Thursday, October 27, 2011

Popia Simpul Kasih

 Popia simpul kasih nie saya buat pada hari semalam. Inti serunding kawan sepejabat nie saya bawak balik kerumah dan tolong buatkan popia simpul kasih nie. Sedap aje namanyakan. Makan sedap tapi nak buat diaaaaa huhhhhh....mengantuk.

Popia Simpul Kasih

Bahan-Bahannya:-




  • 1 paket kulit popia
  • Serunding ikan/daging/ayam/ikan bilis secukupnya
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-

1. Ambil sedikit kulit popia dan potong 4 menjadi 4 segi kecil seperti dibawah


 2. Ambil kulit popia yang telah dipotong menjadi 4 segi kecil tadi dan potong menyerong untuk dijadikan 3 segi


3.  Ambil sehelai kulit popia dan letakkan inti serunding dibahagian hujung 3 segi tadi, rujuk gambar seperti dibawah

4. Gulung dan kemudian simpul seperti dibawah

 5. Buat sehingga habis
 6. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Goreng popia tadi sehingga kekuningan
 7. Angkat dan kemudian toskan diatas tisu masakan.

Yang ini adalah cara menyimpul popia mengunakan kulit popia yang dipotong tiga segi. Resepi inti serunding tidak dimasukkan disini sebab serunding ini adalah serunding beli dan kebetulan serunding nie tidak sedap untuk dimakan begitu sahaja.....jika dibuat popia mini begini sekejap sahaja habisnya.

Orkid

 Saya duduk kat apartment, tak ada tanah nak tanam pokok. Bila kawan sepejabat ajak pergi ke nurseri......rambang mata tengok pokok-pokok bunga. Saya memang minat menanam....selalu berangan untuk memiliki rumah yang ada halaman yang luas dan pastinya halaman rumah saya akan dipenuhi dengan pelbagai bunga.  Ini impian saya......insyaallah.  Bila hidup sendirian, saya lebih selesa berada di apatment yang ada pengawal keselamatan.

Ruang sempit ditempat ampaian baju....saya penuhkan dengan 7 pasu orkid. Orkid-orkid nie saya beli kat nurseri di sekitar jalan Sg Buloh. Harga orkid amat berbeza dari satu nurseri dengan nurseri yang lain.....ada yang mencecah RM40 sepasu bagi orkid yang biasa sahaja sedangkan nurseri lain hanya RM15 sepasu untuk orkid yang sama. Sepetang kami menjelajah nurseri-nurseri disepanjang jalan tu akhirnya patah balik semula ke nurseri no 44, jalan sungai buloh berhampiran dgn trafik light ke simpang Seksyen 8, Kota Damasara. Kat sini sepasu orkid biasa berharga RM10-30. Harga 'orkid biasa' bagi orang yang tak tahu nama spesis okid adalah seperti gambar orkid kat bawah nie.Kalau orkid Butterfly putih berharga RM35 sepasu. Insyaallah....sabtu nie saya pergi beli lagi sebab nurseri tu kat seberang jalan sahaja dari apartment saya. Semua orkid-orkid nie berharga RM15-18 sepasu.



Ruang kecil disebelah tempat ampaian ini dijadikan tempat letak orkid. Silalah cuci mata dengan gambar orkid dari kamera kecik saya nie walaupun tidaklah seindah gambar kamera mahal. Seronok sangat bila tengok bunga orkid memenuhi ruang sempit nie.





Sedikit info untuk beli ubi kayu

Saya ada terima komen dari salah seorang pengunjung blog ini yang bernama Chan iaitu:-  

"hi cik bdaria, saya memang suka makan kuih yg diperbuat drpd ubi kayu, tapi problem sebab setiap kali beli ubi kayu selalu kena tipu, ada apa2 petua utk beli ubi kayu? Thks, Chan"

Sebenarnya saya tak tahu nak jawap......saya bukan orang yang layak untuk bagi petua sebab:
  1. Saya tak pernah beli ubi kayu sendiri....yang ini kawan yang tolong belikan.
  2. Saya anak orang kampung, sekitar kawasan rumah penuh dengan pokok-pokok ubi kayu. Kalau nak makan, mak saya hanya cabut sahaja....so saya selalu dapat bekalan yang fresh kat kampung.

Bila saya fikir balik.....saya juga akan seperti Chan bila nak beli ubi kayu sendiri bila berada dikawasan yang mana susah nak dapatkan ubi kayu fresh terutama bagi orang-orang yang tak ada halaman belakang rumah nak tanam ubi kayu. Kalau pergi pasar tani atau pasar borong untuk beli ubi, kita selalu 'percayakan' penjual dan kita selalu kata "tolong pilihkan yang elok-elok dan baru ye". Jika anda peniaga.....adakah anda akan jual yang baru sampai kepada pelanggan yang anda nampak memang tak tahu apa-apa?. Peniaga akan gunapakai konsep FIFO (First In First Out), dia akan jual yang lama kepada anda supaya yang baru boleh disimpan lebih lama. Jadi bagaimana nak pilih yang elok kan?. So Chan, saya juga akan berada dalam dilema seperti anda jika nak beli sendiri ubi kayu kat bandar nie.

Oleh kerana saya ada seketul setengah lagi baki ubi kayu kat rumah maka saya cuba kongsikan sedikit info berdasarkan pemerhatian saya
Jangan pilih ubi kayu yang berkulit hampir licin seperti kat atas tu. Ubi kayu yang baru, kulitnya lebih mengerutu dan 'sisik-sisik' tu nampak lebih tebal. Kulit ubi kayu kat atas tu dah sudah lama sebab tu ia nampak licin sebab 'sisik-sisik' tu dah hilang. (harap fahamlah saya guna perkataan 'sisik' kat kulit ubi kayu nie wp saya sendiri rasa tak sesuai)

Ubi kayu yang berwarna kuning tidak sesuai jika anda buat ubi rebus makan dengan kelapa. Ubi yang kuning nie hanya sesuai untuk buat kuih. Jika anda nak buat ubi rebus kena guna ubi fresh....ubi yang kulit dalamnya berwarna merah jambu dan isinya putih. Jika anda guna ubi putih untuk buat kuih talam...gantikan gula pasir dengan gula merah. Kalau guna ubi kuning, masukkan sedikit pewarna kuning telur supaya warnanya kuih nampak lebih menarik.

 Jika pilih ubi kayu pastikan tiada kesan seperti ini dan kesan berlubang atau kesan 'luka'. Jika nampak ubi tu ada kesan macam nie, itu menunjukkan bahawa ubi itu dah masuk angin. Walaupun ianya masih boleh dibuat kuih tapi rasa kuih anda akan terjejas.

Inilah yang dinamakan ubi yang sudah masuk angin. Kalau mak saya nampak ubi macam nie dia akan lempar bagi ayam makan tapi kita kat bandar nie....kena jugaklah buat kuih sebab kita dah keluarkan duit untuk beli.

So itulah serba sedikit info yang saya tahu.....nak kata petua....rasanya bukan petua. Saya harap Chan berpuashati dengan penerangan ini.

Tuesday, October 25, 2011

Talam Ubi Kayu

Talam ubi kayu nie saya buat semalam selepas kawan sepejabat tolong belikan 3 ketul ubi kayu kat Pasar Borong Selangor. Dapat ubi kuning.....wahhhhhh ubi nie walaupun agak mahal sikit harganya berbanding dengan harga ubi kayu yang putih tapi bila buat kuih ubi nie yang paling sedap. balik rumah semalam, terus kupas kulit ubi.....ubi dah masuk angin bukan ubi yang baru tapi tak apalah kalau dah teringin sangat nak makan Talam Ubi Kayu.

Saya kupas 2 ketul yang besar, sagat 1 1/2 biji pun dah dapat 700gm so bakinya simpan nanti boleh buat kuih lain pulak. Masukkan dalam tapis dan biarkan air ubi turun sedikit. Dalam jam 8 malam barulah saya mula mengukus kuih talam nie. Pagi tadi terlewat bangun....so saya angkut sekali loyang bawak ke ofis. Happynya bila kuih talam nie menjadi dengan elok dan sedappppppp sangat (bukan puji diri sendiri tapi puji resepi nie). Bahagian bawahnya walaupun kelihatan lembik tapi tidaklah lembik sangat sebenarnya.....just nice sebab saya suka bahagian ubi tu lembik macam tu. memang puas hatilah dengan resepi nie. Saya tak dapat ambik gambar dengan cantik sebab tangkap gambar kat pantri sahaja.....malu pulak nak beria-ia sangat sedangkan rakan sekeja ada kat meja makan.

    Saya memang betul-betul puas hati dengan resepi nie.....bahagian atasnya masin secukupnya dan bahagian bawah pulak manis yang sedang sahaja....tidak terlalu manis sangat. Kombinasi manis dan masin nie memang menjadikan Talam Ubi nie sedap sangat. Dah banyak kali saya puji sedap nie.....makna nya betul-betul sedaplah tu. baik pergi cari ubi kayu sekarang dan cuba pulak resepi nie. Jom tengok resepi.....





    TALAM UBI KAYU
    Sumber: Kelas Talam 2 (Chef Asma)

    LAPISAN BAWAH
    Bahan-bahannya:-
    • 700gm ubi kayu (parut dan timbang)
    • 100ml santan pekat
    • 300ml air
    • 250gm gula castor
    • sedikit pewarna kuning
       
    Cara-caranya:-

    1.  Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata
    2.  Masak semua bahan-bahan sehinga pekat
    3. Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit
    LAPISAN ATAS:-
    Bahan-bahannya:

    • 100gm tepung beras
    • 50gm tepung ubi
    • 50gm tepung gandum
    • 2 tsp garam
    • 200ml santan pekat
    • 800ml air
       
         Cara-caranya:-
    1. Bancuh semua bahan-bahan diatas
    2. Tapis kedalam periuk, masak sehingga naik wap
    3.  Tuang keatas lapisan bawah
    4.  Kukus selama 30 minit.
Nota:-

Saya tak buat tambahan apa-apa pada resepi diatas cuma santan yang saya gunakan adalah santan segar. Jika guna santan kotak, sebanyak 300ml perlu digunakan. Saya beli sebiji kelapa parut dan kemudian blender untuk dijadikan santan sebanyak 1400ml. Satu biji kelapa parut baru RM2, kira lebih menjimatkan jika kita guna kelapa parut sendiri lagipun talam ubi kayu paling sedap kalau guna santan segar.

Ada seorang pembaca blog ini bertanya kepada saya....tak melekat ke kalau guna plastik untuk lapik kuih talam. Tak melekat....dan ia sangat mudah nak dikeluarkan dari loyang. Hanya tarik sahaja plastik tu keluar tapi kenalah sengetkan dulu loyang tu. Macammana nak buat?......ilmu tu kena perolehi sendiri dari kelas atau percubaan anda sendiri. Kat mana nak beli plastik tu?.....saya beli kat Chef Asma so saya tak pasti kat mana lagi ada jual. 


    Talam Ubi Kayu yang telah dipotong terlebih dahulu kemudian baru dikeluarkan dari loyang. 

Kuih getas-getas

Kuih nie saya buat pada petang ahad semalam. Bila bukak peti ais kat tempat beku, tengok ada satu bekas kelapa parut putih yang sudah berada kat situ hampir sebulan rasanya. Bila cium masih ok so terus terfikir nak buat kuih getas-getas. Nie salah satu kuih kegemaran saya.

Sila abaikan bintik-bintik hitam kat atas kuih tu....itu adalah kesan bila guna minyak gorengan kuih bom yang saya buat sebelum nie. Saya dah tapis minyak nie untuk buang bijan-bijan tu tapi bila goreng tengok ada jugak bintik-bintik hitam nie kat kuih.


Kuih getas-getas

Bahan-bahannya:-

  • 250gm tepung pulut
  • 20gm tepung gandum
  • 150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
  • 130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-
  1. Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
  2. Biarkan sebentar selama 10 minit
  3. Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  5. Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
  6. Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
  7. Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
Ini pula adalah cara untuk menyira gula. Bagi yang baru pertama kali belajar untuk menyira gula ia adalah sesuatu yang agak sukar. Mungkin bagi anda yang sudah mahir........ianya adalah mudah. Saya pernah berjanji dengan salah seorang pembaca blog ini untuk menunjukkan cara-cara menyira gula. Saya harap penyampaian saya nie anda akan faham.....saya buat yang termudah yang boleh saya fikirkan kerana saya juga tak pandai bab-bab menyira gula nie. Masa belajar dengan mak dulu nak tau dia kata apa.....cuba hang tengok buih-buih tu kalau banyak buih tu makna nya pekat dahlah tu....cuba hang angkat gula tu kalau dia turun bertali maknanya pekatlah tu.....puas lah saya tengok buih gula....sama je pada mata saya tak dak beza pun....saya cuba titiskan air gula tengok, dia tak bertalipun turun...... masa bila nak turun bertali?......confuse.....tanya banyak kali karang kena marah sebab kacau dia buat kerja. Menang susah nak belajar dengan orang tua......jadi saya ajar nie atas kefahaman saya sendiri so jika anda ada cara atau kaedah lain boleh kongsi bersama. Kepada adik-adik yang baru belajar......belajar dengan cara yang mudah dulu ok.

Menyira gula kuih

Bahan-bahannya:-
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
Cara-caranya:-
  1. Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
  2. Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
  3. Biarkan ia selama 7 minit.
  4. Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
  5. Terus matikan api dapur ye.
  6. Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.
Apa yang saya maksudkan bunga gula.....itu yang putih-putih tu....itu yang dinamakan bunga gula. Kalau gula tak pekat.....bunga gula tidak keluar. kalau terlalu pekat......ia akan jadi gula hangus. Bunga gula saya sebenarnya tidak begitu 'menjadi'. Menjadi dalam erti kata untuk orang mahir sebab kalau 'menjadi'....bunga gula yang keluar adalah berkeping-keping besar. Practise make perfect.

Saya bukan peniaga kuih....saya cuma anak peniaga kuih sebab tu saya tak malu mengaku kalau saya pun buat tak menjadi. Saya suka belajar dari pengalaman sendiri berbanding dari pengalaman orang lain. Saya pernah menguruskan sebuah kilang......perkataan yang saya paling benci nak dengar adalah "tidak boleh". Pekerja saya amat faham dengan perangai saya.....kalau saya suruh mereka akan buat dan bila tak berjaya mereka akan datang report.....saya tak marah walaupun banyak produk yang rosak tapi kalau saya suruh mereka dah kata 'tak boleh' tapi tak cuba lagi.......memang masa tu saya akan tengking. Saya benci manusia yang tidak mencuba dan mengeluh tak boleh. Cuba....kalau tak menjadi kita masukkan dalam tong sampah....esok cuba lagi. Jangan mengeluh bila tak menjadi dan jangan blame orang lain. Insyaallah anda akan berjaya.

Monday, October 24, 2011

Ayam Goreng Ranggup


 
Resepi ayam goreng bertepung nie ada banyak versi. Versi saya nie adalah versi yang paling senang dan saya selalu buat. Percaya tak kalau saya kata anak-anak saudara saya tak pernah nak makan KFC, saya pernah singgah KFC dan beli satu bucket besar KFC untuk buah tangan kpd mereka tapi mereka cuma sentuh sikit pastu tak nak. mereka tak suka dan adik-adik saya tak pernah bawak anak-anak mereka makan makanan segera. Kalau adik saya nak buat ayam goreng, mereka akan buat tepung macam resepi saya nie dan anak-anak dia hanya makan ayam goreng yang dibuat sendiri macam nie.

Dulu saya selalu buat tapi lepas diet saya dah tak buat lagi ayam goreng nie. Malam sabtu lepas saya buat sebab dah kelaparan sangat dan inilah yang paling sedap dan senang. Sebenarnya seharian saya tak makan apa-apa hanya semangkuk koko crunch sebagai sarapan dan air kosong sepanjang hari. kenapa?......sebab saya ketagih tengok drama korea nie. Sejak ada Unifi nie, line laju je so apalagi layan cerita korea lah. Roomate saya masa kat asrama suggest supaya saya tengok drama 49 days nie. Katanya best sangat....so apalagi petang jumaat tu saya cubalah tengok drama nie, mula-mula hanya 3 episod pastu tak sabar nak tahu cerita seterusnya....pagi sabtu sambung semula sampai terlupa nak makan tengahhari.....mujur dah mandi....saya hanya tekan pause bila nak gi toilet, sembahyang dan minum air. Itu je.....dasyat kan. Masa 7-8 tahun lepas, masa duduk bujang dengan kawan2 (masa tu kat umah tak ada astro dan cerita winter sonata keluar)....kami tak tahan nak tunggu sambungan wnter sonata telah pergi ke area petaling street untuk dapatkan CD. Bila balik apa lagi mula buat maraton tengok semua episod tu....dari jam 7 pagi sabtu sampai 7 pagi ahad, kami hanya tekan pause bila nak sembahyang, makan maggi dan gi toilet. memang gila sungguh kepala masing-masing masa tu, habis sahaja satu drama.....minggu depannya pergi lagi ke kedai tu dan beli lagi CD drama yang lain. Lepas sahaja saya pindah rumah sewa, saya dah tak buat perangai macam tu lagi.....hanya tengok apa yang ada kat astro. Nie bila unifi ada, buat balik perangai gila....tapi kali nie sorang-sorang lah dah tak ada geng. saya tengok drama nie kat web nie.
 
Saya berjaya habiskan sehingga episod 12 pada hari sabtu sedar-sedar perut lapar sangat-sangat. Terus tekan pause dan pergi bukak peti ais. Ada ayam....oklah boleh buat ayam goreng tepung. Gambar tak cantik sangat sebab ambik malam dan saya masa nie dah tak peduli dengan food presentation, yang penting....nak terus ngap sebab lapar sangat.  
Anda boleh buat tepung ayam goreng nie banyak-banyak dan simpan dalam bekas. Bila nak goreng, hanya masukkan setakat yang perlu dalam bekas. Untuk sukatan serbuk kari, bubuh setakat yang anda rasa kena dengan selera anda. Ada yang suka banyak....ada yang tak suka so terpulang pada anda. Cubalah buat...pasti anda suka sebab garing dan ada rasa ala-ala KFC gitu.  

Ayam Goreng bertepung ranggup
Sumber: Resepidaria.com

Bahan-bahannya:-

Bahan tepung salutan
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu makan serbuk kari(bergantung kepada selera anda untuk lebihkan)
  • serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil)
bahan lain
  • 3 ketul kepak ayam (apa2 bahagian ayam pun boleh)
  • 1 biji telur, dipukul sebentar
  • Minyak secukupnya untuk goreng
Cara-caranya:-
  1. Bersihkan kepak ayam, keringkan air ayam dengan tuala masakan.
  2. Ketepikan sebentar
  3. Sediakan tepung salutan. Masukkan serbuk kari, lada sulah, garam kedalam tepung. Gaul rata.
  4. Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana
  5. Celup kepak ayam dalam telur dan kemudian angkat kepak ayam dan masukkan kedalam salutan tepung. pastikan ia bersalut rata. Ulang sampai habis kepak ayam
  6. Goreng sehingga kekuningan dan masak.
  7. Angkat dan toskan dengan tisu masakan
  8. Hidangkan bersama sos cili.
 

Celoteh pagi isnin

Saya tidak begitu mengikuti perkembangan muzik semasa sekarang, anda boleh kata saya ketinggalan zaman sebab bila masuk dalam kereta atau bila sampai ke pejabat setiap pagi....perkara pertama yang saya buat adalah pasang radio RedFm....itu sahaja stesyen muzik yang saya minat. Yang saya tahu pengaruh muzik korea atau K-pop memang telah menular dikalangan anak muda/remaja kita. Semasa saya berada diasrama bulan lepas, roomate saya muda daripada saya....berumur dalam lingkungan 28/29 tahun....mengunakan internet handphone.....kadang-kadang bila kami berehat dibilik dia asyik dengan handphone untuk tengok video K-pop....kadang-kadang dia menyanyi2 ikut muzik tu. Bila berbual tentang drama atau filem korea, dia boleh tahu semua nama pelakon.....bercinta dengan siapa....perkembangan semasa......wahhhhhh dasyatnya.....pengetahuan saya hanyalah setakat drama korea sahaja.....jangan tanya saya siapa nama pelakon.....saya langsung tak tahu nama mereka.

Saya bukan nak bercerita tentang drama korea tetapi satu cerita berkenaan pengaruh k-pop pada remaja kita. Pada petang jumaat lepas, saya ke gym. Ketika saya dibahagian treadmill, saya perasaan ada 2 orang remaja dalam lingkungan umur 19-20 tahun rasanya. Dari segi pakaian gym yang mereka pakai, boleh dikatakan mereka nie anak orang berada sebab semuanya berjenama.....seluar gym ketat berjenama mahal dan baju sendat tanpa lengan juga dari jenama yang sama....belum masuk kasut gym yg juga dalam lingkungan RM400. Mereka menarik perhatian saya pada petang tu ketika dimesin treadmill sebab dari gaya mereka bukan nak berexcersice tapi nampak lebih nak bersosial.....senyum sana senyum sini.....jalan sana jalan sini. Hampir sejam jugak saya berada di bahagian kardio, saya naik ke bilik persalinan wanita. Sesampai dipintu bilik persalinan, saya terpandang 2 wanita berbogel.....hanya berseluar dalam sahaja. Saya cepat-cepat paling muka kearah lain dan terus jalan ke loker saya. Ambil beg pakaian dan masuk ke bilik kecil untuk menyalin pakaian sebab saya nak mandi. Saya terus berjalan masuk ke bilik mandi tanpa pandang kearah wanita berdua nie. ketika nie saya tak pasti samaada mereka berdua nie bangsa apa......selalunya wanita berbangsa cina (hanya segelintir sahaja) atau wanita barat yang selalu menyalin pakaian ditengah-tengah loker tanpa mahu masuk kebilik persalinan yang disediakan. Mereka nie tak kisah tanggal pakaian dihadapan orang lain dan berkeadaan telanjang.

Lepas mandi saya masuk kebilik persalinan sekali lagi untuk pakai pakaian lain. keluar dari bilik kecil persalinan saya terus pandang 2 wanita nie. Masyaallah!!!!.....wanita itu adalah anak remaja berbangsa melayu...2 budak remaja yang saya nampak kat bahagian kardio tadi. Kedua-dua budak nie yang bertelanjang bulat tadi....tapi sekarang dah pakai baju. Anda nak tahu fesyen baju yang mereka pakai. Sila tengok gambar kat bawah nie

Salah seorangnya memakai skirt pendek.....sangat-sangat pendek, bila dia tonggeng....boleh nampak seluar dalam warna putih. Berbaju seksi.....baju top sahaja tanpa lengan. rambut ala-ala gaya girls k-pop nie. Mereka ambik masa yang lama kat cermin untuk membetulkan rambut .
Salah seorang lagi memakai seluar pendek yang ketat seperti diatas. Seluar tu amat singkat dan ketat. Baju pula senteng dan leher baju terbuka luas sehingga mendedahkan sebahagian bahu. Mereka begitu bangga dengan penampilan mereka.....berdiri lama dihadapan cermin sambil membetul-betulkan pakaian dan rambut. Beberapa orang pengunjung gym bangsa lain kadang-kadang memandang mereka dengan pandangan pelik. yang berbangsa melayu pulak hanya mengeleng kepala. saya cuma mampu mengucap panjang....saya tak dapat mengelak dari memandang mereka sebab loker saya sebenarnya bersebelahan dengan loker mereka berdua nie. Bila saya guna hairdryer, mereka juga berada disebelah saya mengunakan hairdryer. Dalam hati saya mengucap panjang dan mampu mengeji pakaian mereka. Rosak sungguh anak bangsa saya. Jika kita nak tahu apa yang akan terjadi kepada bangsa kita 10 tahun akan datang.....tengok sahaja anak remaja kita hari ini.....inilah keadaan bangsa kita 10 tahun akan datang. Oh ya waktu itu jam sudah pukul 7.45 petang.....saya bergegas keringkan rambut dan pakai tudung untuk ke surau tapi anak remaja nie sedang bermekap tebal untuk aktiviti malam mereka.

Inilah pengaruh buruk K-pop, pakaian yang tidak sesuai oleh group wanita ini menjadi ikutan anak-anak remaja kita. Jika saya ada anak remaja seusia ini......hati saya tidak akan tenang. Apartmen saya telah dijadikan asrama untuk para pelajar kolej Segi dan kolej jururawat........saya lihat kelakuan mereka.....sikap lembut dan sopan santun bangsa melayu dah tak wujud dalam diri mereka.....bukan adap sopan melayu sahaja yang hilang tapi nilai-nilai Islam tiada dalam diri mereka.......bulan puasa kita umat islam hendak berbuka puasa.....azan magrib sedang berkumandang tiba-tiba kedengaran bunyi mercun kuat sehingga membuatkan anda terkejut......itulah beruk-beruk yang tak reti bahasa main mercun di tingkat apartment....suara menjerit-jerit dan bersorak menengelamkan suara azan. Saya amat kasihankan tuan rumah yang menyewakan apartment yang mereka beli dengan harga RM220 ribu keatas kepada kolej ini.

Wednesday, October 19, 2011

Operasi 5S

Alhamdulillah selesai sudah proses mengaplikasi 5S kat pejabat kami. Selama 3 minggu bertungkus lumus menyiapkan semua kerja-kerja menyisih, menyusun, melabel (menyapu ditugaskan kepada cleaner). Memang agak penat.....terlalu penat sebenarnya....penat bukan dengan kerja-kerja menyiapkan 5S tapi penat dengan sikap-sikap segelintir pegawai. Kat mana-mana organisasi akan ada manusia jenis nie kan. Saya tak nak bercerita tentang apa itu 5S....sebab anda boleh google aje kalau nak tahu....banyak info tentang 5S nie tapi saya nak bercakap tentang perkara-perkara yang berlaku sepanjang tempoh 3 minggu ini. Masa boss terima arahan dari HQ untuk melaksanakan 5S diorganisasi kami maka kami mula terasa agak keberatan. Boss telah 'menghentikan' semua kerja-kerja kami malah cuti kamipun dibekukan...dan semua orang diarahkan memakai baju biasa datang ofis dan buat kerja 5S. Semua pegawai mula bimbang apa akan jadi pada tahun hadapan bila kerja kami 'diberhentikan'....selalunya dalam tempoh 3 bulan terakhir kami akan bertungkus lumus mendapatkan 'stok kes' yang harus diselesaikan tahun hadapan tapi tahun nie boss berani bagi arahan supaya kerja diberhentikan selama 3 minggu.

Dalam proses mengaplikasikan 5S bagi pejabat kami memang agak mencabar sebab 80% staff adalah pegawai, pegawai senior dan boss. Kami bekerja dalam kumpulan, satu kumpulan ada 3 atau 4 pegawai dengan diketuai oleh seorang pegawai senior. Bila dah terlalu ramai pegawai maka ramailah tiba-tiba cuba menonjolkan diri. Masing-masing ada ego yang sebesar alam dan setinggi gunung. Ada yang jadi gila kuasa......nak cuba jadi leader dan rasa diri serba tahu, hebat sampaikan pendapat orang lain langsung tak nak dengar. Kita baru nak bagi idea terus ditentang....yang dia tahu kita kena ikut cakap dan arahan yang dia dah keluarkan. Sampaikan kita tertanya-tanya....bila kita lantik dia nie jadi ketua....siapa ketua sebenarnya nie?.

Itu yang gila kuasa....belum masuk lagi pegawai senior yang bersikap pesimis. Hendak mintak duit RM50 seorang untuk dimasukkan dalam tabung 5S pun jadi isu. Mintak RM50 dari poket orang yg bergaji RM9-12 ribu macam nak mintak 50 ribu......kecoh dalam meeting sampai akhirnya diturunkan menjadi RM30 seorang. Berkira sungguh....sampaikan nak belanja staff yang sanggup datang hari sabtu dan ahad buat kerja 5S pun jadi isu....."kenapa kami nak kena bayar makan orang yang datang buat kerja hari cuti.....sapa suruh datang". Komen dan kritik semua perancangan 5S yang dibuat "cara pelaksanaan nie salah....kalau saya, saya akan buat macam nie, macam tu.....saja malas nak bagi cadangan nanti saya yang kena buat". Penat sungguh nak layan kerenah manusia pesimis macam nie. Manusia jenis nie adalah dalam kategori no 4 kat bawah.....langau. Itu langau......mayat hidup pun ada iaitu jenis pekerja no 6. Dia nie langsung tak buat kerja.....asyik lesap dan hilang. kerja dia orang lain yang kena buat......malah kami semua pegawai terpaksa bergotong royong buat kerja pembantu am rendah (PAR) sebab PAR kami sibuk jadi mandur kat tempat lain. Kita tegur....kita perli....kita marah...dia buat dek aje.

Kata-kata renungan oleh Ungku Aziz seperti dibawah nie, saya tampalkan di board kat depan komputer saya supaya ia menjadi ingatan kepada saya akan sikap manusia dan saya harus menjauhi sifat ke 2 hingga 7. Saya pasti kat pejabat anda pun ramai yang berada dalam kategori nie.

1. Rajin kerja, malas bercakap = KENA BULI
2. Malas bekerja, rajin bercakap = WAYANG CINA
3. Malas bekerja, malas bercakap = TAK GUNA
4. Malas bekerja, suka mengadu = LANGAU
5. Malas bekerja, suka ponteng = BAIK BERHENTI
6. Malas bekerja, suka termenung = LEBIH BAIK MATI
7. Rajin bekerja, rajin mengadu = KAKI BODEK
8. Rajin bekerja, rajin bercakap = BAGUS

Saya dapat tugasan menjaga dan mencantikkan pantri. Sistem 5S bukan perkara baru pada saya kerana ketika di kilang dahulu, kami telah mengaplikasikan 5S. Perkara pertama yang harus diberi perhatian adalah fungsi sesuatu lokasi atau tempat. Pastikan fungsi itu di ketengahkan. Lokasi itu dikemaskan dan harus nampak teratur dan memudahkan orang bekerja. Itu yang harus diberi tumpuan dahulu bukannya bagaimana hendak mengindahkan lokasi tersebut. Indah dan hias adalah perkara terakhir yang harus dibuat.


Bila dipertanggungjawapkan untuk menjaga pantri, perkara pertama yang saya buat adalah menyisih dan menyusun atur peralatan dapur yang berterabur dimerata-rata dalam kabinet (bukan saya buat.....saya upah cleaner buat kerja lebih masa). Peralatan dapur dah tersusun dan teratur lepas dibayar RM60 sebulan untuk 30 minit setiap hari bagi menyusun dan mengemas pantri. Kat ofis kami nie 85% adalah lelaki.....tahu2 sajalah kalau ramai lelaki....minum air gelas letak atas meja, lap tangan...tisu letak atas meja, basuh peralatan dapur tapi semuanya berlonggok dalam bekas sejat pinggan. Makan biskut....tin biskut berterabur atas meja....lepas 5S....semua tu dah tak jadi masalah lagi. Itu kebaikkan 5S yang kita boleh nampak serta merta.....keadaan menjadi lebih kemas dan teratur.

Selepas proses menyisih dan menyusun, saya dan rakan datang hari ahad untuk mengecat. Kami cuma beli cat air yang murah berwarna oren dan cat sendiri separuh dari dinding sebab kawasan tu kelihatan kotor. Seharian dah siap, keesokkan harinya barulah kami pasang line border. Untuk mewangikan laci-laci dan kabinet, kakak cleaner yang saya upah tu mencadangkan supaya dimasukkan daun pandan dalam setiap laci kabinet dapur. Kakak cleaner tu sanggup bawak daun pandan.....punyalah banyak dia bawak sampai saya boleh masukkan dalam pasu kaca. Pantri kami jadi wangi dengan daun pandan malah lipas-lipas tidak ganggu laci-laci lagi.

Inilah hasilnya kerja saya dan seorang rakan. Kami berdua berusaha mengindahkan dan menjadikan sudut pantri sebagai tempat yang teratur dan tersusun. peraturan-peraturan di buat supaya semua orang bertanggungjawap menjaga pantri supaya kemas dan bersih.




 Selepas penat lelah selama 3 minggu menyiapkan lokasi2 yang dipertanggungjawapkan termasuk di lokasi lain......isnin lepas pemeriksa 5S ibupejabat datang melawat. Dia tak tengok pun cantik ke tidak kawasan yang kita buat.....yang dia datang cari adalah kesilapan. Dia akan cari setiap kesilapan......akhirnya dipantri dia jumpa satu iaitu.....


Disudut informasi nie tiada tempoh masa pengunaan pantri diletakkan. Ada jugak kesalahan yang kami lakukan......dia tonjolkan kesalahan tu sampaikan kami rasa sangat-sangat kecewa bila dengar.

Dalam ruangan pantri saya tak banyak habiskan duit beli bunga-bunga untuk mengindahkan kawasan. Saya cuma beli pokok kecil nie di Ikea berharga RM2.10 dan letakkan dalam cawan hadiah biskut Jacob's. Daun pandan sebagai pewangi dan pakok pandan sebagai hiasan dalam pasu kaca. Semuanya tidak mengeluarkan belanja yang banyak kecuali cat, line border dan gambar-gambar hiasan yang dibeli dengan harga RM5 sekeping.


Ini pula adalah keadaan bilik saya selepas 5S. Saya lakukan semua perkara yang dikehendaki oleh 5S dalam kawasan bilik pegawai. Penilai datang kebilik dan dia masuk tengok sekeliling.....dia senyap aje kemudian dia jumpa satu kesalahan yang saya buat iaitu kabinet kecil warna pink itu. Dia kata ' nie satu kesalahan....awak cuba nak buat pantri kat bilik ke?'. Salah seorang pegawai kata "pantri kat tingkat 17, agak sukar kami kat tgkt 15 nie naik ke atas semata-mata untuk ambil air masak.....kat depan bilik dia ada water filter so dia letakkan sebiji mug bagi memudahkan dia ambil air masak, lagipun kat kabinet nie hanya ada nesvita sahaja bukan nak buat pantri cuma nak simpan barang peribadi". Masa tu rasa geram sangat sebab rasa macam penilai tu datang nak cari salah bukan nak buat penambahbaikkan. Konsep 5S disalahertikan......ia dijadikan sebagai satu pertandingan. Sepatutnya dia tegur yang mana ada kekurangan dan kemudian minta supaya ditambahbaikkan bukannya memperjatuhkan semangat orang dengan mencari kesalahan dan mengabaikan susah payah kakitangan berusaha untuk menjayakan 5S tanpa satu sen peruntukan dari ibupejabat.



Itulah serba sedikit cerita tentang 5S dipejabat kami. Walauapa sekalipun....rasa puas bila tengok pejabat kami bersih, kemas dan teratur. Semua orang berkerja keras dan sama-sama berusaha kecuali beberapa orang yang mengeruhkan keadaan. Keadaan tu biasalah....dimana-mana tempatpun akan ada manusia macam nie. tak terlepas juga dipejabat kami tapi itu adalah satu cabaran dalam menjayakan satu rancangan.



Makaroni goreng bersama sardin

Semalam ambik cuti rehat sehari sebab nak tunggu kontraktor TM net datang untuk pasang Unifi kat rumah. Sementara tunggu mereka siapkan kerja pemasangan, saya sempat buat makaroni goreng bersama sardin untuk hidangan tengahhari saya. Kerja-kerja pemasangan tamat jam 12.30 tengahhari.

Boleh tahan sedap jugak rasa makaroni goreng dengan sardin nie. Buat setengah paket makaroni....siap boleh bawak sebagai bekal lagi hari nie. Punyalah banyaknya saya buat macam nak makan sekeluarga.

Makaroni goreng bersama sardin

Bahan-bahannya:-
  • 3 tsp minyak masak
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 5 biji cili padi, dihiris
  • 450gm sardin tin, di hancur kasar (saya guna 1 tin sederhana sardin)
  • 1 tsp pati asam jawa
  • 1/4 cawan tomato sos
  • 1 tbsp gula (sy guna 1/2 tbsp sahaja)
  • 1/4 cawan air
  • 250gm makaroni (boleh gantikan dengan penne)
  • 5 helai daun limau purut, dihiris nipis (saya tak masukkan)
Cara-caranya:-
  1. Rebus makaroni sebagaimana arahan di peket. Angkat dan toskan
  2. Panaskan minyak didalam kuali dengan api sederhana. Tumis bawang dan cili sehingga naik bau.
  3. Masukkan sardin, pati asam jawa, tomato sos, gula dan air. Masak selama 1 minit
  4. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan kacau rata.
  5. Angkat dan hidangkan dengan ditaburkan daun limau purut atau daun sup.

Thursday, October 13, 2011

Seri Muka Pandan

Dah lama betul tidak memasak.....sekarang kami semua tengah sibuk nak buat 5S, jadi bila balik rumah memang dah tak larat nak ke dapur. Semalam my fren bawak daun pandan ke pejabat untuk dijadikan bahan pewangi semula jadi. Banyak betul pokok daun pandan yang berdaun halus yang dibawak....saya ambil sepokok daun pandan untuk dibuat kuih seri muka pandan. Bawak pergi ofis pagi tadi.....potong kat pantri dan ambik gambarpun kat pantri jugak. Kalau nak buat food presentation memang tak bolehlah kalau kat pantri ofis sebab bila setiap kali staf masuk pantri dia akan tanya 'mengapa ambik gambar kuih tu....."....jenuh nak menjawap. Sorrylah food presentation fail.....cepat-cepat potong pastu pakai letak je atas pinggan dan terus ambik gambar.

Alhamdulillah kuih serimuka nie tak lembik dan tak keras.....sedang-sedang aje. Bila potong dengan pisau pun(pisau kat ofis tu, potong jaripun tak putus).....cantik je. Resepi nie adalah salah satu resepi dari kelas talam Chef Asma part 1.

Ini kali kedua saya buat seri muka guna resepi nie, jadi ada sedikit adjustment yang saya buat sebab saya tak suka makan pulut yang lembik....jom tengok resepi seri muka pandan nie.

SERIMUKA PANDAN
Sumber: Kelas Talam Chef Asma part 1

LAPISAN BAWAH
Bahan-bahannya:-
  • 500gm beras pulut
  • 250ml santan pekat (asal 300ml)
  • 250ml air (asal 300ml)
  • 1 1/2 tsp garam halus (asal 2 tsp)
Cara-caranya:-
  1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam 2 jam sahaja)
  2. Basuh bersih dan toskan sehingga air kering
  3. Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit
  4. Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati
  5. Masukkan dalam loyang dan tekan padat...contoh seperti gambar dibawah.

  6. Sapukan sedikit bancuhan lapisan bawah




LAPISAN ATAS
Bahan-bahannya:-

Bahan A
  • 250gm gula castor @ 200gm gula pasir (asal 300gm)
  • 80gm tepung kastard
  • 400ml santan pekat
  • 400ml air
  • 20gm daun pandan (diblender dengan air diatas
Bahan B
  • 3 biji telur-dipukul rata (asal 5 biji)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan esen
  • pewarna hijau secukupnya (jenama starbrand)
Cara-caranya:-
  1. Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata.
  2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau sehingga rata
  3. Tapis dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap
  4. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Sukatan diatas adalah untuk loyang 10 x 10 x 2

Nota:-
  • Saya guna sekotak santan pekat 500gm jadi saya cuma guna 200ml santan pekat dan 300ml air untuk lapisan bawah. Lapisan atas pula saya kurangkan santan pekat menjadi 300ml dan air ditambah menjadi 500ml.
  • Saya sapukan sedikit minyak diatas loyang 10 x 10, lepas tu saya lapik sekeping plastik diatasnya.


Tuesday, October 4, 2011

Tepung goreng pisang rangup


Berderet-deret pulak entry hari nie......saya buat goreng pisang guna pisang abu. Saja beli pisang sebab nak testing resepi tepung goreng pisang yang dikatakan paling ranggup kat blog hairul.com nie. Kebiasaannya kalau saya buat tepung goreng pisang, saya akan guna tepung beras, air kapur, telur, garam dan air sahaja tapi resepi dalam blog nie ada tambahan bahan-bahan lain lagi.

Saya cuba goreng petang semalam........saya cuma buat separuh daripada bahan-bahan dibawah dan ternyata ia adalah tepung goreng pisang yang paling sedap dan ranggup....memang tak sia-sia mencuba resepi nie. Habis sepinggan goreng pisang nie saya makan sorang-sorang.....masa nie kalori letak belakang. Tekstur dan rasanya seperti anda guna tepung goreng adabi....ada rongga2 tepung sebab dimasukkan baking powder.

Tepung goreng pisang ranggup
Sumber: Disini

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke link diatas. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.

Nota:-
  • Saya tidak guna santan pekat sebab tak ada, saya gantikan dengan kelapa kering sebanyak 2 sudu makan.

Cucur udang kuah kacang


Cucur udang, menu makan tengahhari hari sabtu lepas. Entry tertunggak lagi......inilah akibatnya bila geram kat celcom broadband terus pergi terminate tapi tak masukkan line baru. Saya dah daftar secara online untuk Unifi tapi akan dipasang pada 18hb nie. Jadi buat sementara nie tidak adalah line internet kat rumah. Maaflah jika saya tidak menjawap soalan atau khabar anda kat shoutbox blog ye sebab dekat ofis, facebook dengan shoutbox telah diblock oleh web marshall. Jika ingin hubungi saya, sila guna email. Click sahaja dibahagian sampul surat kat sebelah kanan blog ini. 

Kalau keluarga saya (orang utara), cucur udang kami makan bersama dengan kuah kacang. Adik perempuan saya telah berikan satu bungkusan ramuan kuah kacang segera. Buatan orang kampung sebab tak ada cap apa-apa cuma bungkusan plastik putih sahaja. Saya bahagi 2 dengan mak saya so saya masukkan dalam bekas plastik nie dan simpan. Bila teringin nak makan cucur udang cuma bancuhkan bancuhan cucur udang pastu goreng. Masukkan 2 sudu besar serbuk kuah kacang dalam bekas dan masukkan air panas ikut kepekatan yang dikehendaki. Senangkan....yang pasti ramuan segera kuah kacang nie sedap sangat.


Resepi cucur udang anda boleh guna resepi mat gebu di sini. Sama sahaja resepi yang saya guna, saya dah biasa buat cucur udang dari kecil so saya pakai campak-campak je dalam bekas tanpa sukat. Saya goreng tidak mengunakan senduk tapi buat macam jemput-jemput sahaja (malaslah tu). Cucur udang nie mak saya buat semasa meniaga pasar ramadhan kat tempat kami 15 tahun yang lepas.....lama kan. Masa tu bancuhan cucur udang memang saya yang buat.....sekali bancuh dekat 3 beg tepung gandum dan dibancuh dalam bekas bertutup yang besar. lepas siap semua bancuhan, adik lelaki saya yang akan bawa ke pasar ramadhan dan dia yang akan mengoreng disitu jugak. Yang pasti kuahnya adalah kuah kacang. Kuah kacang tak ada resepi sebab saya pakai yang segera.