Selepas 2 minggu persekolahan
bermula.....keadaan sesak teruk setiap pagi di Kota Damasara nampaknya tidak
surut. Jika awal persekolahan mungkin kita boleh fahamlah sebab ramai ibu
bapa nak hantar anak ke sekolah dan mungkin minggu pertama sesak teruk sudah
boleh di duga tetapi bila keadaan berlarutan sehingga minggu ke 2 rasanya
dah ia akan berterusan sehingga bila-bila.
Bila mula-mula pindah ke kota
damasara.....inilah perkara yang saya paling benci hendak
tempoh.....terpaksa harung 10 trafik light sebelum sampai ofis dan jalan
sesak. Selama setahun saya jadi penduduk tetap Kota Damasara.....setiap pagi
dihidangkan dengan penutupan separuh jalan bila kontraktor nak tebuk lubang
dan kemudian bila jalan yang dirosakkkan itu di tutup balik.....ia akan jadi
belopak-lopak dan raa macam naik kuda bila kita lalu.....jalan yang elok 2
line dah jadi 1 line yang elok dan satu line lagi berlubang-lubang. Masa nie
kita tertanya-tanya mana perginya pihak berkuasa yang
bertanggungjawap....kenapa biar kontraktor/developer korek lubang sesuka
hati dan kemudian tutup semula macam lepas batuk di tangga. Mana perginya
pihak bertanggungjawap.....mana perginya YB.....tak nampakkah kesusahan
penduduk hadapi setiap masa.....kami bayar cukai jalan, cukai pintu....cukai
taksiran majlis bandaraya.....cukai pendapatan.....bila lambat bayar cukai
taksiran majlis bandaraya maka surat kuning dikeluarkan...ugut nak rampas
harta benda penghuni.....tapi bila penduduk mengadu keadaan jalan yang
teruk, berlubang-lubang....diam sahaja. Penduduk kota damasara sudah
mencecah 2 juta orang tetapi keadaan public transport amat teruk dan jalan
utama untuk keluar dari Kota Damasara hanya ada satu.
Ini keluhan saya setiap pagi sejak
persekolahan bermula awal januari lepas.....saya keluar rumah lebih awal
daripada biasa iaitu 6.35 pagi....keadaan masih gelap. Jika hari cuti
sekolah saya keluar rumah dalam jam 6.50 pagi dan sampai ofis dalam jam 7.05
pagi tapi bila hari persekolahan saya keluar lebih awal lagi tapi saya akan
sampai di ofis dalam jam 7.30 pagi. Jarak perjalanan yang hanya 15 minit
menjadi 50 minit perjalanan bila hari persekolahan.
Dari keadaan gelap sehingga keadaan terang
saya masih berada dalam kereta dan hanya beberapa depa dari jarak gambar
diatas diambil. jam sudah menunjukkan 7.15 pagi tapi saya masih belum lepas
ke persiaran surian. Ini belum lagi bila tiba pembinaan LRT
dijalankan.....jika permbinaan LRT sudah masuk ke dalam Kota
Damasara.....tidak dapat dibayangkan kesesakan jalan yang akan
berlaku bila separuh jalan ditutup. Saya tidak tahu nanti nak keluar pukul
berapa dari rumah.
Saja lepaskan keluhan di sini.....pagi tadi
lepas sahaja punch kad saya masuk ke pantri dan beberapa orang pegawai
tengah sarapan....saya mengadu pasal kesesakan jalan dan betapa letih saya
tekan brek setiap pagi.....seorang pegawai menyampuk 'itu baru brek (kereta
auto).....belum tekan cluch(kereta manual) macam saya'.....itu baru
sikit belum duduk jauh macam saya'......kalau macam inilah respon yang saya
dapat lebih baik saya diam. Bosan bila bercakap dengan orang yang macam
nie.
0 comments:
Post a Comment