Saturday, December 31, 2011

Giveaway pertama dari blog ini

Sebagai menghargai kunjungan anda ke blog nie, ada sedikit hadiah penghargaan akan saya berikan kepada pengunjung yang bertuah. Syaratnya mudah sahaja....

Jika anda lihat pageviews kat sebelah kanan tu dan ada angka ini

500090
atau
500900
atau
509000

maka anda terus print screen atau ambil gambar sebagai bukti dan hantarkan kepada email saya [email protected]. Jangan lupa sertakan nama penuh dan alamat penghantaran hadiah. Hadiah hanya diberikan kepada salah satu nombor diatas. Nombor diatas adalah nombor IC saya....saya guna nombor 5090 sebagai no phone dan no plat kereta (kereta pertama).

Senang bukan.....so apa hadiahnya. Tak adalah hebat dan extravaganza sangat.....cuma peralatan baking dan kitchen utensils yang berharga dalam lingkungan RM100. Contoh hadiah yang akan diberi adalah seperti Ikea grater dan potatopress dibawah nie. Kedua-dua nie sudah berharga lebih RM60 dan bakinya saya akan beli peralatan baking.

Tambahan:-
  1. Stok potato press telah tiada di Ikea, saya akan gantikan dengan produk baking Ikea yang lain.
  2. Jika pemenang berada diluar Malaysia, hadiah akan ditukar kepada sesuatu item yang lebih ringan supaya kos penghantaran tidak melebihi harga barang. Saya akan putuskan apakah hadiahnya kemudian.
Ini adalah STICKY POST, sila kebawah untuk artikel terbaru.

Thursday, December 22, 2011

Pulut durian bersantan

Pulut tanak bersama durian dan santan kelapa.....my favorite. Dalam keluarga saya hanya saya seorang yang suka makan macam nie....kalau belah utara makan macam nie dah biasa.

Resepi simple....rasanya semua orang tahu. Tanak pulut/masak pulut dan kemudian perah santan bersama dengan air suam dan masukkan sedikit garam dalam pati santan tersebut. Masukkan pulut kukus dalam pinggan dan letakkan isi durian....curahkan pati santan atas pulut dan makanlah bersama dengan durian tadi.


Saya nak bercerita pasal durian nie. Hari sabtu lepas.....lepas penat study dan jam pun dah pukul 6.30 petang so saya berdiri ditepi tingkap pandang pasar malam yang berada didepan apartment. Sejak saya pindah ke sini saya tak pernah pergi pasar malam seksyen 8 nie. Hari nie ramailah pulak peniaga. Saya masuk bilik....salin pakaian dan keluar jalan kaki ke pasar malam. Niat awal hanya nak beli meehun sup sahaja.

tengok ada dua tempat orang jual durian....saya pergi ke tempat yang dijual oleh pasangan suami isteri bersama anak remaja mereka. Seperti biasa saya pilih durian timbang yang paling mahal sekali.....yelah saya sorang so beli sebiji cukuplah.....sebijik dalam RM25.....saya mintak dia belah sebab kat rumah tak ada pisau besar.

Masa dia tengah masukkan durian tadi dalam plastik....saya belek-belek durian yang dilonggok....selonggok RM20 lebih kurang 7 biji selongok. Budak lelaki tadi perasan saya dok tengok durian longgok tu....dia kata "akak....durian tu isinya tebal wp kecil". Mula-mula saya buat tak tahu sajalah.....takan saya nak makan banyak-banyak durian tu. Saya ambil durian yang dibeli tu dan berjalan ke gerai depan....hati saya masih tertarik kat durian yang dilonggok tu sebab nampak macam baru....saya pergi kat budak tu dan beli selonggok durian yang kecil-kecil tu.

Bila balik rumah....saya makan durian yang beli timbang...emmmmm kurang sedap sangat.....saya belah durian yang dilonggok tadi....duriannya hanya sebesar tapak tangan saya. Bukak durian tu.....wahhhh kuningnya isi....makan seulas...memang betul isi tebal dan yang penting sedappp sangat. Jadi janganlah pandang rendah kat durian longgok nie....kadang-kadang ia lebih elok daripada durian timbang yang mahal tu. memang puas hati betul beli durian longgok nie berbanding dengan durian timbang yg saya beli pada awal nya...saya cuma sentuh seulas sahaja....masih ada lagi kat dalam peti ais tu. 



Dalam sebiji durian nie hanya ada 3-4 ulas sahaja.

Inilah baki durian yang tinggal setelah 3 biji sekali makan......buah kecil tapi isi tebal dan sedap. Rezeki saya...sebelum nie tak pernah beli durian dapat yang elok.

Wednesday, December 21, 2011

Dah habis exam

Alhamdulillah....dah habis exam paper law pada isnin lepas.



Selepas study bagai nak rak.....seminggu lebih saya betul-betul concentrate kat paper nie. Saya tahu kelemahan saya....so saya memang betul-betul berusaha untuk 'try my best', saya benci kena menghafal.....saya orang akaun yang begitu phobia bila kena menghafal. Saya cuba jadikan nota-nota saya sesuatu yang mudah....saya buat graf....diagaram....setiap nama kes yang susah nak ingat...saya jadikan ia dalam perkataan yang funny supaya saya senang ingat.

Selepas bertungkus lumus begitu.....jam 5 pagi pada hari exam saya terjaga dan mula rasa panik. Untuk elak 'blank' masa exam saya tidur awal...dalam jam 9 malam saya dah masuk tidur....saya pastikan otak saya tak penat. Selepas bangun jam 5 pagi....saya mula tak boleh tidur....bangun dan cuba tenangkan diri....

Saya tiba awal kat dewan exam....sebelum masuk dewan saya pergi cafe dan ambil sedikit sarapan. Saya simpan nama-nama kes dalam bentuk note kat handphone....saya cuba ingat balik setiap fakta kes tapi 'blank'....ah sudah macam mana nie......coool.....tenang mungkin dalam dewan nanti saya akan ingat.....saya simpan note tersebut dan cuba tenangkan diri lagi.

Bila dalam dewan.....saya baca ayat-ayat quran supaya saya tenang dan tak panik.....sebab saya rasa 'blank'......kosong. Bila kertas soalan dibenarkan bukak.....saya baca satu persatu soalan....saya cuba tulis setiap kes bagi setiap soalan....gagal. Saya benar-benar 'blank'....saya tak ingat satu kes pun sedangkan saya tahu jawapannya....saya tahu bagaimana nak jawap tapi saya tak boleh sokong jawapan saya dengan kes undang-undang.....saya tak boleh sokong jawapan saya dengan dikta hakim yang diputuskan bagi setiap kes yang berkaitan. Saya cuba ingat balik....saya ketuk-ketuk kepala saya....kenapa 'blank'.....saya dah hafal kes tu....saya dah hafal setiap fakta kes sehingga setiap keputusan mahkamah.....kenapa saya boleh tak ingat pada saat-saat saya perlukannya. Saya dah nak menangis......saya nak berdiri bangun dan lari keluar dari dewan exam tapi saya tahan diri dan cuba bertenang lagi.....2 setengah jam berlalu dan dalam kertas jawapan saya saya hanya mampu beri jawapan tanpa disokong dengan kes undang-undang.

Selepas keluar dari dewan.....saya terus berlalu keluar dari dewan tanpa mahu bertembung dengan rakan-rakan....saya terus berlari ke kereta dan terus balik. Sampai dirumah saya terus masuk tidur.....tapi saya tak boleh tidur.....saya cuba menagis sepuas-puas hati tapi air mata saya tak keluar.....saya bangun dan duduk di sofa.....bukak internet dan cari movie yang lucu dan tonton. Alhamdulillah saya jumpa sebuah movie yang menarik dan saya ketawa sepuas-puas hati. Hati saya lapang......tahun depan kena ambik lagi exam tu hahahahaha.

Bila pergi ofis....semua orang bertanya tentang exam tu....saya jawap ' Exam tu ok tapi saya nak prepare untuk ambik sekali lagi tahun depan". Saya dah tahu saya gagal dalam exam nie....pegawai senior tak percaya bila saya kata saya gagal jawap. "kenapa tak boleh jawap.....bukankah selama nie u selalu guna kes undang-undang mahkamah  dalam perbincangan kes yang u sedang buat......u praktis dalam kerja u.....kenapa tak boleh jawap kat exam". Pelikkkkkkk......bukan dia sahaja pelik tapi rakan-rakan yang lain pun pelik sebab mereka sangka saya bijak.....selalunya sayalah tempat mereka tanya bila mereka confuse tentang akta. Saya cuma boleh jawap "masa prepare kes.....saya rujuk buku, akta, nota, jurnal dalam cari bahan untuk support kes saya.....bukannya saya hafal 500 kes dalam kepala....cuba tanya peguam kat luar sana tu mereka hafal ke semua kes undang-undang.....asalkan kita tahu macammana nak guna dan nak cari kes bila perlu.....cukuplah.....bukannya saya nak masuk mahkamah berhujah......saya betul-betul tak faham mengapa saya perlu hafal 500 kes mahkamah nie.

Apa-apapun....yang penting saya tahu kat mana silap yang saya dah buat dan saya akan pastikan saya tidak ulangi pada tahun depan dan padan muka saya sebab tahun depan saya kena ambil 2 exam sekali....satu paper baru dan satu paper ulang.

Friday, December 16, 2011

Rumors

Sebenarnya saya tidak ada niat ntuk mengupdate blog untuk beberapa hari nie sebab tumpuan adalah pada exam yang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Saya tulis kisah nie kat blog supaya ia hilang dari fikiran saya dan saya boleh study dengan tenang pada malam ini.

Dalam hidup saya, saya amat berhati-hati dengan rumors/cerita buruk. Saya bercuti untuk study walaupun sebenarnya saya tidak perlu buat begitu sebab exam ini adalah salah satu keperluan kerja. tapi saya tetap ambik cuti sebab saya rasa bersalah guna waktu kerja untuk study. 

oleh kerana saya tidak boleh study dirumah, saya pergi ofis hari ini. Duduk senyap dibilik kosong untuk study....tenang dan tiada gangguan. Pagi tadi saya sedar yang handphone saya tak boleh guna terus....ahhhh ini problem sebab macammana saya nak contact rakan-rakan bagi bincang topik penting exam....atau tips soalan. Saya ambik handbag, kemudian turun ke lobby untuk ke cari handphone baru. Masa tu baru jam 11 pagi. Untuk jaga nama jabatan, saya simpan pas kerja dalam handbag supaya orang luar tidak membuat tuduhan bahawa pekerja mengular time kerja.

Saya sampai dilobby, tunggu lif untuk turun ke tempat parking. Depan lif....ramailah pulak orang termasuk boss saya sendiri. Seorang pegawai lelaki dari jabatan lain nampak saya tengah tunggu lif. Dia masa tu tengah bercakap dengan polis bantuan kat kaunter pertanyaan. Bila nampak saya, dia terus cakap 

Pegawai lelaki " hai takan jam salah kot....kan baru pukul 11 bukan pukul 12.15 (hari jumaat, rehat awal). ramai pulak jam salah hari nie. pakat nak mengular lah nie".

Polis bantuan " Belum time rehat dah pakat keluar....semua nak mengular"

Pegawai lelaki " Akak (dia panggil saya)....takan rehat awal kot....ke jam akak salah....baru pukul 11 pagi nie kak". Masa tu ada beberapa orang awam depan lif. Saya termalu.

Kebetulan pintu lif terbuka, saya pandang pegawai lelaki tu dan kemudian masuk dalam lif. Dalam lif, boss saya tanya "kenapa datang kerja....kan awak cuti" Saya jawap "saya datang ofis sebab nak study". beberapa orang awam ada dalam ofis tu....hope mereka tidak buat andaian buruk pada pegawai jabatan kami. Imej jabatan yang perlu dijaga.

Selepas selesai urusan beli handphone, saya balik semula ke ofis. Saya bukak carta organisasi cawangan pegawai lelaki tu....cari muka dia disetiap jabatan (saya tak ingat nama tapi cam muka). Setelah 30 minit mencari muka pegawai tu....akhirnya jumpa.

Saya bukak email ofis dan kemudian hantar email pada pegawai lelaki nie. walaupun saya tidak guna bahasa kesat tapi memang saya lepaskan marah dan geram kat pegawai tu sebab telah menjatuhkan maruah saya depan orang ramai dihadapan lif tadi. Dia bukan sahaja mencemarkan nama saya sebagai pegawai dihadapan orang ramai tetapi telah meletakkan imej buruk dimata polis bantuan tadi. 

5 minit kemudian, dia reply email saya " mintak maaf akak....saya cuma bergurau dengan akak tadi. saya tak sangka boss akak kat depan pintu lif. Maaflah ye....jangan simpan dalam hati lah akak....saya gurau je". Gurauuuuuuuuu.....gurau apa sampai jatuhkan maruah orang. saya tak kisah jika hanya saya seorang tapi masalahnya dia bercakap sindir dihadapan beberapa orang awam....dihadapan polis bantuan. Adakah dengan maaf dia boleh kembalikan nama baik saya. Saya delete email dia dan kemudian tutup komputer dan terus balik rumah.

Peristiwa yang sama pernah berlaku pada saya 4 tahun lepas. Saya terima surat dari sebuah syarikat penerbitan menyatakan bahawa saya mendapat tenpat ketiga dalam satu peraduan. Lebih kurang 2 minggu saya tunda ambil hadiah tu sebab tempat tu jauh. Satu hari ketika saya dan 3 orang pegawai keluar buat tugasan luar. Kami lalu kat kawasan syarikat penerbitan tu. Saya minta rakan saya singgah sebentar untuk saya ambil hadiah tersebut yang merupakan hamper besar. Oleh kerana kenderaan pejabat parking di tingkat 5, saya terpaksa bawak hamper ke pejabat sebab kereta saya parking kat basement. Masa masuk dalam lif ada seorang pegawai perempuan (cawangan lain), dia nampak saya bawak hamper. 

Pegawai perempuan " hai.....takan terima rasuah kot"

Kata-kata pegawai tu betul-betul mengejutkan saya dan 3 rakan tadi. Belum sempat kami jawap....lif terbuka dan perempuan tu keluar. Kami berempat memang tergaman sangat-sangat. Sesampai sahaja saya kat ofis....saya masuk bilik dan bukak komputer. Saya hantar email aduan terus kepada ketua cawangan dia dan CC kepada pegawai perempuan tadi serta boss saya (kami cawangan yg berlainan). Saya tunggu 5 minit dalam bilik saya.......saya dengar kecoh kat luar ofis....tak lama kemudian boss saya datang bersama pegawai perempuan tadi ke bilik saya. Boss saya mintak pegawai perrempuan tadi mintak maaf dengan saya.

Pegawai perempuan " Puan, saya mintak maaf banyak-banyak. saya cuma bergurau sahaja".

saya keluarkan surat syarikat penerbitan tadi dan tunjuk depan muka dia "saya tak terima rasuah....saya cuma ambik hadiah yang saya menang dari peraduan....mujur dalam lif tadi tak ada orang awam....jika tidak, saya takan maafkan awak....saya akan panjangkan hal ini". Boss saya pun sound pada pegawai tadi " U jangan cakap benda yang sensitif begini pada pegawai saya....u tahu tak berapa beratnya tuduhan awak kepada pegawai saya". 

Saya ada catu cerita pendek untuk anda.....baca dan fahami mesej yang hendak disampaikan dalam cerita pendek ini.

Once upon a time an old man spread rumors that his neighbor was a thief. As a result, the young man was arrested. Days later the young man was proven innocent. After been released he sued the old man for wrongly accusing him.


In court the old man told the Judge: 'They were just comments, didn't harm anyone..'


The judge, before passing sentence on the case, told the old man: 'Write all the things you said about him on a piece of paper. Cut them up and on the way home, throw the pieces of paper out. Tomorrow, come back to hear the sentence.'

The next day, the judge told the old man: 'Before receiving the sentence, you will have to go out and gather all the pieces of paper that you threw out yesterday.'

The old man said: 'I can't do that! The wind spread them and I won't know where to find them.' 

The judge then replied: 'The same way, simple comments may destroy the honor of a man to such an extent that one is not able to fix it. If you can't speak well of someone, rather don't say anything.

'Let's all be masters of our mouths, so that we won't be slaves of our words.'

  

Saturday, December 10, 2011

Saya kena study

 Dalam seminggu lagi saya akan hadapi exam paper law. Sejak khamis lepas saya mula ambil cuti untuk study. Kalau ikutkan, saya nak study kat bilik di pejabat sebab saya rasa akan lebih displin. Suasana pejabat  memang mudah untuk study sebab dalam satu floor yang luas, hanya beberapa bilik pegawai sahaja dan bilik kami pula tertutup.....jadi memang sunyi dan tiada gangguan. Masalah bila dipejabat saya tidak tergamak nak tolak tugas membantu pegawai lain bila mereka buat operasi/kerja luar. Saya tak tergamak nak kata 'sorry ye, saya tak boleh bantu u...saya nak study' sebab itu saya korbankan cuti rehat dan duduk study dirumah.

saya orang akaun...jenis yang hanya suka pada angka.....saya tidak suka menghafal. saya dan adik bongsu mempunyai sikap yg sama....tidak suka menghafal sebab itu hanya kami berdua lain sikit dalam keluarga. Semua yang lain adalah ustaz dan ustazah yang hafal al-quran dan hadis tapi saya dalam aliran akaun dan adik bongsu dalam aliran engineering. Bila masuk kerja dalam bidang saya sekarang....kena pulak baca buku akta dan hafal kes undang-undang. Otak saya sebenarnya payah nak terima....saya benci menghafal sebab saya cepat lupa. Ingatkan bila dah habis U, dah tak payah bukak buku lagi....rupanya sampai pencen kena bukak buku dan study.

Inilah keadaannya bila study kat rumah. Saya ubah meja makan jadi tempat saya study.....luas dan mudah saya nak letak semua buku dan nota termasuk laptop. meja makan mengadap dapur....so faham-faham sajalah bila mengadap dapur. Pagi-pagi sebelum study saya dah sediakan sarapan merangkap makan tengahhari dan makan malam iaitu bubur nasi.
 saya goreng sardin.....buat pedas-pedas sikit.
 saya buat bubur nasi guna beras bukit yang saya beli dekat pasar serikin, sarawak.
 saya goreng ikan terubuk masin
 Ok inilah bubur nasi saya....untuk sarapan, makan tengahhari dan makan malam....kononya. Cadangan awal-awal pagi supaya saya boleh fokus pada study.
 Masa makan bubur dengan ikan terubuk....rasa tak ummmmpppplah pulak. dalam hati alangkah sedapnya kalau ikan terubuk nie dimakan bersama pulut kukus dan kelapa. baru baca 2 muka surat....terus bangun pergi dapur dan cari beras pulut. Masak pulut dan keluarkan kelapa dari peti dan kukus supaya ia defrost. Dalam jam 10 pagi makan pulut kukus bersama ikan terubuk. Pastu duduk balik study.
 Walaupun baru sahaja habis semangkuk bubur nasi dan sepinggan pulut kukus dengan ikan terubuk....mulut tetap mengunyang coklat tiramisu beryls. Sedar-sedar separuh plastik habis.

Oleh kerana makan pulut maka rasa mengantuklah pulak.....so dalam jam 12.30 masuk biilik....kononnya nak baring-baringlah kejap. Sedar-sedar dah pukul 2 petang. bangun mandi dan sembahyang pastu duduk semula kat meja untuk study.

Studylah dengan tenang dalam sejam....pastu rasa perut laparlah pulak. Bangun ke dapur dan makan bubur nasi yang dibuat pagi tadi. 

habis makan duduk balik kat meja....study lah dalam 1/2 jam gitu.....tiba-tiba teringat......ishhhhh kan sedap kalau makan cheese cake waktu petang-petang gini. Bangun dan pergi bukak peti ais....keluarkan cheese cake....ambil satu potong dan bawak ke meja. Sambil baca.....sambil makan.
Sedar-sedar satu hari berlalu.....saya baru habis membaca nota sebanyak 20 muka surat (baru baca dan buat ringkasan.....belum hafal) sedangkan nota yang perlu saya baca adalah setebal fail 3 inci. 

Aduhhhh kalau macam nielah saya punya attitute study kat rumah.....bukan sahaja tak tercapai sasaran untuk study tapi badan saya akan gemuk. Kena cari tempat lain untuk study.

Kuih Kasturi @ kuih kacang


Sekarang nie sibuk study....sebab tu blog nie jarang di update dengan masakan. Dalam keadaan sekarang resepi yang saya sempat buat adalah yang simple-simple sahaja. Sesuatu yang tidak rumit dan memerlukan saya lama sberada di dapur....saya cuma buat apa yang tekak saya teringin nak makan.

Kuih Kasturi @ kuih kacang

Bahan-bahannya:-
  • 300gm kacang hijau (sy beli paket kecil kat supermarket)
  • anggaran dlm 1 cawan kelapa parut
  • 1 ketul gula melaka
  • 3 @ 4 sudu makan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 4-6 cawan air
  • sedikit garam
bahan salutan
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit bancuhan air kapur (dlm anggaran 1 sudu makan)
  • 1 biji telur
  • air secukupnya
Cara-caranya:-
  1. Basuh bersih kacang hijau dan masukkan kedalam periuk. masukkan air sebanyak 4 cawan dahulu. Masukkan sebilah sudu/garpu besi. Rebus sehingga kacang kembang dan pecah-pecah. Tambah air jika kacang masih keras.
  2. Setelah kacang kembang dan nampak pecah-pecah, masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil, garam, gula dan kelapa parut. Tambah gula jika anda hendak lebih manis atau anda boleh kurangkan gula jika tidak mahu terlalu manis. Sentiasa rasa masakan anda.
  3. Selepas itu masukkan 3/4 cawan tepung gandum dan gaul sebati.
  4. Leserkan minyak atas dulang dan kemudian tuangkan kacang ke atas dulang. ratakan dengan belakang senduk. tuang sikit minyak atas kacang supaya ia tidak melekat.
  5. Sejukkan dan ketepikan
  6. Sediakan adunan salutan. Masukkan semua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan cair (ala-ala bancuhan roti jala atau kuih ketayap). ketepikan
  7. Guna gelas bulat dan tekap pada adunan kacang. Buat sehingga habis. lebihan adunan kacang, bulat-bulatkan dan kemudian leper.
  8. Panaskan minyak dengan api sederhana. Ambil doh kacang yang telah dibulat tadi dan masukkan dalam bancuhan tepung salut. Masukkan dalam kuali. Buat sampai penuh kuali dan goreng sehingga garing dan kekuningan.
  9. Angkat dan toskan.

Tuesday, December 6, 2011

Saat-saat yang mencemaskan

Peristiwa nie berlaku dalam jam 3.25 petang tadi. Ketika saya dan 4 orang rakan sedang berbual di tepi tingkap cermin yang mengadap bangunan yang sedang dalam pembinaan. Saya berdiri membelakangkan cermin....tengah dok sembang tu tiba-tiba rakan sekerja menjerit dan menunjuk ke arah bangunan yang sedang dalam pembinaan ini. Tali kabel yang mengikat kabel ini terputus.....mujur hanya terputus sebelah kiri......kabel melurut kebawah dan berhenti di tingkat 3 bangunan. Saya dan rakan-rakan tergamam.

walaupun kelihatan kabel telah berhenti tapi kabel masih bergoyang-goyang sebab harapkan hanya satu tali pemegang sahaja......mujur kabel berhenti dibawah sikit dari tingkap tingkat 3....mudah bagi rakan dia membantu.

Bila tengok keadaan sudah terkawal barulah saya terfikir untuk ambil kamera dan ambil gambar saat-saat mencemaskan bagi pekerja ini.





Ais Krim Goreng

Ais krim goreng ini saya buat beberapa hari lepas. Ais krim goreng nie nampak macam dah cair sikit sebab lepas buat saya terus nak goreng tapi terlupa panaskan minyak terlebih dahulu. Dibiarkan diluar sementara menunggu minyak panas....itu yang menyebabkan ia sedikit cair.

Resepi simple sahaja.....asal ada bahan kat rumah bila-bila masa boleh buat.

Ais  krim goreng

Bahan-bahannya:-
  • 4 keping roti putih (roti gardenia)
  • Serbuk roti secukupnya
  • Ais krim apa-apa perisa yang anda suka
  • 1 biji telur
Cara-caranya:-
  1. Pecahkan telur dan pukul sedikit. Ketepikan.
  2. Masukkan serbuk roti dalam pinggan dan ketepikan.
  3. Sediakan zip lock bag atau aluminium foil di meja kerja anda.
  4. Sediakan satu mangkuk kecil air bersama dengan berus sapuan untuk disapu di permukaan roti supaya ia lebih melekat.
  5. Ambil roti putih dan kemudian leperkan sedikit.
  6. Ambil pemotong bulat dan potong roti dalam bentuk bulat atau guna bekas sandwich seperti saya guna ini untuk cara yang lebih mudah.
  7. Letakkan satu scoop ais krim diatas nya dan kemudian sapu sedikit air disekitar tepi potongan roti bagi membolehkan ia melekat.
  8. letakkan sekeping roti diatasnya dan tekan
  9. Buang kulit tepi roti (jika guna acuan macam saya-bila kita tekan acuan ini, lebihan roti akan terpotong sendiri)
  10. Celup roti dalam telur dan kemudian letakkan pula diatas serbuk roti. Pastikan ia bersalut rata
  11. Masukkan roti tadi dalam bekas zip lock atau balut dengan aluminium foil dan masukkan ketempat beku dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam. Ulang proses diatas untuk 2 keping roti lagi
  12. Jika hendak makan, panaskan minyak penuh dengan api sederhana. Pastikan ia betul-betul panas
  13. Keluarkan roti ais krim dan kemudian terus goreng.
  14. Goreng sehingga kelihatan garing di kedua-dua belah.
  15. Angkat, toskan dan terus hidang.
Nota:-
  • Bekas acuan sandwich diatas saya beli di Daiso dengan harga RM5.

Dilema ibu yang bekerja

Image credit to google


Pagi nie, dilema yang ditimbulkan oleh pendengar radio RedFm adalah berkenaan dengan keadaan dirinya sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja. Setelah bertungkus lumus menjalankan peranan sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu....dia merasa dirinya tidak dihargai. Dipejabat dia tidak dihargai dan dirumah juga dia tidak dihargai.

Saya tidak mahu beri apa-apa pendapat dalam hal ini sebab saya bukan working mother cuma saya nak kongsikan satu cerita. Masa saya belajar di universiti dahulu, ada seorang pensyarah sambilan yang mengajar pada hari selasa dan khamis setiap minggu dari jam 8 malam sehingga 10 malam.

Satu hari ketika saya dan rakan berehat di surau di falkuti selepas sembahyang sementara menunggu kelas jam 8 malam. pensyarah wanita tersebut berada disurau. Dikesempatan itu, kami datang kepadanya dan berbual. Dia cerita pada kami...dia adalah seorang peguam yang masuk kerja pada jam 9 pagi dan habis 6 petang kemudian terpaksa tempoh trafik jam di KL untuk pergi mengajar di beberapa univeristi tempatan (maknanya bukan universiti kami sahaja) pada setiap hari. dari pejabat dan kemudian habis mengajar dalam jam 10 malam....dia akan luangkan masa sejam untuk menjawap pertanyaan student atau membuat nota bagi bahan mengajar keesokan harinya. Dia sampai dirumah dalam jam 12 malam. Anak-anak semua sudah tidur.

Sesampai dirumah.....dia tidak terus tidur. Dia akan memasukkan semua baju-baju kotor dalam mesin basuh. Membersihkan pinggan mangkuk di singki dan mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak esok pagi. Masuk tidur dalam jam 1.30 pagi dan kemudian bangun dalam jam 4.30 pagi untuk sediakan makanan. Bekalan sarapan dan makan tengahhari disediakan untuk anak-anak. Pakaian yang telah dibasuh perlu disidai, baju kerja suami dan anak perlu di seterika. Rumah perlu di kemas, sapu dan mop. Semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan orang gaji.

Selesai urusan dirumah dan menyiapkan anak-anak dan hantar mereka kesekolah.....dia masuk kerja. Hari demi hari dia ulang perkara yang sama. ketika itu hari sabtu adalah hari bekerja jadi dia cuma 'berehat' pada hari ahad sahaja. Siapa kata wanita bekerja boleh berehat pada hari ahad....mereka masih tidak boleh bangun lewat......bermalasan di sofa sambil baca suratkhabar......dia tetap bekerja kerana kerja rumah tidak pernah habis.

Ketika pensyarah wanita itu bercerita.....memang jelas kelihatan di wajahnya bahawa dia kepenatan.....dia berkata "hidup di KL, kita tidak ada pilihan......kita terpaksa berkerja.....kalau tidak bagaimana hendak besarkan anak seramai 5 orang dengan harapkan gaji suami sahaja.....tidak cukup". Dia tidak boleh harapkan gaji sebagai peguam sahaja......dia perlu dapatkan pendapatan sampingan. Adakah dia mengeluh.....tidakkkk.... dia tidak mengeluh tetapi dia ceritakan keadaan hari-hari yang dia lalui...keadaan realiti kepada kami yang masih belum keluar dari kepompong hidup sebagai pelajar.

Saya teringat kepada emak saya....seorang ibu tunggal yang ambilalih tugas arwah suami untuk besarkan anak yang masih kecil seramai 6 orang. Pagi berkerja diladang dan malam buat kuih-muih untuk berjualan. Walaupun sibuk dan penat beliau masih membenarkan saya tidur di riba nya ketika berehat diwaktu petang.....masih duduk dimeja makan menemani kami makan sambil bercerita...masih menemani kami membaca buku diwaktu malam sambil menguli tepung.

Dihargai......jika itu yang anda minta dari manusia maka anda akan berada dalam keadaan kecewa seumur hidup. Manusia tidak pernah menghargai sesiapa. Manusia mudah lupa. Lakukan ia sebagai ibadat kepada Allah.....insyaallah kepenatan dan pengorbanan anda akan dibalas dengan setimpal. Tiada istilah penat bagi seorang ibu apabila dia lihat senyuman diwajah anak-anaknya. Untuk lihat senyuman itu.....seimbangkan antara kerjaya dan keluarga anda.

Thursday, December 1, 2011

Tepung Goreng Ranggup

Petang semalam saya buat bancuhan tepung goreng pisang. Masih guna resepi yang pernah di postkan dahulu iaitu kat sini. Kali nie saya mempelbagaikan kegunaan tepung goreng tersebut. Saja seronok-seronok untuk berkreatif dengan resepi....kita tengok samaada ia turn out to be a good recipe or bad recipe.

Pertama sekali saya cuba buat ais krim goreng tetapi guna tepung goreng ranggup.

1. Ais krim goreng


Experimen saya tidak menghasilkan resepi yang bagus. Ais krim goreng tak boleh guna tepung goreng ranggup sebab untuk buat ia garing....ia perlu digoreng agak lama. Bila goreng lama.....air krim kat dalam tu akan cepat cair. Selain tidak mendapat kulit yang ranggup.....ais krim juga mencair tapikan ia tetap sedap. Sekejap je saya habiskan ais krim goreng tu.

Oh ye ini hanya experimen saya sahaja ye.

2. Tapai ubi goreng

Ini resepi kedua guna tepung goreng ranggup tersebut. Semasa singgah kat kedai runcit kat apartment untuk beli pisang....tengok kat kaunter cashier ada beberapa bekas tapai ubi. Ubi yang digunakan itu kecil-kecil sahaja dan nampak menarik. Saya beli sebekas....dan cuba buat tapai ubi goreng.




Rasanya tapai ubi goreng tidak asing lagi kepada kita semua. Anda tentu pernah makan.....saya ada jumpa tapai ubi goreng kat satu restoran tapi tak beli. kali nie saya nak cuba rasa macam mana tapai ubi goreng.....sedap ke tidak. Ia sedap bagi yang suka tapai ubi.

3. Pisang goreng
Dah tentu tepung goreng ranggup dibuat untuk goreng pisang. Hari jumaat lepas, family saya termasuk anak-anak saudara datang ke apartment saya....oleh kerana time tu saya baru balik pejabat so tak boleh nak prepare apa-apa yang special. mereka datang pun mengejut....tiba-tiba je masa kat ofis.....mereka call dan kata dah ada kat KL. kelam kabut saya balik dan singgah kedai beli sedikit barang dapur termasuk seikat pisang. Bila saya buat pisang goreng guna resepi tepung goreng pisang ranggup nie.....anak-anak saudara saya suka sungguh makan. Mak saya kata tepung goreng tu sedap.

So petang semalam saya goreng semula pisang guna tepung tu.

Tepung Goreng Ranggup
(Post asal kat sini.....sila ke sini untuk lihat sumber asal resepi ini)

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar kelapa kering/kelapa parut segar (resepi asal pakai santan)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa  
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata