Monday, April 1, 2013

Saya kena ragut

Setelah lama mendiamkan diri, hari ini saya ingin menulis kembali....pengalaman kena ragut.

Sepanjang minggu cuti sekolah, saya tidak ambik cuti sebab emak beritahu anak-anak saudara diambil oleh bapa mereka untuk tempoh cuti sekolah ini. Bapa mereka hantar budak-budak itu balik pada hari sabtu....so saya decide untuk balik hari sabtu dan apply cuti hari isnin dan selasa (1hb-2hb april)

Hari khamis (28/03/2013)

Tengahhari waktu rehat saya pergi ke The Curve untuk cuci kereta dan pergi ke Popular Bookstore untuk beli buku UPSR serta story book untuk anak-anak saudara. Lepas keluar dari Popular, saya pergi ke celcom untuk bayar bil internet Ipad. Kat celcom, jurujual memberitahu ada pakej baru untuk internet dan bayaran lebih menguntungkan....apalagi terpengaruhlah.... daftar untuk pakej baru dengan tempoh kontrak 12 bulan. Dia bagi sim kad baru.

Balik kat ofis dalam jam 2 petang. Alamak tak boleh masukkan sim kad. Kena pergi ke celcom baliklah.

Jam 4.30 petang, keluar kerja awal.....pergi semula ke kedai celcom dan bawak bersama Ipad 4 baru yg dibeli tak sampai sebulan untuk dimasukkan sim kad baru. Selesai....masukkan Ipad dalam handbag. Coin parking.....masuk tescolah boleh beli sikit barang dapur untuk bawak balik kampung. Naik excelator ke Tesco dan lalu depan ATM maybank.......tak de orang, mak nak pinjam duit utk ternak ayam kampung. So pergi ke ATM, keluarkan RM1500, pastu RM1500 lagi dan RM1500 lagi. Duit dalam dompet ada RM320 so semuanya RM4820. Masuk Tesco shopping barang dapur utk rumah kampung. Selesai dan terus drive balik.

Sampai ke Seksyen 8 Kota Damasara, teringat baju kat kedai dobi belum ambik lagi. Parking kereta depan kedai dobi. Keluar dari kereta....handbag saya pegang kat tangan disebelah kiri dan kunci kereta kat tangan kanan....pergi ke bahagian bonet kereta sbb nak ambik baju kot untuk dry cleaning. Bonet kereta dibuka....saya tunduk nak ambik baju...tiba-tiba handbag direntap kuat ....saya terkejut terus lawan balik....lelaki tu rentap lagi kuat...handbag terlepas.....saya berdiri tergaman melihat peragut itu melarikan diri menuju ke jalan utama.

Saya mengigil....tangan kiri sakit terkehel dan beberapa orang lelaki berlari ke arah saya. Saya teringat kad bank, kad kredit....saya masuk kedalam kedai dobi untuk pinjam telefon. Seorang lelaki bantu saya dapatkan no tel customer services bank-bank yang terlibat. Mula-mula saya call maybank customer service.....dengan suara mengeletar saya minta mereka block ATM kad dan kad kredit, call standart Chart untuk block kad kredit dan akhir sekali ATM kad bank islam. Selesai semua urusan pembatalan ini....tiba-tiba lelaki yang bantu saya tadi hulurkan tisu....dia kata 'lap darah kat tangan tu". Ohhhhhh......rupanya jari saya luka dan darah menitis tanpa saya sedari.

Selesai.....saya masuk kereta dan drive ke balai polis. Saya diberitahu balai polis ada kat seksyen 6 KD, dekat Pizza hut....so saya drive seorang diri ke situ....ditrafik light....kereta saya diketul oleh seorang penunggang motor sambil menunjuk arah bonet kereta saya....saya yg masih lagi dalam trauma...terus pecut kereta bila lampu trafik hijau. Sesampai dibalai polis yang diberitahu oleh orang ramai....ahhhhh rupanya balai polis trafik....polis trafik minta saya pergi ke balai polis KD di Sunway Giza....polis trafik nampak darah ditangan saya....dia suruh saya ke hospital dulu dan tolong tutup balik bonet kereta yang rupanya dari tadi terbuka.

Saya berpusing ke sunway Giza cari balai polis dan cari tempat parking.....kawasan nie sesak teruk. Saya tidak boleh masuk ke tempat parking berbayar sebab dalam tangan saya tak ada satu sen pun duit.

Sampai ke balai polis KD, saya tunggu turn untuk buat laporan. Satu keluarga india berada dihadapan saya.....bila dia lihat saya pegang tangan kiri sebab saya sakit....mereka tanya mengapa. Rupa-rupanya lelaki india itu bawa anak perempuannya yg juga diragut ketika balik kerja di seksyen 6 KD, budak perempuan itu berjalan ditepi jalan bila tiba-tiba sebuah motosikal berhenti dihadapannya dan seorang lelaki melayu turun dan letakkan pisau dilehernya dan minta dia bagi handbag. Saya beritahu saya juga diragut oleh 2 lelaki melayu bermotor RXZ dan penunggang motor berbadan tegap dan besar manakala lelaki dibelakangnya berbadan kecil sedikit serta dalam lingkungan awal 20an.

Selesai report jam 9 malam, balai polis KD minta saya ke balai polis Mutiara Damasara untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat di balai polis Mutiara Damasara. Drive sendirian ke Mutiara Damansara dan berjumpa dengan pegawai penyiasat.

Saya masuk ke bilik pegawai penyiasat....bilik kecil yang mengandungi 4 meja pegawai dan saya duduk disalah satu meja yang incharge kes saya. Sementara tunggu pegawai sampai....saya pandang sekeliling bilik tersebut. Bilik yang sebesar bilik saya dipejabat kelihatan agak daif.....meja kerja yang lusuh dengan rak-rak kabinet yang nampak betul-betul usang....meja kerja dan kerusi kelihatan sudah berusia lebih 10 tahun.....bilik kecil yg memuatkan 4 meja kelihatan sesak. Ketika ini saya bersyukur bila teringatkan bilik saya dipejabat.....jawatan kita sama tetapi saya berada dipejabat mana meja kerja dan kerusi berdesign terbaru.....komputer ditukar setiap 3 tahun....bukan komputer lama sebagaimana komputer pegawai dihadapan saya. Selesai diinterview oleh pegawai....saya beritahu bahawa salah satu owner kedai yang sederet dengan kedai dobi beritahu dia mempunyai rakaman CCTV untuk diguna oleh pihak polis. Pegawai tersebut mengangguk sahaja dan meminta saya balik kerumah dapatkan no siri handphone yg terletak kat kotak handphone dan sms kepada beliau. Saya beritahu saya seorang diri dirumah dan saya sudah tidak mempunyai handphone untuk menghubungi beliau atau menpunyai wang walapun satu sen untuk ke klinik. Dia nak keluarkan satu surat supaya saya boleh pergi ke hospital tanpa risaukan hal bayaran....saya beritahu....saya nak balik rumah....saya dah penat.

Ketika bangun dari kerusi......tempat duduk kerusi terjatuh (utk menujukkan betapa daifnya kerusi yg saya duduk tersebut).....saya berjalan keluar dari bilik tu dan ucapkan terima kasih. Dalam hati saya...saya tidak harapkan handbag saya ditemui tetapi saya cuma berharap agak 2 lelaki melayu tersebut dapat ditangkap supaya tiada mangsa lain yg akan kena. Bolehkah saya menaruh harapan agar tertangkapnya lelaki tersebut.....mungkin saya hanya bermimpi disiang hari sebab ini kali ke 4 saya diragut dan disamun.....namun kes saya tutup begitu sahaja dan mungkin kes ini juga.

Saya sampai ke rumah dalam jam 10.30 malam....mujur saya bukak bonet kereta dan kunci kereta tersangkut disitu....kalau tidak saya tidak boleh masuk rumah. Inilah malangnya bila duduk seorang diri dirumah....kepada siapa saya nak mintak tolong.....semua phone number dalam hp.....saya menangis kesedihan bila mengenangkan drama yg saya lalui sendirian pada malam ini.....saya lihat darah yang sudah kering ditangan saya....saya pergi basuh darah tersebut dan mujurkan saya hanya luka sedikit sahaja tapi darah yang mengalir begitu banyak.

saya bukak komputer dan facebook rakan-rakan sekerja memaklumkan bahawa esok (jumaat) saya cuti segera dan minta mereka beritahu boss. saya tutup komputer dan terus masuk mandi dan terus baring dikatil.....tangan saya terasa amat sakit....saya ketakutan.....saya tidak rasa selamat wp berada dalam rumah sendiri......saya benci kota damasara......saya nak pindah dari sini. baru dua tahun saya berada disini.....rumah saya dipecah masuk dan hari ini saya diragut dihadapan deretan kedai yang mana orang ramai berada disitu. saya benci duduk disini.....saya benci bila apartmen yang dibeli mahal dan saya bayar management fee yang mahal setiap bulan tetapi keadaan seperti bangunan flat murah yg kotor sebab kehadiran pelajar kolej. Saya benci bila setiap pagi bila masuk ke dalam lif....lif berbau air kencing kerana ada 'anjing sesat' yg kencing dalam lif.Saya benci duduk disini....saya benci kawasan nie....kawasan nie tidak selamat. Saya menangis sehingga tertidur......

Jumaat(29/03/2013)

Saya singgah dipejabat untuk ambil buku akaun bank dan minta pertolongan rakan-rakan pinjamkan wang sebab saya risau kena bayar denda buat IC (ini kali ke 6 saya buat IC baru.....semuanya disebabkan saya disamun, bilik asrama saya dipecah masuk dan setiap kali itu saya bayar denda dan denda terakhir yang saya bayar adalah RM250).

Saya beli mihun goreng dan masuk makan dipantri. Saya menceritakan keadaan diragut bila rakan-rakan bertanya sehinggalah seorang pegawai senior ini membebel "orang perempuan nie bla....bla.....pencuri memanglah kerjanya mencuri tapi kita nie kenalahlah berhati-hati.....bla.....bla....ni salah orang perempuan bla....bla". Telinga saya berasap.....saya jenis manusia yang baran......saya cepat-cepat bangun dari pantri sebelum saya keluarkan perkataan yang tidak elok. Saya masuk bilik ofis dan bukak kabinet ambil semua buku bank yang saya simpan disitu......rakan-rakan kutip derma untuk saya (terasa malu nak ambik sebenarnya) dan seorang pegawai pinjamkan RM300 untuk saya bayar denda bila buat IC.

Saya memandu ke pejabat pendaftaran, saya ambik nombor....wahhhhhh ramai gila orang datang buat ic utk anak-anak mereka yg berusia 12 tahun (cuti sekolah). No saya 1099 sedangkan ketika itu baru 1025. Ketika menunggu.....seorang lelaki muda duduk disebelah....saya dah ketakutan.....saya peluk rapat2 beg yang saya bawak.....saya takut nak pandang orang....saya peluk beg erat-erat dan terus tunduk menunggu. Bila turn saya.....rasa lega sebab tak perlu bayar denda sebab saya diragut dan bukan sebab kecuaian so saya tidak perlu bayar apa-apa. Selesai...saya dapat kad pengenalan sementara.

Saya keluar dari pejabat pendaftaran.....kaki saya tidak boleh melangkah....saya ketakutan terutama bila nampak motorsikal lalu....saya takut nak melintas jalan. Saya peluk beg erat-erat. Ahhhh sudah kenapa saya jadi takut begini. saya paksa diri untuk drive ke bank.....dan buat kad ATM bank baru.....check baki bank....alhamdulillah semua selamat. tapi saya tidak ambil wang langsung di ATM sebab saya takut kena ragut lagi bila saya keluar bank......saya perlu ke maybank, ke JPJ untuk buat lesen memandu tapi saya sudah tidak boleh drive.....tangan saya tiba-tiba jadi kebas....saya ketakutan untuk keluar dari kereta....saya ketakutan bila nampak motorsikal......akhirnya saya drive balik ke rumah.

Saya berkurung dalam rumah tidak keluar-keluar sehingga 2 hari. Saya masih ketakutan....

Perkongsian dari pengalaman saya......

1. Sediakan buku kecil yg mengandungi nombor-nombor telefon saudara terdekat, rakan-rakan dan nombor khidmat pelanggan bagi semua bank yg anda ada. Simpan dalam kereta satu dan dalam rumah satu. Jangan jadi macam saya sebab saya tidak dapat hubungi emak atau adik-adik saya dan saya menangis seorang diri......sebab saya tidak ingat dan tidak simpan nombor mereka.... semuanya dalam handphone.

2. Lipatlah dan selitlah duit RM50, RM20 atau RM10 dalam kereta anda. Bila sesuatu terjadi....anda ada sedikit duit. Saya basuh kereta.....so semua duit siling saya keluarkan dan masukkan dalam handbag pada hari tu....so dalam kereta saya tiada satu sen pun siling.....saya tidak boleh nak bayar wp tiket parking kereta atau sebungkus nasi.....saya kelaparan sepanjang malam.

3. Saya tidak ceritakan saya kehilangan RM4820 pada sesiapa....saya cuma beritahu saya kehilangan RM1,000 sebab "....kenapa u lalai sangat.....kan ada internet banking....kenapa tak transfer duit sahaja". FYI, saya tidak pernah ambik time off 2 jam yg diperuntukan setiap bulan jika nak pergi buat urusan bank sebab saya guna internet banking atau auto debit utk bayar semua bil-bil saya. Tapi sudah nak kena....saya cuma terfikir kalau saya tranfer kedalam akaun mak.....maka emak saya kena keluar ke bandar utk ke bank terdekat yang ambik masa 35 minit dan mak saya buta huruf....dia tak ada kad ATM bank. Saya cuma nak senangkan emak saya.....itu yg saya terfikir ketika itu. saya buat perkara yang tidak pernah saya buat.....sebab duit itu bukan rezeki saya.

4. Tiada siapa bersimpati dengan anda sebab diragut dan anda dituduh lalai.....kenapa orang pompuan nie suka bawak handbag...kenapa tak buat macam nie.....kenapa tak buat macam tu. Ramai sungguh yang nak menyanyi lagu "bangau oh bangau....mengapa engkau......." tanpa berfikir.....kalau mereka membebel mcm tu....mereka hanya menambah beban kepada orang yg diragut. Sungguh benci......

5. Kepada wanita......kalau tak bawak handbag....kita nak bawak apa ye.....masukkan duit celah coli ke? atau buat uncang ikat kat pinggang. Handbag saya tu berharga RM600....so perlukah saya beli handbag lagi atau saya jahit kain buat uncang dan ikat kat perut. Dalam handbag tu ada 4 batang gincu dan 1 compact powder Dior....sebenarnya itulah sahaja gincu yg saya ada....so saya tiada alat makeup langsung....hari nie pergi kerja tanpa pakai gincu.

6. Selain kerugian sbb kena ragut (dalam anggaran RM9,000 sebab Ipad 4 berharga RM2300, handphone RM1800 dan duit tunai serta seutas gelang, sebentuk cincin, gps garmin)....saya kena ganti semua barang-barang yang hilang ini dan saya kena buat semula semua dokumen penting.....sungguh menyeksakan (semoga Allah melaknati 2 lelaki melayu ini). Untuk pulih dari trauma dan untuk dapatkan semua kad-kad penting.....saya mungkin akan ambil masa 2 minggu untuk semua selesai.

7. Malang tidak berbau....tak pernah-pernah bawak Ipad.....bawak Ipad hari tu.....tak pernah keluarkan duit banyak.....tiba-tiba gatal tangan keluarkan duit yang banyak sebab saya nak kayakan peragut tu. tentu malam tu mereka teguk bir ramai-ramai meraikan kejayaan mereka. Saya tidak merantapi kehilangan barang-barang ini.....saya bersyukur sbb saya tidak cedera.