Wednesday, September 28, 2011

Talam Lapis Permata

Hari nie ada operasi 5S kat ofis, so kami semua kenalah bergotong royong membersihkan stor. Saya buat Talam Lapis Permata untuk dibuat sebagai sarapan sebelum semua memulakan kerja.  

Resepi Talam Lapis permata nie saya ambil kat majalah Rasa keluaran October 2011, sumbangan Chef Asma. nampak cantik sangat gambar Talam dalam majalah tu. Bila buat dan bawak ke ofis pagi tadi ternyata kuih yang cantik menarik nie tidak mendapat sambutan daripada rakan-rakan sekerja. Saya cuba makan sepotong ternyata tepung ubi menyebabkan kuih nie melekat dekat tekak.....terasa macam makan gam (ingat tak tepung ubi dibuat gam masa kecil dulu). Manis dan lemak dah ok......cuma mungkin kepada yang ingin mencuba, kurangkan pengunaan tepung ubi tu dan lebihkan tepung beras....ini cadangan saya saja lah. Jom tengok resepinya:-

Talam Lapis Permata
Sumber: Sumbangan Chef Asma, Majalah Rasa Oct 2011

Bahan-bahan:-
Bahan Lapisan Permata

Bahan A
  • 50gm sagu kecil berwarna pink
Bahan B
  • 90gm tepung beras (jadikan ia 120gm tepung beras)
  • 80gm tepung ubi (kurangkan kepada 50gm sahaja)
  • 150ml santan pekat
  • 100ml air
Bahan C
  • 140gm gula kastor
  • 100ml santan pekat
  • 200ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan C sehingga gula menjadi hancur (suam kuku)
  2. Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata, tapiskan
  3. Masukkan pula bahan A dan ketepikan sebentar
Bahan Lapis Berwarna

Bahan D
  • 150gm tepung beras (jadikan 270gm tepung beras)
  • 270gm tepung ubi (Kurangkan kepada 150gm sahaja)
  • 250ml santan pekat (saya kurangkan kepada 200ml sahaja + 50ml air)
  • 250ml air
Bahan E
  • 240gm gula kastor (saya kurangkan kepada 200gm sahaja)
  • 200ml santan pekat (saya kurangkan kepada 150ml santan + 50ml air)
  • 300ml air
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan
Bahan F
  • Pewarna hijau secukupnya
  • Esen pandan secukupnya
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan E sehingga gula cair (suam kuku)
  2. Setelah itu, bancuh bahan D dan satukan dengan bahan E. Tapis dan bahagikan kepada 4 bahagian. Satu bahagian pink, satu bahagian putih dan 2 bahagian hijau yang dicampur dengan sedikit esen pandan.
Cara-cara melapis:-
  1. Mula-mula masukkan bahagian merah dan kukus selama 10 minit.
  2. Kemudian masukkan putih, kukus 10 minit. Masukkan pula bahagian hijau, kukus 10 minit.
  3. Masukkan pula bahagian lapisan permata dan kukus 10 minit
  4. Akhir sekali masukkan bahagian hijau dan kukus selama 25 minit.
  5. Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.
Nota:-
  • Saya guna sagu kecil yang berwarna putih. Saya masukkan pewarna merah + air dan rendam sebentar sehingga ia menyerap warna kemudian tapis sehingga kering air.
  • Gula dibahagian E, saya kurangkan kepada 200gm sahaja.
  • Jika anda ingin mencuba, saya cadangkan anda lebihkan tepung beras berbanding tepung ubi. Cadangan seperti tulisan berwarna biru di atas.
  • Sukatan diatas adalah untuk loyang bersaiz 9 x 9 atau untuk 10 orang makan.
  • Bahagikan bahan kepada 2 bahagian jika keluarga anda hanya 4-5 orang.