Wednesday, January 30, 2013

Tulisan terakhir

Kepada semua para pembaca yang sering berkunjung ke blog nie....saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa buat sementara waktu ini saya akan berhenti menulis.

Saya sudah tidak mempunyai masakan atau resepi yang ingin dipaparkan dan dikongsi bersama kerana saya sudah hilang mood memasak. Sedangkan itulah tujuan utama blog ini dibuat.

Cerita tentang keluarga dan masalah saya telah menjadi isu sensitif kerana ada pembaca blog ini yang  berjaya meneka siapa adik ipar saya. Saya dah agak sebab tulisan saya telah sampai ke telinga bekas adik ipar dan dia juga telah membuang gambar perkahwinan baru beliau dari facebook. Ada pembaca blog ini adalah kenalan serta mungkin pernah mendengar ceramah atau kuliah dari beliau....ya betul...ustaz itulah bekas adik ipar saya. TERKEJUT!!!!!!!.......watak manusia nie jangan dinilai pada pakaian dia....tak semestinya berserban dan berjubah meleret.....mempunyai hati yang mulia atau peribadi yang bersih dan putih seputih jubah beliau. jangan cepat menilai orang....dan jangan cepat juga menghukum orang.

Blog ini saya sudah jadikan ia sebagai tempat luahan hati saya....kesakitan, penderitaan dan kebahagian yang kongsikan disini. Terima kasih kepada blog ini....saya banyak mengenali rakan-rakan dialam maya....ada diantaranya menjadi rakan dan kami sering berhubung melalui email. Terima kasih untuk anda semua atas sokongan buat saya. banyak cerita-cerita dan pengalaman saya ingin kongsikan bersama anda....banyak draf-draf tulisan tersimpan dan saya tidak boleh publishkan sebab sekarang adalah waktu-waktu kritikal......entri saya yang lepas bertajuk "drama baru bermula"....dan drama tersebut sedang berlangsung dan penuh dengan konflik sehingga melibatkan pihak polis...ugut mengugut....kejar mengejar....emak saya dalam ketakutan dan tertekan. Saya tidak mahu tulisan saya menjadi penderitaan emak bertambah teruk....cukuplah dengan apa yang terjadi setakat ini kepada beliau.

Emak saya wanita yang berusia 60 tahun....menjadi janda diusia 36 tahun dengan anak 6 orang yang masih kecil. Dia wanita yang buta huruf dan tidak pernah kesekolah tetapi dia mempunyai semangat yang kuat untuk besarkan semua anak-anak dia hingga ke tahap pelajaran yang tinggi. Dia menjual kuih muih setiap pagi dan potong kelapa sawit diladang untuk besarkan anak-anak dia. kepada ustaz celaka tu....selama anda menjadi menantu wanita tua nie....pernah atau tidak walau sekalipun beliau memarahi anda...memaki anda. Tahukan anda wahai ustaz celaka....selama anda melakukan 'ketidakadilan' terhadap anak beliau.....tidak pernah sekalipun beliau burukkan anda.....tidak pernah sekalipun dia minta anaknya bercerai dengan anda malah beliau lah yang halang perceraian tersebut. Anda tidak pernah hormat kepada beliau sepanjang anda jadi menantu beliau. Anda buat beliau macam orang gaji....beliau hidangkan makanan atas meja untuk anda tetapi anda tidak tengok muka  atau ucap terima kasihpun kepada beliau. Dalam kuliah dan ceramah anda beritahu kepada orang "emak mertua nie kita kena hormat seperti emak sendiri" tetapi anda ustaz celaka telah perli emak mertua sendiri dalam khutbah hari raya sehingga orang tua ini menangis dan kecik hati.

Anda halau emak mertua anda dari rumah anak dia sendiri....halau dengan cara yang tidak elok....kemudian anda kunci pintu rumah dan gate dengan memasang pad lock sehingga orang tua tu tidak boleh masuk ambik barang-barang beliau. Jangan lupa wahai sicelaka.....orang tua itulah yang jaga bekas bini anda yang sakit selama berbulan-bulan dan jaga anak-anak anda. Dimana anda selama ini?. Bila orang tua tu terpaksa pecah masuk untuk ambik pakaian beliau dan pakaian sekolah cucu-cucu beliau....anda lapur pada polis dan minta polis tangkap emak mertua anda (anda ingat polis tak de kerja lain ke....). Anda kejar beliau macam anjing....anda cuba rempuh kereta beliau sepanjang jalan keluar dari Dunggun....tidakkah anda terfikir wahai celaka bahawa anak-anak anda ada dalam MPV tersebut....mereka sampai menjerit ketakutan dan sampai muntah sebab kereta terhoyong-hayang. Anda layak digelar ustaz ke??????.

Ini tulisan terakhir saya. Apabila drama ini sudah tamat dan kes mahkamah telah selesai....saya akan kembali menulis....insyaallah.

Friday, January 11, 2013

Drama pun bermula......

Alhamdulillah......hak penjagaan anak-anak arwah telah diserahkan kepada emak saya oleh mahkamah. Untuk penjagaan sementara ini semua anak berada dalam tangan emak.

Setelah mendapat surat penjagaan sementara dari mahkamah...emak saya terus membawa balik cucu-cucunya ke Pahang. Keadaan menjadi sangat kecoh apabila bekas adik ipar menyedari anak-anaknya dilarikan oleh emak....wp emak beritahu beliau memiliki surat kebenaran hak penjagaan dari mahkamah.....beliau tidak peduli.  Beliau mengugut emak.....beliau berkata bahawa jika anak-anak itu tidak diserahkan dalam tempoh 24 jam....beliau akan bawa polis ambil. Emak walaupun buta huruf dan tidak berpelajaran....tetapi emak bukan bodoh. Selepas dapat ugutan dari adik ipar....emak terus ke balai polis dan buat laporan.

Sebenarnya emak dalam ketakutan......kami sendiri kebingungan.....emak seorang diri bersama-sama cucu-cucunya. Saya pulak akan ke Kuching seminggu kerana bertugas. Adik perempaun ke 3 berada di perak dan adik lelaki berada di KL dan seorang lagi berada di Singapore.....yang tinggal hanya emak seorang menghadapi cabaran ini.

Kasihan anak-anak arwah...mereka semua dalam keadaan tertekan. Yang sulung...mariam menjadi sasaran kemarahan bapanya. bapanya akan menghubungi beliau:-

Bapa:.....jangan nak jadi anak derhaka.....kemaskan beg dan ambil semua kunci kereta umi.....tunggu abi....abi akan datang ambil" dengan nada memerintah

Anak: "Abi....kami nak duduk dengan opah. Abi tetap Abi mariam tapi mariam nak duduk dengan opah. Umi dah pesan kat Mariam supaya jaga adik-adik dan duduk dengan opah. Abi tolong bagi mariam dan adik-adik duduk dengan opah".

Bapa : Abi tak nak dengar semua helah tu.....nie mesti opah kami yang jahil tu menghasut kamu....jangan nak melawan. Ikut abi....ini perintah dari Abi....ikut dan taat.

Budak tu jadi binggung.....dalam keadaan rungsing.... dia hendak forwardkan semua mesej marah dan perintah dari Abinya kepada adik saya Atih tetapi mariam melakukan kesilapan besar....dia forwardkan mesej tu kepada no telefon Abinya. Mariam panik bila sedar kesilapan dia tetapi terlambat sebab Abinya terus telefon " Abi dah agak....Atih kamulah celaka yang paling besar sekali.....menghasut kamu semua". Wahhhhhhh adik saya yang tidak tahu apa-apa telah dituduh dalang besar. 

Atih menelefon saya tadi dan bercerita......masalah semakin rumit dan dia bimbangkan emak. Tiket kapalterbang ditangan saya....terasa berat hati hendak pergi....aduhhhhh keadaan semakin rumit. bagaimana emak saya hendak hadapi.....dia bukannya seorang yang terpelajar....dia bertuah sebab peguam yang dilantik banyak membantu beliau. Emak memang dari dahulu lagi agak takut dengan adik ipar.

Kami sekeluarga menjadi begitu pelik dengan sikap seorang ustaz yang berpendidikan agama yang tinggi sehingga ke tahap master tetapi bersikap seperti orang yang tidak tahu hukum. Kami tidak tahu darimana beliau mendapat salinan surat kematian adik dan telah membawa surat kematian tersebut ke bank dan menyemak  semua akaun bank adik dan meminta supaya akaun bank itu dibekukan dan beliau akan mengeluarkan semua duit. Beliau hanya membawa surat kematian dan beliau tidak membawa surat perceraian.....pelikkan seorang ustaz boleh bertindak diluar batasan begini.....dia dah gila agaknya. 

Beliau telah mengambil duit kutipan yuran tadika arwah adik. Meminta emak saya serahkan kunci kereta, van dan rumah milik arwah adik (kereta dan rumah adalah atas nama adik dan bukan harta bersama). Dia terlupa agaknya bahawa perempaun tua yang dia panggil perempuan jahil tu adalah emak kepada bekas isterinya dan dia hanya bekas suami.....dan perempuan jahil tu adalah pewaris utama. Peguam meminta supaya emak tidak menyerahkan kunci kereta dan rumah tersebut. Geran tanah milik adik juga disimpan oleh emak. Peguam menasihati emak supaya tidak terlalu takut dengan ugutan bekas adik ipar.....dan tunggu tarikh perbicaraan untuk pembahagian harta. Harta-harta tersebut adalah milik anak-anak arwah.....kenapa dia ambik duit semua duit tadika tanpa pedulikan bagaimana hendak bayar perbelanjaan bulanan tadika. Bagaimana masa depan tadika?.....yang ini kami tidak mahu ambil tahu.....saya dah tengok akaun tadika dan dengan memerosotan kemasukan pelajar tahun ini....tadika tidak mampu untuk tampung perbelanjaan bulanan....saya bagitahu adik ke 3 supaya lepaskan tadika. jangan peningkan kepala.

Drama baru bermula.....


Thursday, January 10, 2013

kembali tenang



" Nikmat sihat akan terasa jika pernah sakit
Nikmat harta akan terasa jika kita pernah susah dan
nikmat hidup akan terasa jika kita pernah ditimpa musibah
Musibah adalah permulaan daripada kenikmatan hidup"

Penutup 2012...penuh kedukaan dalam hidup saya dan 2013 hadir tanpa disedari. Terima kasih atas ucapan takziah dari anda semua dan terima kasih juga kepada sahabat alam maya yang sudi menulis email kepada saya dan memberi bantuan nasihat berkaitan dengan undang-undang syariah.

Hari nie emak saya sedang berkemasuntuk balik ke Pahang. Beliau telah dihalau oleh bekas adik ipar keluar dari rumah arwah dan tadika milik arwah. Arwah ada menghantar email kepada peguamnya seminggu sebelum beliau menghembus nafas dan dalam email tersebut jelas menyatakan bahawa suaminya tidak mempunyai hak atas tadika dan tadika serta semua harta diserahkan kepada adik ke 3 sebagai pemegang amanah sebelum anaknya berusia 18 tahun. Email tersebut kami print dan serahkan kepada peguam dan sekarang segalanya diserahkan kepada peguam. kami tunaikan amanat arwah dan jika ditakdirkan harta dan tadika adik terlepas ke tangan bekas suaminya....kami terima dengan hati lapang.

Hal ini tidak sedikitpun buat saya sedih....memang itu kehendak saya. Emak saya bukan orang susah dan hidup menumpang orang....beliau ada rumah sendiri dan rumah dua tingkat tu terbiar kosong hanya kerana emak tidak mahu tinggalkan Terengganu atau tinggalkan arwah sebelum ini....dia hidup bersama arwah selama 11 tahun. Sekarang emak tinggalkan Terengganu....saya happy. Saya mahu emak saya hidup tenang.

Anak-anak arwah....biarlah mahkamah yang putuskan...kami sudah buat setakat yang termampu untuk tunaikan amanat arwah...sekarang tiba masanya kami berserah kepada Allah.

Saya luahkan pendapat peribadi saya semasa perbincangan keluarga....saya tidak mahu anak-anak arwah terpisah jadi jika bekas suaminya rasa dia mampu jaga semuanya....saya minta emak saya serahkan kepada beliau kerana beliau tetap bapa kepada budak-budak tu. Emak kata beliau juga tidak mahu pisahkan budak-budak tu....dia sanggup tinggal dengan budak-budak tu dirumah arwah dan sekolahkan budak-budak tu seperti biasa...dan ayahnya bebas datang jenguk serta ambil budak-budak tu tapi keadaan jadi rumit bila bekas suami adik halau emak dari rumah arwah dan dia serta bini barunya yang akan masuk duduk dalam rumah tu serta anak-anak akan dihantar ke sekolah tahfiz atau pondok/sekolah tabligh. Adik saya semasa hidupnya menentang keras hasrat suaminya ini dan beliau mahu anak-anaknya dapat pendidikan formal terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke sekolah tahfiz (inilah salah satu punca pergaduhan mereka)....dia mahu anak-anaknya menjadi doktor tetapi doktor yang menghafal al-quran...menjadi saintis tetapi saintis yang hafal al-quran....beliau bercita-cita tinggi. Saya pandang wajah-wajah anak-anak arwah....saya kata kepada emak "kalau nak guna duit bayar lawyer....bagitau ajelah". Itulah yang mampu saya lakukan untuk arwah.

Semasa hari kematian arwah....saya emosi....saya marah....saya telah menunjukkan perasaan marah, sakit hati dan benci kepada keluarga bekas adik ipar dengan tidak mengendahkan kunjungan mereka malah saya meninggikan suara kepada mereka. Saya marah.....saya kakak....jika adik saya disakiti saya akan lindungi dia.....sejak kecil walaupun kami selalu bergaduh tapi bila saya dapat tahu arwah dibuli...saya sanggup tunggu dengan batang kayu dan kejar budak tu. Saya sayang adik saya.....saya sakit jika dia disakiti. Saya sudah tidak peduli dengan kata-kata 'tak baik engkau buat macam tu'......kenapa saya tidak boleh luahkan perasaan marah saya.....adik saya telah dibuat seperti kain buruk...kenapa saya tidak boleh marah. Tahu tak anda betapa sakitnya hati saya....betapa saya menangis setiap malam....dada saya sakit sehinggakan kadang-kadang saya tidak boleh bernafas....dada saya benar-benar sakit.

Sekarang saya sudah tenang....saya boleh terima kenyataan. Seorang rakan yang saya sangat hormati dan saya selalu bertanya pendapat kepada beliau kerana cara pemikiran beliau lain dari orang lain. Satu masa saya baca kisah kekejaman zionis dimana kanak-kanak kecil dibunuh....saya kata "kesiannya budak nie"...rakan saya yang berada disebelah saya berkata "engkau patut lebih kesian pada diri sendiri dan saya sebab kita tidak berpeluang mati syahid macam budak tu....tempat budak tu sah-sah di syurga tapi kita nie belum tentu lagi dimana".  

Selepas beberapa hari arwah meninggal....saya telefon beliau dan ceritakan hal arwah adik. beliau berkata kepada saya "....tenangkan fikiran dan cuba lihat dari sudut lain. jika adik awak tidak sakit....tidak diceraikan dan tidak disihir...adakah awak rasa beliau akan pergi dalam keadaan bersedia. Awak patut amat-amat bersyukur....Allah berikan peluang untuk adik awak bersedia....dia pergi dalam keadaan bersedia....dia pergi dalam keadaan bukan seorang isteri....jika awak fikirkan dari sudut nie awak akan tenang dan terima takdir Allah". Air mata saya mengalir laju bila dengar kata-kata beliau......hati saya lapang.....hati saya kembali tenang. 

Arwah adik adalah seorang yang workholic....beliau terlalu kuat bekerja dan banyak habiskan masa beliau di tadika. Beliau berkahwin dengan seorang ustaz/penceramah yang sentiasa tinggalkan rumah sehingga kadang-kadang beminggu-minggu baru nampak muka....itupun hanya sejam dua ada dalam rumah. Mungkin kerja adalah ubat kepada kekusutan hati beliau. tapi bila disahkan sakit.....beliau kembali mendekati diri dengan Allah.

Adik saya seorang isteri kepada lelaki yang egonya terlalu tinggi dan angkuh....lelaki ini mempunyai masalah inferiority complek.....beliau merasa tercabar dengan kejayaan adik membangunkan tadika lebih maju dari sekolah tahfiz beliau yang semakin hari semakin kurang pelajar.....ego lelakinya inilah yang menyebabkan beliau mencari wanita lain sebagai calon kedua....dan kemarahannya memuncak apabila arwah adik berjumpa dengan bakal madunya ini dan memperkenalkan diri. Bermula dari sini beliau melakukan pelbagai kezaliman secara halus kepada isterinya ini hanya semata-mata untuk mendengar permintaan 'tolong ceraikan saya'. Rancangan beliau berjaya tetapi adik pulak sakit....sudah tentu masyarakat akan tuduh beliau kejam so dia minta adik rahsiakan perceraian mereka. Untuk 'ajar' adik...beliau menghantar kad jemputan kahwin kepada rakan-rakan serta kenalan arwah adik (kononya dia kahwin dua). Adik yang dalam keadaan tenat terima puluhan panggilan telefon dan sms dari rakan-rakan yang terkejut. Adik meninggal dunia seminggu selepas itu.....masyarakat yang mengenali beliau semakin kecoh.....ustaz atau penceramah yang berjubah putih dan agak terkenallah jugak telah menceraikan isterinya ketika sakit dan kemudian kahwin baru dan bekas isterinya meninggal dunia. Emak saya jadi sasaran kemarahannya kerana beliau tuduh emak saya bermulut jahat memfitnah beliau dan sekarang dia nak 'ajar' emak saya pulak. Dia nie memang jenis suka nak 'ajar' orang...dia tak sedar yang dia postkan gambar kahwin dalam facebook...anak dia bukak facebook dan tengok gambar tu. Anak dia menangis. Sekarang dia tuduh emak saya hasut anak-anak dia supaya bencikan dia....wahhhh.....dasyatnya manusia nie. Jika ikutkan hati marah mahu sahaja saya sebutkan nama beliau dan biarkan anda semua saksikan sendiri ustaz berjubah putih dan berjanggut lebat nie yang tunjukkan imej alim dan baik macam malaikat depan orang tetapi macam cexxxx kat belakang manusia.....  aib manusia kita kena tutup sebagaimana arwah adik tutup aib suaminya semasa beliau hidup.

Apa yang berlaku kepada keluarga saya.....kita sama-sama jadikanlah pengajaran. Jangan pandang ringan kepada urusan penamaan waris terutama EPF dan Insuran anda. Jangan pandang ringan terhadap kebimbangan, kerungsingan dan tekanan emosi kerana ia juga boleh 'membunuh' anda secara senyap. Ia penyakit yang doktor sendiri tidak boleh ubati dan tidak diiktiraf sebagai penyakit.