Saya memulakan blog ini pada
31/08/2009, dan sekarang sudah 1 tahun 3 bulan usianya dengan 311 entry.
Lagi beberapa jam 2010 akan meninggalkan kita dan menambahkan 1 lagi angka
diusia kita. Dikesempatan ramai yang akan meraikan ketibaan tahun baru, saya
juga ingin kongsikan 10 perkara yang berlaku dalam tahun 2010 yang berkait
dengan blog ini....cerita2 yang saya paparkan diblog ini.
Perkara
1
Perkara ini saya letakkan
ditempat pertama sebab ia benar-benar buat saya terlalu sedih dan amat-amat
kecewa. Disebabkan ini maka saya banyak serve internet cari jalan
penyelesaian namun gagal bila langkah terakhir iaitu buat aduan kepada admin
domain 'pencuri' itu tapi harus bayar us150 dollar untuk keluarkan semua
entry saya dari blog pencuri tersebut. Wbp ia boleh juga dianggap berjaya
kerana sipencuri berhenti mencuri entry blog saya dan satu blog foods
blogger dari indonesia selepas paparan topik ini diblog saya. Biarpun 45
entry masakan saya dan lebih 10 entry celoteh saya masih didalam blog
ini tapi disebabkan perkara inilah maka saya juga
buatkan satu blog mengunakan domain sendiri dan dalam bentuk paparan majalah
iaitu .
Perkara
2
Apabila saya mula aktif
memasak maka berat badan saya pun mulalah naik....aktiviti digym pun mula
kurang selepas kecederaan lutut apabila jatuh ketika di sarawak maka berat
badan sayapun naik...jadi pada 12/10/2010 saya mendaftarkan diri sebagai
member Thebiggestloserclub.asia dan menjalani diet mengikut menu dan latihan
yang disertakan dalam TBLC. Berat pada 12/10/2010 adalah 79.4kg dan sekarang
setelah 10 minggu, berat saya sudah turun kepada 70.8kg pada ahad lepas.
Paling mengembirakan apabila ukur lilit pinggang turun 14cm, lengan 4 cm dan
paha 4 cm. I can do it so can U.
Perkara
3
Didalam blog ini juga saya
mula paparkan cerita-cerita perjalanan diet saya di kategori Diet Program
dan mula memasak makanan2 yang mengandungi banyak sayur serta rendah kalori.
Wp saya tahu entry begini tidak boleh menarik minat para pengunjung blog
tapi saya cuba untuk tunjukkan bahawa diet bukan bererti kita perlu berlapar
dan hidangan diet bukan hidangan rakyat negara ketiga dan kita tidak perlu
layan diri kita sebegitu hanya kerana kita ingin kurus.
Perkara
4
Dalam tahun 2010, saya telah
menyertai 6 kelas masakan dari 3 chef. Memasak adalah minat saya. Semasa
hendak memasuki sekolah menengah, arwah bapa saya telah meminta saya
memasuki aliran perdagangan wp saya minat sains rumah tangga. Saya teruskan
aliran itu sehinggalah memperolehi ijazah perakaunan dan seterusnya
menubuhkan syarikat sendiri dan sekarang saya berkerja makan gaji tapi dalam
bidang yang berkaitan dengan accounting jugak tetapi memasak tetap menjadi
minat saya no 1.
Perkara
5
Dalam tahun 2010, saya telah
mencuba beberapa resepi dari kelas yang saya hadiri. ada berjaya dan ada
juga kurang berjaya tapi alhamdulillah kesemuanya sedap.
Perkara
6
Dalam tahun 2009, saya sangat
admire dengan kesedapan kuih cara berlauk yang di order setiap kali ofis
buat jamuan. Dalam hati, saya tekad akan cuba cari resepi yang boleh
menghasilkan sebijik rasa kuih cara yang di order itu. Setelah beberapa kali
percubaan gagal dapat tekstur yang dikehendaki akhirnya saya berjaya juga
dapat kuih cara berlauk yang diimpikan itu.
Perkara
7
Setiap bulan saya akan
habiskan lebih RM50 untuk membeli majalah-majalah masakan dari dalam dan
luar negara. Ini adalah salah satu resepi yang paling saya gemari dari satu
majalah. Ia amat sedap dan unik.
Perkara
8
Tahun nie saya banyak buat
kuih-kuih melayu lama untuk berbuka puasa wp terpaksa kelam kabut terutama
apabila lepas balik kerja jam dah 4.30 dan kemudian jam lagi so sampai ke
rumah jam 5 lebih. Tapi alhamdulillah menjadi jugak kuih muih saya dalam
bulan puasa ini.
Perkara 9
Tahun 2010
ini amat mengembirakan saya apabila adik perempuan ke 4 saya berjaya
memperolehi pekerjaan wp sekadar kerani sekolah dan melangsungkan
pertunangannya dalam bulan 11. Mak saya done a good job dalam membesarkan
anak-anaknya. Dia berjaya penuhi impian arwah ayah saya yang ingin melihat
salah seorang anaknya menjadi pendakwah apabila 3 orang adik saya adalah
ustat dan ustazah yang memiliki ijazah dalam pengajian al-quran dan hadis.
Adik kedua saya berjaya membuka sekolah tahfiz dan mempunyai beberapa
rangkaian tadika islam. Saya dah tak bimbangkan mereka lagi tapi hanya adik
yg ke 4 ini dan adik lelaki bongsu saya. Mrk tidak berjaya dalam pelajaran
tapi mereka anak yang sangat baik dan patuh.
Perkara
10
Oklah yang terakhir sekali dalam list 10 perkara
berlaku dalam 2010. Perkenalkan inilah Amira, anak saudara saya yang lahir
dalam pertengahan tahun 2010. Amira adalah anak ke 3 kepada adik ke 3 saya.
Adik perempuan saya nie berkahwin dengan orang perak yang mempunyai saiz
badan yang kecil dan rendah. Anak sulung dan kedua dia ikut saiz badan
keturunan suaminya. Wp dah 7 tahun tapi badan seperti umur 4 tahun. Jadi
bila Amira lahir lahir, kami happy sangat sebab Amira ikut badan keluarga
kami...tinggi. Ini gambar dia ketika 6 bulan...... besarkan dan muka dia
iras muka mak dan adik bongsu saya. psstttt......saya boleh tunjuk gambar
anak orang sajelah, anak sendiri tak ada lagi
Selamat Tahun Baru
2011