Saya tidak begitu mengikuti perkembangan muzik
semasa sekarang, anda boleh kata saya ketinggalan zaman sebab bila masuk
dalam kereta atau bila sampai ke pejabat setiap pagi....perkara pertama yang
saya buat adalah pasang radio RedFm....itu sahaja stesyen muzik yang saya
minat. Yang saya tahu pengaruh muzik korea atau K-pop memang telah
menular dikalangan anak muda/remaja kita. Semasa saya berada diasrama bulan
lepas, roomate saya muda daripada saya....berumur dalam lingkungan 28/29
tahun....mengunakan internet handphone.....kadang-kadang bila kami berehat
dibilik dia asyik dengan handphone untuk tengok video K-pop....kadang-kadang
dia menyanyi2 ikut muzik tu. Bila berbual tentang drama atau filem korea,
dia boleh tahu semua nama pelakon.....bercinta dengan siapa....perkembangan
semasa......wahhhhhh dasyatnya.....pengetahuan saya hanyalah setakat drama
korea sahaja.....jangan tanya saya siapa nama pelakon.....saya langsung tak
tahu nama mereka.
Saya bukan nak bercerita tentang drama korea
tetapi satu cerita berkenaan pengaruh k-pop pada remaja kita. Pada petang
jumaat lepas, saya ke gym. Ketika saya dibahagian treadmill, saya perasaan
ada 2 orang remaja dalam lingkungan umur 19-20 tahun rasanya. Dari segi
pakaian gym yang mereka pakai, boleh dikatakan mereka nie anak orang berada
sebab semuanya berjenama.....seluar gym ketat berjenama mahal dan baju
sendat tanpa lengan juga dari jenama yang sama....belum masuk kasut gym yg
juga dalam lingkungan RM400. Mereka menarik perhatian saya pada petang tu
ketika dimesin treadmill sebab dari gaya mereka bukan nak berexcersice tapi
nampak lebih nak bersosial.....senyum sana senyum sini.....jalan sana jalan
sini. Hampir sejam jugak saya berada di bahagian kardio, saya naik ke bilik
persalinan wanita. Sesampai dipintu bilik persalinan, saya terpandang 2
wanita berbogel.....hanya berseluar dalam sahaja. Saya cepat-cepat paling
muka kearah lain dan terus jalan ke loker saya. Ambil beg pakaian dan masuk
ke bilik kecil untuk menyalin pakaian sebab saya nak mandi. Saya terus
berjalan masuk ke bilik mandi tanpa pandang kearah wanita berdua nie. ketika
nie saya tak pasti samaada mereka berdua nie bangsa apa......selalunya
wanita berbangsa cina (hanya segelintir sahaja) atau wanita barat yang
selalu menyalin pakaian ditengah-tengah loker tanpa mahu masuk kebilik
persalinan yang disediakan. Mereka nie tak kisah tanggal pakaian dihadapan
orang lain dan berkeadaan telanjang.
Lepas mandi saya masuk kebilik persalinan
sekali lagi untuk pakai pakaian lain. keluar dari bilik kecil persalinan
saya terus pandang 2 wanita nie. Masyaallah!!!!.....wanita itu adalah anak
remaja berbangsa melayu...2 budak remaja yang saya nampak kat bahagian
kardio tadi. Kedua-dua budak nie yang bertelanjang bulat tadi....tapi
sekarang dah pakai baju. Anda nak tahu fesyen baju yang mereka pakai. Sila
tengok gambar kat bawah nie
Salah seorangnya memakai skirt
pendek.....sangat-sangat pendek, bila dia tonggeng....boleh nampak seluar
dalam warna putih. Berbaju seksi.....baju top sahaja tanpa lengan. rambut
ala-ala gaya girls k-pop nie. Mereka ambik masa yang lama kat cermin untuk
membetulkan rambut .
Salah seorang lagi memakai seluar pendek yang
ketat seperti diatas. Seluar tu amat singkat dan ketat. Baju pula senteng
dan leher baju terbuka luas sehingga mendedahkan sebahagian bahu. Mereka
begitu bangga dengan penampilan mereka.....berdiri lama dihadapan cermin
sambil membetul-betulkan pakaian dan rambut. Beberapa orang pengunjung gym
bangsa lain kadang-kadang memandang mereka dengan pandangan pelik. yang
berbangsa melayu pulak hanya mengeleng kepala. saya cuma mampu mengucap
panjang....saya tak dapat mengelak dari memandang mereka sebab loker saya
sebenarnya bersebelahan dengan loker mereka berdua nie. Bila saya guna
hairdryer, mereka juga berada disebelah saya mengunakan hairdryer. Dalam
hati saya mengucap panjang dan mampu mengeji pakaian mereka. Rosak sungguh
anak bangsa saya. Jika kita nak tahu apa yang akan terjadi kepada bangsa
kita 10 tahun akan datang.....tengok sahaja anak remaja kita hari
ini.....inilah keadaan bangsa kita 10 tahun akan datang. Oh ya waktu itu jam
sudah pukul 7.45 petang.....saya bergegas keringkan rambut dan
pakai tudung untuk ke surau tapi anak remaja nie sedang bermekap tebal
untuk aktiviti malam mereka.
Inilah pengaruh buruk K-pop, pakaian yang
tidak sesuai oleh group wanita ini menjadi ikutan anak-anak remaja
kita. Jika saya ada anak remaja seusia ini......hati saya tidak akan
tenang. Apartmen saya telah dijadikan asrama untuk para pelajar kolej
Segi dan kolej jururawat........saya lihat kelakuan mereka.....sikap lembut
dan sopan santun bangsa melayu dah tak wujud dalam diri mereka.....bukan
adap sopan melayu sahaja yang hilang tapi nilai-nilai Islam tiada dalam diri
mereka.......bulan puasa kita umat islam hendak berbuka puasa.....azan
magrib sedang berkumandang tiba-tiba kedengaran bunyi mercun kuat sehingga
membuatkan anda terkejut......itulah beruk-beruk yang tak reti bahasa main
mercun di tingkat apartment....suara menjerit-jerit dan bersorak
menengelamkan suara azan. Saya amat kasihankan tuan rumah yang menyewakan
apartment yang mereka beli dengan harga RM220 ribu keatas kepada kolej ini.
2 comments:
tak sangka ramai jugak yg ikut cara pemakaian korea ni...tapi memang tak leh nak sangkal...yg baju2 artis wanita ni memang seksi..kadang2 kita pun tak sanggup nak tengok....rasa saya kalau kat korea pun..yg pakai skirt pendek2 cam gini artis bila buat pertunjukan pentas je..kalau diaorg ni kat luar..pakai baju macam biasa je..ini la masalahnya bila tak pandai pilih mana yg baik dan buruknya....:)
Salam quinnie,
sebenarnya pakaian mcm tu mmg dah jadi ikutan kat sini, gym kat the Curve tu bersebelahan dgn pub. Bila tgk mrk bersiap mcm tu....dah tau destinasi mrk. Bdk2 melayu nie cantik sgt quinnie, kalau mrk tak bercakap dalam bhs melayu saya boleh kata mrk nie bangsa lain sbb tiada iras melayu.
Post a Comment