Ini adalah TV Philip lama 24inci yang
saya guna selama ini. Khamis lepas, 2 orang rakan datang bermalam dirumah
selepas kami habis kursus. Bila salah seorang rakan nampak TV lama nie dia
berkata 'kenapa tak tukar TV baru sekarang nie orang dah pakai flat
skrin....LCD, LED, Plasma.....orang dah tak pakai TV macam nie lagi".
Hahahaha.....that me.....selagi saya boleh guna, saya akan guna. U ceritalah
betapa canggihnya handphone atau TV atau komputer, i-pod, i-pad atau segala
mak nenek lagi.....saya sedikitpun tak jeles....saya tak sedikitpun teringin
sama nak beli sebab bagi saya selagi saya boleh guna.....saya guna. Kalau
nak kejar teknologi......berhutang keliling pinggang, oh
tidakkkkkkkk......kedekut?????.....tak jugak.....duit habis jugak tiap-tiap
bulan....tak adanya boleh simpan. Memang dah perangai saya macam
tu......anda belum tengok handphone yang saya guna.....kalau tengok
tentu terguling-guling gelak....betapa klasiknya handphone saya.
Lepas je mereka cakap malam tu.....keesokan
harinya TV Philip kesayangan saya tu rosak setelah hampir 6 tahun diguna.
Merajuk gamaknya cakap dia buruk.......mula2 rasa biarlah dulu nanti pergi
beli TV baru.....masuk tidur sebab nak 'balas dendam' tak tidur nyenyak kat
asrama 2 minggu lepas raya. Untuk pengetahuan anda saya sekarang tengah
ambil kursus undang2.....orang akaun nak belajar law....tepu rasanya
kepala......akhir tahun nie exam. Lepas raya hari tu terus ke asrama sebab 2
minggu kelas dan pembentangan seminar.
Saya cuma mampu bertahan 2 jam tanpa bunyi TV,
itupun selepas keluarkan novel-novel terbaru yang saya beli sebelum ini tapi
tak terbaca. Akhirnya saya tukar baju dan terus drive ke kedai elektrik
berhampiran.....tak pergi cari kat Harvey Norman, Senhen atau kat tempat
lain sebab nak tokey kedaitu hantar segera. Sebelum keluar ke kedai saya
serve internet untuk menjawap persoalan-persoalan berikut yang bermain
dibenak saya:-
-
Nak beli LCD, LED atau Plasma.....mana yang lebih baik?....teknologi terbaru?
-
Nak beli saiz berapa......wah kalau ikut kemahuan/nafsu....mahu yang terbesar sekali
-
Nak beli yang letak atas kabinet atau yang dipasang kat dinding?
-
Model apa yang bagus ye.....Sharp, LG, Sony, Panasonic......wah banyaknya.....mana satu yang bagus nie
Persoalan dah terjawap......maka
langkah pertama
1. Mula-mula cari dompet.....tengok baki
(sy suka simpan resit last atm transaction) duit cash yang tinggal
kat bank yang boleh diambil segera (bukan dari akaun duit emergency, ASB
atau duit tabung haji).
Langkah ke dua.
1. Ambil pita pengukur, ukur jarak antara
kabinet TV dengan tempat menonton. Ok......jarak antara kabinet TV saya
dengan sofa yang saya suka duduk adalah 5 kaki. kalau tengok gambar kat
bawah nie......anda dah tahukan saya suka landing kat sofa mana....kat situ
saya baring-baring.....jadi saya ukur dari jarak tempat saya suka landing
tulah.
Tujuan saya ukur jarak antara lokasi TV yang
hendak diletak dengan tempat menonton adalah untuk
menentukan saiz TV yang sesuai.
Untuk memudahkan anda menentukan saiz TV yang
sesuai di ruang tamu atau dimana sahaja yang anda hendak letak, sila ke
SINI. Sila semak view distance dan dapatkan saiz TV
yang sesuai.....jangan ikut kehendak/kemahuan sahaja tanpa mengira sama ada
saiz TV anda itu sesuai atau tidak dengan keluasan ruang menonton anda. Tak
faham.......cuba bayangkan skrin kat cinema dan kemudian anda duduk di
hadapan sekali.......seronok tak?????......anda mesti nak pilih untuk duduk
di tengah atau dibelakang....jarak yang jauh dari skrin supaya anda
puas menonton. Macam tulah jugak dgn skrin TV nie.
Screen
size
Viewing distance range
26" 3.25 - 5.5 feet
32" 4.0 - 6.66 feet
37" 4.63 - 7.71 feet
40" 5.0 - 8.33 feet
42" 5.25 - 8.75 feet
46" 5.75 - 9.5 feet
50" 6.25 - 10.5 feet
52" 6.5 - 10.8 feet
55" 6.9 - 11.5 feet
58" 7.25 - 12 feet
65" 8.13 - 13.5 feet
70" 8.75 - 14.75 feet
Langkah akhir.
1. Selepas disesuaikan antara kemampuan tunai
ketika itu (sy tak nak hutang hanya utk beli TV) dan jarak menonton yang
hanya 5 kaki maka saiz TV adalah antara 32 inci atau 40 inci sahaja.
Saya pilih 32 inci sebab ia selari dengan kemampuan tunai waktu itu
walaupun hati saya meronta-ronta nak beli yang 40 inci.....mujur limit tunai
yang dibenarkan keluar kat ATM adalah 1500 maka LG LCD 32inci yg berharga
RM1000 jadi pilihan saya. Kenapa LG.....dah saya nampak cantik
je paparan gambar masa kat kedai elektrik tu....tak ada
alasan tertentu kenapa saya pilih LG......lagipun bukannya saya nak
pakai sampai 10 tahun asal dapat bertahan 4-5 tahun jadilah sebab nanti
keluar teknologi baru pulak.
Terima kasih kat blog ini kerana telah memudahkan saya membuat keputusan
segera sebab pembelian ini tanpa perancangan......kalau TV Philip 24 inci tu
tak rosak maka tiadalah TV 32 inci tu.
Oh ye mesti ada yang tanya......kenapa tak
beli yang lekatkan kat dinding macam stye terbaru sekarang?. Walaupun ini
rumah sendiri tapi dalam kerja saya.....kadang-kadang akan terima arahan
untuk berpindah ke pejabat lain dinegeri lain maka biarlah yang jenis letak
atas kabinet je....senang nak angkut...betul tak?.
Oh ye saya pilih kedai elektrik nie sebab
tokey tu kata boleh hantar kat umah saya jam tu jugak......maka tak pergilah
survey lah kat kedai lain.
12 comments:
salam.. dulu k.nor pakai LG gak.. cantik gambar dia.. tak menyakitkan mata.. tp silap anak dara duk mencuci belakang tv tu entah camna dia spray air.. akhirnya rosak.. bila cik abg tukar hitachi tak secantik gambar LG punya.. frust gak..
cun la tu saiz 32.. dgn ruang yg terbatas kan..
Salam K.Nor,
Sy beli sbb gambar dia cantik bila dibandingkan dgn jemana lain, skrin tv boleh dipusing kiri kanan, ada elemen save energy, sy boleh reducekan ikut min, medium atau high. Klu min, warna terang tapi sy sakit mata selalunya tekan high save energy, color just nice shj. Dulu sy tak tahu yg saiz tv ada kaitan dgn keluasan ruang menonton, rupanya ada kesan sbb tu sy kongsi kat blog.
seronok baca n3 ni.... siap semua sekali jarak & kedudukan tv...
wah TV baru ,sama ler sy pun pakai selagi boleh,TV saya rosak 2 minggu sebelum raya sempat bertahan 1 minggu je tanpa TV lepas tu berebut pc pulak tup2 moderm pulak kiok terpaksalah p beli TV ,tak boleh idup tanpa TV kan sedangkan masa zaman kita kecik2 dulu siaran hanya start malam ,pas tu petang ,boleh pulak no,iskkk budak2 la ni terlebih manja la
Salam Amie,
Sebenarnya itu tujuan entry nie. Nak kongsikan info bhw keluasan ruang tamu mempengaruhi saiz TV bukan nak menunjuk beli TV baru. Setakat TV 32 inci mcm tu org tak heranpun..betul tak. Sblm pindah rumah, sy hampir terbeli TV saiz 54inci sbb ada offer, klu jadi belilah masa tu agaknya sy nak tengok TV kena duduk kat meja makan.
Salam Mimi,
Sy klu balik kg, tak tengok sgt TV nie.....tak adapun tak pe. tapi bila kat umah bujang nie, klu tak ada suara TV rasa sunyi dia tu lain macam. Asal ada sound aje dah cukup, tak kiralah saya tengok ke tidak...yang penting TV kena pasang. Ia mcm satu keperluan sama macam komputer dan line internet. Harus ada.
Berkira2 juga ni nak beli tv baru. Banyak info kat sini. Tq.
saya suka dengan cetusan awak ini. Sebab saya pun jenis macam awak juga...pakai selagi tak rosak bila nak beli mesti nak segera dan tak suka berhutang sebab harga jadi dua kali ganda.
suka saya baca segment ni dlm blog anda...ya kan beli ikut kemampuan. Bila tengok TV lama Bdaria, lebih kurang mcm yg akak guna skrg, hp akak pun yg model lama stakat bsms sj....ksmpulan akak admire your ketelitian dlm mbuat keputusan...akak kena blaja ni...
Salam Bdaria. Walaupun jurusan law, tapi pemikiran Bdaria macam engineer. Along tak pernah terpikir lak nak sukat2 tu, main beli jer...hehe
Salam Along,
Sy nie bekas akauntan...belajar law adalah tuntutan kerja skrg. Org akaun nie berkira sikit bab2 nak beli barang...selalu fikir untung rugi je.
entry yg lengkap, siap dgn ukuran gitu. Mesti best tgk tv skrg kan?
Sya pun pakai LG. Mutu gambar pun memuaskan. setakat ni xde mdatangkan masalh lg.
Post a Comment