Monday, January 31, 2011

Spageti/pasta Goreng Mamak

Saya buat spageti goreng mamak sebagai bekalan tengahhari semalam ketika membasuh rumah baru. Selepas shopping di Tewah, saya terus ke Kota Damansara untuk cuci rumah atau yang lebih tepat saya curah air ke lantai bagi memastikan lantai semua ruang dalam rumah saya dalam keadaan baik, tiada tinggi sebelah. Saya ingat lagi ketika menyewa di Shangvilla Condo, salah satu bilik dikondo tu senget. Saya tak mahu hal ini berlaku di apartment saya.


Sebelum keluar rumah terfikir nak masak apa sebagai bekalan sbb malas nak singgah kedai. Mee tak ada, mihun pun dah habis......yang ada cuma spageti. Teringat akan resepi pasta goreng mamak dalam majalah Rasa Feb 11. So saya pun mencubalah resepi yang berbeza dan unik ini.
Spageti/pasta Goreng Mamak
Sumber: Majalah Rasa Feb 2011
Publish & Photo by resepidaria.blogspot.com


Bahan-bahannya:-
  • 500gm spageti (dicelur sehingga masak dalam air yang dipanaskan bersama sedikit minyak)
  • 4 biji bawang merah-dikisar
  • 3 ulas bawang putih-dikisar
  • 3 susu makan cili kisar
  • 2 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 biji tomato (dipotong 4)
  • 20gm taugeh
  • 1 keping tauhu (dipotong kecil)
  • 1/4 lobak merah-dihiris kecil
  • 2 hiris timun-hiasan
  • sedikit daun bawang
  • 2 hiris limau nipis-hiasan
  • sedikit daun bawang
  • Garam dan gula secukupnya
  • sebiji telur dan 2 sudu makan udang kering (ini saya tambah)

Cara memasak:-

  1. Panaskan 1 sudu makan minyak dan goreng tauhu sehingga sedikit garing. Angkat dan kemudian masukkan pula telur (dipukul perlahan) dan goreng sebentar. Angkat dan ketepikan. (cara nie saya tambah dari resepi asal)
  2. Panaskan 1 sudu makan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan cili kisar bersama kicap masin, sos tiram, udang kering,garam dan gula. Biar masak sehingga garing. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
  4. Masukkan spageti dan gaul rata.
  5. Masukkan tauhu, lobak merah dan cili merah. gaul rata.
  6. Masukkan pula telur goreng, tomato dan daun bawang.
  7. Angkat dan hidangkan bersama timun dan hirisan limau.

Nota:-

  • Saya tak masukkan daun bawang, cili merah, lobak merah sbb tak ada. Saya masak sempoi sangat sebab yang paling penting adalah rencahnya.

Sunday, January 30, 2011

Pilih langsir

Saya nak maklumkan bahawa alamat email saya iaitu [email protected] telah diserang virus dan blog saya yang mengunakan email bdaria10 juga telah ditutup oleh sistem. Oleh itu blog semangkuk sup dan secawan kopi sudah tiada lagi. Kepada rakan-rakan yang selalu mengemail saya dialamat email diatas......saya akan berikan alamat email baru saya. Sebenarnya sudah lebih seminggu saya hadapi masalah dengan alamat email tersebut.....banyak email yang saya tak dapat baca. Saya risau jika facebook saya juga akan ditutup sbb facebook tersebut guna alamat email bdaria10.

Sejak saya dapat kunci sehingga hari nie, saya terlalu sibuk.....sibuk kesana kemari mencari barang2, peralatan, kontraktor dll. Semalam saya rasa terlalu penat.....dan rasanya saya tak boleh handle seorang diri. Saya call adik lelaki saya minta dia datang tolong saya. Rupanya bukan senang nak pindah rumah baru.....banyak kerja tambah pulak saya handle seorang diri.

Proses pindah rumah ini banyak memberi pengajaran dan ilmu baru. Perkongsian pengalaman blogger2 dialam maya amat membantu terutama bagi saya yang langsung tiada pertolongan dari sesiapa. Banyak blog2 yang bagus ditemui semasa saya cuba mendapatkan maklumat berkaitan hal-hal rumah baru. Oleh sebab itulah saya akan catatkan pengalaman yang saya tempuhi untuk dikongsi bersama.....mudah2 cerita saya dapat membantu orang lain pula.

Semalam, saya sepatutnya berjumpa dengan seorang tukang jahit untuk ukur, jahit langsir, pasang rod langsir tapi saya terpaksa batal sebab secara tiba2 adik perempuan saya call mengatakan dia ada di KL. Dia ikut suaminya yang bertugas dan minta saya ambil dia di hotel. Dia teringin nak ke Ikea. Jam 12 pula barang2 yang saya beli di Harvey Norman akan sampai so pagi2 lagi saya bawa adik saya ke Ikea dan harap diahabis shopping sebelum jam 12. Tapi biasalah perempuan kan, first time pulak gi Ikea maka jam 11.45pagi pun belum siap lagi. Saya dah asyik tengok jam saja.....hai banyak lagi ke. Tiba2 call masuk, driver HN dan sampai kat umah.....oppppsss awalnya janji jam 12 hingga 3 petang. Saya tinggalkan adik saya dalam Ikea dan terus drive ke rumah baru. Sesampai kat umah dan 12.15 tengahhari, tengok muka driver HN tu masam mencuka. Marah sungguh......bukan salah saya dik oiiiiii. Petang jumaat seorang pekerja HN call saya "saya nak beritahu puan yang barangan puan kana dihantar dalam jam 12 sehingga 3 petang" saya tanya dia "boleh bagitahu masa yang tepat tak sbb itu rumah baru...saya tak duduk situ". Dia jawap "puan tanyalah driver lori" dia terus letak phone. Sistem customer services negara kita memang berada ditahap yang amat buruk........ini syarikat swasta kalau kerajaan huhhhhh tak payah cakaplah.....masing2 tahu sendiri sebab ia pun berlaku pada anda jugak bukan saya seorang.

Inilah peti ais dan mesin basuh yang saya beli semasa offer sales HN baru-baru nie. Dah sebulan lebih beli tapi mintak dia simpan dulu jangan hantar lagi sebab rumah belum dapat kunci.


Abaikan pasu dan pokok atas peti tu, pasu tu tgh offer kat Ikea.....pokok buluh tu hy RM3.9 so saja beli. letak atas peti ais sbb itulah saja tempat yg boleh diletak.


Pagi nie pulak, saya pergi ke Kedai langsir Tewah, Tesco Shah Alam untuk tengok kain2 langsir. Saya dah pergi ke Macy.....mahal sangat tak mampu nak beli lagi. Banyak lagi duit nak pakai so kena berjimat sikit supaya semua barang boleh dibeli ikut peruntukan. Saya banyak tenguk forum2 yang membincangkan hal kain langsir nie kat internet.....mereka kata kain di Tewah murah dan agak berkualiti.




Rumah baru saya banyak tingkap lebar begini. Ini tingkap dalam bilik utama dan tingkap ruang tamu juga mempunyai 4 panel begini. Untuk menampakkan ruang besar.....langsir perlu labuh sehingga ke lantai. Bila nak beli kain langsir anda perlulah tahu banyak mana nak beli, berapa kos akan terlibat, cukup tak dengan budget anda. Saya dapat maklumat berguna nie dari blog ini
. Contoh pengiraan mudah diberikan seperti berikut:-

Contoh pengiraan untuk langsir jenis French Pleat.



Formula adalah darab dua (x2
) - Bermaksud lebar rail dikalikan dengan dua. Gandaan dua untuk menghasilkan kedutan sekata. - Langsir yang cantik terletak pada formula kiraan yang betul - Tidak terkecuali teknik menjahit yang betul.


contoh kiraan untuk lebar rail 60inci labuh 78:-


60 x 2 = 120inci


120inci perlu dibahagikan dengan lebar bidang kain. (terpulang pada bidang kain yg puan2 beli, cth 54inci, 60inci, 110inci). contoh kita ambil bidang kain 60inci

120inci bahagi 60inci = 2 bermakna 2 keping (bidang) diperlukan.


Untuk mengetahui meter kain yang perlu dibeli
.


(amat penting untuk memudahkan proses membeli fabrik yang diperlukan)


78inci + 10inci (basi jahitan) menjadikan 88inci


88inci x 2 (keping kain yg dikira diatas tadi) menjadikan 176inci


Di bahagikan pula dengan 39inci (bersamaan 1 Meter) 176 bahagi 39 = 4.5m
(ini bermakna 4.5m kain yg perlu dibeli untuk ukuran seperti diatas).



Ini pula tingkap untuk bilik ke dua dan ketiga. Tingkap tiga panel.....memang banyak sungguh nak pakai kain. Semasa di Tewah saya hanya beli kain langsir untuk tingkap ruang tamu dan bilik utama sahaja. Untuk kedua2 tingkap nie saya dah habis RM434. Tu baru 2 tingkap.....belum upah lagi....belum beli rod langsir lagi....fuhhhh peluh keluar menitik bila fikir bab duit nie. Oh ye gambar blur sikit sbb semalam kan seharian hujan.....kat luar tu tengah hujan lebat, gambar pun blur je.


Tips untuk anda: Untuk jimat bagi lebar ukuran tingkap dalam 98 hingga 110, anda cuba dapatkan kain yang berbidang 120 inci. Ini bermakna anda hanya guna 2 keping sahaja. Harga satu meter bidang 120 inci adalah RM28.50 @ RM22.50(yg sy pilih) sedangkan kain bidang 60 inci juga berharga dalam lingkungan RM18-28.50 semeter (bagi kualiti yg sama, ada jugak yg murah tapi saya pilih count thread 150 supaya langsir jatuh dengan cantik). Kalau pakai kain bidang 60 inci anda kena guna 4 bidang so mahallah langsir anda sbb banyak pakai kain.


Kat Tewah juga ada tawarkan menjahit langsir tapi workmanship dia kurang kemas. Kita dapat tengok dari contoh2 langsir yang dipamerkan. Saya ada mintak dia kira berapa upah jika saya nak jahit langsir untuk 2 tingkap lebar 98 inci dan tinggi 112 inci....upah dekat RM230 (ini bukan yang berscalop2 tu ye.....yang stail french pleat tu je). Terasa sayang duit sbb kat umah kampung, saya yang jahit langsir sendiri. Jika tengok warna cat dinding.....saya tak suka kuning air......saya nak putih bersih, nampaknya kena cat balik dinding tu.



Week 16, weight in results

Alhamdulillah dalam sibuk2 menguruskan perpindahan ke rumah baru, ada kalanya diet saya tidak terjaga sbb dalam minggu lepas saya banyak makan diluar. Bila timbang pagi tadi wow.....turun 0.9 kg minggu nie. Syukur sangat......saya masih on track.
Dah 16 minggu saya jaga makan dan bersenam dengan teratur (kadang2 terbabas jugak bila emosi terganggu). Dah 11.2 kg turun setakat nie.....on the way to 65kg, maknanya kena turun lagi 3.2 kg sebelum Mac 2011.


Anda tahu apa yang paling mengembirakan saya hari ini......tuuuuu cuba lihat kat bahagian waist, saya berjaya mengurangkan ukurlilit sebanyak 2 cm. Yesssss.....susah tau nak turun bahagian nie, jenuh dok buat plank, push up dan macam2 lagi lah. Tak rugi saya setia dengan kelas pilates yang guna fitball. I love this classes wp hanya seminggu sekali diadakan.

Friday, January 28, 2011

Apam Snow White

Apam snow white nie saya buat pada malam nie. Hari nie tak jadi pergi gym sebab nak tunggu technician dari Fagor datang untuk baiki oven saya. Tunggu punya tunggu....tak datang. Tunda hari selasa nie. Masa kat ofis tengahhari tadi ada bukak myresepi. tengok laporan masakan, kak besah dah cuba resepi nie dan dia kata amat sedap so saya terujalah nak mencuba. Yalah tak payah pakai tapai nasi dan tak guna eno.....nak tahu jugak kenapa ia dipanggil apam snow white.....beza sangatkah dari apam beras. So saya masak nasi dan buat separuh dari sukatan resepi......gi beli kelapa parut. Mula2 nak suruh tokey kedai tu paruh putih tapi bila tengok kelapa tu kecik gila so tak jadilah parut putih.....parut habislah. Mintak separuh aje......masa nak bayar hulurlah RM1, dia kata 'kak kelapa separuh RM1.10 ", mak aiiii mahal gila kelapa sekarang nie.....maknanya sebijik RM2.20 lah. Patutlah santan kotak laku sunguh kat supermarket.....always kosong kat rak.

Saya masukkan banyak gambar apam nie. gambar yang pertama nie adalah kukusan pertama yang diperap sejam sebagaimana resepi......hasilnya agak padat sikit tapi tetap sedap.



Ini pula adalah kukusan kedua yang diperap dalam sejam setengah. Nampak lebih gebu sedikit.




Ok, sekarang apa komen saya tentang apam snow white nie. SEDAPPPPPPPP.....habis rosak diet akak malam nie.....kalori lari.....terlebih-lebih kalori sbb makan kat 5-6 biji. Ia tidak segebu kapas (seperti apam yg bubuh eno) tapi ia gebu yang sedikit padat dan seperti apam beras tapai nasi. Walaupun ia tak merekah tapi memang bestlah.....alternatif bagi yang tak ada tapai. Ini resepinya jika anda juga ingin mencuba.....terima kasih buat qnq0910 kerana kongsikan resepi nie di Myresepi.


Apam Snow White

Publish dan Photo by http://resepidaria.blogspot.com/


Bahan-bahannya:-

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)

  • 2 cawan nasi

  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam (tambahan)

Cara-caranya( saya ubahsuai sedikit cara-cara dari resepi asal):-

  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar

  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.

  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.

  4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.

  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.

  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.
  7. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana kuat.

Nota:-

  • Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.

  • Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.

  • Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi.
  • Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

hobi baru




Dah dapat hobi baru.....terpengaruh dengan kawan-kawan. Seronok tengok kawan2 dok beli emas, dinar emas atau perak. Saya nie disebabkan dapat rumah baru dan nak pindah rumah, duit memang disimpan khas untuk itu. Bukan sikit2 duit yang diperlukan untuk masuk rumah baru nie.....dekat dua puluh ribu jugak habis. Teringin sangat sebenarnya nak simpan emas nie.....tengok seketul emas dalam tangan....woi bestnya. Tak payah risau nilai akan turun seperti duit....harganya akan naik dalam jangka masa panjang dan ia merupakan pelaburan yang selamat. Tak dapat beli emas....beli dinar perak pun jadilah kan.

Inilah koleksi saya setakat nie.....tak pe beli sedikit demi sedikit. Bulan depan beli lagi coin perak nie. Saya suka coin nie sebab ukirannya halus dan cantik sangat. My fren ada coin perak dari pelbagai negara. Saya cuba nak dapatkan koleksi macam tu....tunggulah bila habis proses pindah ranah nie. Sikit2lah.

Jika anda berminat dengan dinar emas dan perak silalah pergi ke blog ini http://www.goldemas2invest.com/



Tuesday, January 25, 2011

Pasang lampu dan kipas dirumah baru

Hari nie selesailah satu kerja dalam senarai tugas2 yang perlu dibuat ketika hendak masuk rumah baru. Semua lampu2 dan kipas saya beli di kedai Houses lightings, puchong. Ini adalah kedai lampu yang paling murah yang saya temui setakat ini. Ada satu kedai lagi iaitu Top Ten lighting dekat tesco puchong....harga disini mahal sedikit dari Houses lightings, beza dalam RM6-10 bagi setiap satu item. Contohnya bulb save energy (15w), kat Houses harga dalam RM7 satu tapi kat Top Ten berharga dalam RM10.50 satu....tempat lain seperti dikedai lampu kat Kota damansara yg saya kunjungi, harga satu bulb dalam RM14. So banyak penjimatan jika kita hendak beli dalam kuantiti yang banyak jika ke kedai houses lightings ini.


Inilah satu kelebihan jika kita memiliki internet......saya perolehi maklumat nie dari internet. Terima kasih kepada penulis blog yang bercerita berkenaan pengalaman mereka dalam proses perpindahan kerumah baru. Banyak info yang mereka kongsi. Beberapa kedai disenaraikan dan saya kunjungi satu persatu sambil membandingkan harga kemudian last sekali sampai kekedai Houses of lightings nie. Bila tengok harganya lebih murah dari kedai2 lain yg saya pergi maka kat sinilah destinasi terakhir saya untuk membeli lampu dan kipas.



Oleh kerana saya tak buat plaster siling maka saya terpaksalah pilih lampu yang macam nie untuk cover. Simple tapi agak menarik. Saya beli 7 lampu nie untuk dipasang diruang tamu, laluan ke bilik dan bilik utama. Satu lampu nie berharga RM59 (saya tukar bulb ke 38w so harganya menjadi RM59, harga asal dalam RM35). Tak ingat harga asal sbb dalam bil dia tulis sekali dengan harga lampu dan bulb. Saya tukar bulb kepada bulb yang jenis save energy so sbb tu harga bulb lain.



Lampu hiasan/lampu tiang nie dibeli dengan harga RM49.



Lampu dinding yang saya letakkan mengadap pintu masuk. Harganya dalam lingkungan RM49. Kat Top Ten ia berharga RM59.



Ini lampu diruang utama. lampu yang paling mahal sedikit dari lampu2 yang lain. Ia berharga RM170 termasuk 5 bulb yang saya tukar ke bulb save energy yang berharga RM12 setiap satu.




Kipas angin jenama KDK 4 blades. Kat rumah baru saya nie ada 5 poin kipas angin yang disediakan oleh pemaju. Mula2 ingat nak pasang satu je tapi bila congak2 balik, baiklah sekali gus saja pasang so saya pergi semula kekedai Houses of lightings untuk tambah lagi 4 kipas. Satu kipas nie berharga RM229 (kat Top ten ia berharga RM239). Kos keseluruhan untuk semua lampu dan kipas adalah RM2000.




Selain kipas dan lampu2 yang saya tunjukkan, saya juga beli lampu simple untuk dipasang dalam toilet dan ampaian. Harga satu lampu adalah RM5. Jika kita beli lampu disini kita dapat beli cermin besar yg berharga RM35 satu yang saya letakkan dalam toilet. So jika anda berminat nak beli lampu atau kipas silalah kesini:-



Houses Lightings Sdn Bhd

No 33 & 35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama
47100 Puchong



Psstt kat sinikan ada satu kopitiam yang jual lempeng kelapa....my fren said best sangat kalau dapat lepak kat sini sambil minum kopi bersama lempeng kelapa. Kedai kopitiam nie bersebelahan dengan Houses lightings.




Oh ye kedai nie juga ada rekemenkan seorang kontraktor untuk pasang lampu dan kipas. Caj yang dikenakan kepada saya ialah RM8 untuk lampu dan RM15 untuk kipas. Keseluruhan kos pemasangan adalah RM194 untuk 14 lampu, 5 kipas dan 2 cermin. Kalau anda rasa caj ini murah anda boleh hubungi kontraktor ini iaitu Ah Hwa 019-361 2345.




Monday, January 24, 2011

Nasi lemak mentah dan basi






Pagi Ahad, saya singgah jap kat Giant (kecil) kat Kelana Jaya sbb nak beli beberapa barang untuk bersihkan rumah baru. Selepas selesai shopping serba sedikit, saya berjalan ke kereta. saya nampak seorang perempuan yang meniaga nasi lemak (bertentang dengan Giant kecil). Tiada seorang pun pelanggan dia....dari saya keluar kereta sebelum masuk Giant sehinggalah saya habis shopping kat Giant tu. Saya rasa kesihan kat dia.....wp tiada niat nak makan nasi lemak (dah lebih 3 bulan saya tak jamah nasi lemak). Sedih pulak tengok dia.....duduk je mengadap meja yang penuh dengan lauk pauk nasi lemak. Saya pergi ke meja beliau.....saya bukak satu2 lauk2 yang ada atas meja tu, lauk masih penuh bekas tak terusik langsung.....rendang ayam, ayam goreng, sambal udang, sambal sotong, sambal kerang dan macam2 lauk lagi. Apa yang saya pandang 'semua lauk yang berada atas meja tu langsung tak menarik.....pudar, nampak kusam.....dan tidak ada satu pun yang menarik'. Saya nak melangkah pergi tapi bila saya lihat wajah perempuan tu saya tak jadi pergi.....saya minta nasi lemak dengan sambal sotong. RM3 katanya. Saya bayar dan berlalu dari situ.






Saya sampai kat rumah baru dalam jam 10.30 pagi. Sebelum nak mulakan kerja.....saya ingat nak sarapan dulu sbb keluar rumah tadi hanya minum milo sahaja. Saya buka nasi lemak tu.....memang tak menarik tapi dah beli kenalah makan kan. Saya ambil sejemput nasi lemak.....terasa kasar. Masuk ke mulut......wekkkkk "ceh celaka", perkataan yang tak elok itu terkeluar dari mulut saya. Inilah jenis manusia yang paling saya benci dalam dunia "manusia yang sanggup menipu orang". Nasi lemak tu mentah....masih terasa butir2 beras....oklah kalau setakat mentah saya boleh kata 'mungkin dia baru belajar masak belum pandai sangat.....tak pelah bukan reseki saya' tapi bila nasi tersebut basi berlendir "ini bukan tahap tak pandai masak sahaja tapi aniaya orang" mungkin nasi semalam yang tak habis. Oklah mungkin dah jam 10.30 pagi.....nasi lemak cepat basi......saya rasa pulak sambal sotong.....sotong keras kejung dan sambalnya busuk. Sekarang saya tahu mengapa tiada seorangpun pelanggan kat tempat dia kerana dia adalah peniaga yang tidak jujur (ada dua orang peniaga nasi lemak kat seberang jalan Giant kecil tu, meja jualan dia berada di sebelah kiri kalau anda keluar dari Giant kecil). Jika anda berada dikawasan berdekatan dan sering ke Giant kecil nie berhati-hati dengan penjual nasi lemak nie. Cari reseki biarlah dengan cara yang elok....jangan tipu dan aniaya orang. Reseki tak berkat kak oiiiiii.....kesian akak, bagi anak2 makan dengan duit hasil dari sumpah seranah orang. Kalau nasi lemak tak sedap tak pe kak.....boleh dimaafkan tapi jual nasi yang dah basi, lauk yang layak dihumban dalam tong sampah....itu dah melampau sangat.

My weight loss journey....down seketika

Ini adalah result untuk minggu lepas. Turun sebanyak 0.5kg sahaja. Saya harus kembali semula untuk mencapai target ke dua. Mungkin saya dah mula selesa dengan berat sekarang apabila semua pakaian lama dah boleh dipakai, sebab itu saya ambil mudah dan tak tekun lagi seperti dulu.


Petang tadi saya ke kedai lampu sekali lagi tp kedai yg lain sbb house of lighting tutup hari isnin. Baru perasan yang 3 biji lampu dinding tiada dalam bil. Salesgirl tu terlupa agaknya so pergilah kekedai lain lepas kerja tadi sebab esok kontraktor yang nak pasang lampu akan datang. So tak pergi gym lagi petang nie. Sampai rumah jam 6 petang....masa duduk depan TV, saya tertekan chanel 391.....ada talkshow korea iaitu Vitamins. Saya tak pernah tengok show nie....menarik jugak bila topik yang dibincangkan adalah berkenaan dengan diet. beberapa orang pakar diet membincangkan berkenaan dengan kaedah2 diet yang berbagai @ byk alternatif. oleh kerana saya tengok dah separuh show maka tak banyak yg saya dapat ikuti tapi apa yang saya ingat adalah kata2 seorang doktor " paling susah untuk berdiet tapi susah lagi untuk jadikan ia habit". Benar kata doktor tu.....untuk timbulkan kesedaran berdiet pelbagai cara dilakukan bila sudah berjaya maka cabaran baru terpaksa dihadapi iaitu jadikan ia habit. Habit adalah sesuatu yang susah hendak diubah dalam diri manusia.


Menurut salah seorang doktor yg bagi talk dalam rancangan tu iaitu Dr Kim menyatakan bahawa keupayaan pembakaran lemak dalam badan seseorang adalah berbeza. Ada orang yang makan sikit tapi badan tetap gemuk....ada orang yang makan banyak berpinggan2 tapi badan kurus...ini adalah kerana keupayaan pembakaran lemak berbeza dalam badan mereka. Manusia cenderung untuk gemuk apabila berada dalam keadaan stress. Bila kita stress, lemak dalam badan tidak dibakar sebaliknya badan menukarkan ia kepada gula dan sebab itulah bila stress, kita cenderung untuk makan makanan manis dan coklat. Ini situasi yang saya hadapi beberapa minggu lepas.....saya dalam keadaan stress. Saya mula mendekati makanan manis dan coklat. begitu sukar untuk kekal bermotivasi dalam keadaan begini. Minggu nie saya cuba dapatkan kembali semangat dan displin saya. Diharapkan dalam keadaan sibuk untuk pindah rumah baru akan menyebabkan saya lupa akan masalah itu.




Oklah dapat turunkan 0.5kg sbb saya dah habiskan satu paket coklat berly's sehari sebelum hari timbangan. Mujur ada thebiggestloserclub, atleast saya diingati bahawa saya masih ada azam yang harus dipenuhi. Azam yang paling banyak dibuat oleh manusia bila tiba tahun baru adalah untuk kuruskan badan......salah seorang daripada manusia tu adalah diri saya dan saya berjanji akan jadikan ia realiti bukan sekadar azam yang ditulis dalam diari pada setiap awal tahun.

Saturday, January 22, 2011

Jualan coklat Beryl's

Hari ini seharian saya 'melawat' setiap kedai yang menjual lampu, peralatan elektrik dan peralatan rumah. Bermula dari seri kembangan sehinggalah ke Puchong. Setiap kedai lampu yang dikatakan murah, saya lawati. Akhirnya saya pilih Houses lightings di Bandar Puchong Utama, untuk membeli lampu dan kipas siling. Berbanding dengan kedai-kedai lain, inilah kedai yang paling murah......oklah tak sia-sia pusing seharian. Habis RM1500 untuk 2 set kipas siling (5 blades), shower water heater, lampu2 untuk satu rumah. Selesai tugasan saya hari nie. Minggu depan kena tunggu kontraktor untuk pasang lampu dan kipas. Saya tak sangka saya akan menjadi interor designer pulak hari nie, sakit kepala mendongak tengok pelbagai lampu hiasan yang cantik2.....rambang mata. Dekat 2 jam jugaklah dok belek satu persatu. Nanti saya tunjukkan lampu2 yang saya beli ok.....bila dah siap pasang....rasanya cacamarba konsep dekoration rumah saya.

Masa dok pusing2 kat Seri kembangan saya singgah kat kilang beryl's. Biasalah saya nie, sentiasa 'peka' dengan warehouse sale. Sebab tulah kat blog niepun ada list warehouse sale itu belum lagi kat email....penuh dengan info warehouse sale. Selalunya untuk tahun baru cina kilang beryl's buat sale...tapi taklah terlalu murah. Jika anda tinggal berdekatan, berbaloilah pergi. Tapi jika anda duduk jauh, tak payahlah habiskan duit minyak n toll setakat nak jimat RM1-2 untuk satu pek. Saya pergi sebab alang2 dah lalu kat area nie so singgahlah. Anak saudara saya Aisyah yg umur 2 tahun tu suka sangat coklat beryls nie. Saya beli coklat jenama lain....dia tak makan sbb manis katanya tapi coklat Beryls memang tak cukup kalau bawak balik.


Coklat bar Camior nie 5 keping RM11, saya ambil yang ada kacang sbb itu yang sekecil Aisyah suka sangat.

Coklat tiramisu nie kesukaan mak saya. Satu pek 300gm nie berharga RM14. Kat Tesco ada buat sale, 1 pek RM15.50 (masa sambutan krismas lepas). Harga asal RM16. Oklah jimat RM2.


Inilah coklat-coklat yang saya borong. Habislah RM88. Ewahhh tepat pulak 88 tu. Saya bagitau adik saya yg saya beli coklat nie "laaaa kenapa tak cakap, orang nak kirim RM50", ishhhh lah takan tak cukup kot banyak nie, siap suruh gi beli lagi tu. Tak kuasa saya nak tempuh toll dan habis duit minyak hanya semata2 nak beli coklat nie. pssst...... saya dah habiskan separuh bungkus coklat bulat2 tu.....ishhhh la rosak lagi diet sy.

Dah dapat kunci rumah yehhhh

Semalam saya ambil cuti sehari untuk uruskan hal rumah baru. Minggu lepas saya call PKNS tanya berkenaan dengan bila nak dapat kunci rumah. Pegawai yg jawap call tu kata surat ambil kunci dah dihantar seminggu lalu. Pelikkan... surat dah hantar seminggu tapi saya tak dapat surat lagi. Saya kena sentiasa follow up dgn PKNS, kena call tanya bila nak hantar last bill pada bank, mrk akan tranfer call merata department sehinggalah sampai ke finance dept hanya kerana saya tanya 'boleh bagitahu bila agaknya buyer akan dapat kunci'. Finance dept jawap ' ohhhh kami dah hantar surat final cert pd lawyer bbrp hari lepas'. Saya pun tunggulah.....last2 sy dapat salinan surat final cert (sy call 16hb, dia kata dah pos beberapa hari lepas tp cop setem pos adalah pada 25hb). hebatkan......u akan dapat jawapan nie bila call PKNS. Kami dah post surat tu puan (dalam hati aku tak pos lagi....ko tunggulahhhhh).



Oleh kerana saya masih tak dapat surat untuk ambil kunci, jumaat saya ambil cuti dan pergi ke pejabat PKNS sendiri. Settle semua bayaran air, deposit dan segala macam lagi....akhirnya dapatlah surat kebenaran ambil kunci. Serabutnya pejabat mereka.....pergi satu pejabat disurah pergi pejabat lain. Sampai pening kepala saya cari pejabat yang betul......sepagi kat sini. Petang pulak gi ambil kunci kat kat tapak site dan kemudian dpatlah tengok rumah saya for first time. Terujanya!!!!!. Ini rumah kedua yang saya beli. 10 tahun lepas saya beli rumah teres 2 1/2 tingkat dengan harga RM165 ribu. Bila dapat kunci sahaja saya terpaksa jual rumah tersebut pada harga yg amat rendah sehingga saya rugi terukkk...terpaksa. Ini rumah kedua saya....dibeli dengan harga RM218 ribu tapi hanya apartment berkeluasan 986 kaki.

Pada petang semalam jugak saya cari kontraktor untuk pasang grill untuk semua tingkap dan pintu utama. Tak susah sbb banyak sungguh kontraktor yang berkeliaran kat bangunan tu. Pergi beberapa rumah tengok kerja mereka dan tawar serba sedikit price akhirnya dapatlah satu kontraktor untuk pasang grill dan awning. Untuk kitchen kabinet saya dah tempah kontraktor lain. Hari nie pulak nak gi survey cari lampu dan peralatan elektrik dan peralatan rumah yang lain. Agak menyeronokkan jugak handle sorang-sorang macam nie.


Ada pulak tiang kat tepi singki nie, ia dah merosakkan design kichen kabinet saya dan menyempitkan ruang dapur yang memang sempit nie. Tak ada peluanglah nak buat 'pulau', frust sangat sbb saya memang suka design yg ada 'pulau'.

Ini pulak toilet ditandas dalam bilik tidur utama. Ok jugaklah dia pakai tandas jenis nie sbb saya tak perlu pergi beli mangkuk tandas yg lain.


Ruang tamu saya, lepas pasang grill kenalah cari langsir pulak. Banyak betul duit nak pakai bila masuk rumah baru. Congak2....semalam sahaja dah habis RM1000 utk bayar segala mana deposit kat PKNS, RM2350 untuk grill dan awning, RM500 utk deposit renovation. Hari nie pulak nak gi beli lampu dan kipas serta air cond. Nampaknya dalam tempoh 2 bulan selepas nie makin berkuranganlah entry2 masakan saya sbb semua barang2 kat dapur rumah sewa nie nak kena masuk kotak. Akhir Feb saya akan pindah masuk selepas siap kitchen kabinet.



Friday, January 21, 2011

Kuih cara manis






Sebelum nie, saya ada buat kuih cara berlauk tapi guna acuan yg dipinjam dari jiran. Ini pula kuih cara yang dibuat mengunakan acuan bahulu biasa yg dibeli di BWY, acuan baru.....setelah direndam dengan air asam jawa semalaman dan dipanaskan dalam oven dengan kepanaskan sederhana selama beberapa jam, barulah acuan ini saya guna. Jika anda ingin melihat secara detail bagaimana ia dilakukan sila ke sini. Untuk testing acuan bahulu supaya tidak melekat, saya cuba buat kuih cara manis ini. Alhamdullillah, tak melekat.


Oklah ini resepi yang saya gunakan untuk buat kuih cara manis. Saya bakar dalam oven sahaja. lebih mudah tapi memang hasilnya kurang cantik berbanding dengan mengunakan acuan tembaga. Nampaknya bila balik Kuala Terengganu kenalah cari satu.



Kuih Cara Manis


Bahan-bahannya:-
  • 440ml santan cair (saya guna 100ml santan kotak + 340ml air pandan)
  • 1 biji telur

  • 150gm tepung gandum

  • 1/2 tsp garam

  • 2 @3 helai daun pandan (blender bersama dengan air diatas)

  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)

  • Gula secukupnya

Cara-caranya:-


  1. Blender semua baha-bahan diatas kecuali gula. Biarkan sebentar

  2. panaskan acuan kuih cara dalam oven terlebih dahulu.

  3. Masukkan bancuhan kuih cara dalam acuan dan letakkan 1/8tsp gula diatas nya. Gula terpulang kepada kemanisan yang anda suka. Saya masukkan sedikit sahaja.

  4. Bakar dalam oven selama 5-10 minit dengan suhu 200C (tempoh bakar terpulang kepada anda @ jenis oven anda, oven sy oven kecil so mng sy kena guna 10 minit utk ia garing)

  5. Keluarkan dan keluarkan kuih cara dari acuan. Ulang baki adunan sehingga habis.

  6. Jika anda bakar mengunakan dapur, panaskan acuan terlebih dahulu.

  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Masukkan bancuhan dan bubuh sedikit gula diatasnya. letakkan acuan atas api yang perlahan dan tutup acuan dengan tudung periuk, bakar selama 3-5 minit. Angkat bila sudah masak.

Sunday, January 16, 2011

Ice Cream Oreo with pecan

Ice Cream Oreo with pecan, hidangan ais krim pertama yang saya makan dalam tempoh 3 bulan tempoh berdiet ini. Ini entry tertunggak, buat hari jumaat lepas. Minggu ini adalah 'bad week' bagi saya. Emosi saya terganggu, sakit hati, marah, benci yang amat sangat dan kecewa. Saya tak mampu kawal tekanan......saya asyik terbayangkan ice cream dan chocolate. Saya perlu makan ice cream dan coklat bagi mengurangkan perasaan marah dan sakit hati saya. Ini adalah habit buruk yang saya amalkan dari dahulu apabila saya berada dalam tekanan. Saya cuba tahan tapi tak mampu......akhirnya saya makan sekeping wafer coklat dgn peanut butter dan balik rumah saya singah minimarket beli 1 tup ice cream vanilla.



This week saya tak turun berat badan tapi naik sedikit 0.1kg. Saya dah jangka. Oklah inilah resepi Ice Cream Oreo with pecan. Saya beli 1 tup ice cream vanilla tapi saya tak habiskannya......kat minimarket tu tak ada yg kecil so kenalah beli yg besar.






Ice cream oreo with pecan
Sumber: internet (dah lama saya simpan, saya dah tak ingat ambil dimana)


Bahan-bahannya:-

  • 1 tub ais krim vanilla

  • 1 cawan biskut Oreo yang dihancurkan

  • 1 cawan kacang pecan-dibakar (anda boleh gantikan degan kacang lain)

  • 2 sudu makan susu pekat manis

  • 2 sudu makan gula

  • 1 sudu makan butter (sy guna 1/2 sm butter)

Cara-caranya:-

  1. Gula dimasukkan kedalam kuali dan masak diatas api yang sederhana sehingga nampak perang (jangan sanpai hangit), kemudian masukkan butter dan susu pekat. Kacau rata.
  2. Masukkan kacang pecan atau campuran kacang yang anda suka (kacang hendaklah dibakar selama beberapa minit terlebih dahulu). Kacau rata sehingga semua gula karamel meliputi kacang. Sejukkan.
  3. Keluarkan 1 tup aiskrim vanilla dan masukkan kedalam bekas.
  4. Gaul oreo yang telah dihancurkan dan kacang pekan bersama ais krim.
  5. Masukkan semula kedalam bekas ais krim dan bekukan semula.
  6. Hidangkan.

Nota:-

  • Saya tak bekukan pun, lepas gaul je saya terus masukkan kedalam gelas dan makan. Saya tak gaul semua, saya buat untuk 3 scoop ais krim sahaja.
  • Hidangan yang akan digemari oleh anak anda so cubalah.

Kelas talam Chef Asma part 2


Semalam saya join kelas talam 2, kelolaan Chef Asma. Banyak talam-talam baru dan menarik yang telah dipelajari. Kami buat 13 resepi talam dan chef bagi 20 jenis resepi talam. Ini adalah sebabahagian talam-talam yang telah dipelajari, saya banyak ambil gambar tapi semalam kamera saya tiba2 problem....banyak gambar jadi blur. So hanya ini sahajalah gambar yang elok sikit.


Semalam identiti saya sebagai owner this blog terbongkar. Sebenarnya saya tak begitu selesa dengan keadaan itu....dan saya berdoa ia tidak berlaku ketika mula melangkah masuk. Saya cuba sedaya upaya tidak memperkenalkan diri saya malah saya tak pernah beritahu "oh ini blog saya" pada sesiapa pun. Saya tidak boleh expose diri saya sebab kerja saya. Saya pernah tukar gym apabila salah seorang pengunjung gym kenal dan tegur malah memperkenalkan saya kepada kawan2 dia "inilah puan yang siasat......". Bila keadaan itu berlaku saya terpaksa keluar dari gym tu dengan segera dan terpaksa tukar gym lain....mujur saya mempunyai keahlian platinum so saya boleh pergi mana-mana club lain. Memang tak selesa bila orang kenal saya "oh inilah dianya bdaria....". Problem mungkin akan timbul apabila orang mengenali saya terutama apabila saya bertugas dan akan bertembung dengan mereka.


Oklah jom tengok apa yang telah saya pelajari dalam kelas talam tahap 2 nie ok. Talam-talam nie cantik dan sangat sedap.....bestnya.


Ini Talam Mak Dara. Cantikkan warna oren digabungkan dengan coklat.


Ini Talam Sri Sarawak. talam nie saya dan kawan sekelas yang buat tapi bila saya balik rumah, talam nie tiada dalam kotak kuih.





Ini koleh kacang. Maybe ia resepi biasa yang boleh dicari banyak kat internet tapi inilah koleh kacang yang paling sedap yang pernah saya makan. Balik aje dari rumah semalam, terus makan nie dulu. habis semua 5 ketul yang chef masukkan dalam small paket tu.



Ini pula adalah Talam Serimuka lapis berinti.




Ini pula Talam lapis berinti





Ini talam yang paling cantik dan sedikit rumit untuk membuatnya sebab banyak layer. Talam Permata.



Talam Sago Banjar....paling sedap. Saya suka sbb sedap sangat.



Selain talam chef juga ajar buat bingka. Ini adalah bingka ubi kayu. Mungkin ia biasa bagi anda tapi resipi chef special dan talam ubi kayu nie sangat sedap dan lain dari yang pernah saya makan. saya suka sangat bingka nie, tak keras dan lembik sangat. Sedang2 saja.



Ini pula bingka labu.

Ok itulah sebahagian gambar-gambar talam yang dapat saya publishkan. Jika anda berminat untuk belajar talam-talam ini semua silalah ke blog Chef Asma. Enjoy kelas nie sebab banyak ilmu yang dipeolehi dan dapat kenal kawan-kawan yang sama minat.

Thursday, January 13, 2011

Pengukus Trio


Selepas saya memaparkan berkenaan pengukus Trio nie, ramai yang nampaknya berminat hendak membeli dan ada yang email pada saya bertanya kat mana nak beli. Jika anda berada dikawasan luar kuala lumpur dan mencari2 tempat yang menjual produk ini anda boleh lah menyemaknya di sini. Anda boleh semak pengedar produk trio yang berada dikawasan berdekatan dengan anda.
Thanks to Chik Mimi 4 the info.