Alhamdulillah selesai sudah proses
mengaplikasi 5S kat pejabat kami. Selama 3 minggu bertungkus lumus
menyiapkan semua kerja-kerja menyisih, menyusun, melabel (menyapu ditugaskan
kepada cleaner). Memang agak penat.....terlalu penat sebenarnya....penat
bukan dengan kerja-kerja menyiapkan 5S tapi penat dengan sikap-sikap
segelintir pegawai. Kat mana-mana organisasi akan ada manusia jenis nie kan.
Saya tak nak bercerita tentang apa itu 5S....sebab anda boleh google aje
kalau nak tahu....banyak info tentang 5S nie tapi saya nak bercakap tentang
perkara-perkara yang berlaku sepanjang tempoh 3 minggu ini. Masa boss terima
arahan dari HQ untuk melaksanakan 5S diorganisasi kami maka kami mula terasa
agak keberatan. Boss telah 'menghentikan' semua kerja-kerja kami malah cuti
kamipun dibekukan...dan semua orang diarahkan memakai baju biasa datang ofis
dan buat kerja 5S. Semua pegawai mula bimbang apa akan jadi pada tahun
hadapan bila kerja kami 'diberhentikan'....selalunya dalam tempoh 3 bulan
terakhir kami akan bertungkus lumus mendapatkan 'stok kes' yang harus
diselesaikan tahun hadapan tapi tahun nie boss berani bagi arahan supaya
kerja diberhentikan selama 3 minggu.
Dalam proses mengaplikasikan 5S bagi pejabat
kami memang agak mencabar sebab 80% staff adalah pegawai, pegawai senior dan
boss. Kami bekerja dalam kumpulan, satu kumpulan ada 3 atau 4 pegawai
dengan diketuai oleh seorang pegawai senior. Bila dah terlalu ramai pegawai
maka ramailah tiba-tiba cuba menonjolkan diri. Masing-masing ada ego yang
sebesar alam dan setinggi gunung. Ada yang jadi gila kuasa......nak cuba
jadi leader dan rasa diri serba tahu, hebat sampaikan pendapat orang lain
langsung tak nak dengar. Kita baru nak bagi idea terus
ditentang....yang dia tahu kita kena ikut cakap dan arahan yang dia dah
keluarkan. Sampaikan kita tertanya-tanya....bila kita lantik dia nie jadi
ketua....siapa ketua sebenarnya nie?.
Itu yang gila kuasa....belum masuk lagi
pegawai senior yang bersikap pesimis. Hendak mintak duit RM50 seorang untuk
dimasukkan dalam tabung 5S pun jadi isu. Mintak RM50 dari poket orang yg
bergaji RM9-12 ribu macam nak mintak 50 ribu......kecoh dalam meeting sampai
akhirnya diturunkan menjadi RM30 seorang. Berkira sungguh....sampaikan nak
belanja staff yang sanggup datang hari sabtu dan ahad buat kerja 5S pun jadi
isu....."kenapa kami nak kena bayar makan orang yang datang buat kerja hari
cuti.....sapa suruh datang". Komen dan kritik semua perancangan 5S yang
dibuat "cara pelaksanaan nie salah....kalau saya, saya akan buat macam
nie, macam tu.....saja malas nak bagi cadangan nanti saya yang kena buat".
Penat sungguh nak layan kerenah manusia pesimis macam nie. Manusia jenis nie
adalah dalam kategori no 4 kat bawah.....langau. Itu langau......mayat hidup
pun ada iaitu jenis pekerja no 6. Dia nie langsung tak buat kerja.....asyik
lesap dan hilang. kerja dia orang lain yang kena buat......malah kami semua
pegawai terpaksa bergotong royong buat kerja pembantu am rendah (PAR)
sebab PAR kami sibuk jadi mandur kat tempat lain. Kita tegur....kita
perli....kita marah...dia buat dek aje.
Kata-kata renungan oleh Ungku Aziz seperti
dibawah nie, saya tampalkan di board kat depan komputer saya supaya ia
menjadi ingatan kepada saya akan sikap manusia dan saya harus menjauhi sifat
ke 2 hingga 7. Saya pasti kat pejabat anda pun ramai yang berada dalam
kategori nie.
1. Rajin kerja, malas bercakap = KENA
BULI
2. Malas bekerja, rajin bercakap =
WAYANG CINA
3. Malas bekerja, malas bercakap = TAK
GUNA
4. Malas bekerja, suka mengadu =
LANGAU
5. Malas bekerja, suka ponteng = BAIK
BERHENTI
6. Malas bekerja, suka termenung =
LEBIH BAIK MATI
7. Rajin bekerja, rajin mengadu = KAKI
BODEK
8. Rajin bekerja, rajin bercakap =
BAGUS
Saya dapat tugasan menjaga dan mencantikkan
pantri. Sistem 5S bukan perkara baru pada saya kerana ketika di kilang
dahulu, kami telah mengaplikasikan 5S. Perkara pertama yang harus diberi
perhatian adalah fungsi sesuatu lokasi atau tempat. Pastikan fungsi itu di
ketengahkan. Lokasi itu dikemaskan dan harus nampak teratur dan memudahkan
orang bekerja. Itu yang harus diberi tumpuan dahulu bukannya bagaimana
hendak mengindahkan lokasi tersebut. Indah dan hias adalah perkara terakhir
yang harus dibuat.
Bila dipertanggungjawapkan untuk menjaga pantri, perkara pertama yang saya buat adalah menyisih dan menyusun atur peralatan dapur yang berterabur dimerata-rata dalam kabinet (bukan saya buat.....saya upah cleaner buat kerja lebih masa). Peralatan dapur dah tersusun dan teratur lepas dibayar RM60 sebulan untuk 30 minit setiap hari bagi menyusun dan mengemas pantri. Kat ofis kami nie 85% adalah lelaki.....tahu2 sajalah kalau ramai lelaki....minum air gelas letak atas meja, lap tangan...tisu letak atas meja, basuh peralatan dapur tapi semuanya berlonggok dalam bekas sejat pinggan. Makan biskut....tin biskut berterabur atas meja....lepas 5S....semua tu dah tak jadi masalah lagi. Itu kebaikkan 5S yang kita boleh nampak serta merta.....keadaan menjadi lebih kemas dan teratur.
Selepas proses menyisih dan
menyusun, saya dan rakan datang hari ahad untuk mengecat. Kami cuma
beli cat air yang murah berwarna oren dan cat sendiri separuh dari dinding
sebab kawasan tu kelihatan kotor. Seharian dah siap, keesokkan harinya
barulah kami pasang line border. Untuk mewangikan laci-laci dan kabinet,
kakak cleaner yang saya upah tu mencadangkan supaya dimasukkan daun pandan
dalam setiap laci kabinet dapur. Kakak cleaner tu sanggup bawak daun
pandan.....punyalah banyak dia bawak sampai saya boleh masukkan dalam pasu
kaca. Pantri kami jadi wangi dengan daun pandan malah lipas-lipas tidak
ganggu laci-laci lagi.
Inilah hasilnya kerja saya dan seorang rakan.
Kami berdua berusaha mengindahkan dan menjadikan sudut pantri sebagai tempat
yang teratur dan tersusun. peraturan-peraturan di buat supaya semua orang
bertanggungjawap menjaga pantri supaya kemas dan bersih.
Disudut informasi nie tiada tempoh masa
pengunaan pantri diletakkan. Ada jugak kesalahan yang kami lakukan......dia
tonjolkan kesalahan tu sampaikan kami rasa sangat-sangat kecewa bila dengar.
Selepas penat lelah selama 3 minggu
menyiapkan lokasi2 yang dipertanggungjawapkan termasuk di lokasi
lain......isnin lepas pemeriksa 5S ibupejabat datang melawat. Dia tak
tengok pun cantik ke tidak kawasan yang kita buat.....yang dia datang cari
adalah kesilapan. Dia akan cari setiap kesilapan......akhirnya dipantri
dia jumpa satu iaitu.....
Dalam ruangan pantri saya tak banyak
habiskan duit beli bunga-bunga untuk mengindahkan kawasan. Saya cuma beli
pokok kecil nie di Ikea berharga RM2.10 dan letakkan dalam cawan hadiah
biskut Jacob's. Daun pandan sebagai pewangi dan pakok pandan sebagai
hiasan dalam pasu kaca. Semuanya tidak mengeluarkan belanja yang banyak
kecuali cat, line border dan gambar-gambar hiasan yang dibeli dengan harga
RM5 sekeping.
Ini pula adalah keadaan bilik saya selepas
5S. Saya lakukan semua perkara yang dikehendaki oleh 5S dalam kawasan
bilik pegawai. Penilai datang kebilik dan dia masuk tengok
sekeliling.....dia senyap aje kemudian dia jumpa satu kesalahan yang saya
buat iaitu kabinet kecil warna pink itu. Dia kata ' nie satu
kesalahan....awak cuba nak buat pantri kat bilik ke?'. Salah seorang
pegawai kata "pantri kat tingkat 17, agak sukar kami kat tgkt 15 nie naik
ke atas semata-mata untuk ambil air masak.....kat depan bilik dia ada
water filter so dia letakkan sebiji mug bagi memudahkan dia
ambil air masak, lagipun kat kabinet nie hanya ada nesvita sahaja bukan
nak buat pantri cuma nak simpan barang peribadi". Masa tu rasa geram
sangat sebab rasa macam penilai tu datang nak cari salah bukan nak buat
penambahbaikkan. Konsep 5S disalahertikan......ia dijadikan sebagai satu
pertandingan. Sepatutnya dia tegur yang mana ada kekurangan dan kemudian
minta supaya ditambahbaikkan bukannya memperjatuhkan semangat orang dengan
mencari kesalahan dan mengabaikan susah payah kakitangan berusaha untuk
menjayakan 5S tanpa satu sen peruntukan dari ibupejabat.
Itulah serba sedikit cerita tentang 5S
dipejabat kami. Walauapa sekalipun....rasa puas bila tengok pejabat kami
bersih, kemas dan teratur. Semua orang berkerja keras dan sama-sama
berusaha kecuali beberapa orang yang mengeruhkan keadaan. Keadaan tu
biasalah....dimana-mana tempatpun akan ada manusia macam nie. tak terlepas
juga dipejabat kami tapi itu adalah satu cabaran dalam menjayakan satu
rancangan.
4 comments:
salam..mokwo suka tengok keaadaan pantry tuh...ala2 dining kat hotellah tuh! great job!
cantik pantry tu... saya pun suke tengok... nnt kita nak ceduk idea la... buleh kan... ;p
owh... pasal perangai org yg suke mengelat waktu buat kerja-kerja pembersihan 5S tu... biasa la... kite hadap jugak...
masa buat kerja hilang, bila sampai sesi makan - ada... haih... mcm2 alasan... yg semput, yg sakit kaki, sakit pinggang... segala mcm sakit la keluar hari tu...
yg banyak kerja sampai tak bole stop pun ada walaupun bos dah arahkan berenti kerja-kerja lain... heran sungguh...
memang sakit hati bila berdepan dgn org cam gini...apa2 pun tahniah..cantik dan kemas bilik dan patry tu..:)
tahniah! maklumbalas yg sngt berkesan untuk pembaca2 yg belum terlibat dgn aktiviti2 5S. dgn 'cabaran' kerenah kakitangan yg x mahu bekerjasama, saya rasa hasilnya sgt2 memuaskan. syabas..
Post a Comment