Setiap pagi jam loceng saya akan berbunyi pada
5.50 pagi. Selepas bangun tidur....perkara pertama yang saya buat adalah
minum air kosong yang sentiasa berada ditepi katil saya. Pagi nie bekas
air tersebut kehabisan air....so saya terpaksa bangun
dan jalan ke dapur. Ketika melalui ruang tamu......hidung saya terbau
haruman bunga. Sedapnya bau bunga....memenuhi ruang tamu saya. Terpaku
sekejap....memang sedap sungguh bau bunga diwaktu subuh begini. Rasa
segar dan nyaman sangat.....saya terus masuk bilik semua dan ambil
kamera....ambil gambar bunga Hyacinth.
Bunga Hyacinth nie saya beli kat
Ikea.....pokoknya kecil sahaja.....masa beli saya ambil pasu yang pokok
bunga hyacinth belum berkembang....masih dalam kudup bunga dan pagi nie
semua kudup bunga tersebut kembang dan mengeluarkan haruman yang sangat
wangi.
Bila google dan dapat maklumat berkenaan bunga
Hyacinth nie....baru diketahui bahawa bunga nie digunakan untuk membuat
minyak wangi. Malah ada legenda berkaitan dengan nama bunga ini. Kononnya
dizaman dahulu ada seorang budak lelaki greek yang mempunyai rupaparas yang
sangat kacak telah menarik minat dua dewa iaitu Apollo dan Zephyr (macam
cinta sejenis je). Dalam perebutan mendapatkan budak lelaki nie telah
menyebabkan budak lelaki ini terbunuh. Selepas budak lelaki ini
mati.....ditempat dimana darah budak lelaki ini mengalir telah ditumbuhi
oleh sejenis bunga yang sangat harum....dewa Apollo telah menamakan bunga
tersebut sebagai Hyacinth sempena nama budak lelaki tersebut iaitu
Hyacinthus. Begitulah kisahnya bagaimana bunga ini mendapat nama.
Bunga ni tumbuh dari bebawang....sepokok kecil bunga hyacinth nie berharga RM9.90. Mula-mula nak beli 2-3 pasu tapi risau lak takut ia hanya sekali berbunga lepas tu mati. Nampaknya petang nanti kena pergi beli lagi beberapa pasu sebab saya dah betul-betul jatuh cinta dengan bunga nie.
2 comments:
eh best ni... nak juga la... tanam terus kat tanah laman ok tak?
kena google ni...
assalam kak, saya pun ada bunga ni, beli kat econsave rm9.88 warna pink dan ungu tapi belum berbunga..tak sabar tunggu..
Post a Comment