Sepanjang minggu nie tidak ada post
masak-masak. Dapur saya tak berasap sekejap. Awal pagi tadi singgah ke
blog Kak Jee dan baca kisah Shila dan Nan. Sila ke blog Kak Jee jika anda ingin tahu lebih lanjut
tentang kisah Shila dan Nan.
Saya cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman
bercinta dengan lelaki muda. Selepas keluar universiti.... kerja yang
kedua saya (pertama adalah juruaudit) adalah guru akaun
sementara di kolej swasta di KL. Disini saya rapat dengan anak murid
saya yang saya namakan J. Selepas 4 bulan bekerja sebagai guru sementara,
saya dipelawa masuk sebagai pemegang saham dalam sebuah syarikat yang baru
ditubuhkan.
Saya berkerja bersama-sama dengan 6 orang
rakan kongsi lain untuk membangunkan kilang yang ketika itu berada
ditahap "ZERO" atau turnover kosong. Hubungan saya dengan J masih
rapat tapi sekadar hubungan bekas guru dengan anak murid sahaja.
Selama 5 tahun saya berada dengan syarikat nie dan dalam masa yang sama
bercinta dengan salah seorang rakan kongsi. Rakan kongsi yang lain pernah
nasihatkan saya supaya menjauhkan hubungan cinta ini kerana kata mereka jika
hubungan kami tidak kesampaian....salah seorang dari kami harus tinggalkan
syarikat. Ketika itu mata dibutakan oleh cinta.....nasihat orang tak
dengar.
Takdir Allah, cinta kami betul-betul tidak
kesampaian. Salah seorang harus tinggalkan syarikat yang ketika itu sedang
meningkat naik.....dari turnover zero telah naik mencecah RM10 juta setahun.
Saya terpaksa lepaskan jawatan dan tinggalkan kilang tersebut. Ketika ini
hidup saya terumbang ambing.......J muncul sebagai rakan yang banyak
membantu. Kebaikan yang dia tunjuk memang lebih dari sebelum ini. Dia
sentiasa ambik berat dan menjaga saya. Saya anggap ia hanyalah kebaikan
seorang rakan dan tidak menaruh apa-apa perasaan terhadap J. J
boleh dikategorikan lelaki sangat kacak sebab beliau adalah model
sambilan....bertubuh tinggi, tegap dan berkulit putih dan muda daripada
saya 6 tahun. Satu hari beliau meluahkan perasaan kepada
saya....katanya sepanjang 5 tahun beliau rapat dengan
saya....beliau telah jatuh cinta dari hari pertama kami bertemu tapi ketika
itu saya adalah guru maka beliau diamkan sahaja dan tunggu sehingga habis
kolej....kemudian saya bercinta dengan orang lain. Sekarang beliau berani
beritahu sebab takut saya akan terlepas lagi. Masa tu puas cubit pipi sebab
tak percaya.....hati saya sebenarnya tidak terbuka untuk terima dia tapi
saya paksa diri sebab saya anggap itu caranya saya boleh melupakan bekas
kekasih pertama.
Saya cuba memasukkan diri dalam gaya hidup dan
gaya sosial dia tapi agak sukar. ketika tu saya dah 29 tahun sedangkan
dia 23 tahun. Dia jenis lelaki yang agak sosial sebab berada dalam
lingkungan hidup sebagai seorang model. Walaupun saya baru 29tahun ketika
itu tapi penampilan saya agak matang sebab saya adalah bekas pengarah
syarikat....maka gaya penampilan dan pemikiran amat berbeza dengan beliau.
Saya tidak sosial dan saya tak pandai bersosial. Lama kelamaan saya nampak
jurang yang sangat dalam antara kami. Bila berjalan bersama, saya lebih
selesa menjarakkan diri sehingga kadang-kadang saya membiarkan diri jauh
kebelakang supaya orang ramai tidak nampak kami jalan berdua. Saya benci
bila mata orang memandang kami....saya mula mereka macam-macam fikiran
negative yang orang lemparkan kepada kami berdua. Pernah satu masa ketika
kami naik teksi untuk ke airport....pemandu teksi tanya saya "hantar adik ke
airport ke". ketika itu dia ketawa kuat tapi hati saya benar-benar terluka.
J kata pada saya " yanggg.....u kena tukar stye pakaian....tengok orang dah
kata u kakak i". Pada J, ia adalah gurauan tapi pada saya ia amat melukakan
perasaan dan buat saya termenung panjang. Sepanjang perhubungan kami, saya
elakkan diri dari bercampur dengan rakan-rakan J. Saya rasa rendah diri
apabila diperkenalkan oleh J kepada rakan-rakannya yang terdiri daripada
model-model dan anak-anak muda remaja. Saya tidak ada idea untuk berbual
dengan mereka.....saya tidak tahan dengan sindiran dari rakan wanita
J yang cemburukan saya...."hai J takan bawak kakak kot teman". Saya
selalu tanyakan soalan kenapa dia cintakan saya, kenapa dia pilih saya
berbanding wanita-wanita cantik dan muda yang berada disekeliling dia, betul
ke dia cintakan saya.
Oleh kerana banyak fikiran negative dalam
fikiran saya....kami selalu bergaduh. Masa tu saya telah bersedia jika kami
berpisah sehinggalah satu malam ketika keluar dari sebuah kedai makan. Saya
dan J berjalan ke kereta, tiba-tiba ada seorang wanita meluru kearah saya
dan cuba untuk pukul saya. J tarik saya ke tepi dan peluk saya erat sambil
tahan dari pukulan wanita tu. Disaat itu, hati saya berkata lelaki ini
benar-benar cintakan saya dan saya harus buang semua fikiran negative itu.
Pedulikan apa orang nak kata. Wanita itu adalah salah seorang wanita yang
meminati J.
Saya belajar memasuki 'dunia" J.....memahami
muzik dan filem yang diminati. Pakaian saya yang sebelum ini lebih kepada
imej korporat saya tukar kepada pakaian yang lebih bersifat 'remaja' dan
santai. Saya mula membaca ruangan fesyen dan sebagainya...meminati
aktiviti outdoor seperti mendaki gunung, go-kart dan macam-macam lagi. Saya
sangka ia boleh merapatkan jurang perbezaan kami. Saya benar-benar berusaha
untuk menjayakan hubungan kami kerana ketika ini saya telah benar-benar
jatuh cinta dengan J. Saya telah bawa J untuk berjumpa keluarga saya....mak
saya kata "betul ke hang nak kawin dengan dia....budak tu muda sangat".
Hubungan kami berjalan selama 3 tahun tapi akhirnya kami berpisah apabila
kami sedar bahawa jurang terlalu besar bukan sahaja jarak umur tapi juga
pemikiran. Walaupun kami telah berusaha merapatkan jurang itu tapi
masing-masing sedar bahawa kami sebenarnya gagal sama sekali terutama dari
segi pemikiran. Selepas berpisah dengan J barulah saya menjadi diri saya
yang sebenar....sebelum ini saya terlalu berpura-pura hanya untuk memasuki
dunia J. Yang pasti saya memang benar-benar menyintai J kerana ketika saya
menulis entri ini...air mata saya mengalir laju biarpun telah beberapa tahun
berlalu.
Perpisahan kami bukan disebabkan faktor umur
tapi lebih kepada masalah keserasian. Jika anda dan pasangan serasi....umur
bukan penghalang. Jika si dia benar-benar cintakan diri kita beliau harus
bersedia menerima apa-apa kekurangan yang ada dalam diri kita berbanding
cuba untuk menukar diri kita menjadi orang lain.
15 comments:
Panjang kisah bdaria kali ni. Kita berusaha. Tetap Allah yang tentukan.
terima kasih atas perkongsian ini...
sabar menghadapi ujiannya...kita suka baca apa yang anda tulis dlm blog ni...
pengalaman bercinta ni memang ada pahit dan manisnya...:)
bdaria
pada saya, kita mmg kena jd diri kita. Tp ini pendpt saya yg dah berusia 30an & berkahwin.
Tp masa kita muda n blm kawin, mgkn kita byk menjadi BUKAN diri kita.
Takpe pengalaman seharusnya mematangkan seseorg.
Sya berdoa, agar jodoh Bdaria dipermudahkan n bertemu dgn 'MR Right'
semoga bdria tabah...belum tentu yg memiliki pasangan itu hidupnya sempurna dan bahagia...
semoga bdria tabah...belum tentu yg memiliki pasangan itu hidupnya sempurna dan bahagia...
memang setiap dari kita mempunyai kisah cinta tersendiri. sebagai perempuan, saya memahami bagaimana rasa hati yang kecewa dan dilukai.wpun bdaria belum bertemu jodoh, dari bacaan saya, bdaria seorang yang mempunyai hati yang penyayang dan masih mampu menyayangi. Tuhan sedang menyiapkan dirimu untuk sesuatu yang lebih istimewa! sabarlah..
hi cik bdaria,
saya memang suka baca blog cik bdaria & i thk tentang topic ni memang patutpun u ketengahkan kerana kita patut tahu tdk semua kes "Bercinta dgn lelaki muda" ni successful. Pengorbanan drpd kaum wanita selalunya sangat tinggi.
Rgds,
Chan
jodoh itu dalah rahsia Allah...berdoalah agar di kurniakan seorang teman hidup, lelaki yang beriman..tiket utk kebahgiaan dunia dan akhirat!!
Dear Chan,
Terima kasih kerana memahami maksud saya menceritakan kisah ini. Saya gembira membaca komen anda....anda bijak.
cerita ni buat air mata saya bergenang2... memang betol...dalam faktor usia, banyak perkara yang perlu difikirkan...saya sendiri pon brcinta dengan lelaki yang 2 tahun lebih muda...memang payah nak terima. soal keluarga lagi la...saya di koleh, dia masih sekolah, saya dah kerja, dia masih belajar...pemikiran memang tidak akan sama..tapi memang betol la, kalau betol kita cinta dia, soal umur, pemikiran tidak menjadi penghalang...
Salam Bdaria, tersentuh saya membacanya, ingin berkongsi sedikit, saya baru menerima seorang lelaki yang 11tahun lebih muda dari saya tadi setelah ramai lelaki yang lebih tua daripada saya telah saya tolak tanpa sebarang sebab. Entah kenapa yang muda ini saya terima, saya tiada jawapan untuknya. Saya berharap kami ada keserasian bersama dan kekal bahagia dunia akhirat. Namun setelah membaca komen Chan dan Bdaria tadi saya jadi ragu2 dengan keputusan saya, mampukah saya untuk berkorban lebih dan mengikut rentaknya kerana saya akan sentiasa lebih tua daripadanya. Suraya Ahmad.
Salam Suraya,
Jika dia sedia untuk hidup bersama anda dan terima anda seadanya...teruskan sahaja. Anda takan tahu nasib anda jika tidak teruskan langkah itu. Yakin dgn keputusan anda dan teruskan langkah anda....jgn ragu2 disebabkan kegagalan saya. Nasib kita mungkin berbeza.
Salam ukhuwah, pengalaman bercinta merupakan satu impak bg kematangan diri bg kita menyedarkan diri utk muhasabahkan diri . Terimalah dgn redha segala ketentuanNYa. Anggapkanlah ia satu amalan ibadah kita kpdNYA dlm setiap detik kesabaran dugaan yg dihadapi, kerana disebalik kesabaran itu ada hikmah drNya..Allah s.w.t sentiasa bersama-sama dgn umatNya yg sentiasa bersabar..
Post a Comment