Friday, January 11, 2013

Drama pun bermula......

Alhamdulillah......hak penjagaan anak-anak arwah telah diserahkan kepada emak saya oleh mahkamah. Untuk penjagaan sementara ini semua anak berada dalam tangan emak.

Setelah mendapat surat penjagaan sementara dari mahkamah...emak saya terus membawa balik cucu-cucunya ke Pahang. Keadaan menjadi sangat kecoh apabila bekas adik ipar menyedari anak-anaknya dilarikan oleh emak....wp emak beritahu beliau memiliki surat kebenaran hak penjagaan dari mahkamah.....beliau tidak peduli.  Beliau mengugut emak.....beliau berkata bahawa jika anak-anak itu tidak diserahkan dalam tempoh 24 jam....beliau akan bawa polis ambil. Emak walaupun buta huruf dan tidak berpelajaran....tetapi emak bukan bodoh. Selepas dapat ugutan dari adik ipar....emak terus ke balai polis dan buat laporan.

Sebenarnya emak dalam ketakutan......kami sendiri kebingungan.....emak seorang diri bersama-sama cucu-cucunya. Saya pulak akan ke Kuching seminggu kerana bertugas. Adik perempaun ke 3 berada di perak dan adik lelaki berada di KL dan seorang lagi berada di Singapore.....yang tinggal hanya emak seorang menghadapi cabaran ini.

Kasihan anak-anak arwah...mereka semua dalam keadaan tertekan. Yang sulung...mariam menjadi sasaran kemarahan bapanya. bapanya akan menghubungi beliau:-

Bapa:.....jangan nak jadi anak derhaka.....kemaskan beg dan ambil semua kunci kereta umi.....tunggu abi....abi akan datang ambil" dengan nada memerintah

Anak: "Abi....kami nak duduk dengan opah. Abi tetap Abi mariam tapi mariam nak duduk dengan opah. Umi dah pesan kat Mariam supaya jaga adik-adik dan duduk dengan opah. Abi tolong bagi mariam dan adik-adik duduk dengan opah".

Bapa : Abi tak nak dengar semua helah tu.....nie mesti opah kami yang jahil tu menghasut kamu....jangan nak melawan. Ikut abi....ini perintah dari Abi....ikut dan taat.

Budak tu jadi binggung.....dalam keadaan rungsing.... dia hendak forwardkan semua mesej marah dan perintah dari Abinya kepada adik saya Atih tetapi mariam melakukan kesilapan besar....dia forwardkan mesej tu kepada no telefon Abinya. Mariam panik bila sedar kesilapan dia tetapi terlambat sebab Abinya terus telefon " Abi dah agak....Atih kamulah celaka yang paling besar sekali.....menghasut kamu semua". Wahhhhhhh adik saya yang tidak tahu apa-apa telah dituduh dalang besar. 

Atih menelefon saya tadi dan bercerita......masalah semakin rumit dan dia bimbangkan emak. Tiket kapalterbang ditangan saya....terasa berat hati hendak pergi....aduhhhhh keadaan semakin rumit. bagaimana emak saya hendak hadapi.....dia bukannya seorang yang terpelajar....dia bertuah sebab peguam yang dilantik banyak membantu beliau. Emak memang dari dahulu lagi agak takut dengan adik ipar.

Kami sekeluarga menjadi begitu pelik dengan sikap seorang ustaz yang berpendidikan agama yang tinggi sehingga ke tahap master tetapi bersikap seperti orang yang tidak tahu hukum. Kami tidak tahu darimana beliau mendapat salinan surat kematian adik dan telah membawa surat kematian tersebut ke bank dan menyemak  semua akaun bank adik dan meminta supaya akaun bank itu dibekukan dan beliau akan mengeluarkan semua duit. Beliau hanya membawa surat kematian dan beliau tidak membawa surat perceraian.....pelikkan seorang ustaz boleh bertindak diluar batasan begini.....dia dah gila agaknya. 

Beliau telah mengambil duit kutipan yuran tadika arwah adik. Meminta emak saya serahkan kunci kereta, van dan rumah milik arwah adik (kereta dan rumah adalah atas nama adik dan bukan harta bersama). Dia terlupa agaknya bahawa perempaun tua yang dia panggil perempuan jahil tu adalah emak kepada bekas isterinya dan dia hanya bekas suami.....dan perempuan jahil tu adalah pewaris utama. Peguam meminta supaya emak tidak menyerahkan kunci kereta dan rumah tersebut. Geran tanah milik adik juga disimpan oleh emak. Peguam menasihati emak supaya tidak terlalu takut dengan ugutan bekas adik ipar.....dan tunggu tarikh perbicaraan untuk pembahagian harta. Harta-harta tersebut adalah milik anak-anak arwah.....kenapa dia ambik duit semua duit tadika tanpa pedulikan bagaimana hendak bayar perbelanjaan bulanan tadika. Bagaimana masa depan tadika?.....yang ini kami tidak mahu ambil tahu.....saya dah tengok akaun tadika dan dengan memerosotan kemasukan pelajar tahun ini....tadika tidak mampu untuk tampung perbelanjaan bulanan....saya bagitahu adik ke 3 supaya lepaskan tadika. jangan peningkan kepala.

Drama baru bermula.....


9 comments:

Anonymous said...

Bad, kamu ke kuching kerana urusan apa? mungkin boleh bawa sekali emak dan anak2 ke sana. biar mrk jangan ke sekolah buat sementara waktu. dah lah emak mrk dah meninggal, bapa dia org pula tiap hari buat hal. kasihan budak2 tu. sebaik-baiknya emak dan anak2 jangan tinggal berseorangan. mungkin boleh menumpang rumah saudara atau rumah anak lain buat sementara waktu.

tolong berhati2. banyak juga anak2 dibawa lari dari sekolah oleh bapa/emak yg tak dapat hak penjagaan.

bapa dia org ni bukannya sayang kat anak2. cuma nak susahkan org lain dengan buat perkara mcm ni.

kalau dia masih keras kepala, buat je report dgn harian metro dgn gambar dia sekali. nanti dia insaf agaknya. boleh juga tanya peguam sama ada boleh siapkan protection order supaya bapa dia org tak boleh kacau anak2 dan mak u.

surat mati, dia boleh tipu hospital dia suami and minta satu copy agaknya.

Sally

Faiz said...

salam kak..doa saya semoga Allah berikan kepada akak, ibu akak, anak2 arwah & seluruh famly akak kekuatan untuk menghadapi situasi ini.
semoga bekas suami arwah mendapat hidayah Allah..Allah yg berkuasa, bekas suami arwah tiada kuasa langsung, kita semua tiada kuasa. Allah yg berkuasa

~~zana@pb~~ said...

Betul pendapat Sally tu Bdaria. Sebaiknya sembunyikan dulu mereka tu dr abinya yg tamak harta. Mungkin dipengaruhi oleh isteri barunya? Kalau tak sanggup, bahagikan dulu adik beradik ni kpd pak sedara n mak sedaranya hingga kes mahkamah selesai. Tp nnti abinya boleh dakwa pula mak bdaria tak jaga cucu kan? Pening juga...hrp2 bdk2 ni tidak trabai.

Anonymous said...

betul2...sy sokong sally.anak2 dlm keadaan tertekan kurg fokus pd pembelajaran kt sekolah.kalau perlu berpindah,pindah aje.apa guna ada bapa tapi tidak melindungi malah sanggup disakiti mental anak2 demi kepentingan diri.

-Adeena-

K.Nor said...

salam bdaria.. lamanya k.nor tak kesini.. dah banyak cerita yg k.nor tertinggal.. maaf sgt sbb kurang BW akhir2 ni.. baru k.nor tau ada musibah dlm keluarga bdaria..

takziah dr k.nor buat bdaria dan keluarga terutamanya anak2 yatim tu.. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman, menjadi penghuni syurga nan abadi.. semoga anak2 yg ditinggalkan tenang dan tabah menghadapi ujian ni..

betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. kesian anak2 yatim dan juga ibu bdaria.. semoga Allah memberi perlindungan dan kekuatan utk menempun hari2 mendatang..

di sebalik apa yg terjadi, insyaallah ada hikmah mendatang.. semoga kehidupan ibu, anak2 sdara dan bdaria sekeluarga akan tenang selepas ni..

semoga Allah memberi petunjuk dn hidayah buat bekas suami arwah.. semoga segalanya selesai dgn cara yg terbaik.. aminnn..

Roziah said...

Dear Bdaria,

Mungkin salah satu cara yang boleh dibuat ialah mengumpul segala bukti-bukti kekacauan dan kekejaman yang dilakukan oleh bekas adik ipar Bdaria dan senaraikannya dengan teliti, cukup lengkap dengan tarikh dan jika boleh, masanya sekali. Sentiasa updatekan senarai ini dan serahkan satu salinan kepada peguam.

Jangan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika bekas adik ipar Bdaria membuat ugutan walau bagaimana kecil sekalipun ugutan itu. Laporan polis adalah satu rekod yang penting dan diambil kira.

Bila berurusan dalam hal-hal yang melibatkan bekas adik ipar Bdaria, jangan lupa sentiasa mempamerkan surat cerai arwah adik Bdaria kepada sesiapa saja yang terlibat, buktikan bahawa bekas adik ipar Bdaria tiada hak dalam isu-isu yang berkenaan. Ini bukan untuk memalukan sesiapa termasuk arwah adik Bdaria, tetapi menyatakan kebenaran dan juga untuk menjaga kebajikan anak-anak arwahnya.

Jika boleh, lepaskan sahaja tadika itu. Buat secara formal siap dengan surat-surat peguamnya sekali. Jika bekas adik ipar Bdaria nak sangat duit tadika tersebut, pandai-pandailah dia dan isteri barunya menjaga tadika tersebut. Arwah adik Bdaria berusaha keras mengusahakan tadika tersebut sebelum ini, biarkan mereka berdua merasakan beban itu pula. Jika ada apa-apa hal yang berlaku kemudian, menjadi tanggungjawab mereka berdua menghadapinya kerana nama mereka yang sudah termaktub sebagai pengusahanya. Jangan ingat dengan mudah mengambil duit keuntungannya sahaja.

Tentang duit tadika tersebut, jika tidak dapat juga, biarkan. Balasan Allah Taala yang mengatasi segala rasa marah, sakit hati dan benci keluarga Bdaria akan menanti mereka. Itu yang bekas adik ipar Bdaria dan isteri barunya mahu sedangkan mereka tahu apa yang mereka lakukan selama ini adalah salah.

Walau bagaimanpun, bersabarlah. Tenangkan hati anak-anak arwah. Mereka baru sahaja kehilangan ibu dan tengah menghadapi situasi dimana ayah mereka berperangai "tidak seperti seorang ayah yang baik". Bantulah ibu, dia juga bersedih kerana baru sahaja kehilangan seorang anak.

Anonymous said...

assalammualaikum kak,

kuasa kita sebagai mukmim adalah doa tanpa hijab kpdnya...
gunakan kuasa tu. lebih2 lagi doa org yg terianiaya dan tentunya doa anak2 yatim ini. insyallah doakan yg terbaik dari nya.....

Kak Nik Ja said...


salam takziah buat badaria sekeluarga di atas permergian adik yg di sayangi....
hemmm susah jugak kalau sudah jadik beginikan...harap2 si Abi tu berubahlah...sebb kunci kepada masaalah adalah dia...kerana tindakan nya yg tak pikir org lain kecuali diri sendiri..memang menyusahkan
kasihan anak2 yatim tu...seeloknya ade adik beradik badaria yg dpt tinggal berdekatan dgn ibu utk menguruskan anak2 arwah
moga Allah memudahkan segala urusan..Amiiin!

Anonymous said...

Semoga cekal dan tabah menghadapi dugaan...Jangan berputus asa demi anak-anak yang tak berdosa, mungkin mereka tidak mampu menyuarakan kehendak mereka..kita yang dewasa ini perlu membantu. Teruskan usaha, moga dirahmati-Nya.. ikhlas dr ayu kuantan