Thursday, January 10, 2013

kembali tenang



" Nikmat sihat akan terasa jika pernah sakit
Nikmat harta akan terasa jika kita pernah susah dan
nikmat hidup akan terasa jika kita pernah ditimpa musibah
Musibah adalah permulaan daripada kenikmatan hidup"

Penutup 2012...penuh kedukaan dalam hidup saya dan 2013 hadir tanpa disedari. Terima kasih atas ucapan takziah dari anda semua dan terima kasih juga kepada sahabat alam maya yang sudi menulis email kepada saya dan memberi bantuan nasihat berkaitan dengan undang-undang syariah.

Hari nie emak saya sedang berkemasuntuk balik ke Pahang. Beliau telah dihalau oleh bekas adik ipar keluar dari rumah arwah dan tadika milik arwah. Arwah ada menghantar email kepada peguamnya seminggu sebelum beliau menghembus nafas dan dalam email tersebut jelas menyatakan bahawa suaminya tidak mempunyai hak atas tadika dan tadika serta semua harta diserahkan kepada adik ke 3 sebagai pemegang amanah sebelum anaknya berusia 18 tahun. Email tersebut kami print dan serahkan kepada peguam dan sekarang segalanya diserahkan kepada peguam. kami tunaikan amanat arwah dan jika ditakdirkan harta dan tadika adik terlepas ke tangan bekas suaminya....kami terima dengan hati lapang.

Hal ini tidak sedikitpun buat saya sedih....memang itu kehendak saya. Emak saya bukan orang susah dan hidup menumpang orang....beliau ada rumah sendiri dan rumah dua tingkat tu terbiar kosong hanya kerana emak tidak mahu tinggalkan Terengganu atau tinggalkan arwah sebelum ini....dia hidup bersama arwah selama 11 tahun. Sekarang emak tinggalkan Terengganu....saya happy. Saya mahu emak saya hidup tenang.

Anak-anak arwah....biarlah mahkamah yang putuskan...kami sudah buat setakat yang termampu untuk tunaikan amanat arwah...sekarang tiba masanya kami berserah kepada Allah.

Saya luahkan pendapat peribadi saya semasa perbincangan keluarga....saya tidak mahu anak-anak arwah terpisah jadi jika bekas suaminya rasa dia mampu jaga semuanya....saya minta emak saya serahkan kepada beliau kerana beliau tetap bapa kepada budak-budak tu. Emak kata beliau juga tidak mahu pisahkan budak-budak tu....dia sanggup tinggal dengan budak-budak tu dirumah arwah dan sekolahkan budak-budak tu seperti biasa...dan ayahnya bebas datang jenguk serta ambil budak-budak tu tapi keadaan jadi rumit bila bekas suami adik halau emak dari rumah arwah dan dia serta bini barunya yang akan masuk duduk dalam rumah tu serta anak-anak akan dihantar ke sekolah tahfiz atau pondok/sekolah tabligh. Adik saya semasa hidupnya menentang keras hasrat suaminya ini dan beliau mahu anak-anaknya dapat pendidikan formal terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke sekolah tahfiz (inilah salah satu punca pergaduhan mereka)....dia mahu anak-anaknya menjadi doktor tetapi doktor yang menghafal al-quran...menjadi saintis tetapi saintis yang hafal al-quran....beliau bercita-cita tinggi. Saya pandang wajah-wajah anak-anak arwah....saya kata kepada emak "kalau nak guna duit bayar lawyer....bagitau ajelah". Itulah yang mampu saya lakukan untuk arwah.

Semasa hari kematian arwah....saya emosi....saya marah....saya telah menunjukkan perasaan marah, sakit hati dan benci kepada keluarga bekas adik ipar dengan tidak mengendahkan kunjungan mereka malah saya meninggikan suara kepada mereka. Saya marah.....saya kakak....jika adik saya disakiti saya akan lindungi dia.....sejak kecil walaupun kami selalu bergaduh tapi bila saya dapat tahu arwah dibuli...saya sanggup tunggu dengan batang kayu dan kejar budak tu. Saya sayang adik saya.....saya sakit jika dia disakiti. Saya sudah tidak peduli dengan kata-kata 'tak baik engkau buat macam tu'......kenapa saya tidak boleh luahkan perasaan marah saya.....adik saya telah dibuat seperti kain buruk...kenapa saya tidak boleh marah. Tahu tak anda betapa sakitnya hati saya....betapa saya menangis setiap malam....dada saya sakit sehinggakan kadang-kadang saya tidak boleh bernafas....dada saya benar-benar sakit.

Sekarang saya sudah tenang....saya boleh terima kenyataan. Seorang rakan yang saya sangat hormati dan saya selalu bertanya pendapat kepada beliau kerana cara pemikiran beliau lain dari orang lain. Satu masa saya baca kisah kekejaman zionis dimana kanak-kanak kecil dibunuh....saya kata "kesiannya budak nie"...rakan saya yang berada disebelah saya berkata "engkau patut lebih kesian pada diri sendiri dan saya sebab kita tidak berpeluang mati syahid macam budak tu....tempat budak tu sah-sah di syurga tapi kita nie belum tentu lagi dimana".  

Selepas beberapa hari arwah meninggal....saya telefon beliau dan ceritakan hal arwah adik. beliau berkata kepada saya "....tenangkan fikiran dan cuba lihat dari sudut lain. jika adik awak tidak sakit....tidak diceraikan dan tidak disihir...adakah awak rasa beliau akan pergi dalam keadaan bersedia. Awak patut amat-amat bersyukur....Allah berikan peluang untuk adik awak bersedia....dia pergi dalam keadaan bersedia....dia pergi dalam keadaan bukan seorang isteri....jika awak fikirkan dari sudut nie awak akan tenang dan terima takdir Allah". Air mata saya mengalir laju bila dengar kata-kata beliau......hati saya lapang.....hati saya kembali tenang. 

Arwah adik adalah seorang yang workholic....beliau terlalu kuat bekerja dan banyak habiskan masa beliau di tadika. Beliau berkahwin dengan seorang ustaz/penceramah yang sentiasa tinggalkan rumah sehingga kadang-kadang beminggu-minggu baru nampak muka....itupun hanya sejam dua ada dalam rumah. Mungkin kerja adalah ubat kepada kekusutan hati beliau. tapi bila disahkan sakit.....beliau kembali mendekati diri dengan Allah.

Adik saya seorang isteri kepada lelaki yang egonya terlalu tinggi dan angkuh....lelaki ini mempunyai masalah inferiority complek.....beliau merasa tercabar dengan kejayaan adik membangunkan tadika lebih maju dari sekolah tahfiz beliau yang semakin hari semakin kurang pelajar.....ego lelakinya inilah yang menyebabkan beliau mencari wanita lain sebagai calon kedua....dan kemarahannya memuncak apabila arwah adik berjumpa dengan bakal madunya ini dan memperkenalkan diri. Bermula dari sini beliau melakukan pelbagai kezaliman secara halus kepada isterinya ini hanya semata-mata untuk mendengar permintaan 'tolong ceraikan saya'. Rancangan beliau berjaya tetapi adik pulak sakit....sudah tentu masyarakat akan tuduh beliau kejam so dia minta adik rahsiakan perceraian mereka. Untuk 'ajar' adik...beliau menghantar kad jemputan kahwin kepada rakan-rakan serta kenalan arwah adik (kononya dia kahwin dua). Adik yang dalam keadaan tenat terima puluhan panggilan telefon dan sms dari rakan-rakan yang terkejut. Adik meninggal dunia seminggu selepas itu.....masyarakat yang mengenali beliau semakin kecoh.....ustaz atau penceramah yang berjubah putih dan agak terkenallah jugak telah menceraikan isterinya ketika sakit dan kemudian kahwin baru dan bekas isterinya meninggal dunia. Emak saya jadi sasaran kemarahannya kerana beliau tuduh emak saya bermulut jahat memfitnah beliau dan sekarang dia nak 'ajar' emak saya pulak. Dia nie memang jenis suka nak 'ajar' orang...dia tak sedar yang dia postkan gambar kahwin dalam facebook...anak dia bukak facebook dan tengok gambar tu. Anak dia menangis. Sekarang dia tuduh emak saya hasut anak-anak dia supaya bencikan dia....wahhhh.....dasyatnya manusia nie. Jika ikutkan hati marah mahu sahaja saya sebutkan nama beliau dan biarkan anda semua saksikan sendiri ustaz berjubah putih dan berjanggut lebat nie yang tunjukkan imej alim dan baik macam malaikat depan orang tetapi macam cexxxx kat belakang manusia.....  aib manusia kita kena tutup sebagaimana arwah adik tutup aib suaminya semasa beliau hidup.

Apa yang berlaku kepada keluarga saya.....kita sama-sama jadikanlah pengajaran. Jangan pandang ringan kepada urusan penamaan waris terutama EPF dan Insuran anda. Jangan pandang ringan terhadap kebimbangan, kerungsingan dan tekanan emosi kerana ia juga boleh 'membunuh' anda secara senyap. Ia penyakit yang doktor sendiri tidak boleh ubati dan tidak diiktiraf sebagai penyakit.

6 comments:

ejaMaria said...

harta dunia ni semua nya pinjaman... nikmat mempunyai ibu bapa, suami/isteri dan anak-anak pun pinjaman...
tak mengapa la kalau 'ustaz' tu nak ambil segala benda - dunia semua tu... yg penting jangan putus hubungan dengan anak-anak arwah... skrg ni mmg diorg tak bole berkata apa kerana masih dibawah umur... suatu masa nanti mesti diorg akan balik juga ke pangkuan keluarga kamu... insyaAllah...

Noor Yusoff said...

As salam Bdaria...yang penting kita hanya mampu berdoa. Budak budak sekarang memang lah tak mampu berkata kata tapi mereka akan ingat perbuatan ayah mereka pada ibu mereka. Saya berharap sangat lah keadilan memihak pada keluarga arwah. Apapun dugaan kita hadapi dgn tenang pasti ada hikmah di sebali kejadian.Ustaz itu pasti ada ganjanran menunggu beliau ..insyalaalh hanya Allah saja yang mengetahuinya.

Mama Mirza said...

banyak sangat saya belajar dari setiap post yang saya ikuti.. Alhamdulillah.. Ya Allah semoga Kau permudahkan segala urusan selepas ini... dengan takdir terbaik asalkan kami² sentiasa bersama Mu.. Amin.

ME said...

Sungguh mulia hati Bdaria .. semoga Allah melindungi anak2 arwah and semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama2 hamba2Nya yg beriman ..

Amie said...

Banyak pengajarannya ye Bdaria... sesungguhnya manusia ini sama saja di sisi Allah baik ustaz, lebai, iman, yang lingkup berlabuh semua... tetapi yang membezakan adalah ketakwaan dan keimanan seseorang hamba itu.

Anonymous said...

kak,saya sangat marah dengan 'ustaz' ini.saya selalu mengikuti perkembangan cerita kakak. publish aje nama dia kat sini.mudah-mudahan dia cepat bangkit daripada mimpi yang lena.memalukan kaum lelaki!!