Sunday, February 19, 2012

Apabila apartmen saya dipecah masuk

Blog saya tidak berupdate begitu lama sekali,

Hari ini baru dapat jenguk semula blog selepas adik ipar baiki HP mini saya yang lama. Pada 8hb lepas, apartment saya telah dipecah masuk. Sekembali dari kerja dalam jam 5.45 petang, saya terkejut bila lihat pintu grill terbuka luas....pintu rumah terbuka dan tombol pintu dipecahkan. Pad lock juga terputus dua. Saya ketakutan terus berlari turun dan panggil security. 

Ditemani oleh security saya masuk kedalam rumah......saya lihat barang-barang elektrik seperti TV, DVD player dan brg2 elektrik tidak diambil. Yang diambil adalah laptop yang berharga RM3600, 2 utas jam tangan yang berharga dalam RM500, kepingan siling 50 sen dalam anggaran RM300 (hobi saya kumpul siling 50 sen), kamera digital dalam angaran RM900. Saya begitu terkilan laptop yang dibeli dengan duit bonus 2011 dan baru 3 bulan hilang begitu sahaja.....segala maklumat, fail2 penting berada disitu.

Bilik tidur saya macam tongkang pecah......baju2 yang tersusun dalam almari di humban ke lantai. Barangan dalam meja solek bertaburan. 

Saya terduduk kaku di sofa.....sebenarnya saya ketakutan. Ini kejadian pecah rumah kali ke 3 saya alami. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya ketika itu.....saya beli apartment yang siap ada khidmat security kerana saya yakin dengan keselamatan tetapi ini jadinya. Saya mula benci mendengar security guard yang cuba cari alasan untuk membela diri. Untuk apa bayaran RM150 sebulan yang saya bayar.....jika saya tidak merasa selamat berada didalam rumah sendiri. 

Setelah selesai dengan segala urusan polis.....polissss mereka datang untuk ambil report sahajalah....cap jari ke apa ke tak diambil pun.....sebagai syarat sahaja. Pegawai penyiasat ambil statement saya.....selesai sahaja ambil statement dia simpan semua barang untuk balik. Saya bangun dari kerusi makan untuk duduk kembali di sofa.....dia tanya "puan kerja apa". Saya tak pernah dedahkan maklumat pekerjaan saya kepada sesiapa....saya berpaling pada dia dan bagitahu jawatan dan jabatan saya dengan lengkap dan terus duduk di sofa kembali. Dia nampak terkejut......masa tu saya geram mungkin sebab terkilan, inilah akibatnya bila terlampau banyak menonton filem2 CSI kat TV, expectation kita terlalu tinggi. Saya cuma nak bagitahu pegawai tu antara kerja dia dan saya tiada bezanya.....jawatan kami....matlamat kami sama....tujuan kami sama tetapi mengapa saya boleh buat yang terbaik tanpa kira warna kulit atau pangkat. Jika rumah yang dipecah masuk adalah orang penting....mungkin cara dia lakukan siasatan akan berbeza. Pegawai tersebut mungkin malu alah dengan saya....dia minta security guard duduk dimeja makan dan 'berceramah' dengan mereka. Saya sudah tidak peduli....saya duduk disofa....mata saya merenung dinding.....hati saya sedih....saya tidak tahu bila mereka semua keluar dari rumah saya....sedar-sedar hanya saya seorang diruang tamu.

Saya pandang tombol pintu yang berlubang....pad lock yang terputus dua dilantai....kunci grill yang rosak. Saya call adik lelaki saya mintak tolong belikan pad lock dan tombol pintu yang baru. Saya call rakan sekerja untuk tolong pasangkan tombol pintu semula tetapi adik lelaki saya kata dia boleh pasang. Saya call rakan sekerja bagitau dia tak perlu datang sebab yakin adik lelaki saya boleh pasang tombol pintu.

Jam sudah 11.30 malam....adik saya masih terkial-kial nak pasang tombol pintu. Hanya jam 12 malam....baru semua selesai apabila terpaksa minta tolong teman lelaki rakan sekerja untuk datang tolong pasang. Jujur saya katakan....saya benar-benar ketakutan. Saya susun kerusi makan didepan pintu utama.....saya tarik cushion, meja solek dan letakkan didepan pintu bilik tidur, Saya duduk dibirai katil sehingga ke pagi. Saya tidak lelap mata walaupun sekejip sebab saya takut bila saya tidur mereka masuk kedalam rumah saya lagi.

Sehari selepas apartment dipecah masuk.....saya hanya sempat mengemas bilik tidur sahaja.....pada 10hb, jam 7.30 pagi saya sudah berada di Hospital Tun Hussein Onn untuk pembedahan mata  kanan. Saya drive sendiri ke Hospital dan saya masuk wad dan jalani pembedahan tanpa ditemani sesiapa. Ketika diwad....memang saya cemburu bila lihat pesakit dikatil sebelah ada orang teman. Semalaman saya di wad dan keesokkan harinya saya dibenarkan balik. Adik lelaki saya call.....dia kata dia akan ambil saya selepas dia habis mengajar....'mengajar???? hari sabtu dia mengajar jugak ke....rupanya dia buat kelas tuision utk student dia.....mereka lebih penting dari saya', bukankah saya dah maklumkan pada dia bahawa saya keluar wad hari nie....saya sudah maklumkan sebulan awal supaya dia tidak buat apa-apa rancangan. Tiba-tiba air mata saya mengalir laju......mata saya yang baru lepas operation menjadi amat sakit....saya tidak peduli....hati saya terlalu sakit....... lebih sakit dari mata saya.

Dia datang jugak ambil saya....samaada dia datang awal atau lewat....saya terpaksa tunggu sebab saya tidak dibenarkan keluar tanpa penjaga. Kalau ikutkan hati saya.....saya dah capai kunci kereta dan pandu balik sendiri tanpa peduli mata yang baru lepas bedah. Adik saya cuma hantar di lobi....saya naik lif sendirian dan buka pintu apartment saya sendirian. Ketika sampai di pintu rumah....saya terfikir mungkin lepas nie saya perlu dapatkan maklumat rumah orang tua yang paling bagus untuk jaga saya 20 tahun akan datang....jika beginilah nasib saya. 

Saya berpantang dan berada dirumah seorang diri...saya tidak dibenarkan masak sebab asap masakan dan api dapur membahayakan mata saya.....so macammana saya nak makan. Saya masukkan beras dalam periuk....masukkan air dan masukkan seekor ikan haruan....masukkan satu sudu rempah sup dan seketul halia. Tutup periuk elektrik dan biarkan ia mereneh. Itulah makanan saya selama seminggu. Saya tunggu rakan sekerja datang melawat sebab saya perlukan bantuan mereka untuk hiriskan bawang dan tolong saya masakkan sup....tak larat asyik makan bubur kosong sahaja tetapi setiap hari saya tunggu...tiada seorang pun datang menjenguk mungkin mereka risau sebab kena keluar duit untuk beli buah tangan buat saya.

Hari ke 5, saya perlu ke hospital untuk buat rawatan susulan.....saya call radio taxi...tak berangkat....saya berjalan perlahan-lahan dan tunggu teksi depan apartment tetapi 30 minit berlalu sebiji teksipun tidak nampak bayang. Saya tawakal....saya naik ke tingkat satu dan pergi ke kereta. Saya duduk lama di kerusi pemandu.....saya mengigil....saya meloya....saya nak muntah. Selama seminggu saya berkurung dalam rumah tiba-tiba saya keluar dari rumah dan mata saya tidak boleh terima cahaya. Saya drive jugak ke hospital wp saya dilarang memandu dalam tempoh 2 minggu. Walaupun mula-mula pemanduan saya tidak stabil sebab mata saya sakit pedih menyucuk tapi saya gagahkan juga bawak perlahan....saya berkata dalam hati saya cuba bawa setaka yang saya mampu....jika tidak boleh jugak saya akan berhenti dan ambil teksi.

Dihospital.....doktor terkejut melihat keadaan mata saya, luka bekas pembedahan nampak membengkak dan mata saya terlalu merah (mungkin sebab saya memandu).....dia bagi ubat yang lain. Hari ini adik perempuan saya yg berada di Teluk Intan datang melawat....alhamdulillah....akhirnya saya dapat cuci rambut selepas seminggu....adik saya tolong cucikan rambut dan mandikan saya, masakkan sup....masakkan lauk-lauk dan simpan dalam peti ais untuk tempoh seminggu lagi sementara mata benar-benar sembuh. Adik ipar saya baiki HP mini lama ni dan alhamdulillah saya boleh bukak internet semula. Pencuri tu tak ambil mini hp nie sebab buruk agaknya.....mujur dia tinggalkan mini hp nie kat saya kalau tak mati kutu saya duduk terkurung dalam rumah seminggu lagi (mc saya 2 minggu).

Saya bercerita bukan untuk minta simpati sesiapa.....tolong jangan bersimpati dengan saya sebab bukan sifat saya mudah terima simpati orang....saya nie orang yang jenis keras hati. Saya bercerita sebab saya ingin luahkan isi hati saya....saya tidak pernah rasakan diri saya malang sebab saya tidak pernah bandingkan diri saya dengan orang lain....bagi saya.... saya adalah insan yang bertuah sebab Allah sayangkan saya dengan menguji saya dengan ujian begini....Allah tahu saya mampu hadapi. Saya bersyukur ketika rumah dipecah masuk.....saya tidak berada didalamnya....dan saya tidak cedera.....barang2 boleh diganti.

25 comments:

tok_chik said...

hati saya tersentuh bila membacanya.
coretan ini saya baca berkali2

HomeKreation said...

Aslmkm Bdaria. Bersabar lah dik.... semua nya dugaan Allah. Dari cerita yg Along baca tu Along dapat rasakan yg Bdaria ni seorang yg tabah. Memang hidup ni banyak dugaan. Apa yg berlaku jadikan ingatan supaya lebih berhati2 selepas ni.

E-na Lovely Kitchen said...

Sebak E-na baca entry ni sis...hanya doa yang dpt e-na iringkan semoga Allah permudahkan segala urusan akak di dunia dan akhirat, amin.

CitarasaKu said...

Salam,Saya faham perasaan awak pada ketika ini. Harap bersabarlah dengan ujian ini dan pasti akan ada hikmah disebalik peristiwa kita lalui. Insyallah cekalkan hati serta kuatkan semangat.

Aziah.jordan said...

Salam bdria.saya baru terjumpa blog bdria..terus melekat.Keep on writing..bdria,Allah menguji hamba2 nay sebab Dia sayang dan tahu tahap kesabaran hambanya itu.

yanizz said...

Salam, lama menunggu n3 baru. Semoga ada rahmat disebalik ujian yg diterima. Tapi sakit ati betul ada guard pun x leh harap. Jaga diri baik2.

sumaliff said...

Assalamulaikum bdaria,
Kuatkan semangatmu.. itu ujian dariNya..menguji sejauh mana keimananmu kpdNya..jadikanlah kesabaran itu sbg sebahagian ibadah kpdNya..Insyaallah.. ketenangan jiwa tersemat dihati..di ats keredhaan kepada Allah Yang Maha Penyayang..

ZarinAziz said...

As salam...takziah atas apa yg berlaku...harap bdaria tabah menghadapi ujian dr Allah...mungkin ada hikmah disebalik kajadian...insyaAllah

Ummi said...

Assalam Bdaria...innalillah...begitulah bila kita ditimpa musibah...yang paling dekatpun sepatutnya membantu kita adalah jiran2 kita...x kira dlm apa jua, samada sokongan moral penguat semangat, kudrat dsb.nya. Adik beradik atau kawan karib pun kalau duduk jauh dan sibuk juga dgn urusan lain-lain, kita terpaksa faham atau kena fahamkan diri kita ke, ntah laa...

Apapun akak hanya mampu bersimpati dari jauh, diharap kejadian sebegini tidak akan lagi berlaku terhadap Bdaria dan you akan rasa selamat selepas ini....amiiin. Susah jugak nak pulihkan trauma tu..teringat kejadian pecah rumah Wardina tu kan...katanya dia x kesah barang2 hilang, tp hati dan perasaan anak2nya jugak bagai dirompak, mereka trauma..

Agaknya perompak tu seorang jek kot, tu pasal dia x angkat segala tv, berat nak kena angkut kot... Apapun, syukur alhamdulillah Bdaria tidak berada di rumah ketika itu, jika tidak, mungkin lebih teruk trauma tu dan kesakitan hati dan mata sama naik beratnya....huhu. Semoga mata Bdaria jugak cepat sembuh..take care yea.. Rehatkan minda dulu...selepas ini kita mungkin akan berasa lbh byk bersyukur dan merasai hikmah disebalik sesuatu kejadian.....insyaAllah.

salam sayang dr akak.. :))

ejaMaria said...

takziah... rumah sy pun pernah dipecah masuk akhir tahun lalu 2 kali... trauma mmg sampai skrg... tp masih syukur sbb kejadian berlaku waktu kami sekeluarga tiada dirumah... pasal pintu utama rumah... jgn guna padlock biasa shj... tambah lagi satu security padlock dan minta tukang kunci yg bertauliah pasang... insyaAllah yg ini mmg menyukarkan perompak utk buka kunci pintu... mcm rumah saya... tak dapat mereka umpil pintu - tingkap jadi mangsa... dan skrg terpaksa pasang alarm system... sbb rumah bawah kan... lagi berisiko tinggi...
by the way - guard tu mmg nak kena marah kalau dgn saya... sbb org buat kerja merompak / pecah bukan ambil masa seminit-dua... guard tak round ke hari tu?... klu diorg buat kerja meronda mesti dah nampak org pecah rumah mcm tu... kan mencurigakan...

quinnie said...

moga cepat sembuh daria..:)

balqees dairy said...

salam Bdaria,
Terharu akak baca entry ni....doa akak u akan cepat sembuh.Susah nak cari orang yg setabah dan cekal mcm u....setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.Jaga diri baik n cepat sembuh.

ana ayesha said...

Salam

Sy teringat kata2 motivator pagi tadi .... kita sebenarnya tidak mpyi apa2, semuanya adalah milik yg Maha Kuasa, jadi usah bersedih jika kehilangan/tidak spt org lain.

Semoga anda terus tabah

samsulaili said...

lama akak tak masukkan entry..tertunggu tunggu juga su.Rupa2nya ada musibah melanda.Semoga akak terus diberi kekuatan.Tentang susah takde membantu..su sendiri pernah alami.Pedihnya hanya Allah yg mengetahui..ye lah masa tu su susah.Tapi su dah lupakan semua tu sbb itu memang lumrah kehidupan.Bila susah ramai yang menghilang..bila senang..hmm.Banyakkanlah bersabar dan tenang...insyaallah ada hikah disebaliknya

Anonymous said...

salam kak daria...
harap akak cepat sembuh..
berat ujian yang akak sedang lalui
hanya Allah yang lebih memahami
harap akak diberikan kekuatan oleh Allah
dan mudah-mudahan mata cepat sembuh yer....

norlieharumaini said...

sesungguhnya akak begitu sensitif tersentuh perasaan membacanya..dan amat bersimpati... semoga mata bdariah pulih seperti biasa.. ini hari bdaria...esok lusa...(?) sabar menghadapi dugaan ini

tun_telani said...

semoga cepat sembuh kak.. kalau tun mesti x sekuat akak.

azian said...

Salam Bdaria,
Jaga diri baik-baik dan semuga cepat sembuh.

smell delicious! a.k.a inachomel said...

Salam Badria,

Saya cukup mengkagumi semangat Badria. Apabila ditimpa musibah, kita sebenarnye akan lebih yakin dan kuat semangat. Allah lebih sayangkan kita berbanding yang lain, itu sebab kita dipilih untuk menerima ujian dariNya. Hanya hamba Allah yang kuat semangat sahaja mampu mengharungi dugaan dan cabaran ini. Tahniah dari saya kerana Badria masih teguh mengharungi cabaran dan bukannya rebah meratap dugaan. Semoga cepat sembuh dan terus tabah, InsyaAllah kita akan lebih sayang dan menghargai diri kita sendiri.

Ami said...

akak gembira dapat membaca nukilan bdaria semula. alhamdulillah bdaria selamat, akak doakan bdaria dilindungiNya selalu. jaga dirimu baik2..

neelofer said...

salam..
kak bdaria.. saya xkenal akak..
tp yg penting kite saudara seislam..
Mungkin dh ramai yg meniupkan kata2 semangat kat akak..still i wan to say sumthing.. La tahzan akak..Allah sedang memerhatikan akak.. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu dan dugaan yang diberi tidak pernah melebihi had kemampuan hamba2NYA.
Dan bilamana kita mengharapkan bantuan dari sesama manusia..at the end..kita akan kecewa.. Jadi minta dan harapkanlah bantuan dari Allah semata2.. Kerana Dia tidak akan mengecewakan hamba2Nya..
insyaAllah.. Fiamanillah.. :)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Maaf ya akak baru tahu.....apa lagi yang mampu kami berkata cuba bersabarla.Anggap ini sebagai ujian Allah....Allah memberi ujian yang setimpal dengankemampuan hambanya. Jangan putus asa bersyukur Bdaria selamat ya. Kuat...dan mesti kuat menghadapi dugaan...Setiap orang ada ujianya.

Nur68 said...

Assalamualaikum

Semoga sentiasa tabah hendaknya. Sy kagum dengan ketabahan Bdaria. Bg akak setiap pengalaman yang kita tempuhi membantu kita menjadi lebih tabah dan matang dlm kehidupan. Easier said than done kata org kan,berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

MONIE said...

Takziah. Jaga kesihatan dan semoga cepat semboh. Nikmat kesihatan ialah nikmat yang tak ternilai. Semoga musibah yang telah saudari lalui akan Allah gantikan dengan pahala yang berganda di sisi Nya. Wallahuaklam

pia said...

Salam... smoga akak lebih baik harini....