Ahad yang lepas, pertama kali
menjejakkan kaki ke kelas masakan ini. Oleh kerana lokasinya tidak jauh dari
rumah....maka hari ahad jam 2 petang saya drivelah ke sini. Walaupun
tiap-tiap pagi saya lalu kat depan The Strand tapi tak pernah masuk
area nie....tambah pulak saya bukan peminat tudung ariani so sebab tu jarang
ke The Strand. Hari jumaat, call Daphne untuk join kelas Chef Azli nie dan
terus tranfer duit kelas RM40 melalui maybank2u.
Hari Ahad, jam 2 petang drive dari
rumah.....dalam 5 minit dah sampai ke The Strand....berpusing-pusing cari
jalan PJU 5/22. Tanda jalan semua ditutupi oleh iklan-iklan along......tak
pasti mana satu jalan 5/22....2 kali pusing asyik jumpa 5/20 je. Setelah 10
minit berpusing-pusing, akhirnya jumpa jugak dgn tempat nie. Kawasan nie
sepi dan sunyi sebab tak banyak kedai yang beroperasi. Naik tangga dan pergi
ketingkat 2, bila masuk tengok hanya ada 2 orang peserta sahaja......ambik
goodies dan duduk tunggu kelas bermula. Chef Azli datang tegur saya tapi
saya langsung tak cam dia sebab dia nampak lain sungguh berbanding
dengan gambar kat blog. Orangnya kurus tinggi.....bila dia pergi ke
depan barulah saya terkejut 'ohhhh dia ke Chef Azli".
Inilah kelas demo yang berada ditingkat 2. Dapur berkonsep moden.....cantik dan menarik kelas nya
Ini pula kelas 'hand-on' ditingkat 3.
Periuk belanga dan peralatan dapur, pinggan mangkuk tersusun kemas dirak-rak
besi ditepi dinding dan setiap station ada dapur sendiri bersama singki.
Memang agak selesa suasana kelas 'hand-on' disini.
Kebanyakan produk elektrik dan dapur
disini mengunakan produk Leben. Agak mengkagumkan sebab pusat memasak ini
mendapat banyak sponsor produk dari jenama terkenal.
Saya amat tertarik dengan bilik makan
bersebelahan dengan kelas hand-on. Disini terdapat 2 meja makan yang
digunakan untuk peserja makan selepas mereka memasak. Saja suka ambik gambar
meja nie.....kebanyakannya produk Ikea
Yang nie pun saya ambik gambar.....tujuannya
nak pergi cari benda alah nie. nak buat konsep nie jugak kat meja makan kat
rumah tu. Saya kan jenis yang suka putih, hitam dan hijau.
Tentang masakan apa yang saya
belajar.....sebenarnya biasa-biasa sahaja seperti sup cendawan, roti dan
fruit tart. Oklah tu dengan bayaran RM40 dari jam 2.30 hingga 5.00 petang.
Nie kelas dalam bulan October chef Azli jika anda berminat
Tarikh: 08/10/2010
Hidangan : Salad Mangga Thai, Ayam panfried,
sos lada hitam, kek ceri frosting
Tarikh: 22/10/2010
Hidangan: Kek Keju bakar, roti roll, chicken
chop sos BBQ
Tempat: Food Recipes Cooking Club
12A-12/m Jalan PJU 5/22 The Strand Kota Damansara,47810
Petaling Jaya Selangor
Untuk maklumat lanjut pergi ke blog Chef
Azli disini.