Saya duduk kat apartment, tak ada tanah
nak tanam pokok. Bila kawan sepejabat ajak pergi ke nurseri......rambang
mata tengok pokok-pokok bunga. Saya memang minat menanam....selalu berangan
untuk memiliki rumah yang ada halaman yang luas dan pastinya halaman rumah
saya akan dipenuhi dengan pelbagai bunga. Ini impian
saya......insyaallah. Bila hidup sendirian, saya lebih selesa berada
di apatment yang ada pengawal keselamatan.
Ruang sempit ditempat ampaian
baju....saya penuhkan dengan 7 pasu orkid. Orkid-orkid nie saya beli kat
nurseri di sekitar jalan Sg Buloh. Harga orkid amat berbeza dari satu
nurseri dengan nurseri yang lain.....ada yang mencecah RM40 sepasu bagi
orkid yang biasa sahaja sedangkan nurseri lain hanya RM15 sepasu untuk orkid
yang sama. Sepetang kami menjelajah nurseri-nurseri disepanjang jalan tu
akhirnya patah balik semula ke nurseri no 44, jalan sungai buloh berhampiran
dgn trafik light ke simpang Seksyen 8, Kota Damasara. Kat sini sepasu orkid
biasa berharga RM10-30. Harga 'orkid biasa' bagi orang yang tak tahu nama
spesis okid adalah seperti gambar orkid kat bawah nie.Kalau orkid Butterfly putih berharga RM35 sepasu.
Insyaallah....sabtu nie saya pergi beli lagi sebab nurseri tu kat seberang
jalan sahaja dari apartment saya. Semua orkid-orkid nie berharga RM15-18
sepasu.
Ruang kecil disebelah tempat ampaian ini
dijadikan tempat letak orkid. Silalah cuci mata dengan gambar
orkid dari kamera kecik saya nie walaupun tidaklah seindah gambar
kamera mahal. Seronok sangat bila tengok bunga orkid memenuhi ruang sempit
nie.
2 comments:
saya pun suka kalau ada bunga2 sekitar rumah...rasa macam tenang je bila memandang..:)
semasa saya tinggal di apartment dulu pun balcony rmh saya di penuhi dgn pokok2 orkid dan fern.Rasa sejuk sikit....
Post a Comment