Saya
sambung
kembali
cerita
berkenaan
pengalaman
bercuti
di
Korea.
Hari
terakhir
Isnin
3hb
June
2013
Cuaca
cerah,
terang
dan
bersuhu
sekitar
20c
Check
out
daripada
hotel
dalam
jam 10.00
pagi.
Kami
dalam
perjalanan
ke
iteawon
untuk
makan
tengahhari.
Awal
lak
makan
tengahhari
kan....sebelum
sampai
ke
itaewon
kami
dibawa
pusing-pusing
bandar....
Dalam
bas
Ms
J
sambung
bercerita
berkenaan
dengan
Korea.
Dia
cakap
kadang-kadang
apa
yang
disampaikan
oleh
drama/filem
adalah
tidak
benar
dengan
realiti
kehidupan
sebenar
masyarakat
Korea.
Dalam
drama
selalu
digambarkan
bahawa
menantu
perempuan
bila
berkahwin
akan
duduk
bersama
dengan
keluarga
suami
dan
sering
membuat
kerja-kerja
untuk
emak
mertua.
Realitinya
masyarakat
korea
akan
melepaskan
anak
lelaki
mereka
hidup
berdikari
dan
mereka
tidak
mahu
anak-anak
tinggal
dengan
mereka
sebab
mereka
sudah
tidak
mahu
terikat
dengan
tanggungjawap
menjaga
keluarga
lagi.
Tidak
betul
jika
berkahwin
dengan
lelaki
Korea
kena
tinggal
dengan
keluarga
mertua
dan
mak
mertua
jahat/zalim.
Golongan
tua
diberi
perhatian
oleh
kerajaan.
Lazimnya
masyarakat
korea
mempunyai
umur
yang
panjang
dan
kesihatan
yang
amat
baik.
Golongan
tua
akan
bersama-sama
komuniti
mereka
melakukan
aktiviti-aktivi
yang
disokong
oleh
kerajaan
malah
setiap
tahun
mereka
akan
diberikan
peluang
bercuti
secara
percuma.
Dalam
drama/filem,
ditunjukkan
ada
keluarga
sederhana
memiliki
orang
gaji.
Realitinya....masyarakat
Korea
tidak
mampu
memiliki
orang
gaji.
Dasar
kerajaan
yang
memperuntukkan
gaji
minimum
US2,000
sebulan
dan
sebuah
bilik
disediakan
untuk
orang
gaji
menyebabkan
hanya
mereka
yang
betul-betul
kaya
seperti
CEO
syarikat
besar
sahaja
yang
mampu
memiliki
orang
gaji.
Ms
J
berkata
rumah
di
Korea
amat
mahal....sebuah
apartment
2
bilik
yang terletak
di
bandar
Seoul
sudah
berharga
1/2
juta
US...beliau
sendiri
tinggal
diluar
bandar
Seoul
dengan
perjalanan
2
jam
setiap
hari
untuk
ke
ofis
sebab
disitu
sahaja
keluarga
beliau
mampu
memiliki
rumah
(suami
Ms
J
adalah
pensyarah
universiti).
Ms
J
memberitahu
bahawa
di
Korea,
suara
rakyat
sangat
berkuasa.
Contohnya
baru-baru
ini,
ada
sebuah
syarikat
yang
mengeluarkan
susu
kotak
tetah
melakukan
penganiayaan
kepada
pekerja
kilang
mereka.....masyarakat
Korea
amat
marah
dengan
peristiwa
tersebut
dan
memboikot
susu
berkenaan
sehingga
saham
syarikat
itu
jatuh
teruk.
Jika
kami
mahu
pemimpin
kami
berubah
atau
kami
tidak
setuju
dengan
dasar
yang
dibuat
oleh
pemimpin
kami....kami
akan
meminta
kelulusan
pihak
polis
dan
kemudian
berpaket.....tiada
masalah.
Kami
bebas
tunjukkan
perasaan
kami
kata
Ms
J.
Mereka
seperti
Jepun....rakyat
berkuasa.
Dalam
jam
11.30
pagi
barulah
kami
sampai
kat
iteawon
dan
pergi
makan
di
restoran
Turki.
Bukan
selera
saya.....saya
hanya
makan
sedikit
sahaja.
Setelah
itu
kami
menaiki
bas
menuju
ke
lapangan
terbang
incheon.
melalui
sungai
Han
yang
besar
dan
cantik
memisahkan
antara
bandar
seoul
baru
dan
bandar
seoul
lama.
Gang
bermaksud
sungai.
Gangnam
adalah
kawasan
bandar
baru
bagi
golongan
elit.
Lagu
Gangnam
stye
dinyanyikan
bagi
menunjukkan
betapa
berlagak
(show
off)
lelaki
yang
bergaya
macam
orang
kaya.
Bila
melalui
bangunan
diatas,
ms
J
berkata....bekas
pemimpin
kami
yang
lepas
adalah
seorang
yang
suka
show
off.
Dia
luluskan
pembinaan
bangunan
ini
yang
akhirnya
tidak
digunakan
dan
menjadi
gajah
putih.
kami
gelak....sebab
kat
malaysia
kami
mempunyai
ramai
pemimpin
yang
begitu.
Destinasi
terakhir....tempat
ini
berhampiran
dengan
airport
incheon.....kami
singgah
kat
sini
untuk
shopping
saat-saat
akhir
terutama
jika
nak
beli
buah
tangan
yang
masih
tidak
cukup.
dalam
dompet
saya
hanya
ada
beberapa
keping
note
kwn10,000.
Disini
disediakan
servis
untuk
packing
percuma....jadi
boleh
beli
dan
kemudian
pack
dengan
kotak
dan
boleh
terus
masuk
kargo.
Sorrylah
nama
tempat
nie
tak
ingat....tengok
kat
resit
dia
tulis
bahasa
korea...sepatah
haram
tak
faham
so
tak
leh
bagitau
kat
mana
sebenarnya
tempat
nie.
Kat
sini
adalah
tempat
kalau
nak
beli
seaweed.
Seaweed
dikilangkan
dalam
bangunan
nie,
dibungkus
dan
harganya
lebih
murah
serta
ia
lebih
sedap
(menurut
Ms
J
lah).
Kawan
ofis
saya
kirim
sunflowers
chocoball...masa
tengok
harga
Won18,000....mak
aiiiii
mahalnya
dalam
RM51.30.
Saya
beli
sekotak
untuk
beliau
dan
kemudian
saya
test
makan
kat
kaunter
(bahagian
testing)....sedap....biji
matahari
yang
disalut
coklat....saya
ambik
sekotak
untuk
diri
sendiri.
Kat
sini
kalau
anda
nak
beli
banana
milk....boleh
beli
sekarton
dan
bawak
balik
Malaysia.
Saya
tak
belilah
sbb
won
dah
tak
ada.
Lepas
habis
shopping....saya
tunggu
kat
luar....tunggu
kawan-kawan
serombongan
dok
packing
barang-barang
borongan
dalam
kotak.
Sampai
kat
Incheon
dalam
jam
1
tengahhari.
Tiket
kami
dalam
jam
3.30
petang....rakyat
Malaysia begitu
ramai
di lapangan
terbang
Incheon....dimana-mana
sahaja
anda
akan
jumpa
rakyat
Malaysia.
Kami
cari
bilik
solat
(Gate
49)....ada
disediakan
tetapi
tiada
bilik
air
atau
tempat
ambik
air
sembahyang
so
saya
jaga
beg
kawan-kawan
sementara
mereka
semua
gi
cari
toilet
untuk
ambik
air
sembahyang.
Selesai
sembahyang
kami
berjalan
menuju
ke
train
untuk
ke
gate
112
untuk
ambik
barang
bebas
cukai
yang
kami
beli
semasa
kat
Seoul
sebelum
memasuki
pesawat
dan
balik
ke
Kuala
Lumpur.
Saya
dapat
tempat
duduk
belakang
sekali....kiri
kanan
tak
ada
orang
so
apa
lagi
naikkan
tempat
letak
lengan
dan
baring
diketiga-tiga
kerusi
tu
sampailah
ke
KL.
Sampai
di
LCCT,
pertama
sekali
perasaan
malu
menyelubungi
diri
terutama
apabila
memasuki
toilet.
Andapun
boleh
agak
bagaimana
toilet
kat
negara
kita...first
impression
yang
kita
berikan
kepada
rakyat
asing
yang
melawat
negara
kita.
Kesimpulan.
Wahhh
ada
kesimpulan...macam
buat
karangan.
Kebaikkan
mengunakan
tour
agen
1.
Bagi
negara
yang
tidak
mengunakan
bahasa
inggeris
sebagai
medium
perantaraan
dan
kita
susah
nak
berkomunikasi
maka
tour
agent
amat
membantu
bagi
kali
pertama
menjejakkan
kaki
disana (kecualilah
kalau
anda
ada
kawan
atau
saudara
mara
kat
sana...lain
cerita).
2.
Dengan
tour
agent
anda
dapat
memaksimumkan
tempoh
masa
berada
disana
dengan
aktiviti
tanpa
perlu
memikirkan
hal-hal
pengangkutan,
penginapan, makanan,
tiket-tiket masuk,
kupon-kupon
diskaun
(anda
boleh
dapat
potongan
10-20%
bila
tunjukkan
kupon
yang
diberikan
oleh
pemandu
pelancung) dan
tempat
solat.
Semua
ini
telah
diuruskan
oleh
tour
agent.
3.
Yang
paling
penting
bagi
perempuan
yang
suka
shopping............anda
tak
perlu
risau
kalau
terlebih
baggage
sebab
timbangan
akan
dibuat
secara
group
kebiasaannya
boleh
cover
lebihan
tersebut.
4.
Saya
paling
hargai
apabila
diberi
peluang
merasai
makanan
homemade
Korea.
Tour
agent
disini
menguruskan
hal
makanan
tempatan
dengan
meminta
isteri
pemilik
restoran
turki
iaitu
wanita
korea
yang beragama
islam memasak
makanan Korea
untuk
kami.
5.
Penginapan....anda
berpeluang
menginap
dihotel
bertaraf
4
bintang
yang
cukup
selesa.
Kelemahan
mengunakan
tour
agent.
1.
Semua
tempat
telah
ditetapkan
dalam
itinery
so
samaada
anda
suka
atau
tidak...anda
kena
pergi.
Sebagai
manusia,
kita mempunyai
minat
yang
berbeza...kita
mempunyai
tempat
kegemaran
yang
berlainan.
Saya
lebih
suka
scenery....Pulau
Jeju
adalah
tempat
kegemaran
saya
tetapi
menjadi
satu
kekesalan
sebab
dikawasan
yang
saya
suka
ini
kami
dihadkan
masa.
Hanya
45
minit
bagi
satu-satu
tempat.
Saya
pergi
tempat
yang
saya
tidak
minat
tetapi
menjadi
minat
kepada
orang
lain
seperti
teddy
bear
muzium....jangan
tanya
kenapa
saya
tidak
minat?.
2.
Anda
tidak
bebas....semuanya
dibuat
secara
tergesa-gesa.
Shopping
pun
tergesa-gesa
sebab
nanti
pemandu
pelancung
marah
kalau
melebihi
masa
yang
ditetapkan.
3.
hanya
2
jam
berada
di
Everland
pada
hari
sabtu
(hari
cuti)....apa
yang
boleh
dibuat
dengan
2
jam...nak
masuk
satu-satu
tempat
permainan
pun
kena
beratur
untuk
turn
sampai
30
minit.
2
jam
hanya
boleh
ambik
gambar-gambar
bunga
ajelah
kat
sini.
4.
Bila
ikut
tour....berdoalah
supaya
anda
ditemukan
dengan
orang-orang
yang
sporting.
Percutian
yang
anda
bayar
dengan
harga
yang
mahal
boleh
dirosakkan
oleh
sikap
buruk
ahli
kumpulan
tour
anda.
Cukup
kalau
dalam
kumpulan
itu
ada
seorang
perengus,
kaki
komplen,
kaki
merunggut....manusia
ini
akan
merosakkan
mood
anda.
Ms
J
bercerita
berkenaan
dengan
satu
rombongan
pelancung
Malaysia
yang
beliau
urus,
dalam
rombongan
ini
ada
pasangan
suami
isteri
yang
mana
suaminya
adalah
doktor...suaminya
kuat
merungut
dan
marah-marah.
Dia
marah-marah
bila
hujan
turun
tidak
berhenti...dia
membebel,
merungut-runggut
dengan
suara
yang
kuat
sehinggakan
semua
orang
dalam
bas
tertekan.
Ms
J
berkata
"saya
bukan
tuhan
boleh
kawal
hujan
atau
tidak....Korea
bukan
macam
Malaysia,
hujan
turun
ikut
musim...kat
Korea
hujan
turun
tiba-tiba
sahaja".
5.
Orang
Malaysia
suka
ambik
gambar...ini
reality.
Keluar
sahaja
dari
perut
kapal
terbang...ambik
gambar,
jalan
sikit
nampak
poster
iklan...ambik
gambar,
dalam
train
yang
sesak....ambik
gambar
dan
dimana-mana
sahaja.
Perjalanan
memang
terganggu
sebab
kita
kena
tunggu
mereka
yang
tak
habis-habis
nak
ambik
gambar.
Dan
yang
paling
tak
tahan....kalau
dalam
group
tu
ada
minah
yang
minat
giler
kat
drama
Korea....pantang
nampak
lelaki
Korea
yang cun...
sanggup
kejar
nak
ajak
ambik
gambar....yang
jadi
mangsanya
adalah
akak
nie sebab
kena
jadi
jurukamera...akak
malu...tebal
muka
akak....ohhhhh
sadisnya.
Tips
untuk
anda
1.
Bersikap
terbuka.
Jika
pergi
tempat
orang
atau
tempat
asing,
cubalah
nikmati
budaya
dan
makanan
mereka.
Ini
perbualan
dimeja
makan....ketika
makan
bersama-sama
rakan
tour
Perempuan
1:
Masakan
daging
nie
kalau
buat
sup
barulah
sedap....ini
rasa
manis....tak
sedap
langsung...ehhh
engkau
boleh
makan
ye
(sambil
tengok
muka
saya)
Saya:
Sedapppp
(sambil
terus
makan....)
Perempuan
1
:
sup
nie
kalau
bubuh
fish
ball
baru
sedap.
Diaorang
nie
tak
ada
fish
ball
ke?
Perempuan
1:
Sup
seaweed
nie
kosong
je....hanya
sayur
hijau
nie
aje
ke?
Saya
:
Fresh
seaweed
pulau
jeju
adalah
yang
paling
sedap....rugilah
kalau
u
tak
rasa.
kalau
tak
nak....bagi
mangkuk
tu
kat
saya
(saya
habiskan
semua
seaweed
sup
tu....padan
muka)
Perempuan
1
:
Masakan
ikan
nie
kalau
dia
orang
bubuh
asam
keping
barulah
sedap....nie
tak
rasa
sedap
langsung.
Diaorang
nie
tak
ada
asam
ke?.
Saya:
Sedapppp
je....rasa
macam
ikan
sardin
dan
kuah
sardin
(saya
dah
habiskan
2
ketul)
Perempuan
1
:
U
nie
apa
benda
yang
tak
sedap....semua
sedap
(silap...saya
pemilih
makanan....kalau
sedap
saya
kata
sedap...kalau
tak
kena
dgn
selera
saya....saya
diam)
Aduh....letih
nak
layan
orang
yang
kuat
merunggut....selama
beberapa
hari
saya
cuba
elak
daripada
duduk
satu
meja
dengan
minah nie
tapi
tak
boleh.
Anda
pergi
tempat
orang....rasalah
masakan
mereka....anda
tidak
suka....makan
sahajalah
sikit
dan
diam.
Itu
cara
mereka....nikmatilah
cara
mereka
barulah
perjalanan
anda
bermakna.
Bukan
masakan
sahaja
tetapi
budaya
mereka.
Bersikap
terbuka....jangan
tunjukkan
sikap
kekampungan
tu.
2.
Apa
nak
dibeli?.
Ms
J
beri
tips....belilah
sesuatu
yang
hanya
ada
kat
negara
itu
sahaja
dan
susah
anda
nak
jumpa
kat
negara
anda.
No
point
beli
barang
yang
boleh
didapati
di
negara
anda
hanya
kerana
ia
murah
sedikit.
Jangan
tertipu
dengan
kata-kata
"murahhhhhh
kat
sana.....".
Orang
yang
bagitau
tu
cuma
nak
gempak
je.
Tak
de
murahnya
sebab
duit
kita
kecik.
Di
Korea...high
quality....high
price...low
quality...low
price.
U
nak
harga
murah...u
carilah
barang
yang
berkualiti
rendah
atau
barang
dari
China.
So
tepuk
dada
tanyalah
selera.
Saya
rekemen
1.
Kosmetik.
Orang
Korea
sangat
jaga
kecantikan
kulit
so
ambik
peluang
beli
satu
set
alat
kosmetik
mereka.
Baru
RM300
lebih untuk
satu
set
lengkap
termasuk
BB
cream
(ikut
jenamalah
ye)
2.
Ginseng.
Ini
kalau
anda
nak
bagi
buah
tangan
untuk
emak/bapa
dan
poket
anda
juga
tebal
sikit.
jangan
beli
kalau
balik
Malaysia
nanti
anda
hanya
akan
makan
megi
untuk
beberapa
bulan
atau
emak/
bapa
anda
jenis
yang
tak
makan
ubat
dan
buat
pameran
sahaja
pemberian
anda
itu
(ni
anak
saya
beli
masa
kat
Korea....dan
terus
letak
kat
atas
almari)
3.
Cenderahati/cenderamata.
Kalau
ada
orang
nak
kirim
tu...tolaklah
awal-awal
sebab
anda
belum
tahu
anda
jumpa
atau
tidak
barang
atau
jenama
yg
mereka
nak
tu...lainlah
kalau
anda
dah
beberapa
kali
ulang
alik.
Untuk
saudara
mara,
sepupu
sepapat,
rakan-rakan
sekerja....huhhhhh
ramai
tu
(sekarang
anda
tahu
sebab
mengapa
orang
Malaysia
sangat
famous
kat
Mekah,
Vietnam,
china
dan
Korea.....Murahhhhh.....Murahhhhhh
mari-mari.....yes
mereka
semua
pandai
sebut
ayat
nie...tokey
kedai
soveniar
kat
tingkat
5
Doota
tu
boleh
cakap
melayu...hebat
orang
melayu
nie).
Set
pengepit
kuku
nie
yang
berharga
Won10,000
atau
RM28.50
nie
sesuai
utk
saudara
lelaki
anda.
bekas
pengepit
kuku
nie
bermacam-macam
design
yang
sangat
cantik
dan
ianya
dari
kulit.
Saya
menyesal
betul
tak
beli
utk
adik-adik
lelaki
saya.
Harga
berbaloi
dengan
kualiti
produk
ini.
Kedai
nie
berhadapan
dengan
kedai
souveniar
tingkat
5
di
Doota.
Magnet
holder
nie
berharga
Won10
ribu
atau
RM28.50
untuk
5
keping.
Berbaloi
sebab
ia
betul2
terlekat
kat
peti
ais
dan
tidak
mudah
jatuh
seperti
magnet
yang
kita
beli
3
RM10
tu.
Nak
yang
murah
pun
ada
tapi
kualiti
kuranglah
sikit.
Sudu
dan
chopstik
yang
diperbuat
daripada
steel
dan
diukir
dengan
tangan.
Harga
tak
tahu
sebab
dihadiah
oleh
orang.
Bila
saya
dapat
dan
pegang
sudu
tu....rasa
berbaloi
kalau
dapat
beli
sebagai
cenderamata.
Book
Mark/letter
opener dan
penanda
buku
Won1500
atau
RM4.30.
Item
yang
paling
murah
untuk
rakan-rakan
anda
yang
ramai.
Saya
ada
cerita
dalam
post
yang
sebelum
ini bahawa
saya
beli
letter
opener
kat
Ginseng
House
yang
harganya
Won3,000
atau
RM8.60
satu.
Saya
ingat
sama
rupanya
kualiti
nya
berlainan.
Yang
berharga
Won1500
nie
besinya berat
dan
tebal dan
ukiranya kasar
tetapi
yang
berharga
Won3,000
besinya
lebih
ringan
dan
nipis
serta
terdapat
tulisan Hanguk
yang
berupa
puisi
diatasnya.
So
betullah
cakap
Ms
J
"high
price....high
quality....low
price...low
quality".
Cerita
lucu
untuk
anda
1.
Masa
kat
restoran
Korea,
kami
dihidangkan
dengan
pankek,
kami
tanya
Ms
J....dalam
pankek
nie
ada
apa
Ms
J
sebut
"sotong".....ohhhh
sotong....ajumma
yang
hidang
makanan
tu
pandang
kami
pelik.
Kemudian
dia
cakap
sesuatu
dengan
Ms
J....bila
dia
dah
bangun
Ms
J
bagitau
SOTONG
dalam
bahasa
Korea
adalah
tahi
lembu.
Ajumma
tu
pelik
sebab
mengapa
kami
cakap
pankek
tu
tahi
lembu.
2.
Ms
J
bercerita
bahawa
ada
seorang
ship
engineer
dari
Malaysia
duduk
di
Korea
selama
6
bulan.
Lepas
6
bulan
dia
betul-betul
'homesick'
dengan
makanan
Malaysia
so
satu
hari
dia
berjalan
kat
tepi
pantai
dan
nampak
seorang
ajumma
tengah
jual
sotong
yang
baru
naik
dari
laut.
Dia
apa
lagi...seronok
bukan
main
sebab
nampak
sotong
terus
pergi
kat
ajumma
tu
sambil
kata
"give
me
2
Sotong".....dia
cakap
inggeris
campur
melayu
sebab
terlalu
excited.
Ajumma
tu
apa
lagi
terus
marah
dan
halau
dia.
Dia
balik
hostel
dan
cerita
pada
rakannya
yang
berbangsa
Korea....apalagi
mereka
semua
pakat
ketawa
kat
dia
sebab
sotong
tu
bermakna
tahi
lembu
dan
ajumma
tu
ingat
dia
cuba
nak
buat
lawak
bodoh.
3.
Cinta
adalah
Love
dalam
bahasa
Inggeris
tetapi
Mj
J
kata
cinta
bermakna
'bodoh'.
Jika
mereka
nak
bergurau
dengan
rakan
rapat...mereka
akan
sebut
cinta.
Beliau
cerita
bagaimana
ketika
dia
handle
tourist
dari
Thailand,
seorang
gadis
Thai
panggil
dia
Cinta.....dia
pelik
kenapa
gadis
tu
panggil
dia
Cinta
sebab
dia
bukan
Malaysian.
Ms
J
kata
"saya
tak
kisah
dia
panggil
Cinta
kalau
dalam
bas
sahaja
tetapi
satu
hari
tu
dia
jerit
'Cintaaaaaaaa'
masa
kat
kawasan
sesak..........semua
orang
Korea
pandang
dan
cari
siapakah
manusia
yang
dipanggil
'bodoh'
tu.
Jika
ada
rezeki,
saya
ingin
sekali
lagi
pergi
ke
Korea....pergi
sendiri
sebab
saya
dah
bawak
balik
map
MRT
kat
Korea.
Destinasi
saya
adalah
Jeju
Island...saya
nak
hiking
dan
walking
kat
jeju
island.
Saya
nak
habiskan
masa
menikmati
keindahan
jeju
Island
dengan
tenang.
Yang
jadi
masalahnya
tiada
rakan
yang
sekepala.....mungkin
saya
pergi
sendirian.