Monday, March 5, 2012

Terima kasih kepada semua yang memberikan komen. Saya hargainya semua komen anda.....terima kasih atas perhatian anda. Sebenarnya laptop dell milik saya itu merupakan barang kesayangan saya. Didalamnya saya simpan semua gambar-gambar berharga....setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup saya terkandung disitu. Semua gambar-gambar dari 5 tahun yang lepas berada dalam folder di laptop tersebut. Saya suka mengetahui rahsia masakan so saya banyak beli e-book...dan semua e-book tersebut berada dalam laptop....wahhhhhh sebab e-book tu bukan murah....mahal....mesti pencuri tu sekarang nie dah tahu semua rahsia masakan tersebut. Gambar-gambar dari kelas masakan....step by step proses masakan saya rakam dan masukkan dalam laptop tersebut. Boleh dikatakan....laptop tersebut mengandungi semua benda-benda yang saya hargai dalam hidup saya.

Bila ia hilang......saya memang rasa amat-amat kecewa. Dalam bulan Disember tahun lepas.....selepas rakan memberitahu bahawa dia telah bank in cek dividen syarikat yang saya terima dalam tahun 2011. saya terfikir....apa benda yang patut saya beli supaya bila saya lihat barang tersebut saya akan ingat itu dibeli dari duit dividen syarikat yang saya tubuhkan 12 tahun yang lepas. Saya beli Laptop jenama dell yang terbaru berharga RM3,600....dan saya beli handphone Samsung S2. Saya puas hati dapat dua barang tersebut. Bila saya lihat 2 barang ini....saya berkata....inilah hasil dari syarikat yang saya tinggalkan 7 tahun lepas.....biarpun diri saya bukan berada disana lagi tapi syarikat itu tetap milik saya biarpun pegangan saham saya adalah kecil. Saya amat berbangga sebab dividen itu adalah hasil titik peluh dan susah payah saya bersama rakan-kongsi 12 tahun lepas dalam membina dan menaikkan syarikat tersebut sehingga ia berdiri teguh seperti sekarang.

That why bila lihat laptop tersebut dicuri saya rasa 'down' sangat beberapa minggu yang lepas. Hari nie saya happy....happpyyyyy....so happyyyy sebab dapat berita bahawa kami semua akan menerima bonus beberapa bulan (berapa bulan terpaksa dirahsiakan)...yang pasti bonus tahun ini paling tinggi yang pernah kami terima. Alhamdulillah.....syukur rezeki Allah. Setiap dugaan ada hikmahnya.

Biarpun saya akan membeli laptop baru selepas ini tetapi saya tidak dapat mengantikan semua memori yang saya simpan dalam laptop lama(jangan berleter kepada saya mengapa tak simpan semua tu dalam pendrive sebab lepas laptop dicuri...saya ketuk kepala saya beberapa kali sebab mengapa bodoh sangat tak simpan dalam pendrive....ye saya sendiri dah sedar saya lalai dan bodoh). Blog ini akan saya aktifkan semula selepas kamera dan laptop dibeli semula bagi  mengantikan laptop dan kemera yang dicuri itu. (tengokkkk....baru sah berita bonus....duit belum masuk dalam akaun tapi angan-angan nak habiskan duit dah mula timbul).


5 comments:

CitarasaKu said...

Salam Kak...lega rasanya sekarang akak dah kembali ceria. memang dugaan dalam hidup ada pasang dan surut. Pasrah dan redha..Alhamdulilah. Apapun skg nie ada Skydrive...akak boleh simpan fail penting..jika ada emergency kita dapat akses.

Chik Mimi said...

Alhamdulillah bestnyeee,saya simpan e-book kat google doc aje senang online ,gambar kat picasa pun online,so bila komputer kaput kena virus sy punya benda still selamat,ce try

Anonymous said...

Salam Cik Daria.Semoga semuanya akan bertambah baik dan walaupun kita tak pernah mengenali saya doakan Cik Daria sentiasa dilindungi Allah

Anonymous said...

Salam dik,
akak doakan semoga Bdaria sentiasa dilindungi ALLAH. Amin...
Kha.

Aziah.jordan said...

Bdria ,tu yg I nak dengar..keep ur chin up ya..!x worry ,pencuri tu makan duit haram ,hidup x aman.btw ,boleh la poskan ckit duit bonus ke Jordan utk I ..hehe.aziah.jordan