Selepas raya inilah keadaan saya.....malas nak
mengupdate blog. Bukak blog tapi idea hilang....walaupun ada banyak gambar
masakan dalam kamera belum diupload kat komputer. Semua nie penangan kursus
yg kena dihadiri sebaik sahaja selepas raya. Orang lain sibuk dengan
rancangan buat rumah terbuka.....saya kena bukak buku dan study pastu
sediakan bahan untuk seminar. Dalam kepala otak hanya fikirkan hal
seminar.....berdebar tu macam nak buat seminar dihadapan seribu audien
sedangkan hanya dihadapan 25 orang sahaja tetapi oleh kerana salah seorang
panel penilai adalah pakar undang-undang maka itulah yang buat kecut perut
lebih.....tak boleh bagi pendapat sebarangan....harus tepat fakta dan hujah
serta lengkap dengan kes undang-undang. Sukarnya hendak menulis sebaris ayat
diatas kertas walaupun dalam kepala berderu-deru idea muncul.
Selepas selesai sengsara tu jumaat
lepas.....balik sahaja ke rumah.....hanya tilam dan bantal sahaja yang
dicari. Tidur dan berehat sepuas hati mengantikan 2 minggu tidur yang
terganggu. Bila bukak handphone, nampak berderet jemputan untuk kerumah
terbuka.....ada yang sudah terlepas......ada yang belum. Sabtu dan
Ahad....masa habis menghadiri jamuan rumah terbuka.
Bila bukak internet dan jenguk blog.....idea
untuk menulis bagaikan hilang terus. Sebenarnya mood untuk menulis dan
berkongsi resepi mula berkurangan sejak akhir-akhir ini. Ia bermula dari
akhir ramadhan lepas bila saya dapati beberapa blog mencuri idea saya. Ada
satu blog tu datang singgah keblog saya sebanyak 24 kali dalam seminggu dan
tidak lama kemudian keluar satu entry dalam blog dia yang sebijik entry
saya....dia tulis "saya nak tunjukkan cara membuat kelongsong kuih perahu,
dah 3 tahun guna cara nie sampai hitam bekas tu bla...bla...bla" walhalnya
baru beberapa hari sebelum tu dia keluar masuk blog saya sebanyak 24 kali.
Dia terlupa kat dashboard blogger ada stats kan.....kat situ ada ditunjukkan
blog mana yg banyak melawat dalam sehari, seminggu atau sebulan. Nak tipu
pun agak-agaklah. Lepas tu saya jumpa ada lagi blog yang ciplak idea
tu.....masa tu mood saya untuk mengupdate blog mula turun ditambah pula
dengan beberapa peristiwa yang menyedihkan saya berlaku semasa hari
raya....melumpuhkan terus hasrat untuk mengupdate blog.
8 comments:
Salam...sy juga pembaca setia blog bdaria dan ada beberapa resepi kamu yg sy cuba dan publish kat blog sy tapi sy beri kedit pd kamu kerana sy tahu ia hak kamu.
Mugkin "org tu" tak berapa faham lagi pasal dunia blogging yg mana tuan blog boleh tahu berapa kali tetamu dtg ke blog kita dan mcm2 lagi.
Jgn serik utk terus menulis cerita , resepi & pengalaman kamu kerana ada ramai yg menanti entry terbaru kamu di luar sana :)
Salam Bdaria selamat hari raya ,sy dah entry pasal cheese tart tu
lepaskan aje bdaria ,kalau itu yang terbaik sbbnya yang menanggungnya kita .
Semoga orang yang membuat tu diberi hidayah
Salam Ct Norarizah,
Terima kasih. Sy tak pasti mengapa dah hilang mood...kadang2 bila bukak blog dan bukak new post..idea hilang, gambar2 tersimpan dlm folder tak terusik. Insyallah, lepas rehat sebentar nie saya kembali semula.
Salam Chik mimi,
terima kasih. Insyallah, lepas rehat sebentar saya akan kembali dengan idea-idea baru.
patutlah dah lama tiada cerita baru rupanya tuan punya blog sedang sibuk berseminar. Semoga berjaya
Saya pun suka baca blog bdaria ini kerana banyak ilmu yang dikongsikan. Sentiasa ternanti-nanti cerita baru bdaria sebagai bahan bacaan di malam hari setelah penat di tempat kerja.
Sayang kalau dihentikan dan terima kasih untuk itu...Suraya.
Salam Suraya,
Saya bukan berhenti cuma berehat sebentar. Terima kasih.
Saya pun selalu singgah ke blog ini(salah satu bloglist sya) dan ambil resepi dan cara2 membuat masakan di sini. Sya juga tak lupa sertakan link kamu. Terima kasih atas perkongsian.
Post a Comment