Friday, September 3, 2010

Cornflakes Cluster Praline

Semalam saya buat lagi cornflakes cluster praline resepi chef asma nie untuk dihadiahkan kepada kawan sepejabat. Saya buat satu bancuhan dibawah nie dan dapatlah 2 bekas. Untuk raya saya tak buat lagi.....tunggu dekat2 nak raya nanti baru buat.....kalau tak nanti tinggal bekas. Sapa tak suka coklat kan tambah pulak coklat mahal. Resepi simple dan confirm menjadi kegilaan budak2.....so saya memang promote rakan2 sepejabat saya dan anda juga untuk mencuba resepi nie.

Biskut cornflakes yang telah dimasukkan kedalam bekas. Sukatan nie akan dapat 2 bekas sebesar ini ye. Lebih kurang 35 biji dalam setiap bekas nie.

Inilah resepinya, untuk gambaran lebih terperinci sila ke sini

Cornflakes Cluster Praline
Sumber: Chef Asma blogspot.com

Bahan-bahannya:

150gm cornflakes (kellogs @ nestle)
50gm almond strip-bakar dahulu (saya tambah jadi 100gm)
20gm-50gm hazelnut paste @ nutella (sy guna haselnut paste)
200gm milk coklat (sy guna jenama Sicao)
200gm dark coklat (sy guna jenama Sicao)

Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup



Cara-caranya:-



1. Cairkan coklat dengan mengunakan kaedah double boiler



2. Masukkan haselnut paste, cornflakes dan badam hiris. Kacau sebati



3. Supaya coklat tidak cepat keras sementara kita hendak memasukkan kedalam papercup, chef cadangkan supaya mengunakan rice cooker yg dipanaskan airnya dan diletakkan bekas coklat diatas nya. (sila rujuk blog chef untuk detail)



4. Masukkan kedalam papercup sehingga habis.



5. Hiaskan dengan coklat putih.



Nota



Kalau nak lebihkan badam maka kenalah lebihkan sukatan coklat. Sukatan coklat diatas dengan tambahan 100gm badam dah ngam2 tapi kalau nak tambah badam lagi maka kenalah tambahkan sedikit coklat lagi. Lagi banyak badam....lagi sedapkan

1 comments:

Ami said...

sedap betul tengok gambar2 cookies ni. dirumah saya ada baki cornflakes lagi, bahan2 lain kena cari dulu. pasti nak mencubanya!