Minggu-minggu terakhir nie memang saya agak
sibuk.....sibuk menyiapkan semua kerja-kerja sebelum bercuti panjang pada
7hb Dis sehingga 16hb untuk persediaan menghadapi exam pada 19hb nie.
Petang semalam, lebih kurang jam 3.45
petang.....tergerak hati untuk tarik laci yang mengandungi dokumen peribadi
penting. Bukak diary....tengok ada sampul surat yang tidak dibuka lagi. Bila
bukak surat tu....terkejut beruk bila tengok itu notis renew insuran kereta
dan road tax. Rupanya insuran dan road tax saya dah mati beberapa hari
lepas. Bila dah tahu....terus takut nak bawak kereta takut kena
tahan.
Mulalah kalut call agen insuran yang selalu
saya uruskan hal-hal tersebut. Dia pulak outstation....call maybank,
banyaklah pulak prosedur nak kena buat....geran asal ada kat tangan
saya.....ambik masa jugak nak selesai. Mengadu kat seorang pegawai
senior....dia kata pergi aje kat pejabat Pos.....u boleh uruskan hal tu
semua dalam masa sejam sahaja.
Saya pelik.....pejabat Pos boleh renew insuran
kereta ke???.....itukan kaunter 'serba boleh' kata pegawai senior tersebut.
Saya dah bertahun tak jejak kaki ke pejabat pos bila semua urusan bil boleh
dibayar secara online so perkembangan terbaru pejabat pos memang saya tak
pernah nak ambik tahu.
Ambik kunci kereta dan terus drive ke pejabat
pos di IPC, Mutiara Damasara. Jam dah 4.15 petang, saya dapat nombor
2086....no tertera kat skrin ketika itu 2066....maknanya ada 20 orang
didepan saya. Tiba turn saya....kaunter 3 tak boleh uruskan sebab satu
komputer sahaja yang boleh digunakan untuk insuran....so kena tunggu turn
kat kaunter 2. Sejam berlalu......tiba turn saya. memang boleh beli insuran
kereta tapi bukan insuran Tokio Marine Insurans....insuran Kurnia, Etika dan
ada beberapa lagi. Saya pilih Kurnia Insuran.....hanya bawak cover note
insuran lama dan original geran kereta maka urusan insuran dan road tax
dapat dilakukan.....ohhhhhh termasuk duit sekalilah ye.
Dalam jam 5.45 petang, urusan saya selesai.
Kaunter serba boleh......pejabat Pos Malaysia.....lebih baguslagi kalau
komputer yang digunakan itu ditukar kepada komputer baru supaya urusan
dilakukan dalam masa yang sekejap bukan 1 jam. Komputer yang digunakan
tu....komputer zaman dinasor.....masa tu saya terasa diri bertuah kerana
selama 5 tahun bekerja di pejabat saya sekarang.....komputer dimeja saya
ditukar setiap 3 tahun sekali. Apa-apapun syabas pejabat Pos
Malaysia......kaunter serba boleh (pinjam kata-kata pegawai senior
saya).
1 comments:
pejabat pos memang serba boleh! cuma, kalu lunch time tu, pejabat pos tolonglah buka semua kaunter. masa tu kan ramai yg nak berurusan..
Post a Comment