Akhirnya saya berjaya ambil gambar bunga
orkid jenis phalaenopsis yang diperbuat daripada clay mengunakan
kamera. Tiga minggu yang lepas adalah minggu-minggu yang paling sibuk dalam
hidup saya.
Penat disebabkan kena masuk
kuliah dan study untuk jawap kuiz dan tugasan pada setiap
minggu untuk paper Law 2 dan penat sebab terpaksa berulang alik dari
asrama tempat belajar ke HUKM pada setiap hari. Pada hari saya bersiap untuk
ke asrama....tiba-tiba adik perempuan saya call. Dia kata nak singgah kat
rumah sebab hari isnin dia ada appointment dengan doktor kat Hukm. Dia
sampai rumah saya petang ahad....mulanya saya banyak bertanya....kenapa
datang KL, kenapa datang sorang...engkau drive sorang2 dari
Dungun.....kenapa nak jumpa doktor.....bertubi-tubi soalan yang keluar dari
mulut saya tapi adik saya diam membisu. Dia tak menjawap dan hanya merenung
dinding sahaja. Saya batalkan program untuk daftar asrama petang tu dan akan
bertolak seawal pagi keesokkan harinya.
Hari selasa, ketika sedang dalam bilik
kuliah....hati tak senang memikirkan keadaan adik. Adik saya call kata dia
kena tahan kat wad 7 HUKM. My fren bila dengar adik saya kena tahan kat
wad tingkat 7 berkata "ehhh....wad tu untuk kes pesakit kanser". Hati saya
lagi berdebar-debar...akhirnya saya minta kebenaran pengajar untuk keluar
kelas dan terus drive pergi ke HUKM. Sesampai di wad tingkat 7, saya lihat
adik saya tengah baca al-quran diatas katilnya.....saya tak ganggu dan terus
pergi duduk atas sofa yang disediakan dalam bilik tersebut.
Bila selesai menghabiskan surah yang dibaca,
adik saya tengok saya dengan wajah yang sedih....dia kata doktor tahan kat
wad sebab barah payudaranya sudah dalam keadaan yang teruk. Saya minta
tengok.....dia tunjukkan saya bahagian barah tersebut dan keadaan membengkak
yang teruk menyebabkan saya terduduk. Saya tak sangka adik saya sudah berada
dalam tahap yang teruk. Dia tidak tunjukkan tanda-tanda sakit selama
nie....dia cergas dan masih sibuk menguruskan tadikanya....tiba-tiba dia
datang ke KL seorang diri dengan keadaan yang lemah.....badannya kurus
kering.....tinggal rangka dan bahagian payudaranya membengkak teruk.
Adik saya yang kedua nie adalah seorang yang
berperibadi choleric.....seorang yang tegas, keras hati dan bersifat
pemimpin. Dia adalah seorang tahfiz al-quran, menolak tawaran masuk UM
kerana berkahwin awal. Selepas berkahwin dia menguruskan maahad tahfiz
bersama suaminya. Keperibadian dirinya telah menyebabkan dia lebih menonjol
berbanding suaminya seorang ustaz dan penceramah bebas yang berperibadi
Phlegmatic. Adik saya nie sangat bijak.....dia mempunyai sifat pemimpin
berbanding suaminya....tahfiz meningkat maju ketika berada dibawah
pegangannya. Suaminya mula terasa tergugat dan ego lelakinya mula setinggi
langit....mereka sering bertelagah. Bagi menyelamatkan rumahtangga
mereka....adik saya mengalah dan tinggalkan maahd tahfiz dibawah pengurusan
suaminya dan dia mula tubuhkan tadikanya sendiri di Dungun. Dalam tempoh
lima tahun sahaja tadikanya berkembang dan pendapatan tadika inilah,
suaminya mula guna untuk tampung kewangan maahad tahfiz yang mula
berkurangan pelajar.
Hubungan mereka suami isteri memang sering
bermasalah tetapi bagi kami sekeluarga....kami anggap ia adalah perkara
biasa. Adik saya bukanlah seorang yang suka bercerita masalah rumahtangga
kepada orang lain....saya sendiri tidak tahu keadaan adik saya sehinggalah
ia menjadi teruk seperti ini. Adik saya seorang yang sangat cantik diwaktu
remajanya.....berbadan gempal tetapi sekarang ia kelihatan tua, kurus kering
dan berwajah cengkung. Dia menderita.
Terukkah keadaan adik saya?. Seminggu sebelum
datang KL adik saya telah pergi berjumpa dengan perempuan yang akan
berkahwin dengan suaminya dan perempuan tersebut beritahu bahawa "Ustaz
berjanji akan serahkan Maahad tahfiz pada dia" selepas mereka berkahwin.
Adik menanggung sakit seorang diri....drive kereta dari Dungun ke KL seorang
diri....tinggalkan 5 orang anak dirumah dengan berharapkan anak sulungnya
yang baru darjah 6 menjaga adik-adik yang kecil. Sepanjang 2 minggu dia
berada di HUKM, suaminya tidak angkat telefon dan ketika adik sms bagitahu
bahawa dia kanser tahap 3 dan perlukan suaminya disisi....suaminya boleh sms
dengan menyatakan bahawa bila dia dah mati baru suaminya pergi tengok.
Doktor pakar yang merawat sanggup telefon suaminya supaya datang ke hospital
tetapi suaminya letak telefon sebelum doktor habis bercakap. Di hospital
barulah dia mendedahkan bahawa selama ini dia hanya tunjukkan bahawa dia
gembira dihadapan kami tetapi sebenarnya rumahtangga dia berentakan
teruk lebih 2 tahun yang lepas. Setiap kali mereka bergaduh
besar, adik saya yang akan sujud pegang kaki suaminya dan merayu supaya
dirinya tidak diceraikan....dia tidak kisah suaminya tidak balik rumah
sampai berbulan-bulan....asalkan suaminya jangan ceraikan dia. Inilah
kelemahan adik saya....dia sering menyalahkan dirinya....dia sering kata dia
yang jahat....dia sering kata dia yang bersalah.
Saya seorang kakak yang tidak pernah membuat
keputusan untuk adik2 saya daripada dulu. Bila saya dengar masalah adik dan
saya teman dia sepanjang tempoh 2 minggu dia di HUKM dan menangis
bersamanya bila dia terluka dengan sms suaminya.....tidak terkeluar dari
mulut saya perkataan "baik engkau bercerai".....saya cuma berkata "Yong
takan maafkan X sebab buat adik yong macam nie". Saya cuma beri nasihat
dan sokongan moral.....keputusan berat ini saya lepaskan dalam tangannya
walaupun dalam hati saya menjerit-jerit supaya dia lepaskan lelaki yang
menyiksa dirinya jika dia ingin terus hidup. Kanser hanya berjaya
diubati jika pesakitnya berjaya mengawal stress....dalam keadaan adik
saya!!!!!!!!!!entahlah susah nak cakap.
Malang bukan nasib wanita.....lelaki yang adik
saya kahwini adalah tergolong dalam lelaki baik dan jadi pilihan pertama
para ibu bila mencari calun suami untuk anak mereka. Seorang ustaz dan
pendakwah bebas yang terkenal.....mempunyai ratusan pelajar dari seluruh
negara. Siapa sangka dia akan melakukan perbuatan keji begini. Mujur adik
saya terima nasihat kami....bila kami suruh adik beli rumah atas nama
sendiri dan letakkan tadika atas nama sendiri.....jika tidak adik saya akan
dihalau sehelai sepinggang. Oleh sebab itulah para isteri......sayangilah
diri anda dahulu 100% dan pastikan diri anda mempunyai harta/simpanan
sendiri. Mungkin hari ini suami anda adalah 'malaikat' dan belum tentu esok
atau lusa dia tetap 'malaikat'.
Selepas adik saya keluar HUKM dan saya selesai
menghabiskan kelas undang-undang....barulah saya mempunyai masa untuk
menghabiskan projek bunga orkid nie. Sebenarnya bunga orkid nie dah lama
saya siapkan 3 tangkai tetapi tidak mempunyai masa untuk mengubah. Kali nie
saya nak tunjukkan kepada anda gambar yang diambil elok-elok dengan
mengunakan kamera.
Sebenarnya kos saya habiskan untuk sepasu
bunga ini adalah lebih kurang RM150. Kos nie hanya untuk material sahaja
sebab harga clay agak mahal iaitu RM30 seketul. Untuk bunga...dia guna 1 1/2
ketul clay dan untuk daun guna 2 ketul clay. Kos lain adalah warna, gam dan
pasu bunga. Kos yang paling besar sehingga
mencecah RM300 adalah alatan, acuan dan flower cutter. Tetapi
alatan ini boleh digunakan untuk buat orkid phalaenopsis jenis
lain...contohnya seperti kat bawah nie. Projek saya seterusnya untuk
dihadiahkan kepada emak saya.
20 comments:
maafkan sya yek kak.. tp kejam sungguh la si suami.. sebak hati ngan anak2 yg masih kecil dan sakit berat si suami buat begitu.. mcm mane la nasib anak2 dia nanti. sy doakan agar dia kuat demi anak2nya. amin..
Salam Tun,
Memang kejam. Adik lelaki saya nak pergi tumbuk dia tapi mak saya larang. Kami sekeluarga dah benci sgt kat dia terutama bila dia hina isterinya sendiri dalam facebook. Rakan2 FB dia pula bagi sokongan "kawin lain je ustaz....ajar bini yang tak dengar cakap nie". Kalau saya nak bercerita buruk ttg suaminya memang tak habis nak tulis tapi buat apa nak bukak keburukan orang lain. Moga Allah shj yg membalasnya. Fyi, ketika isterinya sdg terima berita bhw dia kanser tahap 3, suaminya packing baju nak pergi Indonesia. Dia tinggalkan anak2 dan biarkan isteri kat hospital seorang diri. jantan celaka nie adalah ustaz dan pendakwah terkenal hahahahah....kalau saya sebut nama dia....ramai yang kenal.
Assalammualaikum bdaria...terkedu akk baca cerita adik yg kanser tu. Sabarnya dia, dgn laki yg tau mengikis dan buat anak. Maaf ye....sakit hati akk baca dia nak serah sk tahfiz tu pd bini baru.
Tapi bagusnya...adik bdaria ada zuriat dan akk yakin satu hari nnti si ustaz tu akan menyesal dunia n akhirat....tengok la...Allah balas cash, ni geram ni.
salam bdria..sampaikan salam mokwo pada adik yek!! mokwo doakan moga dia boleh sembuh dari penyakit canser yang dia hadapi dan menjadi sihat semula demi anak2 dan demi menegakkan hak dia sebagai isteri dan wanita.....siapa agak nya ustaz dan pendakwah terkenal tu yek??
salam Zana,
Suami dia nie bukan jenis yg mengikis atau abaikan tanggungjawap. Selalunya (time dia baik lah) dia nie pemurah dengan wang ringgit dan makan minum. Ini memang 'kemewahan' dalam rumah mereka. Bila sekali sekala dia balik (bila dia nak ambik pakaian) dia akan tinggalkan duit yg banyak dan akan penuhkan peti ais dengan makanan dan lauk pauk sebelum dia keluar tinggalkan rumah selama berminggu2.
salam Mokwo,
kalau orang yang selalu pergi dan ikuti kuliah agama (bukan dalam TV)kat bandar kuantan dan Kuala lumpur....memang kenal dia nie. Maaflah tak boleh dedahkan siapa dia....ini aib orang. Buruk2pun dia....dia masih suami adik saya dan adik saya jaga aib suaminya sampai hari nie. Dia hanya cerita pada saya selepas dia tidak sanggup tanggung sorang diri bila dia baca sms. Dia meraung. tapi dia masih bela suaminya....dia kata suaminya tu inferiority complex. Dia rasa semua ini adalah salah dirinya.
Salam Bdaria. Bergenang airmata saya baca kisah hidup adik Daria. Harap dia tabah demi untuk anak2 nya. Banyakkan berdoa. Saya ada jumpa blog ni. Maybe boleh try cara alternatif ni. (Farah Lee istery Ally Iskandar)
http://farahinlee.blogspot.com/search?updated-min=2010-01-01T00:00:00%2B09:00&updated-max=2011-01-01T00:00:00%2B09:00&max-results=26
Saya pun ada ambil kapsul habbatus sauda ni (Nigella Sativa)
-Ijip-
bdaria,
Memang benar. Pada masa kini, dalam ketaatan terhadap suami, seorang wanita itu perlu beringat. Kalau ada kerjaya, perlu ada harta atas nama sendiri terutama rumah dan kereta. Sekiranya ditinggalkan, ada tempat berteduh untuk diri sendiri dan anak-anak.
Memang kita tidak minta yang buruk, tetapi yang buruk itu juga seringkali bertandang dalam kehidupan kita untuk mencabar dan menguji sejauh mana kita bersabar menanganinya.
Didoakan semoga adik anda segera sembuh demi kelangsungan hidup anak-anaknya di masa mendatang.
Mak Ngah
Salam ....saya simpati dengan adik awak pada saat saat begini dugaan yang sangat berat. Saya sangat geram dgn telatah org lelaki yang nampak alim tapi kejam. Lelaki macam niee mmg tak guna sungguh. Saya doa kan adik awak semuga tabah dan cepat sembuh ...Amin
sedihnya saya baca... tapi mungkin saya faham kenapa dia tidak mahu bebas.. saya doakan adik bdaria cepat sembuh dan semoga Allah tunjukkan jalan pada lelaki yang tertutup pandangan atas yang baik itu.. sebaknya rasa.. lebih² adik Bdaria terpaksa terima ujian seorang diri.. dan kesihan pada anak².. harap Bdaria sekeluarga bersabar ya..
Salam Bdaria.
Sedih saya membaca kisah ni.
Saat adik menanggung derita penyakit, suaminya tambahkan lagi dengan kata2 berbisa.
Mana akal seorang lelaki?
Sebak dan sesak dada saya.
Syukurlah awak ada menemani adik selama dia di HUKM. Tak heran saya, adik lelaki nak tumbuk abang iparnya tu.
Sedih hati saya membaca, tapi adik bdaria mesti rasa lebih derita, itu yang kanser bertambah teruk. Dia perlukan sokongan keluarga dan sy berharap suaminya akan menerima azab Allah didunia dan akhirat kerana tidak kezaliman yang dibuat. Orang yang beragama seperti ustaz patutnya melindungi isteri dan anak-anak bukan mengambil kesempatan.
Benci saya dengan ustaz yang selalu lupa diri kalau disanjungi.
sayu membaca kisah isteri yg tidak dihargai, anak2 terbiar. semoga Allah sentiasa melindungi adik bdaria dan anak2nya. berkata 'sabarlah' memang lebih mudah dari dipikul sendiri, tapi inilah lumrah hidup. dugaah Tuhan itu hanya untuk segelintir sahaja, yang disayangiNya.
Salam Bdaria.sedihnya baca kisah adik bdaria...menanggung sakit kanser dan menghadapi sikap suami begitu.betapa berat ujian yg dihadapinya.moga dia tabah dan kuat semangat menghadapi dugaan ni dan beransur pulih dari derita sakit yg dihadapi....Amin..
Sangat sedih,tak terkata...hanya Allah dapat membalas perbuatan suaminya apatah lagi dia bukan org jahil agama.
Adik Bdaria perlukan sokongan semua buat masa ini...kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Anis
Salam Makngah,
Sebenarnya tidak salah wanita sediakan payung sebelum hujan, sediakan insuran sebelum kemalangan. Tak guna meraung dan mengeluh apabila bala menimpa. Masa tu menangis keluar air mata darah sekalipun dah tak guna sbb yang tidak beringat drp awal. Malang tidak berbau. Sebab itulah para isteri, jika sayangkan anak-anak....sayanglah diri sendiri 100% dahulu, sediakan perlindungan utk diri sendiri....tidak salah beringat. Jadikanlah nasib adik saya sebagai peringatan.
Salam citarasaku,
Lelaki samaada dia org alim atau penyangak....mereka ada satu persamaan iaitu EGO. EGO yang menutup pertimbangan mrk. Adik ipar saya mengalami sindrom infeority complek. Dia sentiasa rasa tergugat dengan isterinya. Bila adik saya terlalu berjaya berbanding dia....dia mula cuba melakukan sesuatu supaya adik saya tunduk pada dia iaitu ugut dengan talak dan ugut ambik anak bila bercerai. Ini senjata dia selama bertahun-tahun. Dia takan lepaskan adik saya tambah pulak sekarang adik saya sakit.....jika dia ceraikan adik saya waktu ini, dia akan malu pd masyarakat. Air muka dia lebih penting. Dia lelaki yg terlalu ego....ilmu al quran dan hadis yang dia guna utk mengajar orang ramai tidak dapat 'menurunkan' ego dia. Dia hipokrit.
Sekarang kami berjaya pujuk adik supaya buat kimoterapi dan jalani operation buang breast kiri tersebut. Ubat hy membantu sebanyak 30% untuk sembuh tetapi 70% lagi datangnya drp kekuatan diri. Itu yg kami amat2 risau.
Salam Badaria.... saya amat sedih bila membaca kisah adik awak. Banyak kes yang saya jumpa macam ni.
Seorang isteri akan sedaya upaya menutup kisah rumahtangganya, jaga aib suaminya dan hanya memendam rasa. Semoga adik awak tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Sekarang ni susah nak percaya termasuklah katageri ustaz selalu cakap tak serupa bikin. Ceramaha sana sini tapi perubatan kepada isteri sendiri tak serupa bikin... sedihkan. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan adik awak tu ....
salam kak badaria, speechless..sampainya hati si suami..semoga si isteri kuat menghadapi dugaan Allah ini..insyaallah
Post a Comment