Sunday, May 29, 2011

Majlis akad nikah adik perempuan saya



Alhamdulillah.....selesai sudah majlis akad nikah adik perempuan saya yang diadakan pada sabtu 28hb May. Kenduri pula akan diadakan pada 4hb june akan datang. Gambar diatas adalah gambar yang 'terbaik' yg dapat ditangkap oleh juru kamera amatur (baru pertama kali pegang kamera).......saya pula tak ikut ke masjid sebab kena masak untuk jamuan ringgan yang diadakan selepas majlis akad nikah.


Punyalah kelam kabut menyediakan makanan untuk 50 orang tetamu. Saya dibantu oleh adik perempuan ke 2 menyediakan nasi mandhi dan ayam panggang. Resepi diambil dari rumah kak ummi. tak sempat snap sekeping gambarpun sebab memang sibuk sungguh tambahan pulak rumah baru je siap renovation seminggu....mak masih belum habis kemas. Masa nak hidang nasi baru teringat pinggan mangkuk, gelas, sudu masih belum dikeluarkan dari stor. Rasa macam nak pengsan letih sebab terlalu banyak kerja nak kena buat. Bila family dan tetamu selesai sahaja akad nikah dimasjid dan sampai ke rumah dalam jam 12 tengahhari, kami kat dapur baru selesai membasuh dan mengelap semua pinggan untuk dihidangkan tapi alhamdulillah nasi dan lauk mampu dihidangkan bersama dengan lauk pelengkap yang lain dan pencuci mulut yang saya buat iaitu sagu gula melaka. Yang pasti 3 ekor ayam panggan tak cukup.


Kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari jadi buat saya......saya ucapkan ribuan terima kasih. Maaflah hari nie baru boleh mengadap komputer sebab line celcom kat kampung tak elok. Masa saya tulis entry selamat hari jadi tu....saya sebenarnya rindukan arwah ayah saya. saya ceritakan kisah saya masa kecil bukan untuk menunjukkan kisah sedih atau malang dan saya tidak membandingkan kisah saya dengan nasib orang lain sebab saya tahu ia tidak setara mana tapi ia adalah satu kisah hidup saya yg saya suka dengar bila mak bercerita sebab dari cerita tu saya tahu betapa sayangnya arwah ayah pada saya dan sayangnya Allah pada saya. Mak saya suka bercerita....sikap tu diturunkan kepada saya....saya juga suka bercerita.


Happy birthday kepada Ijip.....yang harilahirnya pada hari ini 29hb May. Semoga Allah memberkati hidup anda.


Thursday, May 26, 2011

Happy Birthday to me



Syukur alhamdulillah.....Allah memanjangkan umur saya sehingga ke hari ini. Bertambahlah satu angka lagi. Pada tarikh ini dalam tahun 70-an, pasangan muda Tom(17 tahun) dan Hussein(19 tahun) menyambut kelahiran anak sulung mereka.....bukan seorang tapi sepasang kembar lelaki dan perempuan. Bayi perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital manakala bayi lelaki yang dilahirkan cukup sempurna sifat dan dikata amat comel sekali ditinggalkan dirumah bersama nenek. Selama 2 bulan, bayi perempuan ini bertarung nyawa dan ramai yang menjangkakan bahawa nyawa anak ini tidak panjang. Kuasa Allah, bayi perempuan yang tenat ini selamat tetapi bayi lelaki yang sihat walafiat pergi menemui Allah diusia 3 bulan. Ramai mengatakan kami bertukar nyawa. Selama setahun lepas itu, rumah saya adalah hospital.....mak saya beritahu bagaimana teruknya saya menjerit ketakutan bila melihat doktor datang untuk suntik sehinggakan tiada ruang lagi dilengan dan paha saya untuk terima jarum suntikan. Arwah ayah terpaksa bermalam dikaki lima hospital dan kadang-kadang dihalau oleh pengawal dia hanya kerana arwah ayah tak nampu nak berulang setiap hari dari Changloon ke hospital Alor Setar.


Selepas setahun setengah di hospital saya dibenarkan keluar. Nasib saya tak sudah disitu apabila diwaktu subuh ketika umur saya 2 tahun, emak tinggalkan saya sebentar untuk ke jamban (rumah kampung lama, jamban jauh kat luar). Kucing naik dan masuk dalam rumah, saya pulak takut kucing...masa tu saya terlanggar pelita dan menyebabkan api menyambar kelambu dan api marak sehingga menyebabkan sebelah badan saya terbakar (saya dalam kelambu...pelita kat sebelah luar kelambu) dan menyebabkan sekali lagi saya berada di hospital. Semasa umur saya 3 tahun, ketika arwah ayah sedang mengasah sabit kat pelantar rumah, kawan ayah datang dan ayah letakkan sabit ditepi tiang pelantar sebentar untuk berbual dengan kawan dia tu. Saya masa tu tengah main layang2 kat sawah tepi rumah kami. Tiba-tiba saya balik dan tanpa ayah sedar saya terus naik ke pelantar rumah dan pijak sabit yang baru diasah oleh ayah. Darah memancut keluar dan tapak kaki saya terbelah dua....saya bernasib baik tulang keras tapak kaki tidak terputus sama....sebab tu tapak kaki saya masih boleh dicantum semula sebab arwah ayah pegang erat tapak kaki saya walaupun darah memenuhi badan dia. Dia cempung saya dan bawak saya ke hospital.


Diusia 3 tahun saya mempunyai 3 parut besar, satu kesan tebuk di leher saya, kesan parut terbakar dibahagian kanan badan saya dan kesan luka jahitan memanjang di tapak kaki kiri saya. Kadang-kadang bila saya duduk bersila....orang akan datang dan sentuh tapak kaki saya sebab mereka terkejut tengok kesan jahitan yang besar tapi saya boleh berjalan dengan sempurna. Orang kampung memang mengeleng kepala bila tengok saya....mereka kata susahnya saya nak hidup. Sekarang nie kalau saya balik ke Changloon, mereka lagilah terkejut tengok saya......budak yang sebesar tapak tangan dalam buaian dulu sudah sebesar nie (saya tinggi dan bertubuh tegap). Emak saya suka bercerita tentang hal ini terutama sekali apa yang arwah ayah saya lakukan untuk selamatkan nyawa saya. Betapa teruknya arwah ayah berkerja ambil upah untuk bayar bil hospital sedangkan arwah ayah tidak pernah bekerja kasar diwaktu remajanya sebab dia anak tok guru dan dia pula hanya mengajar orang mengaji Quran dan membantu arwah datuk mengajar kelas agama. Untuk menyelamatkan nyawa saya, arwah ayah terpaksa melakukan kerja-kerja kasar. Di usia saya 4 tahun, kami sekeluarga berpindah ke Pahang....ketika tu saya dah ada 2 orang adik perempuan.


Syukur kepada Allah saya dapat melihat dunia sehingga hari ini dan dapat menyambut hari jadi saya yang ke...... pada hari nie. Moga peluang hidup yang Allah berikan kepada saya....tidak saya sia-siakan dalam menunaikan tanggunjawap sebagai hambanya.

Wednesday, May 25, 2011

Berhati-hati buat wanita

Saya baru terima email nie dari seorang rakan. Saya rasa saya patut sebarkan email nie kepada semua wanita yang drive atau yang berjalan kaki dan yang tinggal di kawasan ini. Berhati-hati ye lebih baik berwaspada dan berjaga-jaga daripada menyesal tak sudah. Rosak muka kita kena simbah asid dan susah nak pulih semula.




Dear all,


Eh u guys be carefull k, remember the acid splasher case? Yesterday one of my friend her car window kene ketuk by a guy holding a yellow bottle demanding her to roll down her window. She didn’t, so the guy hentak2 her car and yelled at her. The face is as per polis announcement, Indian guy. She said, awal2 masa the guy ketuk her window, he look mcm kesian muke sedih. (Taktik nak suruh bukak tingkap). After that the guy left. This happen at traffic light at 1 utama, which is near to us.Then she launched police report, the police told her that yesterday, another girl pun reported the same thing, tingkap kene ketuk too but at Kota Damansara.The crazy dude is now targeting our area, so please be carefull kay when ur out there. Also, a friend of mine, her work collegue was one of the victim. Now she’s blinded and still at the hospital. Be carefull yea when ur out there. Run when u hear motorcycle or bring umbrella. Its not safe out there. Better be safe than sorry.

Tuesday, May 24, 2011

Bingka Labu

Dah lama saya janji nak bagi resepi bingka labu....nie baru dapat tunaikan janji. mintak maaf banyak-banyak kepada yang tertunggu-tunggu resepi bingka labu tempohhari. Saya buat sebelum pindah pastu lepas pindah baru nak post kan entry tertunggak tu. Resepi pulak dalam kotak. Bila dah bukak kotak.....resepi pulak hilang. Jenuhlah mencari...akhirnya jumpa jugak terselit kat dalam fail.




Minggu lepas beli labu.....ingat nak buat pada hari khamis nie supaya boleh dibawa balik ke kampung pada hari jumaat. Bila tengok labu tu dah nampak tak elok terpaksa jugak buat malam nie. Saya buat separuh adunan saja so saya tak masukkan dalam loyang saya buat dalam acuan kuih bakar. Gambar nie diambil lepas bingka labu nie dikeluarkan dari oven......masih panas-panas lagi dan tidak boleh nak dipotong.



Sedap pulak bingka labu dibuat dalam acuan kuih bakar nie. Bila dibakar dalam oven ia akan lebih garing.....sebab dia kecil daripada dibakar dalam acuan. Oklah kepada yang hendak mencuba inilah resepinya.



Bingka Labu


Recipe: Chef Asma



Bahan-bahan:-



Bahan A


300gm tepung gandum


400gm gula halus (kurangkan kepada 350-360gm jika anda guna gula kasar)


120gm majerin


1 1/2 tsp garam



Bahan B


6 biji telur


400ml santan


1200gm labu kuning (buang kulit, kukus dan timbang)


pewarna kuning telur (sy tak bubuh sbb labu tu dah betul2 kuning)



Cara-caranya:-




1. Bahan A dikacau rata sehingga menjadi serbuk


2. Blend bahan-bahan B sehingga halus dan masukkan kedalam periuk/kuali


3. Masukkan bahan A dan kacau rata


4. Kacau sebentar diatas api sehingga agak pekat


5. Tuang kedalam loyang dan bakar 1 jam



Nota:-



1. Sila kurangkan gula sedikit, sukatan gula diatas adalah untuk gula castor. Saya bawak ke ofis this morning, kawan-kawan cakap bingka nie manis. Kurangkan kepada 350gm.


2. Sukatan resepi diatas adalah untuk loyang 10 x 10 ye. Untuk orang nak buat bisness. Kalau setakat nak makan sekeluarga tu buatlah separuh sahaja.


3. Sapu majerin/butter rata dipermukaan loyang. Lapik daun pisang yang dipotong dibawahnya (kalau tak ada boleh guna aluminium foil - saya tak guna apa-apa pun, ok je tak melekat). Baru masukkan adunan dan ratakan permukaan bingka dengan meletakkan sedikit minyak/majerin/butter dan ratakan dgn belakang senduk atau sudu. Ambil sehelai plastik bersih dan guna tapak tangan, tekan-tekan permukaan bingka supaya ia padat. Buanglah plastik tu dan barulah masukkan kedalam oven.

Sunday, May 22, 2011

Silap kira atau memang nak menipu

Apabila anda beli ikan kat pasar malam atau pasar tani atau pasar borong, anda terfikir tak bahawa mereka akan menipu anda dari segi timbangan atau kiraan harga. Pagi nie saya pergi ke pasar tani Shah Alam dan selalunya saya akan dapatkan bekalan ikan segar (wp tak berapa segar) kat sini.


Percaya tak kalau saya kata 3 ekor ikan kembung dan seekor ikan cencaru tu berharga RM8. Walaupun saya rasa mahal sangat dan pelik sebab ikan sebanyak ini (bukan ikan besar pun) tapi berharga RM8 tapi saya bayar dan ambil ikan tu (bodoh kan).


Bila balik ke rumah saya terus ambil mesin timbangan dan timbang ikan kembung yang 3 ekor tu. Berat ikan kembung tu adalah 275gram sahaja. Harga 1 kg ikan kembung adalah RM13 (harga yang diletakkan pada ikan tu masa beli tadi). Jadi harga ikan kembung 3 ekor tu hanyalah RM3.57. Jadi adakah anda rasa ikan cencaru yang sederhana besar tu berharga RM4.43. Berat ikan cencaru tu tak sampai pun 150gram.


Saya telah ditipu oleh peniaga ikan nie. Saya rasa sebab dia tak lulus matematik masa SPM kot sampai nak mengira pun tak reti. Kadang-kadang kita sebagai pembeli nie.....percaya 100% pada kiraan penjual. Yang pasti peniaga nie melayu dan dah tentu islam.......moga dia insaf. Tak senang mana hidup kalau reseki tu tak halal. Kedai penjual nie berada dibahagian tengah diantara lorong penjual ikan kat Pasar Tani Shah Alam

Shopping tudung kat pasar tani SA

Pagi tadi saya pergi ke Pasar Tani Shah Alam untuk ambil tempahan sampul tisu. Saya dah tempah 300pcs sampul tisu yang akan dimasukkan kedalam beg goodies sebagai door gifts. Selalunya saya pergi awal pagi supaya senang nak parking.


Jumaat lepas, kawan saya ajak pergi De Zahra untuk tengok tudung. Bila tengok ada offer tudung bercorak nie RM50 sehelai maka saya ambillah 3 helai dan kawan saya 1 helai. Koleksi tudung saya banyak dari DeZahra sebab saya selesa pakai dan ngam dengan bentuk muka saya. Saya tak pernah beli kat Ariani....pernah sekali dua masuk kat sini tapi keluar tanpa sehelai tudung pun sebab rasa tak sesuai dgn bentuk muka.

Pagi tadi lepas ambil tempahan dan bawak kotak besar yang mengandungi 300psc tisu (parking kereta jauh dari booth penjual tu), saya terpandang ramai orang perempuan dok kerumun satu booth tudung. Tengok kat booth tu ada banner Tudung Ratu. Saya letak kotak besar tu kat tepi booth dan masuk tengok tudung bersama-sama pengunjung yang lain. Cantik jugak design dia...dia lelong sebab itu stok penghabisan. Mula-mula saya ambil 2 helai saja....risau nak ambil banyak sebab takut tak sesuai dgn muka. Sehelai tudung hanya RM15 sahaja.



Masa tengah pilih, tiba-tiba bahu saya ditepuk oleh seseorang. Rupanya kawan sekerja dari cawangan SA ......dia beritahu dia dah beli 9 helai tudung minggu lepas dan minggu nie dia datang lagi untuk dapatkan tudung2 lain. Dia beritahu saya setiap minggu outlet Ratu akan buat jualan penghabisan stok dan tudung-tudung berbeza dgn minggu sebelumnya akan diletakkan. Mana nak jumpa tudung berharga RM15 bagi kualiti yang baguskan. lepas dengar kawan saya cakap macam tu .....saya pun apa lagi pilihlah 2 helai lagi. Mujur duit kat dompet tu hanya tinggal beberapa puluh lagi...kalau tak mungkin borong banyak macam kawan saya jugak. Bila sampai kat rumah saya cuba pakai.....yessss memang ngam dengan muka dan cantik jugak. puas hatilah....ingat nak pergi lagi minggu depan tapi kena balik kampung sebab adik perempuan saya nikah hari sabtu 28hb Mei.



Saturday, May 21, 2011

Shopping di Nilai 3

Hari nie saya pergi ke Nilai 3 untuk dapatkan sedikit barang-barang hantaran yang masih belum lengkap bagi majlis perkahwinan adik perempuan saya pada 4 hb June ini. Baru lepas buat hantaran untuk adik lelaki, ni untuk adik perempuan pulak. Kat ofis sy ada bagitau pada kawan-kawan yang saya nak gi shopping kat Jalan TAR pada sabtu nie utk cari barang2 hantaran. Salah seorang kawan kata 'baik u pergi ke Nilai 3, kat saya semua barang yg u nak cari ada kat satu tempat dan parking mudah". Bila fikir balik yelah...parking kat Jalan TAR memang susahkan dan nak pergi ke Jalan Chow Kit pun sy tak begitu familiar sgt dan terus terang saya tak pernah drive masuk ke KL. Kebiasaannya saya akan parking kereta di LRT dan ambil LRT untuk ke lokasi di KL.


So pagi nie saya berkonvoi dengan rakan saya untuk ke Nilai 3. Kawan saya hanya teman saya sekejap kat sana sebab dia ada aktiviti keluarga kat PD. Dalam jam 10.30 pagi kami sampailah ke Nilai 3 dan saya parking kat depan Thank Q nie. Kawan kat pejabat cadang saya ke sini.




Apa yang saya nak kongsikan kat sini adalah pengalaman yang buruk yang berlaku pada saya bila bershopping disini. Sehinggakan saya bersumpah saya tak akan jejakkan kaki saya lagi kat sini. Tujuan saya masuk ke Thank Q adalah untuk cari beg kertas yang cantik bagi dijadikan goodies beg. Saya tengok harga beg kertas kat sini rata-ratanya adalah RM4.90 sehingga RM9.90 untuk 10 keping. Ini harga untuk beg kertas yang ada designlah sikit bukan beg kertas yg murah tu, kalau yg tu tak payahlah nak drive jauh-jauh ke Nilai 3 untuk cari...betul tak. Bunga-bunga tiruan kat sini pun mahal malah bekas2 hantaran kat sini juga mempunyai harga yang sama atau murah RM20 sen dari kat kedai hantaran di Triang (bandar terdekat dgn kampung saya). Saya tak pasti mengapa orang kata barang-barang kat Nilai 3 nie murah sebab saya tengok harganya tak murah pun hanya satu dua item aje kot....untuk tarik pelanggan. Tak patut kata tempat nie tempat borong bila harga bukan harga borong. Dahlah panas dan jauh nak ke sini......memang tak berbaloi habis duit minyak dan tol ke sini.


Oleh kerana harga beg kertas yang saya nak tu berharga RM5.90 sen utk 10 keping maka saya pun keluar dari Thank Q dan pergilah ke kedai-kedai barang hantaran yang lain disekitarnya. Rata-rata berharga RM4.90 hingga RM7.90. Ada satu kedai tu saya tengok beg kertas nie berharga RM2, waaaahhh oklah kan. Saya pun panggillah pekerja kat kedai tu untuk ambil 500 keping beg tu. Dia pun excitedlah saya nak ambil banyak sebab sejak pagi tadi rasanya sayalah customer dia yang pertama. Tiba-tiba supervisor dia datang dan tarik kertas A4 yang terlipat....sebenarnya kak harga beg nie RM5.90 untuk 10 keping. Mak aiiiiii....design tak secantik mana tapi harga mahal macam tu. Sayapun terus keluar dari kedai tu dan jalan lagi kekedai lain.


Anda boleh kata saya kedekut tapi pada saya......saya tak akan buang duit untuk beli sesuatu yang akan orang buang selepas ambil goodies didalamnya. Ada sesiapa yang simpan beg kertas dari kenduri untuk koleksi ke?. So bagi saya harga RM4.90 untuk 10 keping tu dah mahal untuk satu beg kertas yang kecil.....anda tak rasa begitu ke?. Saya patah balik ke Thank Q untuk dapatkan beg kertas yang ditulis kat situ 'potongan harga untuk 1 hari sahaja'. Harga beg kertas tu RM5.90 satu pek tapi pada hari nie dia turunkan kepada RM3.90 untuk 10 keping. Mujur ada warna tema adik saya iaitu purple. Sampai saja kat Thank Q saya terus ke rak beg kertas tersebut dan panggil pekerja kat situ untuk confirmkan harga....manalah tahu kan itu harga yang semalam punya dia belum buang lagi. Pekerja tu budak lelaki umur dalam lingkungan 17-19 tahun agaknya. Dia datang pada saya dan saya mintak dia sah harga beg kertas tu.....dia panggil supervisor dia kot untuk tanya harga....supervisor dia kata ye memang RM3.90 utk 10 keping. So saya mintak budak tu ambil 500 keping atau 50 pek beg kertas tu. Saya mintak dia letakkan kat kaunter bayar sebab saya nak pergi ambil barang lain.


Lepas selesai dengan beg kertas, saya pergi cari bunga tiruan. Saya ambil rose purple sejambak berharga RM4.90 sebanyak 5. Kemudian saya pergi pilih bakul untuk isi buah-buahan. Sedang saya dok pilih bakul tu, budak lelaki tu datang kat saya bawak troli yg dalamnya ada beg kertas sebanyak 500 keping. 'Akak, nie beg kertas yang akan nak". Saya kata kat dia "la kenapa tak letak kat kaunter bayar sahaja nanti saya ke sana". Dia tak peduli cakap saya dan terus ambil bakul saya dan masukkan kedalam troli...'AKAK TOLAK TROLI NIE SENDIRI". SATU PERANGAI BURUK YANG MENYEBABKAN SAYA TERPANA KEJAP.


Saya tak ambil kisah tentang kelakuan pekerja Thank Q tu, saya tolaklah troli tu wp tak begitu selesa sbb beg kertas tu banyak dan ia berat malah kawasan tu bukan seluas Tesco, Giant atau Parkson yang boleh tolak2 troli tanpa menganggu orang lain. Saya pergi ke rak reben2 dan ambil satu reben. Harga reben sama macam kat kedai aje tak murah langsung so tak ada beza. Ok dah habis shopping, saya pun pergilah ke kaunter bayaran.


Budak lelaki tu jaga kunter bayaran. Ada dua lagi kaunter bayaran ada pekerja kat situ. lenggang tak ada orang so saya tolak trolli ke kaunter budak lelaki nie sebab saya tak perasan dia orang yang sama yang serah troli tadi. Saya angkat semua barang kat dalam troli letak atas meja kaunter. Budak tu tengah tekan handphone bersms. Ralit sungguh sampai tak pandang kat saya. Bila dah habis semua barang saya angkat ke meja saya tunggulah dia habis bersms.


Bila habis sms, dia mulalah nak scan harga. Dia ambil beg kertas tu dan tanya saya "berapa" saya jawap "500 keping". Dia kata lagi " SAYA BUKAN TANYA BERAPA KEPING, SAYA TANYA BERAPA HARGA". Belum sempat saya jawap, pekerja perempuan yang dari tadi tengah dok asah kuku menyampuk " yang tu RM5.90 satu pek". Saya kata 'ehhhhh....bukanlah....harga dia RM3.90 satu pek". Budak lelaki tu mengeluh 'ishhhhhhh' sambil bawak beg kertas tu ke rak untuk pastikan harga. Bila dah confirm harga dia scan harga. Dalam tengah dia dok scan barang2 saya....saya pun tanyalah "troli nie boleh bawak ke kereta ke". Dia jawap "TAK BOLEH, KAT SINI SAJA....SINI BUKAN SHOPPING COMPLEK". OK...tiada keramahan pada jawapan tu. Saya tanya lagi "barang nie berat, ada tak yang boleh angkat ke kereta". Dia jawap " KAMI NIE BUKAN KULI NAK ANGKUT BARANG ORANG, BUKAN ADA KOMISYEN PUN KALAU BUAT MACAM TU". Wahhhhhh....jawapan nie dah menguji kesabaran saya. Saya dah mula naik angin.


Saya kata kat dia lagi " jangan jawap macam tu....saya customer, awak kenalah jawap elok-elok". Lepas dia habis scan harga tu....saya pun tunjukkan kertas yang saya print sebelum saya datang ke Nilai 3. Saya ada masuk laman web Thank Q dan print kertas promosi kat bawah nie.




Saya tanya cashier lelaki tu " macammana nak guna kupon nie ye". Dia ambil kertas kupon yang saya print tu dan masuk kedalam bilik ofis. Lepas tu dia keluar dan terus ambil kad kredit saya untuk proses. saya kata kat dia "ehhh, jangan tekan lagi kad kredit tu, saya belum tahu lagi tentang kupon tu". Masa nie dia bengang gila kat saya dan terus campak pen yang dia pegang dan masuk ke dalam bilik ofis semula. Dia keluar dari ofis dan kata kat saya"kupon tu hanya untuk belian bunga telur sahaja", dia terus tekan kat kredit saya dan tarik kertas keluar dan bagi saya sain. Sambil saya sain...saya mengomellah " sykt u patut tuliskan kat promosi tu bahawa ia hanya untuk bunga telur sahaja....beria-ia saya print. Macam tipu customer je buat macam tu". ini hak saya kan sbb saya rasa tertipu, saya beli kat Thank Q sbb sangka akan ada reben kupon RM20. Saya tak marah dia....saya cuma mengomel sbb tak puas hati.


Dia terus naik angin dan kata kat saya " MAK CIK OIIIIII, YANG MAK CIK NIE MARAH SAYA APAHAL. SALAH SAYA KE MAK CIK TAK BOLEH PAKAI KUPON TU. SAYA NIE MANUSIA JUGAK TAU TAK.....KENAPA MAK CIK ASYIK MARAH-MARAH SAYA SAJA'. Tiba-tiba saja saya naik pangkat dari Akak kepada Mak cik. Masa nie saya dah termalu sbb ramai customer lain berdiri kat belakang saya. Bila dia tengok saya terdiam diapun mula membebel "LAIN KALI KALAU NAK BERSHOPPING TU, JAGA PERANGAI....JANGAN NAK MARAH-MARAH KAT BUDAK-BUDAK KAUNTER. KAMI NIE TAK TAU APA-APA....FAHAM TAK MAK CIK........BLA....BLA....BLA". Dia tak habis kat sini ye.....saya rasa macam budak sekolah kena marah dengan guru besar masa tu.......saya betul-betul malu kat customer yg berbaris kat belakang saya....tambah pulak makin ramai orang lak nak bayar masa tu. Kaunter hanya beroperasi satu sahaja iaiatu kat kaunter saya.


Saya rasa tension bila budak umur 17 tahun buat saya macam tu. Saya jerit kat dia " BOLEH DIAM TAK DAN BAGI BARANG SAYA". Dia pegang plastik barang-barang saya sambil membebel kat muka saya. Kalau anda berada di situ ketika itu dan lihat ada seorang perempuan tengah jerit kat budak cashier.....jangan kata perempuan tu gila ye dan buat perangai. Budak cashier kat Thank Q Nilai 3 tidak tahu bagai mana nak layan customer, perempuan tu dah terlalu malu sbb diperlakukan begitu sebab tu dia menjerit ye. Se umur hidup saya, saya tak pernah lagi mudak naik angin kat dan kawan-kawan saya tahu bagaiman saya shopping.....saya bukan orang yang cerewet dan banyak kerenah. Saya cuma tanya hak saya sebagai customer. Kawan saya tahu.....saya orang yang bagaimana....tapi hari nie saya betul2 jadi perempuan gila kat situ.....uhhhhh sesuatu yang saya tak pernah buat


Saya bersumpah takan jejak kaki lagi ke Nilai 3. Saya kecewa sebab barang-barang kat sini tidaklah semurah yang diwar-warkan. Kalau kat semua house atau kedai-kedai kat jalan TAR, kita boleh dapat dengan harga yang macam nie jugak. Tak berbaloi habiskan duit minyak dan tol pergi ke sini. Patutlah dulu saya pernah tanya adik perempuan saya yang pernah pergi shopping kat Nilai 3, dia kata "tak adalah murah yong, harga kain kat sana sama je dengan harga kain kat kedai disini....rasanya kat sini lebih murah yong (dia merujuk kepada kedai kain kat Ipoh)".


Ada satu lagi tempat yang saya tak akan jejakkan kaki biarpun dia rentang banner kata 'diskaun sehingga 70%" iaitu KEDAI KAIN JAKEL (betul ke ejaan nie). Siapa pernah alami nightmare kat sini????? angkat tangan. Kalau u masuk je kedalam Jakel, jurujual akan follow u sampai rasanya nak melekat kat badan kita nie.....bila kita pegang kain, juru jual tu akan cepat-cepat "kain tu cantik dengan akak....kena dengan kulit akak, saya potong ye.....akak nak 4 meter kan". U tak akan ada privasi langsung untuk pilih....kita pegang je kain.....dia nak potong.....mulut mereka berbunyi sampai rasa sesak kepala.....pening dan rimas. Lepas sekali terkena.....sekarang saya dah tak jejak kaki kat JAKEL lagi.


Hari nie adalah hari yang tak begitu bagus buat saya. lepas keluar aje dari Thank Q, saya terus masuk kereta dan balik ke KL. Saya dah tak ada mood untuk shopping karpet atau kain kat sana.....hilang sungguh mood saya. Saya balik rumah dan terus masuk tidur sebab terlalu tension. Bila dah hilang marah....barulah saya tulis entry nie. Tak sangka pulak hari nie saya jadi mak cik gila dok mengamuk kat cashier. Sedih saya tengok adap sopan budak2 sekarang. Satu lagi benda yang saya benci bila nak pergi shopping adalah bila ada budak2 muda bangsa kita nie yang bila je nampak kita keluar shopping lalu depan mereka....mereka pangil "akak/mak cik, nak hadiah percuma tak" bila kita bagi isyarat tak nak, mereka akan kata "eleh.....orang nak bagi hadiah percumapun tak nak....bukan suruh dia bayar". Dia ingat kita nie BODOH TONGGONG KE.......baru keluar dari ulu banat ke.....lapar sangat denga hadiah percuma tu.....hadiah percuma yg dapat bila beli barang. Kalau bangsa lain dia tak berani nak cakap macam tu pulak.

Tuesday, May 17, 2011

Telur Masin

Kawasan apartment saya nie dikelilingi oleh beberapa flat. Walaupun pada awal saya menduduki apartment nie memang saya tension sebab ada penduduk flat disekitar kawasan apartment yang suka parking lori-lori besar dan bas-bas disekitar kawasan luar apartment sehingga menyukarkan kami untuk keluar sebab mereka menghalang laluan. Satu keistimewaan bila berada dikawasan nie adalah tempat makan mudah...disekitar flat banyak gerai2 kecil yang berniaga dan kedai-kedai runcit.


Tiga minggu yang lepas, kali pertama saya menjelajah kedai-kedai kecil tu bila nak cari kelapa parut. Ada pasar segar yang menjual barang basah seperti ikan dan sayur, malah kat kedai nie ada jual rebung madu tapi saya tak berani nak beli sebab kedai nie nampak kotor dan tak terjaga serta berbau busuk wp banyak sayur-sayur kampung yang susah nak jumpa kat supermarket ada kat sini. Saya ke kedai runcit disebelahnya untuk dapatkan kelapa parut. Masa dok tunggu kelapa diparut, saya terpandang satu besen yang mengandungi telur itik. Tokey kedai kata telur itik tu masih baru sebab baru dihantar kekedainya sebentar tadi. Saya ambil 5 biji....sebiji 60 sen. Oleh kerana telur itik tu masih baru so saya cubalah buat telur masin basah. Cuba buat 3 biji dulu sebab risau tak jadi lagipun ini kali pertama mencuba buat telur masin basah sendiri.



Semalam saya cubalah rebus sebiji dulu untuk dimakan bersama bubur nasi. Bila kerat saja telur masin yg dah direbus tu.....waaaaa cantiknya, tak terlalu masin sangat....masin sikit-sikit saja mungkin sebab rendam tak sampai 3 minggu kot tapi saya suka tak terlalu masin.




Inilah resepi yang saya gunakan untuk buat telur masin tu. telur masin nie jadi elok sebab telur itik tu baru. Saya bertuah percubaan pertama saya jadi elok.....kalau telur itik yg dibeli tu bukan baru dah tentu ia tidak akan jadi secantik tu kan. Ok inilah resepinya yang saya guna.




Telur Masin Basah


Sumber: kat sini




Bahan-bahan:



10 biji telur itik (saiz yang sekata dan baik)
250 gram garam dapur


1 liter air bersih
kertas pasir/berus halus - untuk membersihkan kotoran pada telur
1 bekas plastik yang kedap udara

Cara membuat:



1. Cuci atau lap telur dengan air suam hingga bersih dan kemudiannya dikeringkan.



2. kemudian gosok secara sekata ( tidak terlalu kuat dan sekadar 1 pusingan) permukaan telur dengan menggunakan kertas pasir/ berus halus bagi memastikan liang-liang telur terbuka.



3. buat larutan air garam yang terdiri dari air dan garam dapur 1:4 dan masukkan larutan tersebut di dalam bekas plastik yang berpenutup kedap udara.



4. masuk telur yang dibersihkan ke dalam bekas (hingga semua telur terendam) dan tutup bekas dengan penutup kedap udara.





5. simpan telur selama 15-18 hari sebelum digunakan.






Nota:-




1. Saya buat separuh dari sukatan bahan diatas untuk 3 biji telur




2. Sukatan air dan garam adalah 1:4 maka saya guna 500ml air dan 65gm garam kasar untuk 3 biji telur tersebut. Saya masak dahulu air dan kemudian larutkan garam didalamnya. Biarkan sejuk sebelum saya masukkan telur dan rendam selama 3 minggu




3. Jangan masukkan kedalam peti ais. letakkan diluar




4. Air haluslah sehingga telur terendam. Saya dah buang air dalam bekas tu baru teringat nak ambil gambar sebab tu anda lihat airnya tinggal sikit tapi ia sebenarnya terendam.

Monday, May 16, 2011

Bahulu, resepi 2

Untuk mendapatkan tekstur bahulu yang dikehendaki, saya cuba pula resepi ke 2 nie. Saya suka makan bahulu yang ranggup kat luar tapi lembut kat dalamnya. Dalam majalah Rasa Edisi September 2010 ada dimuatkan resepi bahulu dari Puan Musliha, MHP Enterprise. Gambar bahulu dalam majalah tu betul2 mengiurkan. Balik sahaja dari ofis pada petang jumaat saya cuba resepi bahulu yang dipaparkan.


Inilah hasilnya, memang rangup kat luar dan gebu kat dalamnya. Tekstur bahulu yang saya suka. Memang resepi nie bagus. Hari sabtu saya balik pahang untuk tengok rumah yang sedang renovation tu. Mak saya pun balik sekali ke Pahang so dapatlah dia merasa bahulu nie. Mak saya suka tekstur bahulu nie dan dia kata resepi nie dah ok.




Untuk percubaan kedua nie, alhamdulillah acuan kuih bakar dah tidak melekat lagi. Senang je nak keluarkan bahulu dari acuan. Saya telah naikkan suhu oven kepada 220C dan setkan masa selama 8 minit maka bahulu masak dengan elok dan garing sama rata dibahagian bawah dan atas. Ini resepi jika anda juga ingin mencuba:-



Bahulu Bunga Pecah lapan
Sumber: Majalah Rasa September 2010

Bahan-bahannya:-

420gm Tepung Gandum (digoreng dahulu dengan api perlahan)
10 biji telur
600gm gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
10gm ceri merah dan hijau (dipotong halus) - saya tak masukkan sbb tak ada
sedikit minyak

Cara Memasak:-

1. Putar telur dan gula hingga kembang
2. Kemudian masukkan esen vanilla. kacau sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan
4. Panaskan acuan kemboja dalam ketuhar dengan kepanasan atas dan bawah. keluarkan acuan dan lenserkan acuan dengan sedikit minyak
5. Isikan bancuhan separuh penuh kedalam acuan dan taburkan ceri merah dan hijau ke atasnya.
6. Bakar selama 8-10 minit sehingga kekuningan dan masak.

Nota:-

Saya buat separuh sahaja adunan dan memperolehi 8 biji bahulu pecah lapan. Saya letakkan loyang pada tray bawah sekali.

Thursday, May 12, 2011

Bahulu, resepi 1

Malam nie saya testing acuan kuih bakar. lepas rendam sekejap dengan air asam jawa pastu masukkan dalam oven selama 60 minit. Semasa masukkan dalam oven, acuan di isi dengan minyak masak dan dipanaskan dengan suhu 60C.


Saya pernah masuk kelas bahulu tapi resepi yang chef tu ajar kat kelas....keras. Dia buat kat kelas pun dah keras so saya tak rasa saya nak cuba resepi tu kan. Saya cuba buat guna resepi [email protected]. Inilah hasilnya..........








Hasil percubaan pertama


1. Acuan melekat so lepas nie kena rendam lama sikit

2. Hanya perang dibahagian atas tetapi dibahagian bawah kurang perang. Solution - saya kena tetapkan suhu pada 200C dan dulang diletakkan dibahagian bawah sekali. Masak dalam 10 minit.

3. Tekstur bahulu nie lebih kepada tekstur kek.....terlalu gebu. Saya kena lebihkan tepung lagi.


Ok inilah resepinya jika anda ingin cuba. Saya adjust tepung kat dalam resepi nie.


Bahulu

Resepi asal oleh [email protected]

photo and publish by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-


5 biji telur gred A

190gm gula pasir

1/2 tsp esen vanilla atau esen rose

150gm tepung gandum

1/8tsp baking powder


Cara-caranya:-


1. Pukul telur dan gula sehingga kembang, putih dan pekat. pukul lama ye

2. Ayak tepung bersama-sama dengan baking powder

3. Masukkan tepung dalam adunan telur, kacau secara kaup balik sehingga sebati

4. Masukkan dalam acuan yang telah dipanaskan dan masak selama perang (dalam 10 minit)

5. Keluarkan bahulu dari acuan dan sapukan minyak lagi pada acuan sebelum masukkan bancuhan.


Nota:-


1. Pastikan acuan yang baru dibeli atau lama tidak digunakan direndam dengan lama dan kemudian dikeringkan dan dimasukkan minyak dan bakar perlahan dalam oven selama sejam atau lebih. Jika masih melekat.....ulang semula proses sehingga ia tidak lagi melekat.


2. Tepung gandum hendaklah disangai dalam kuali sebentar atau dimasukkan dalam oven sebentar supaya bahulu gebu dan lembut


3. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan.




Baru bakar bahulu pecah lapan sebanyak 7 biji, kedua-dua belah tangan saya dan melecur. Kulit saya nie jenis sensitive.....kesan melecur tu akan jadi parut yang tak akan hilang lepas nie. Macammana nak buat sampai 50 biji.......baru beberapa biji dah melecur.

Saya kena cuba resepi lain pulak lepas nie. Mak saya dulu buat cara orang lama. Sukat mengunakan mangkuk. 1 mangkuk telur dan 1 mangkuk gula. Pukul sampai putih dan pekat. Kalau buat telur 30 biji telur, kena pukul telur sampai separuh hari pastu bakar guna arang dan sabut. Merah mata-mata bila nak habiskan semua adunan. Kadang-kadang sampai tengah malam baru siap tapi itulah bahulu yang paling sedap. Sekarang nie dah senang.....pakai order je. Kat kampung saya ada beberapa orang buat bahulu yang sangat sedap. Kalau nak order boleh sangat tapi saya tetap nak buat sendiri sebab ada satu kepuasan.

Acuan kuih bakar/kemboja

Oleh kerana saya tidak berjaya mendapatkan bahulu pecah lapan bersama dengan kotak seperti yang disukai oleh mak saya maka saya bercadang nak buat sendiri bahulu. Mak saya ada simpan 50 biji kotak kosong untuk bahulu pecah lapan nie so saya cuma perlu buat bahulu sahaja kan. Sekurang-kurangnya dapat 50 bijipun cukuplah untuk diberikan door gift kepada rombongan pihak lelaki. Saya dah sediakan 500 dor gift dan adik saya yang kat perak tu juga dah sediakan 500 door gift. Jadi cukuplah kami kakak-kakak nie sponsor door gift.


Bila dah nak buat bahulu sendiri maka saya perlulah beli acuan bahulu kemboja atau acuan kuih bakar niekan. Mula-mula saya pergi cari kat Bake With yen. Oleh kerana hanya ada satu saja acuan kuih bakar kat rak maka saya beli satu sahaja lah.


Petang tadi lepas je balik dari pejabat, saya singgah kat Bagus Bakery Kota Damasara. Saya tengok acuan tu banyak kat rak tapi saya hanya beli dua sahaja sebab takut mahal dan saya tak ingat berapa harga acuan kuih bakar kat bake With yen. Dalam fikiran saya, kat Bagus nie selalunya akan mahal sikit dari BWY sebab tu saya ambik dua saja.


Bila balik rumah......terus ambik acuan kuih bakar yg dibeli dari BWY......dan inilah perbezaaannya.............


"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"





Harga acuan kuih bakar dekat Bake With Yen adalah RM15

"

"

"

"

"

"

"




tapiiiiiiiii kat Bages Bakery adalah RM10.60. Wahhhhhhh saya rugi RM4.40 untuk satu acuan. Banyak betul bezanya.


So saya tarik baliklah statement yang kata BWY lebih murah dari Bagus sebab ada yang murah dan ada yang mahal kat BWY. Mujur saya hanya beli satu saja acuan kalau banyak huhhhhhh rugi besar tu.

Tuesday, May 10, 2011

Adik saya dan kad kredit

Image dari google



Saya hendak bercerita sedikit berkenaan dengan kejadian yang berlaku pada hari ini. Dalam dua hari nie saya kena kerja luar....dengan keadaan panas diluar tu dah tentu letih sangat bila balik ke rumah. Tadipun saya kerja kat luar jugak.....masa tengah bekerja adik perempuan saya yg jadi cikgu kat perak tu call beberapa kali. Saya jawap call dan bagitau yang saya tengah bertugas so susah nak sembang lama-lama jadi saya janji akan call dia balik bila tugas dah selesai.


Dalam jam 3 petang tadi, saya call adik saya semula dan tanya apa hal dia telefon saya berkali-kali. Adik saya beritahu yang dia bercadang nak buat pinjaman peribadi dengan bank rakyat bagi ubahsuai rumah yg dibeli kat terenganu untuk dijadikan sebagai homestay memandangkan dia suami isteri dah menetap di perak. Dia kata permohonan tersebut bermasalah sebab ada sangkut dengan hutang kredit kad. Saya terkejut sbb setahu saya adik saya nie benci dengan kredit kad. Dia dan suami dia jenis manusia yg tak suka berhutang dan mereka tak pernah ada walau sekepingpun kredit kad dalam dompet mereka. lagipun adik saya mengajar kat kawasan pendalaman....masa bila nak pakai kredit kad. Dia terkejut sangat bila bank beritahu yang dia berhutang dengan 2 bank sbb kredit kad dan nama dia telah di blacklist. Adik saya panik sangat sebab dia tak pernah guna atau memiliki kredit kad. Nama adik saya telah digunakan oleh manusia tak guna.


Saya mintak adik saya apply cuti dan turun ke KL esok untuk pergi ke bank negara dan siasat bank mana beliau berhutang kemudian buat aduan kat bank negara. Tension betul kalau hal begini berlaku pada kita kan. Saya harap masalah adik saya nie selesailah.


Kepada anda semua, berhati-hatilah apabila membuat salinan IC. Pastikan anda palang salinan ic anda dan tulis "untuk tujuan .....sahaja". Selalunya apabila kita buat pinjaman bank seperti loan kereta, loan rumah....pegawai bank secara memaksa akan meminta kita supaya menandatangani surat permohonan kad kredit atau secara paksa menghantar kad kredit kepada kita. Jika tak berniat untuk guna, anda perlulah menghantar semula kad tersebut kepada bank dan isi borang pembatalan, jika tidak anda akan tanggung bayaran cukai RM50. Tak pasai2 kena bayar RM50 kan. So janganlah pandang mudah hal-hal begini.




Sunday, May 8, 2011

Chocolate Box

Cantik tak bekas chocolate nie. Petang semalam saya ke Puchong Perdana selepas ke Bake with yen. Saya bercadang hendak buat chocolate sebagai salah satu daripada hantaran adik perempuan saya. Bekas tray 2 tingkat nie dapat memuatkan 60 biji chocolate. Ingat nak ambil yang kotak tray setingkat tapi tak de warna purple hanya ada warna silver sahaja.

Nie ruang untuk meletak chocolate.


Harga bekas nie berharga RM27 satu. Kalau yang setingkat hanya berharga RM18 sahaja tapi tak ada warna purple hanya ada warna silver dan krim sahaja jadi terpaksa jugaklah ambil yang 2 tingkat nie. Lepas hantaran, tempat letak chocolate tu boleh dikeluarkan dari dalam ruang kotak tu dan ia boleh digunakan sebagai tempat letak barang2 perhiasan dan kerongsang. Kan bagus, tidak membazir....boleh digunakan semula. Kalau macam nie mak saya tak marah kalau tak jenuh saya nak dengar dia membebel nanti.



Selain daripada kotak tu saya juga ada membeli mould chocolate sebanyak 3 keping. Harga mould chocolate RM7 satu tapi kalau beli 3 dia bagi RM20. Dalam post yang lepas saya ada masukkan cerita tentang The Shop Box nie dan ramai yang tanya tentang alamatnya. Masa tu saya pergi dengan kawan so saya tak ingat sangat tempatnya. Semalam saya pergi cari sendiri dan saya siap mintak name card untuk dapatkan maklumat. So jika anda berminat untuk dapatkan kotak-kotak chocolate dan mould chocolate bolehlah ke alamat dibawah atau ke blog dia disini



The Box Shop

No 8, jalan Putra Perdana 2/3

Taman Putra Perdana, 47100 Puchong

Tel : 03-8319 5992

Fax: 03-8319 5993

email : [email protected]

Blog: http://theboxshop.blogspot.com



Kedai nie terletak di Pusat Penjaja Putra perdana. Kedai nie tidak begitu menonjol dan tanda nama bedai niepun kecil aje. Jadi untuk panduan anda, kedai ini terletak sederet dengan Maulana Curry House. Dari Maulana anda terus kedepan lagi dan anda akan nampak signboard minimarket Speed 99 dihujung sekali. Ia terletak selang 2 kedai sebelum speed 99. Kilang kat tingkat bawah dan tempat jualan barang kat tingkat 2. Naik tangga yang kat sebelah kilang dia tu untuk ke tingkat 2.





Saturday, May 7, 2011

Gift box

Oleh kerana gagal mendapatkan bahulu pecah lapan dibungkus dengan kotak sebagaimana yang mak saya suka......saya serve internet semalaman untuk cari something yang boleh mengantikan kotak tersebut. Saya dah dapat quotation untuk kotak packing bahulu tersebut tetapi ia terlalu mahal dan tidak berbaloi. Nampaknya bahulu dibungkus dengan kotak packing yang istimewa menjadi trend sebagai door gift semasa kenduri sekarang dan harga perlulah reasonable. Biasanya orang akan cari sesuatu yang dibawah RM2 satu sebab bila kenduri ia bukan untuk kuantiti yang sedikitkan.


Dalam serve internet semalam maka saya berkenan kat kotak nie. Kotak putih yang hanya diikat dengan reben. Simple dan amat menarik. Berdasarkan idea dari foto nie maka hari nie saya pergilah mencari kotak tersebut.



Untuk mendapatkan kotak putih, saya ke Bagus @ Kota Damasara. Bagus bakery berhampiran dengan rumah saya hanya 5 minit sahaja. Dulu saya suka ke Bake With Yen....sekranag dah pindah ke KD maka Bagus bakerylah pulak tempat saya shopping barang bakeri. Antara BWY dengan Bagus, barang di BWY lebih murah....saya dah survey ada item yang sama tapi beza harga sampai RM0.50 sehingga RM1. Contohnya hari nie bila saya terlupa beli Glycerine kat BWY dan saya terpaksa beli kat Bagus....harga glycerin sebotol kat Bagus adalah RM1.80 sedangkan kat BWY hanya RM1. Tapi dari segi kekemasan dan tempat yang teratur dan layanan yang lebih mesra....Baguslah tempatnya.....BWY serabutttttt. Ehhhhh melalut pulak, saya nak cakap pasal kotak kan.


Kita berbalik semula ke kotak.....inilah kotak putih bersaiz 4x4x3 yang dibeli kat Bagus Kota Damasara. Satu kotak berharga RM0.15....saya ambil 500 keping maka ia jadi RM60. Selesai masalah kotak....sekarang nak fikir pasal isinya pulak kan.


Saya cadang nak masukkan sampul tisu (dalam sampul kain nie ada tisu muka) dan satu cupcake atau muffin. Mungkin coklat atau cookies untuk memenuhkan ruang kosong.





Kotak nie akan diikat dengan reben besar...bukan reben nie... ini hanya simple sahaja. Tema majlis kahwin adik saya adalah purple pink so mungkin reben purplelah. Reben kena cari lepas nie. Sticker ucapan terima kasih akan dibuat sendiri oleh adik ipar saya. Beliau mahir dalam computer grafik so beliau dah volunteer nak buat.

Ok jugak kan.....bila fikir-fikir balik, kenapa saya tak buat sendiri cupcakes atau muffin. Saya masuk kelas masak/kelas kek....bayar ratus-ratus satu kelas....saya belajar tapi saya takut nak cuba buat. Saya akan cuba buat muffin atau cupcakes sendiri...lebih jimat dan saya akan lebih puas hati. So masalah door gift dah selesai. Mungkin bahulu berpacking kotak cantik tu saya tempah untuk kenduri saya sendiri hehehe....amin.


Thursday, May 5, 2011

Door Gift

Masa saya balik kampung bulan lepas, mak saya ada tunjukkan door gift (gambar atas tu) pada saya. Mak saya kata ada orang dari KL hantarkan door gift tu pada budak-budak tahfiz. Mak saya berkenan sangat dengan kotak tu dan dia sanggup kumpulkan kotak-kotak tersebut selepas budak-budak makan kek yang berada didalamya. Adalah dalam 50 kotak. Bila saya tanya samaada mak saya nak ke kotak tu....dia kata memang dia suka sangat sebab nampak cantik dan dia tak pernah lagi tengok orang bagi kotak tu kat kenduri kawasan kami. Saya ambilah satu kotak tu dan cubalah cari pembekalnya. Akhirnya saya jumpalah pembekal bahulu pecah lapan/kek marble dibekalkan bersama dengan kotak tersebut. Kotak tersebut tidak dijual secara individu.....puas saya serve internet untuk cari pembekal kotak itu sahaja tapi ada jenis yang lain bukan jenis diatas tu. Saya jumpalah laman web pembekal tu....yeeeeee kotak pun sama. Inilah kotaknya.....seronok sangat masa jumpa tu sebab tak sabar nak bagitau mak yang saya berjaya dapatkan door gift yg dia berkenan tu

Laman web tersebut kat
sini




Harga bahulu pecah lapan bersama kotak adalah RM2.20. Jadi kalau saya order 500 dalam RM1100 saya kena sediakan duit untuk door gift tapi masa tu saya tak call terus sebab ......yelah nak tempah mestilah kena letak deposit kan so masa tu pulak saya baru je lepas berhabisan untuk masuk rumah baru....so saya tunggu bonus masuk.


Bila bonus dah masuk....saya terus call pembekal bahulu tersebut tapi malangnya tempahan penuhhhhhh sangat-sangattttt dan mereka tak terima tempahan lagi. Sedihnya.....saya call adik saya dan beritahu.....adik saya kata 'kesian kat mak.....kita cari jugak pembekal lain yang ada kotak macam tu". So saya serve internet lagi cari jugak pembekal bahulu pecah lapan bersama kotak design diatas tu.


Akhirnya semalam saya jumpalah laman web nie.




Kotak sama cuma design lebih banyak pilihan. Jika anda berhajat untuk buat door gift utk kenduri anda tahun depan sila ke
sini




Malah harga bahulu pecah lapan bersama kotak tersebut berharga RM2.10. Murah 10 sen dari yang atas tu. Masa tu rasa lega sangat sbb jumpa yang lain......saya hantar email. Pastu tadi lepas je habis taklimat operasi kat pejabat saya terus turun masuk ke bilik saya dan call pembekal tu. Malangnya " Maaflah cik, kami dah tak terima tempahan lagi untuk bulan 6 nanti....tempahan dah penuh dari bulan satu lagi". Saya pujuk dia terima sebab saya sanggup kurangkan kepada 200 sahaja asalkan hajat mak saya tercapai tapi dia kata "jangan kata 200, kalau cik nak 20 pun kami dah tak sanggup nak buat lagi". Sedihnya......saya gagal nak bagi apa yang mak saya suka....wp saya tahu mak saya tak berhajat sangat sbb mak saya nie tak suka membazir lagipun budget dia untuk kenduri adik saya kecil saja.


Tuesday, May 3, 2011

Red Velvet Cupcakes

Semalam saya bake Red Velvet Cup cakes. Ini semua gara-gara rancangan DC Cupcakes. dalam satu episod ada ditunjukkan bagaimana mereka bake red velvet dan hiasi dengan cream cheese. Sungguh mengoda bila tengok Red Velvet cup cakes dalam episod tu. lepas tu bila saya pergi Tesco, terus beli buttermilk dan cuka. Semangat berkobar-kobar nak baking tu hanya membara sekejap je lepas tu buttermilk tersebut duduklah dalam peti ais sampai expired. Semalam saya buat jugak Red Velvet Cup cakes nie sbb sayang kat buttermilk yg mahal tu.



Saya guna resepi yang saya ambil dari blog bestcupcakerecipes.blogspot, semua yang bagi komen kata resepi tu bagus. Inilah hasilnya.....


Ia sebenarnya tidaklah seperti yang saya harapkan. Ia agak kering....tidak begitu moist, ia terasa pahit sikit (mungkin sebab saya masukkan banyak baking soda). Saya cuba cari mana silap saya.....saya rasa mungkin teknik saya yang kurang betul. lepas je habis baking, saya dapat call dari kawan yang minta jemput beliau kat LRT. Bila balik dari ambil kawan saya tersebut....mood untuk buat cream cheese terus terbantut sbb dah agak lewat malam. So inilah versi red velvet tanpa cream cheese. Inilah resepinya jika anda ingin memcubanya pulak.



Red Velvet Cupcakes

recipes from bestcupcakerecipes.blogspot.com

Photo dan publish by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-


2 1/2 cawan tepung cake-diayak

1 tsp baking powder-sama paras

1 tsp garam

2 tsp unsweetened cocoa powder

50gm pewarna merah (saya guna sikit sahaja-Jika anda tidak mahu guna pewarna anda boleh guna jus beet sebanyak 100gm)

1/2 cawan unsalted butter

1 1/2 cawan gula

2 biji telur-suhu bilik

1 tsp esen vanila

1 cawan buttermilk

1 tsp cuka putih (saya guna epal cedar)

1 tsp baking soda


Cara membuatnya:-



  1. Keluarkan telur, buttermilk, butter dan biarkan pada suhu bilik


  2. Panaskan oven. Masukkan 12 keping cup muffin dalam acuan cupcakes.


  3. Ayak bersama tepung dan baking powder. ketepikan


  4. Dalam mangkuk kecil, campurkan pewarna merah dan serbuk koko. pastikan ia sebati dan tidak berketul-ketul. ketepikan


  5. Pukul butter dan gula selama 3 minit sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.


  6. Masukkan esen vanila dan bancuhan serbuk koko tadi. Kacau rata dengan spatula supaya bahagian bawah juga tergaul rata.


  7. Masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul perlahan sehingga sebati kemudian masukkan seperauh buttermilk. Buat sehingga habis tepung dan buttermilk.


  8. Dalam mangkuk kecil yang lain, satukan cuka dan baking soda. Pastikan mangkuk agak dalam sbb ia akan berbuih. Terus masukkan kedalam adunan kek. kacau rata.


  9. Masukkan adunan kek kedalam acuan cupcakes sebanyak 3/4. jangan terlalu penuh sebab ia akan mengembang.


  10. Bakar selama 20 minit dengan suhu 150C-180C (bergantung kepada oven anda ye)


  11. Biarkan ia sejuk selama 10 minit sebelum di hiasi dengan cream cheese.


Cream Cheese frosting


Bahan-bahannya


225gm unsalted butter


340gm cream cheese


1 3/4 cawan gula aising-diayak


1 tsp esen vanila


Cara membuatnya:-




  1. Pastikan semua butter dan cream cheese pasa suhu bilik. Keluarkan 30 minit awal butter dan cheese dari peti ais dan biarkan.


  2. Dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan berkrim.


  3. Masukkan cream cheese dan pukul sehingga ia kembang dan fluffy


  4. Perlahan-lahan masukkan gula, satu cawan dahulu kemudian bakinya. Sebatikan


  5. Akhirnya masukkan esen vanila


  6. Hiasi atas cup cakes anda.


  7. Anda boleh simpan sehingga 3 hari cream cheese ini dan jika nak guna, masukkan sahaja dalam mixer dan pukul sehingga lembut.

Branded Fragrances warehouse sale kembali lagi



Kepada sesiapa yang meminati minyak wangi, branded fragrances warehouse sale akan diadakan lagi bermula esok 4hb sehingga 6hb May. Tahun lepas saya sanggup ambil cuti untuk pergi kat sini dan borong banyak minyak wangi. Tahun nie rasanya tak boleh nak cuti sebab boss dah bagi memo yang minggu nie semua permohonan cuti akan di bekukan....hahahha macam dia tau-tau je saya dan beberapa orang kawan dok beranggan nak cuti esok.


Anda yang berada di area KL , PJ dan sekitarnya bolehlah ke sini esok. Saya tak ralat sangat tak dapat pergi sebab kat laci meja solek tu ada beberapa botol lagi minyak wangi yang tak pakai....tahun depan ada lagi (psssst memujuk hati yang sedih sebab tak dapat cuti).

Sunday, May 1, 2011

Coconut Blossom Cake


Saya buat Coconut Blossom cake nie hanya sebagai tambahan kepada hantaran bagi mencukupi bilangan ganjil iaitu 7. Sepatutnya kami hanya buat 5 tapi bila tengok barang hantaran yg dibeli oleh adik lelaki saya ada 6 so saya buat coconut blosson cake atau lebih dikenali sebagai apam dot-dot bagi mencukupi bilangan ganjil.


Masa saya berada dirumah sewa dahulu, salah seorang hausemate saya suka bawak apam blossom nie ke rumah sewa setiap kali dia balik kampung. Apam yang dibuat oleh mak dia amat kecil hanya sebesar ibu jari sahaja. Buatannya kemas dan dot-dot yang dibuat diatas apam tu comel sangat. Sejak daripada tu saya adalah pengemar apam nie. Saya dah memcuba sebelum nie resepi apam dot-dot yang banyak blogger sudah buat. Resepi tersebut kurang memuaskan hati sebab ia tak sama dengan apam yang dibawa oleh kawan saya tersebut. Saya dapatkan resepi coconut blossom cake dari buku The Joy Of Baking dan kemudian saya adjust sedikit resepi tersebut....percubaan saya berjaya. Coconut blossom cake nie sedap sangat dan masa keluarga adik-adik saya sampai kerumah saya malam sabtu....saya tengah kukus coconut blossom nie...wahhhhh banyak anak-anak saudara saya makan. Mereka kata sedap sangat......memang sedap, gebu dan lembut sangat. Saya puas hati dengan resepi nie






Coconut Blossom Cake


Recipe from The Joy Of Baking


Diubah suai oleh resepidaria.blogspot.com



Bahan untuk inti:-


150gm kelapa parut


60ml air


50gm gula halus (masukkan 50gm dahulu kemudian rasa dan tambah lagi untuk dapatkan manis inti yang anda ingini)


1/2 sudu besar tepung jagung


1 helai daun pandan



Cara membuatnya:-



- Masak air, gula dan daun pandan dan kemudian masukkan kelapa.


- Rasa inti anda dan tambah gula lagi bagi mendapatkan kemanisan inti yang anda ingini.


- Tambah tepung jagung yang telah dilarutkan dengan air dan kemudian campurkan. Masak sehingga inti kelihatan sedikit berkilat dengan api yang perlahan. Inti yang dimasak lama akan tahan lebih lama dan lebih sedap.


- Angkat dan sejukkan.


Bahan untuk kek:-


3 biji telur sejuk (saiz A)


250gm gula halus/gula kastor(saya guna 230gm gula kastor)


200gm tepung blue key


80gm tepung cake


2 sudu teh serbuk penaik


1 sudu teh ovalet


170gm pati santan (saya guna santan kotak)


1 sudu teh esen vanilla


(jika anda hendak warna hijau, tambahkan 1 sudu teh paste pandan)




Cara membuatnya:-



- Masukkan semua bahan diatas kedalam mangkuk pengadun


- Pukul semua bahan diatas selama 6-7 minit dengan kelajuan yang tinggi sehingga kembang dan putih gebu.


- Bahagikan bancuhan menikut warna kegemaran anda dan masukkan kedalam plastik tiga segi


- Panaskan periuk pengukus.


- Masukkan cawan kertas kedalam mangkuk aluminium atau cawan lompang dan masukkan sedikit bancuhan sehingga separuh penuh.


- Masukkan inti, dan kemudian tutup inti dengan bancuhan tadi dan hiasi dengan dot-dot.


- Kukus selama 15 minit dengan api yang perlahan.


Nota:-


- Untuk inti kelapa saya lebih suka ia putih. Jika anda ingin inti kelapa gula melaka, sila masukkan 100gm gula melaka dan 30gm gula halus bagi mengantikan gula putih diatas.


- Kukus dengan api yang perlahan supaya ia tidak pecah/mekar



- Saya nie tak suka terlalu manis so jika anda ambil resepi dari blog saya pastikan anda rasa dulu masakan anda supaya manis ikut kesukaan anda.

Majlis perkahwinan adik lelaki saya

Sempurna dan selamat sudah majlis perkahwinan adik lelaki saya yang berlangsung semalam, sabtu 30hb April 2011. Kamera saya buat hal semalam, hanya beberapa keping gambar sahaja elok dari kamera saya.

Ini adalah adik saya yang ke 5. Anak lelaki pertama dalam keluarga kami (oppppssss anak lelaki kedua sebab kembar saya lelaki telah meninggal dunia). Arwah ayah saya happy sungguh selepas kelahiran anak lelaki dia nie....yelah lama arwah berharap agar dapat anak lelaki selepas 4 orang anak perempuan. Bila lahir sahaja adik saya nie, ayah terlalu manjakan dia. Ke mana sahaja ayah pergi dia akan ikut. Dia macam belangkas dengan arwah ayah. Kalau arwah ayah tak bagi ikut.....dia akan menjerit-jerit sambil kejar belakang motor ayah. Arwah ayah meninggal dunia secara mengejut ketika sedang menunggu adik saya nie keluar tadika. Kematian mengejut arwah ayah menyebabkan mak amat risau akan penerimaan adik lelaki saya nie. Setelah 'berubat' akhirnya adik lelaki saya dapat terima pemergian mengejut arwah ayah tetapi kadang-kadang mak nampak dia menangis teresak-esak ditepi katil sambil pegang gambar arwah ayah. Sekarang adik lelaki saya nie sudah besar dan sudah bergelar seorang suami.....alhamdulillah.


Family saya bersama menantu baru. saya tak ada dalam gambar nie sebab pegang kamera kan. Hanya mak, bapak saudara dan mak saudara, adik perempuan saya dan cucu-cucu mak saya. Gambar dibawah adalah sebahagian daripada hantaran daripada kami pihak lelaki. Kamera saya tak elok sebab tu hanya beberapa gambar nie sahaja yang dapat diambil.