dapat komputer kat sekolah hari tu..... bukan main suka lagi.....hang ingat duit mana beli komputer tu.....kerajaan ambik kat langit ka.....itu duit cukai yang aku bayar dan rakyat Malaysia lain bayar tau". Lepas dia dengar saya cakap macam tu bukan main marah lagi....sampai sekarang bila saya call dia dah tak nak angkat tapi tak pe.....dia tu panas sekejap je....lepas nie dia call saya balik.

Kenapalah buruk sangat pandangan orang terhadap income tax nie. Income tax hanya menjalankan tanggungjawap yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memunggut cukai daripada orang yang LAYAK dikenakan cukai. Duit cukai itu dimasukkan terus dalam akaun rezab kerajaan......tak ada satu senpun duit tersebut masuk ke tangan orang-orang income tax.....income tax hanya akan diberikan fee oleh kerajaan sebagai upah memunggut cukai. Fee inilah yang digunakan untuk membayar gaji-gaji pekerja income tax dan belanja pengurusan. Duit-duit cukai tersebut digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan negara.....jika anda lihat anak anda belajar disekolah yang lengkap....anda bawak kereta di jalan-jalan raya yang baik......ada hospital yang boleh anda pergi bila sakit....ingatlah itulah duit cukai yang anda bayar....itulah duit anda. Berbanggalah jika anda boleh bagi sedikit sumbangan untuk negara. Jika tak mahu bayar cukai ......bayarlah zakat. Ingatlah 2.5% daripada pendapatan/keuntungan anda adalah hak orang lain. Malulah....jika anda tidak menyumbang apa-apa tapi hanya tahu merunggut dan memaki hamun.

Cerita pindah rumah baru part 6

Sorrylah kawan-kawan, tak ada cerita lainlah nak letak. Sampai akhir bulan Mac nie, memang blog nie akan jarang di update dengan entry masak-masak. Sekarang nie saya tengah belajar.....kena ambil kelas Undang-Undang, tiap2 minggu ada kuiz dan latihan dan Nov nanti Final Exam. Dah lama tak pegang buku dan menghafal.....rasa berat sangat kepala nak terima ilmu balik....rasa susah nak ingat kes2 law yang berpuluh-puluh untuk satu-satu topik. Bila dok masuk kelas dan kena study tiap2 malam macam nie.....bersemangat pulak nak ambik Master lepas nie....insyaallah. Sebab tulah dah tak ada entry masak-masak dalam blog nie sebab tuan blog nie kena duduk asrama dan masuk kelas.....pastu malam2 kena study sebab tiap2 minggu ada test.



So ingatan untuk anda yang baru nak buat kitchen kabinet......buat kerja2 plumbing dan wiring dulu ye sebelum install kitchen kabinet. Jangan jadi macam saya.....kontraktor kitchen kabinet saya lupa kot nak bagitau kena buat plumbing dulu....bila dah pasang kitchen kabinet baru dia suruh buat plumbing.....kan dah berlubang dinding kitchen kabinet saya.


Dalam memilih kontraktor nie.....saya bukan tak nak tolong bangsa sendiri tapi banyak sangat cerita-cerita negatif yang saya dengar dari kawan2 yang terkena malah saya dah terkena sendiri (entry yang lepas) maka saya malas nak nak upah kontraktor melayu. Tapi bila ada yang bagus maka saya akan war-warkan supaya anda tahu ada kontraktor melayu yang bagus dan mari kita sama-sama sokong mereka nie. Seharian hari ini saya dok tunggu dan tengok kontraktor nie buat kerja.....saya puas hati dengan kerja mereka yang kemas dan cermat malah upah yang dikenakan juga berpatutan.



Inilah hasil kerja dari kontraktor melayu yang saya amat-amat puas hati. Jika anda mencari kontraktor untuk membuat renovation kat rumah baru anda seperti kerja2 wiring, plumbing, painting, tilling malah mereka juga buat kerja2 hiasan dalaman seperti rak TV, kitchen kabinet. Saya sengaja tanya harga kitchen kabinet design macam saya dengan material yang sama.....mereka bagi tau dalam lingkungan harga RM5000++ yang mana lebih murah beberapa ribu dari harga yang saya perolehi. Ribu-ribu bezanya.....kalau saya jumpa syarikat nie awal-awal maka dapatlah saya buat kitchen kabinet bersama rak TV untuk ruang tamu dengan harga yang saya bayar kat Unity Design.






Inilah hasil kerja dia.....upah plumbing dan turunkan poin saluran paip kebawah sedikit dari yang disediakan oleh pemaju supaya sesuai dengan singki jika tak buat maka ia akan mudah tersumbat......bukan senang kerja nie sebab mereka kena pecahkan simen dinding untuk turunkan saluran paip....upahnya cuma RM200.


Ini pulak poin plug tambahan yang dipasang dekat dapur.......kemas sahaja kerja dia. Saya pernah tanya kontraktor lain mereka kata "ohhhhh.....kalau u nak tambah poin....kita kena pecahkan tile tu.....kami cadangkan pakai plug tampal yang besar tu supaya tak payah tebuk dinding", tapi kontraktor nie bila saya kata saya nak plug tambahan yang selari dan sama dengan plug asal, mereka jawap "ok...kami boleh buat". Kan senang tak banyak cerita......cantik pun cantik. Plug saya tu tak sama jenis sebab saya malas nak cari plug jenama ERA yang dipakai oleh pemaju.