Saya jatuh hati kat puding
nie bila makan kat rumah Ani pada jumaat lepas. Tanpa segan silu saya mintak
resepi kat Ani wp saya baru berjumpa kali pertama dengan Ani sebab puding
nie sedap sangat. Hari nie saya mencuba sendiri kerana kebetulan 1 tin susu
cair dan sebungkus serbuk agar2 ada kat kabinet cuma perlu beli fruit
cocktail saja. Saya buat untuk minum petang, saya hanya makan 2 ketul sahaja
dan bakinya akan dibawa ke pejabat esok.
ok, jom kita kongsi bersama
resepi puding dari ani ini. puding nie sedap u....memang tak rugilah untuk
anda mencuba.
Fruit Cocktail
Pudding
recipe by my friend Noraini
Publish by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
- 10gm serbuk agar-agar
- 1 tin susu sejat penuh krim (sy guna Ideal)
- 1/2 cawan gula
- 4 cawan air (boleh kurangkan kpd 3 1/2 cawan)
- 1 tin fruit cocktail/buah-buahan campur
Cara-caranya:-
- Campurkan serbuk agar-agar bersama gula. Tambah 4 cawan air kedalam campuran serbuk agar-agar tadi dan kacau sehingga rata
- Masak sehingga mendidih.
- Masukkan susu sejat dan kacau rata. tutup
api
- Tapis buah-buahan cocktail, buang airnya. potong kecil jika anda rasa perlu.
- Masukkan buah-buahan cocktail kedalam agar-agar dan dan kacau rata.
- Tuangkan kedalam acuan yang anda gemari dan ketepikan sebentar.
- Masukkan kedalam peti ais dan biarkan ia keras
- Keluarkan dan hidangkan.
Nota:
-
Saya guna serbuk agar-agar yang 'clear' tapi jika anda ingin dapatkan warna pink yang menarik cuba guna serbuk agar-agar 'red'. Bila red bercampur dengan susu cair ia akan berubah menjadi warna pink krim.
-
Anda boleh kurangkan sukatan air kepada 3 cawan atau 3 1/2 cawan jika tidak suka pudding yang terlalu lembut.
-
Sukatan gula perlu ditambah sedikit jika anda suka manis. Sy kurangkan sukatan gula sebab susu cair dah lemak dan fruit cocktail juga sudah manis.
3 comments:
salam ziarah,salam kenal
sedap mkn sejuk2 ni :)
x perlu byk ckp sbb dh tau... sedap nih. sukanyer...
sedap ni..kene try buat ni
Post a Comment