Cucur udang, menu makan tengahhari hari
sabtu lepas. Entry tertunggak lagi......inilah akibatnya bila geram kat
celcom broadband terus pergi terminate tapi tak masukkan line baru. Saya dah
daftar secara online untuk Unifi tapi akan dipasang pada 18hb nie. Jadi buat
sementara nie tidak adalah line internet kat rumah. Maaflah jika saya
tidak menjawap soalan atau khabar anda kat shoutbox blog ye sebab dekat
ofis, facebook dengan shoutbox telah diblock oleh web marshall. Jika ingin
hubungi saya, sila guna email. Click sahaja dibahagian sampul surat kat
sebelah kanan blog ini.
Kalau keluarga saya (orang utara), cucur udang
kami makan bersama dengan kuah kacang. Adik perempuan saya telah berikan
satu bungkusan ramuan kuah kacang segera. Buatan orang kampung sebab tak ada
cap apa-apa cuma bungkusan plastik putih sahaja. Saya bahagi 2 dengan mak
saya so saya masukkan dalam bekas plastik nie dan simpan. Bila teringin nak
makan cucur udang cuma bancuhkan bancuhan cucur udang pastu goreng. Masukkan
2 sudu besar serbuk kuah kacang dalam bekas dan masukkan air panas ikut
kepekatan yang dikehendaki. Senangkan....yang pasti ramuan segera kuah
kacang nie sedap sangat.
Resepi cucur udang anda boleh guna resepi mat
gebu di sini. Sama sahaja resepi yang saya guna, saya dah
biasa buat cucur udang dari kecil so saya pakai campak-campak je dalam bekas
tanpa sukat. Saya goreng tidak mengunakan senduk tapi buat macam
jemput-jemput sahaja (malaslah tu). Cucur udang nie mak saya buat semasa
meniaga pasar ramadhan kat tempat kami 15 tahun yang lepas.....lama kan.
Masa tu bancuhan cucur udang memang saya yang buat.....sekali bancuh dekat 3
beg tepung gandum dan dibancuh dalam bekas bertutup yang besar. lepas siap
semua bancuhan, adik lelaki saya yang akan bawa ke pasar ramadhan dan dia
yang akan mengoreng disitu jugak. Yang pasti kuahnya adalah kuah kacang.
Kuah kacang tak ada resepi sebab saya pakai yang segera.
1 comments:
salam daria..sedapnya cucur..saya pun suka makan dgn kuah kacang.lama tak makan..malas nak buat kuah kacang sebenarnya...kekekek...tengah musim hujan petang2 ni memang sedap dpt ngap cucur ngan kuah kacang...:)
Post a Comment