Tuesday, March 20, 2012

Roti Gulung Sardin

Pagi nie sesampai sahaja kat ofis, saya terus on kan komputer dan masuk laman web e-hasil untuk isi e-filling. Tempoh untuk hantar borang e-BE adalah sehingga 31 Mac ni sahaja....so kepada anda yang masih belum isi e-BE...silalah buat dengan segera sebelum saat-saat akhir. Saya terlambat sikit tahun nie isi e-BE, my fren semuanya dah siap isi dan dah dapatpun refund lebihan tax. Bila dah siap isi tak sampai 20 minit, akhirnya urusan e-BE saya selesai dan amaun refund yang akan saya terima adalah RM1,941.00 (cukai kena bayar dalam RM2 ribu lepas tolakan zakat). Banyakkan kena bayar cukai....it's ok, saya bangga sebab saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang bayar cukai.

Bulan nie dapat bonus so tadi jugak print slip gaji bulan nie (duit belum masuk akaun, slip dah keluar)...wahhhhhh besarnya fiqure gaji kasar bulan nie (belah kiri) dannnnn jika lihat dibahagian kanan slip gaji....... mak aiiiiiiii banyaknya potongan cukai hampir 2/3 bulan gaji...huhhhhhhh banyaknya kena potong kwsp hampir 2/3 bulan gaji....so figure gaji bersih hanya dapat separuh sahaja. My fren yang happpyyy bila tengok angka gaji bulan nie dapat lebih RM30 ribu dalam slip (belah kiri) dan terkejut bila tengok baki bersih gaji(belah kanan slip) yang diterima hanyalah RM18 ribu selepas kena tolak cukai dan kwsp. Potongan cukai sahaja dah ambil sebulan bonus dari keseluruhan bonus yang dapat. So dalam happy ada juga yang tak happy tapi setakat nie kami hanya senyum dan bersyukur....belum lagi sampai tahap maki hamun.

Berbalik semua kepada entri masakan kali nie, Roti Gulung Sardin nie saya buat petang semalam....lepas balik kerja. Teringin nak makan bila tengok kat cafe ada jual. Roti gulung sardin yang dijual kat cafe adalah RM1 bagi satu ketul...mahalkan. Jika buat sendiri....puas hati sebab boleh letak inti sardin banyak-banyak dalam roti



Saya buat cara simple dan jika berbeza dengan apa yang anda selalu buat....jangan pelik, dalam dunia masakan nie tidak ada istilah cara nie betul atau cara nie salah....asalkan sedap dan tekak boleh terima....it's ok. Yang penting anda kreatif. Anda nak tahu tak....saya pernah terima komen (saya tak publish), pengunjung tu tulis " u kalau nak bagi resepi, bagilah betul-betul....ingat kami bodoh ke...kalau tak bubuh gula macammana tapai nak manis" (dia merujuk kepada entri tapai pulut ). Mak saya tak pernah bubuh gula kalau buat tapai sebab ragi akan buat pulut tersebut manis....kalau u buat bubuh gula....so jangan marahlah orang buat tak bubuh gula...mungkin ragi u jenis yang tak berapa manis....ragi yang saya dan mak saya selalu guna adalah ragi dari Terengganu. So kalau cara u berbeza dengan cara orang lain....terima perbezaan tersebut sebab dalam dunia nie tak ada benda yang sama. Kalau semua benda nak sama.....boringgggggg.....betul tak, jangan jadi manusia yang annoying.

Roti Gulung Sardin
resepi: resepidaria.com

Bahan-bahannya:-
  • 8 keping roti putih (saya guna gardenia)
  • 2 biji telur (pecahkan dan pukul sedikit)
  • secawan bread crump
  • Minyak untuk mengoreng
Bahan inti sardin
  • 1 tin sederhana sardin
  • 1/4 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 1 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 2 ulas cili padi, dihiris nipis (kuantiti, terpulang kepada anda)
  • 1 biji limau nipis (ambil air perahan sahaja)
  • sedikit gula
  • sedikit garam
Bahan pelekat
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • sedikit air (satukan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi bancuhan sederhana pekat)
Cara-caranya:-
  1. Sediakan inti sardin. Keluarkan ketulan ikan sardin (ketepikan kuahnya) masukkan dalam bekas, masukkan semua bahan yang dihiris, masukkan garam dan gula. Gaul rata dan tekan-tekan ikan sardin supaya ia menjadi ketulan kecil. Masukkan limau nipis. Ketepikan.
  2. Ambil kepingan roti dan potong sedikit bahagian tepinya....hanya buang kulit yang keras sahaja.
  3. Letakkan inti ditepi roti dan sapu sedikit bancuhan tepung dibahagian hujung yang satu lagi. Kemudian gulung.
  4. Celup rata dalam bancuhan telur.
  5. Angkat dan golekkan dalam bread crumb sehingga semua bahagian bersalut. Ketepikan. Pastikan bahagian sapuan tepung diletakkan dibahagian bawah supaya roti melekat.
  6. Buat sehingga semua roti habis
  7. Panaskan minyak untuk gorengan penuh dengan api yang sederhana besar. Biar sehingga minyak betul-betul panas sebelum masukkan gulungan roti.
  8. Goreng sehingga kekuningan.
  9. Toskan dengan kertas tisu masakan
  10. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.
Nota:-
  • Saya tak masak inti sardin. Ini cara mudah dan senang. Jika anda tak suka cara begini, anda boleh masak inti sardin tersebut. Terpulang kepada anda.

5 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam...roti gulung sardin mmg sdp di buat sarapan pg or ptg...budak2 mmg pengemar seia. ..bawa bekal bekelah sesuai sangat2 :-)

samsulaili said...

Setuju dengan kata2 akak.lain orang..lain cara masak dan seleranya.Kita suka pedas dan masin..org lain sebaliknya.pasal tapai tu..su sendiri tak pernah isi gula.Ragi tu dah buatkan tapai manis.

CitarasaKu said...

Wakaka ...lucunya saya baca bab terakhir tu..gelak guling guling. Apapun saya suka dengan roti sardin awak cara begini nampak tak berterabur dan senang di urus masuk mulut ..idea yang kreatif nanti saya follow ye.

Anonymous said...

Ha ha ha ... memang lawak dengan komen tentang tapai pulut tu.

Tuan punya blog memang tak salah sebab setahu saya, baik buat tapai pulut ataupun tapai ubi, gula memang tidak diperlukan. Kalau ragi yang digunakan jenis yang baik, rasa manis akan terhasil sendiri semasa proses penapaian berlaku.

Saya pernah juga buat tapai sekali atau dua kali, elok je menjadi dan manis tanpa ditambah gula.


KMA

K.Nor said...

salam.. tak pernah pulak k.nor dengar org buat tapai letak gula.. manisnya tapai tu bergantung pd ragi dan tapai yg dihasilkan betul2 dah 'masak', kan.. sampai ada air banyak keluar kalau kena tapai yg manis dan menjadi.. mcm2 dgn ragam manusia ni :)

cara org masak mmg tak sama, jd tak leh pertikaikan cara org lain masak kalau tak sama dgn kita.. :)